TEORI PERAKAUNAN STPM S3 – NISBAH


今天的是 Teori Nisbah!

我最期待的一个 Teori Part了,因为这是最后二个的 Teori 了~

要完结了~(撒花🌺🌺🌺

立即来看看吧:

SOALAN 1 :

Jenis analisis kewangan yang boleh digunakan untuk menganalisis kedudukan kewangan dan prestasi sesebuah syarikat:

Z  Analisis mendatar

Menunjukkan perubahan nilai yang berkaitan dengan hasil, belanja, untung, rugi, aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik.

Z  Analisis kualitatif

Tafsiran, ulasan pendapat dan keputusan yang dibuat berasaskan analisis kuantitatif.

Z  Analisis kuantitatif

Hasil dapatan analisis analitikal dalam sebutan kadar, peratus, dan nisbah atau sebutan angka.

Z  Analisis menegak

Menunjukkan peratusan setiap item dalam penyata kewangan berasaskan satu amaun item sebagai asas.

Z  Analisis fundamental dan analisis teknikal

Menunjukkan hubungkait setiap item dengan item yang lain.

SOALAN 2:

Kandungan laporan tahunan diterbitkan:

o   Penyata kewangan.

o   Nota kepada akaun.

o   Penyata bukan kewangan iaitu laporan audit.

o   Maklumat tambahan lain iaitu analisis pengurusan ke atas keputusan-keputusan kewangan.

SOALAN 3:

Asas yang boleh digunakan dalam kaedah analisis perbandingan penyata kewangan:

<  Asas dalam syarikat

Perbandingan antara data-data dalam organisasi, iaitu perbandingan item-item yang serupa, tetapi bagi tahun yang berlainan. Contoh, untung bersih tahun 2012 berbanding dengan untung bersih tahun 2013.

<  Asas antara syarikat

Item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain bagi tahun yang sama. Contoh, untung bersih Syarikat A dibandingkan dengan untung bersih Syarikat B.

<  Purata industri

Maklumat analisis penyata kewangan sesebuah syarikat dibandingkan dengan angka purata industri di mana syarikat itu beroperasi. Contoh, perbandingan untung bersih Syarikat A yang bergiat dalam industri pembuatan barang elektrik dengan angka untung purata dari berbagai-bagai syarikat pengeluar barangan elektrik.

SOALAN 4:

Kepentingan analisis penyata kewangan kepada pihak pengurusan syarikat:

=   Membantu dalam membuat keputusan pelaburan.

= Membantu pihak pengurusan untuk membuat keputusan berkaitan dengan pembayaran dividen kepada pemegang saham.

=   Membantu pihak pengurusan merancang dalam pengurusan operasi syarikat.

=   Alat kawalan.

=   Penilaian prestasi.

SOALAN 5:

Tiga kepentingan analisis penyata kewangan kepada pihak pengurusan syarikat:

À   Mengukur / Menilai prestasi kewangan syarikat untuk penambahbaikan, tindakan pembetulan dan perancangan dan lain-lain.

À     Membuat perbandingan dengan industri atau syarikat pesaing yang lain tentang kedudukan syarikat.

À     Pembuatan keputusan.

À     Membuat perancangan.

À     Melihat keupayaan syarikat dalam memberikan manfaat dan ganjaran.

À  Melihat trend dari analisis. Jika terdapat nisbah yang luar biasa, penekanan diberikan kerana kemungkinan wujudnya ralat, kesilapan atau unsur ‘fraud’ dalam pelaporan transaksi kewangan syarikat.

SOALAN 6:

Batasan analisis kewangan / analisis nisbah yang perlu dipertimbangkan apabila membuat sesuatu keputusan:

! Berasaskan data sejarah.

       -       Menggunakan maklumat kos yang lepas.

       -       Kos itu adalah kos sejarah dan ia tidak mempamerkan keadaan realiti semasa.

! Penggunaan kaedah perakaunan yang berbeza.

      -        Mengakibatkan perbezaan yang kadang-kadang agak ketara justeru keputusan perbandingan analisis tidak setara.

! Purata industri / Kepelbagaian dalam syarikat / Kepelbagaian industri / Perniagaan apabila mempunyai portfolio pelbagai.

! Kesan inflasi / deflasi tidak diambil kira.

! Faktor kualitatif yang tidak boleh diukur seperti aset pekerja dan muhibah.

! Data anggaran.

SOALAN 7:

Tindakan alternatif yang boleh dipertimbangkan oleh syarikat selain daripada membuat pinjaman bank:

: Menerbitkan saham biasa atau saham keutamaan.

: Menjual aset bukan semasa / aset tetap.

: Terbitan debentur, bon, dan nota belum bayar.

: Menyewa peralatan.

: Memajak peralatan.

SOALAN 8:

Faktor bukan kewangan yang boleh mempengaruhi penilaian prestasi sesebuah syarikat:

9 Reputasi syarikat.

Reputasi syarikat merujuk kepada imej syarikat di mata orang ramai. Reputasi yang baik mempengaruhi pelanggan untuk memilih syarikat ini.

9 Jenama produk.

Kebiasaan jenama yang terkenal lebih senang untuk menarik perhatian pelanggan. Pelanggan beranggapan jenama terkenal, semestinya baik dari segi kualiti.

9 Tanggungjawab sosial korporat.

Jika aktiviti sosial syarikat banyak memberi kebaikan kepada masyarakat, pelanggan beranggapan syarikat menghargai masyarakat. Pelanggan memilih syarikat ini sebagai menyokong aktiviti sosial syarikat.

题目以及解答思路:

TEORI PERAKAUNAN S3 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1