PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 1


大家好噢,我是 Tina 酱 ~

如标题所见,这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara berdaulat?

A. Penduduk yang mempunyai jati diri yang tinggi.

B. Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.

C. Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum.

D. Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum.

SOALAN 2:

Yang manakah pernyataan yang menepati konsep 'Ketertinggian Perlembagaan'?

A. Perlembagaan tidak boleh dipinda.

B. Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan Perlembagaan.

C. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang.

D. Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan.

SOALAN 3:

Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?

A. Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara.

B. Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap.

C. Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan.

D. Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula.

SOALAN 4:

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam perlantikan jawatan 

A. Peguam Negara.

B. Perdana Menteri.

C. Ahli Suruhanjaya.

D. Ketua Hakim Negara.

SOALAN 5:

Yang manakah yang benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

I.      Ketua Negara dipilih dalam pilihan raya.

II.     Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit.

III.    Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat.

IV.    Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat.

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

SOALAN 6:

Yang manakah sebab seseorang calon kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya?

A. Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi.

B. Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai.

C. Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya.

D. Calon yang menang gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.

SOALAN 7:

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

A. Membuat kajian dan persempadanan kawasan pilihan raya.

B. Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya.

C. Meluluskan persempadanan pilihan raya.

D. Mengadili petisyen pilihan raya.

SOALAN 8:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang tugas Jemaah Menteri?

A. Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara.

B. Menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara.

C. Menggubal dasar gaji, elaun, dan kemudahan kakitangan kerajaan.

D. Menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan.

SOALAN 9:

Yang manakah yang menggambarkan kebebasan sesebuah suruhanjaya?

A. Anggota suruhanjaya dipilih dalam pilihan raya.

B. Saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh kabinet.

C. Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh ahli politik.

D. Anggota suruhanjaya boleh dipecat melalui tribunal khas.

SOALAN 10:

Projek yang dibina oleh Majlis Daerah hendaklah diluluskan oleh

A. Majlis Kewangan Negara.

B. Dewan Undangan Negeri.

C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

D. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

SOALAN 11:

Yang manakah sumber hasil yang diserahkan kepada negeri?

I.      Hasil daripada lombong.

II.     Kutipan cukai pendapatan.

III.    Terimaan mengenai bekalan air.

IV.    Bayaran-bayaran daripada Mahkamah Persekutuan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 12:

Tujuan utama penubuhan badan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri adalah untuk

A. mengelakkan percanggahan dan melicinkan pentadbiran negara.

B. meningkatkan kecekapan pentadbiran pada peringkat masing-masing.

C. menyeragamkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

D. mengelakkan campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri.

SOALAN 13:

Kerajaan Negeri X mengemukakan permohonan meminta Kerajaan Pusat menyemak bayaran royaliti minyak. 

Yang manakah pihak yang sesuai membincangkan perkara di atas?

A. Kabinet.

B. Parlimen.

C. Majlis Kewangan Negara.

D. Majlis Perancangan Negara.

SOALAN 14:

Kerajaan mempergiat usaha untuk meningkatkan integriti dan ketelusan sektor awam dan sektor swasta bagi menambah baik tahap tadbir urus.

Yang manakah strategi untuk mencapai hasrat di atas?

A. Memperkenalkan dan mempromosi program pembaharuan bagi jentera pentadbiran.

B. Membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam.

C. Mempergiat penguatkuasaan dan memperkukuh langkah menangani rasuah.

D. Memperkemas struktur organisasi dari semasa ke semasa.

SOALAN 15:

Yang manakah sistem penyampaian yang menjejaskan keyakinan pihak berkepentingan terhadap jabatan kerajaan?

I.      Karenah birokasi yang berbentuk hieraki yang kompleks.

II.     Kelulusan sesuatu projek dibuat secara tender terbuka.

III.    Memperkenalkan perkhidmatan sampingan dalam talian.

IV.    Masa menunggu untuk berurusan di kaunter jabatan tidak konsisten.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1