TEORI PERAKAUNAN STPM S3 – SYARIKAT BERHAD


午安啊,大家!

我想要问大家一个问题,有谁跟我一样,不喜欢上的 Topik 是 Syarikat Berhad 的,请举手🙋‍♂️🙋。

尽管如此,我还是选择分享这个 Teori。

求我当时翻开课本和 Nota 的心里面积。

算了,我哀嚎够了,开始吧:

SOALAN 1 :

Kegunaan rizab hasil:

<  Mengagihkan dividen tunai.

<  Penebusan syer.

<  Dana untuk menghapuskan rugi perniagaan luar jangka.

<  Dana untuk terbitan syer bonus atau dividen syer.

SOALAN 2 :

Kelebihan pemegang syer keutamaan boleh tebus berbanding dengan pemegang syer ekuiti:

=  Keutamaan dari segi pembayaran dividen.

=  Mendapat keutamaan dari segi tuntutan aset apabila syarikat dibubar.

SOALAN 3 :

Perbezaan antara dividen syer ekuiti dengan dividen syer keutamaan:

Ciri

Syer Ekuiti

Syer Keutamaan

Kadar dividen

Kadar dividen berubah bergantung pada keuntungan syarikat dan kelulusan ahli lembaga pengarah.

Kadar yang tetap dan ditentukan semasa modal diterbitkan.

Keutamaan bayaran dividen

Menerima dividen selepas pemegang syer keutamaan.

Menerima dividen terlebih dahulu sebelum pemegang syer ekuiti.

Tunggakan dividen

Tidak mendapat tunggakan dividen.

Pemegang syer keutamaan terkumpul boleh mendapat tunggakan dividen bagi tahun-tahun lepas.


SOALAN 4 :

Definisi syer keutamaan boleh tukar:

Maksud syer keutamaan boleh tukar ialah memberi hak kepada pemegang syer untuk menukarkan syer keutamaan kepada syer biasa.

SOALAN 5 :

Definisi syer keutamaan boleh tebus:

Maksud syer keutamaan boleh tebus merujuk kepada membenarkan syarikat membeli semula syer tersebut daripada pemegang syer pada harga tertentu selepas satu tarikh.

SOALAN 6 :

Definisi syer keutamaan kumulatif:

Syer keutamaan kumulatif bermaksud layak mengumpul dan menerima dividen belum bayar yang tertunggak.

SOALAN 7 :

Definisi syer keutamaan bukan kumulatif:

Syer keutamaan bukan kumulatif adalah layak menerima dividen hanya dalam tahun dividen diisytihar dan dibayar.

SOALAN 8 :

Definisi syer keutamaan:

Syer keutamaan adalah syer yang tidak melayakkan pemegangnya mendapat hak mengundi atau menerima agihan selain daripada yang dinyatakan.

SOALAN 9 :

Kebaikan penubuhan syarikat berhad:

;  Liabiliti pemegang syer terhad.

;  Pemilikan mudah dipindahkan.

;  Jangka hayat yang berterusan.

;  Pengurusan yang profesional.

SOALAN 10 :

Keburukan penubuhan syarikat berhad:

: Tertakluk kepada pelbagai peraturan.

: Pemilik dan pengurusan adalah berbeza.

: Cukai tambahan.

SOALAN 11 :

Antara peraturan yang perlu dipatuhi oleh syarikat:

9 Akta Syarikat 2016.

9 Akta Cukai Pendapatan 1967.

9 Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia.

9 Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia.

SOALAN 12 :

Perbezaan antara ambilan dalam perkongsian dengan pembahagian dividen dalam syarikat berhad:

Ambilan Dalam Perkongsian

Dividen Dalam Syarikat Berhad

Mengurangkan akaun modal.

Merupakan agihan keuntungan.

Dikenakan faedah.

Dikenakan cukai.

Boleh dalam bentuk tunai atau barang niaga.

Dalam bentuk tunai atau syer bonus.


SOALAN 13 :

Fungsi rizab modal:

8 Terbitan modal syer bonus.

8 Menghapus kira premium penebusan syer.

8 Menghapus kira diskaun terbitan debentur.

SOALAN 14 :

Fungsi rizab hasil:

7 Boleh diagih dalam bentuk dividen tunai.

7 Penebusan syer.

SOALAN 15:

Perbezaan antara kandungan penyata kewangan perkongsian dengan kandungan penyata kewangan syarikat:

Aspek

Perkongsian

Syarikat Berhad

Cukai

Tiada dalam penyata kerana cukai dikenakan kepada rakan kongsi secara individu.

Dimasukkan dalam penyata kerana syarikat dikenakan cukai korporat.

Ekuiti

Modal setiap pekongsi.

Modal saham.

Pulangan kepada pemilik

Agihan untung perkongsian dalam akaun pengasingan untung rugi.

Agihan untung dalam bentuk dividen dinyatakan dalam penyata kewangan.

Pendapatan tertahan

Semua keuntungan diagihkan kepada rakan kongsi.

Untung disimpan selepas sebahagian diagihkan untuk dividen.

SOALAN 16:

Contoh urus niaga yang tidak melibatkan tunai tetapi mempengaruhi kedudukan kewangan syarikat:

! Memperoleh aset jangka panjang dengan menerbitkan syer modal.

! Menjelaskan liabiliti dengan menerbitkan syer modal.

! Membayar dividen syer atau syer bonus.

! Tukar beli aset tanpa melibatkan tunai.

! Penilaian semula aset.

! Mengkelaskan semula liabiliti jangka panjang dan liabiliti jangka pendek.

SOALAN 17:

Perbezaan antara syarikat awam berhad dengan syarikat sendirian berhad:

Aspek

Syarikat Awam Berhad

Syarikat Sendirian Berhad

Bilangan ahli

Minimum 2 orang dan tiada had maksimum.

Terdiri daripada 2 hingga 50 orang pemegang syer.

Modal

Jualan syer kepada pihak awam.

Jualan syer kepada pihak tertentu.

Penerbitan syer

Terbit prospectus kepada pihak awam.

Melalui tawaran kepada pihak tertentu.

Nama syarikat

Berakhir dengn perkataan berhad.

Berakhir dengan perkataan Sdn. Bhd.

Laporan kewangan

Perlu dipaparkan secara terbuka kepada orang awam.

Adalah sulit dan dibentangkan kepada ahli lembaga sahaja.

Pindah milik syer

Bebas.

Dapatkan persetujuan dari pemegang syer yang lain.

SOALAN 18:

Hak syer keutamaan:

- Tiada hak mengundi.

- Menerima keutamaan dalam pengagihan dividen.

- Menerima keutamaan dalam pengagihan lebihan aset semasa pembubaran.

SOALAN 19:

Tujuan terbitan syer:

, Mendapatkan tunai.

, Mendapatkan aset bukan tunai.

, Menyelesaikan liabiliti.

SOALAN 20:

Dua perbezaan antara bahagian ekuiti pemilik dalam penyata kewangan syarikat dengan bahagian ekuiti pemilik dalam penyata kewangan pemilikan tunggal:

Syarikat

Pemilikan Tunggal

Terdiri daripada modal syer ekuiti atau modal syer keutamaan yang diterbit dan berbayar, rizab hasil, dan rizab modal seperti pendapatan tertahan dan rizab penilaian semula aset.  

Komponen ekuiti pemilik terdiri daripada modal, untung bersih / rugi bersih dan ambilan.

Melaporkan modal diterbitkan.

Melaporkan modal yang disumbangkan oleh pemilik.

Modal ditunjukkan dalam nilai dan unit.

Modal ditunjukkan dalam nilai sahaja.

Modal maksimum setakat modal yang diterbitkan.

Modal yang disumbangkan tidak terhad.

题目以及解答思路:

TEORI PERAKAUNAN S3 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1