TEORI PERAKAUNAN STPM S3 – NISBAH
今天的是 Teori Nisbah!
Jenis analisis
kewangan yang boleh digunakan untuk menganalisis kedudukan kewangan dan
prestasi sesebuah syarikat:
Z Analisis mendatar
Menunjukkan perubahan
nilai yang berkaitan dengan hasil, belanja, untung, rugi, aset, liabiliti, dan
ekuiti pemilik.
Z Analisis kualitatif
Tafsiran, ulasan
pendapat dan keputusan yang dibuat berasaskan analisis kuantitatif.
Z Analisis kuantitatif
Hasil dapatan
analisis analitikal dalam sebutan kadar, peratus, dan nisbah atau sebutan
angka.
Z Analisis menegak
Menunjukkan peratusan
setiap item dalam penyata kewangan berasaskan satu amaun item sebagai asas.
Z Analisis fundamental dan analisis teknikal
Menunjukkan hubungkait setiap item dengan item yang lain.
Kandungan laporan tahunan diterbitkan:
o
Penyata
kewangan.
o
Nota
kepada akaun.
o
Penyata
bukan kewangan iaitu laporan audit.
o
Maklumat
tambahan lain iaitu analisis pengurusan ke atas keputusan-keputusan kewangan.
Asas yang boleh digunakan
dalam kaedah analisis perbandingan penyata kewangan:
< Asas dalam syarikat
Perbandingan antara data-data dalam organisasi, iaitu perbandingan item-item yang serupa, tetapi bagi tahun yang berlainan. Contoh, untung bersih tahun 2012 berbanding dengan untung bersih tahun 2013.
< Asas antara syarikat
Item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain bagi tahun yang sama. Contoh, untung bersih Syarikat A dibandingkan dengan untung bersih Syarikat B.
< Purata industri
Maklumat analisis
penyata kewangan sesebuah syarikat dibandingkan dengan angka purata industri di
mana syarikat itu beroperasi. Contoh, perbandingan untung bersih Syarikat A
yang bergiat dalam industri pembuatan barang elektrik dengan angka untung
purata dari berbagai-bagai syarikat pengeluar barangan elektrik.
Kepentingan analisis
penyata kewangan kepada pihak pengurusan syarikat:
= Membantu dalam membuat keputusan pelaburan.
= Membantu pihak pengurusan untuk membuat keputusan
berkaitan dengan pembayaran dividen kepada pemegang saham.
= Membantu pihak pengurusan merancang dalam pengurusan
operasi syarikat.
= Alat kawalan.
= Penilaian prestasi.
Tiga kepentingan
analisis penyata kewangan kepada pihak pengurusan syarikat:
À Mengukur
/ Menilai prestasi kewangan syarikat untuk penambahbaikan, tindakan pembetulan
dan perancangan dan lain-lain.
À Membuat
perbandingan dengan industri atau syarikat pesaing yang lain tentang kedudukan
syarikat.
À Pembuatan
keputusan.
À Membuat
perancangan.
À Melihat
keupayaan syarikat dalam memberikan manfaat dan ganjaran.
À Melihat
trend dari analisis. Jika terdapat nisbah yang luar biasa, penekanan diberikan
kerana kemungkinan wujudnya ralat, kesilapan atau unsur ‘fraud’ dalam pelaporan
transaksi kewangan syarikat.
Batasan analisis
kewangan / analisis nisbah yang perlu dipertimbangkan apabila membuat sesuatu
keputusan:
! Berasaskan data sejarah.
- Menggunakan
maklumat kos yang lepas.
- Kos itu
adalah kos sejarah dan ia tidak mempamerkan keadaan realiti semasa.
! Penggunaan kaedah perakaunan yang berbeza.
- Mengakibatkan
perbezaan yang kadang-kadang agak ketara justeru keputusan perbandingan
analisis tidak setara.
! Purata industri / Kepelbagaian dalam syarikat / Kepelbagaian
industri / Perniagaan apabila mempunyai portfolio pelbagai.
! Kesan inflasi / deflasi tidak diambil kira.
! Faktor kualitatif yang tidak boleh diukur seperti aset
pekerja dan muhibah.
! Data anggaran.
Tindakan alternatif
yang boleh dipertimbangkan oleh syarikat selain daripada membuat pinjaman bank:
: Menerbitkan saham biasa atau saham keutamaan.
: Menjual aset bukan semasa / aset tetap.
: Terbitan debentur, bon, dan nota belum bayar.
: Menyewa peralatan.
: Memajak peralatan.
Faktor bukan kewangan
yang boleh mempengaruhi penilaian prestasi sesebuah syarikat:
9 Reputasi syarikat.
Reputasi syarikat merujuk kepada imej syarikat di mata orang ramai. Reputasi yang baik mempengaruhi pelanggan untuk memilih syarikat ini.
9 Jenama produk.
Kebiasaan jenama yang terkenal lebih senang untuk menarik perhatian pelanggan. Pelanggan beranggapan jenama terkenal, semestinya baik dari segi kualiti.
9 Tanggungjawab sosial korporat.
Jika aktiviti sosial syarikat banyak memberi kebaikan kepada masyarakat, pelanggan beranggapan syarikat menghargai masyarakat. Pelanggan memilih syarikat ini sebagai menyokong aktiviti sosial syarikat.
题目以及解答思路: