PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 2


大家好噢,我是 Tina 酱~

如标题所见,这篇文章是 Sem 3 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

想看 PART 1的 Latihan Soalan Objektif ,请点击这里:


开始吧:

SOALAN 1:

Yang manakah benar tentang matlamat Suruhanjaya Selatan-Selatan?

I.      Memperjuangkan hak dan persamaan ras.

II.     Memperjuangkan kepentingan bersama negara-negara membangun.

III.    Mengurangkan kerjasama di antara negara-negara membangun dan negara maju.

IV.    Mengurangkan pergantungan ekonomi negara-negara membangun pada negara maju.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 2:

Wakil Malaysia pernah menjawat jawatan X di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tugasnya adalah untuk mengendalikan perhimpunan tahunan PBB. Jawatan X merujuk kepada 

A. Setiausaha Agung.

B. Pengerusi Perhimpunan Agung.

C. Ahli Sementara Majlis Keselamatan.

D. Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

SOALAN 3: 

ASEAN sering mengadakan dialog dengan negara-negara maju seperti Australia, Kanada, Jepun, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat. Tujuan utama dialog ini ialah untuk

I.      Memperoleh bantuan ketenteraan.

II.     Mendapat sokongan terhadap Kawasan Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN).

III.    Memperluas pasaran barangan eksport negara-negara ASEAN.

IV.    Menstabilkan harga komoditi utama negara-negara ASEAN.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 4: 

Yang manakah merupakan fungsi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia?

A. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN.

B. Menyelaraskan sistem ejaan dan istilah bahasa Melayu.

C. Mengkaji selidik sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu.

D. Menyebarkan penggunaan sebutan baku dalam kalangan pengguna Bahasa Melayu.

SOALAN 5:

Tujuan utama Malaysia menyokong Dialog Selatan-Selatan adalah untuk

A. Menjalin hubungan diplomatik di kalangan negara Dunia Ketiga.

B. Membentuk satu kesatuan ekonomi di kalangan negara Dunia Ketiga.

C. Menyelesaikan masalah imbangan perdagangan dan pembayaran di kalangan negara Dunia Ketiga. 

D. Mewujudkan satu bentuk kerjasama ekonomi dan teknikal dalam kalangan negara Dunia Ketiga. 

SOALAN 6:

Yang manakah fungsi sekretariat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

I.      Memutuskan tindakan ketenteraan.

II.     Memantau masalah ekonomi dan sosial dunia.

III.    Mengendalikan perbicaraan jenayah antarabangsa.

IV.    Mengetahui pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 7:

Yang manakah tujuan Malaysia menyuarakan supaya Benua Antartika dijadikan sebagai warisan bersama?

I.      Untuk memlihara alam sekitar dan teknologi di kawasan Antartika.

II.     Untuk meminda perjanjian Antartika 1959 supaya meliputi semua negara di dunia.

III.    Untuk memberi faedah kepada seluruh dunia segala sumber penemuan di Antartika.

IV.    Untuk membolehkan negara membangun membuat penyelidikan bersama di Antartika. 

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 8:

Pusat Petukaran Data Pelaburan, Perdagangan, dan Teknologi Selatan (SITTDEC) telah ditubuhkan pada 1991. Fungsi utamanya adalah

I.      Memantapkan kedudukan ekonomi.

II.     Menjalin kerjasama urus niaga.

III.    Mengimbangi keluaran komoditi utama.

IV.    Menyebarkan maklumat ekonomi.

A. I dan IV

B. II dan III

C. II dan IV

D. I dan III

SOALAN 9:

T  Pendapatan per kapita yang rendah.

T  Kadar syarat perdagangan yang tidak seimbang.

T  Beban hutang yang tinggi.

T  Perdagangan yang menguntungkan negara maju.

Masalah-masalah di atas, dialami oleh sekumpulan negara-negara di dunia. Untuk mengatasi negara-negara tersebut menubuhkan

A. Suruhanjaya Selatan-Selatan.

B. Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).

C. Pertubuhan Komanwel.

D. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

SOALAN 10:

! Mengadakan dialog dengan negara-negara maju tentang isu-isu semasa.

! Membentuk satu kerjasama ekonomi yang lebih berkesan dalam kalangan negara anggota.

! Membantu mengatasi masalah negara-negara anggota dari segi beban hutang dan kadar pertukaran wang asing yang tidak menentu.

Pernyataan di atas merupakan usaha yang dijalankan oleh Malaysia dalam

A. ASEAN.

B. Komanwel.

C. Bank Perdagangan Asia.

D. Kerjasama Selatan-Selatan.

SOALAN 11:

 

PERKARA

PERISTIWA

I.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

X

Deklarasi Langkawi bersempena dengan CHOGM (1989).

II.

Dasar Luar

Y

Hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan (1991).

III.

Komanwel

Z

Persidangan Alam Sekitar di Rio De Janeiro (1992).

Padankan peristiwa-peristiwa I, II, dan III dengan perkara-perkara X, Y, dan Z.

 

I.

II.

III.

A.

X

Z

Y

B.

Y

X

Z

C.

Z

X

Y

D.

Z

Y

X

SOALAN 12:

Yang manakah benar tentang Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)?

I.      Persidangan pertama diadakan di Kuala Lumpur.

II.     Bidang kerjasamanya termasuk membasmi kemiskinan dan buta huruf.

III.    Satu badan yang bertumpu kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan.

IV.     Negara-Negara Asia Pasifik yang menjadi ahli pertubuhan negara-negara Islam menganggotainya.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 13:

Yang manakah benar tentang Mesyuarat Asia-Eropah?

I.      Mewujudkan kerjasama ketenteraan.

II.     Bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan globalisasi.

III.    Dianggotai oleh negara-negara Asia, Eropah, dan Amerika Utara.

IV.     Meneroka kerjasama baru dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 14:

Yang manakah usaha Malaysia untuk memerangi penyalahgunaan dadah?

I.      Merampas harta benda penagih dadah.

II.     Menjatuhkan hukuman mati ke atas penagih dadah.

III.    Menahan pengedar tanpa pembicaraan selama 2 tahun.

IV.     Melaksanakan Deklarasi Vienna tahun 1987.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 15:

MATLAMAT PERTUBUHAN

X

Y

Z

Perdagangan bebas dan pasaran terbuka.

Pembangunan dan kerjasama serantau.

Mempertingkatkan kerjasama pertukaran maklumat dan data.

Yang manakah padanan yang benar tentang matlamat dan pertubuhan berikut?

 

ASEAN

Kumpulan 15

APEC

A.

X

Y

Z

B.

Y

Z

X

C.

Z

X

Y

D.

Y

X

Z


好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1