PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好噢,我是 Tina 酱 ~

如标题所见,这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Yang manakah ciri-ciri asas bagi sebuah negara berdaulat?

I.      Berwibawa.

II.     Berkuasa sendiri.

III.    Diterajui oleh parti politik tertentu.

IV.    Mempunyai sistem ekonomi yang utuh.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 2:

Perlembagaan Persekutuan memberi lebih banyak kuasa kepada negeri Sabah dan Sarawak kerana

A. Cadangan daripada Suruhanjaya Cobbold.

B. Persetujuan dalam perjanjian penubuhan Malaysia.

C. Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia lebih maju.

D. Sabah dan Sarawak tidak terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.

SOALAN 3:

Yang berikut ialah perkara-perkara yang benar tentang kewarganegaraan kecuali

A.  Warganegara Sabah dan Sarawak menjadi warganegara Malaysia pada tahun 1963 melalui percantuman wilayah.

B.  Menurut Perkara 23 (3), seorang warganegara perempuan yang berumur kurang daripada 21 tahun tetapi telah berkahwin berhak untuk menolak kewarganegaraan.

C.   Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih tidak boleh didaftarkan sebagai warganegara sehingga dia telah mengangkat sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

D.   Orang yang dilahirkan dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia ketika berada di ruang udara antarabangsa dan laut antarabangsa berhak untuk menjadi warganegara Malaysia.

SOALAN 4:

Yang manakah cara pindaan syarat-syarat berkenaan kewarganegaraan di Malaysia dapat dilaksanakan?

A. Persetujuan 2/3 ahli-ahli Parlimen.

B. Persetujuan 2/3 ahli-ahli Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak.

C. Suara majoriti mudah ahli-ahli Parlimen.

D. Persetujuan 2/3 ahli-ahli Parlimen dengan perkenaan Majlis Raja-Raja.

SOALAN 5:

Antara yang berikut, yang manakah tugas-tugas Speaker Dewan Rakyat?

I.      Menjadi jurucakap Dewan Rakyat.

II.     Mengurus pentadbiran Dewan Rakyat.

III.    Membubarkan Dewan Rakyat.

IV.    Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi peraturan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

SOALAN 6:

Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana

A. rombakan kabinet.

B. kematian Setiausaha Dewan Negara.

C. perletakan jawatan Perdana Menteri bersama barisan ahli-ahli Jemaah Menteri.

D. hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri.

SOALAN 7:

Yang manakah antara yang berikut merupakan bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?

I.      Menerima petisyen pilihan raya.

II.     Memastikan pilihan raya dilaksanakan dalam keadaan terkawal dan selamat.

III.    Memastikan calon pilihan raya memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

IV.    Meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 8:

Yang manakah agensi pusat yang bertanggungjawab menjadi pemangkin menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) melalui NKEA

A. Unit Perancang Ekonomi (EPU).

B. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

C. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

D. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

SOALAN 9:

Yang manakah sumber perolehan Kerajaan Persekutuan?

I.      Perkhidmatan jualan langsung.

II.     Bayaran pendaftaran kenderaan.

III.    Perolehan dari zakat dan fitrah.

IV.    Hasil kutipan daripada pengeluaran lesen pembalakan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 10:

Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agung (YDPA) tidak boleh menjalankan tugas-tugas lain di negeri baginda kecuali

I.      sebagai ketua agama Islam.

II.     melantik Menteri Besar.

III.    melantik pemangku raja.

IV.    membubarkan Dewan Undangan Negeri.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 11:

Z  X penasihat utama negeri.

Z  Pelantikan X mesti mendapat persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan.

X merujuk kepada 

A. Menteri Besar.

B. Pegawai Daerah.

C. Setiausaha Kerajaan Negeri. 

D. Penasihat Undang-Undang Negeri.

SOALAN 12:

Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

A. Berjudi.

B. Berkhalwat.

C. Tidak berpuasa.

D. Hak terhadap anak.

SOALAN 13:

Yang manakah merupakan tindakan wajar bagi meningkatkan kualiti penyampaian sektor awam?

A. Menambahkan bilangan kakitangan.

B. Mewujudkan unit-unit berkaitan.

C. Menswastakan perkhidmatan.

D. Mewujudkan penilaian prestasi.

SOALAN 14:

Yang manakah kesan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan?

I.      Disentralisasi kuasa.

II.     Peningkatan penggunaan borang.

III.    Menyediakan perkhidmatan dalam talian.

IV.    Mempunyai lapisan kuasa yang berlapis-lapis.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 15:

Yang manakah yang benar tentang tadbir urus yang baik?

I.      Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara.

II.     Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja.

III.    Menambahkan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa.

IV.    Mengurangkan karenah birokrasi.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1