PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 8


大家好噢,我是 Tina 酱~

如标题所见,这篇文章是 Sem 3 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN 1:

Yang manakah benar tentang dasar luar Malaysia?

A. Malaysia menyokong langkah ketenteraan ke atas Kemboja.

B. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dalam krisis Teluk.

C. Malaysia menentang pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat. 

D. Malaysia mengadakan hubungan dengan negara luar berdasarkan kepentingan.

SOALAN 2:

Yang manakah asas penentuan dasar luar Malaysia?

I.      Keuntungan ekonomi yang diperolehi dari negara Barat.

II.     Keutamaan hubungan baik dengan negara serantau.

III.    Pengekalan hubungan baik dengan negara-negara anggota Komanwel.

IV.    Pegangan ideologi sesebuah negara.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 3:

( Memupuk hubungan baik dengan negara lain.

( Melindungi kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Kriteria dasar luar.

B. Hala tuju hubungan luar.

C. Objektif dasar luar negara.

D. Prinsip menentukan dasar luar.

SOALAN 4:

M Projek Perlombongan Garam di Thailand.

M Projek Vaksin Hepatitis B di Singapura.

Yang manakah kesan projek perindustrian di atas?

I.      Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi ASEAN.

II.     Meningkatkan kerjasama ekonomi ASEAN.

III.    Menarik pelabur asing ke ASEAN.

IV.    Menetap hak eksklusif atas zon ekonomi di ASEAN.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 5:

Konsep ZOPFAN yang diamalkan oleh ASEAN dapat dicerminkan menerusi tindakannya dalam

I.      Mewujudkan kerjasama dua hala dalam bidang ketenteraan di Asia Tenggara.

II.     Menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara haram.

III.    Menentukan nasib negara-negara di Asia Tenggara berdasarkan hak mutlak sendiri.  

IV.    Memperkukuhkan kerjasama ekonomi antara negara-negara Asia Tenggara.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. II dan IV

SOALAN 6:

Yang manakah merupakan sebab Malaysia mengadakan hubungan luar?

I.      Memihak kepada negara Utara-Selatan.

II.     Mengekalkan hubungan baik dengan kuasa besar.

III.    Menjalinkan hubungan dengan negara Asia Tenggara.

IV.    Meningkatkan penjualan barangan keluaran tempatan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 7:

Mesyuarat kerjasama antara Menteri-Menteri Luar Negara anggota ASEAN melibatkan komitmen dalam

I.      Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

II.     Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).

III.    Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

IV.    Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM).

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 8:

Konsep ZOPFAN diumumkan oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN pada 27 November 1971. Yang manakah benar mengenai ZOPFAN?

I.      ZOPFAN diisytiharkan melalui Deklarasi Bangkok.

II.     ZOPFAN meliputi seluruh kawasan Asia Pasifik.

III.    Tujuan ZOPFAN ditubuhkan ialah untuk mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dalam hal ehwal rantau tersebut.

IV.    Hubungan dengan kuasa-kuasa luar adalah berlandaskan prinsip berkecuali.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 9:

Yang manakah isu yang terangkum dalam agenda ASEAN?

I.      Pengawalan kegiatan pengedaran dadah.

II.     Pemupukan kerjasama ketenteraan serantau.

III.    Penyelesaian politik secara aman di Kampuchea.

IV.    Peningkatan kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 10:

Semua barangan ASEAN boleh menembusi pasaran negara anggota tanpa dikenakan sebarang tarif atau tarif yang minimum.

Pelaksanaan usaha di atas memberi impak besar kepada ASEAN iaitu 

I.      Jumlah dagangan intra ASEAN merosot.

II.     Meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi.

III.    Lebih daripada 20ribu item Malaysia akan menikmati pengurangan tarif.

IV.    Pelaburan langsung asing ke negara anggota meningkat.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 11:

Yang manakah  pendirian yang dipertimbangkan dalam menentukan dasar luar negara?

I.      Mengekalkan hubungan diplomatik dengan kuasa besar.

II.     Mempertahankan identiti dan bangsa.

III.    Mempertahankan hubungan dengan negara jiran.

IV.    Mempromosi keperluan negara.

A. I dan II

B. II dan IV

C. I dan III

D. III dan IV

SOALAN 12:

Yang manakah kriteria asas dasar luar Malaysia?

I.      Konsistensi.

II.     Kemakmuran

III.    Kesejahteraan.

IV.    Kebolehpercayaan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 13:

Yang manakah prinsip hubungan luar Malaysia?

A. Berbaik-baik dengan negara jiran.

B. Berpakat dalam pertubuhan ketenteraan.

C. Mempunyai hubungan baik dengan negara Malaysia.

D. Membantu dan menyelesaikan masalah dalaman negara lain.

SOALAN 14:

1 Penekanan kerjasama dapat ditambah, pertumbuhan ekonomi, dan kurangkan masalah pengangguran di Malaysia.

1 Forum untuk membincangkan masalah pertumbuhan ekonomi dan pengangguran di sesetengah negara maju.

Pernyataan di atas merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam

A. Mesyuarat ASEAN + 3.

B. Pelan Tindakan ASEAN-EU.

C. Rancangan Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan.

D. Forum Kerjasama Asia Timur Jauh-Amerika Latin.

SOALAN 15:

@ Menteri Luar Negeri menegaskan pendirian tentang industri minyak sawit.

@ Kerjasama merangkumi politik-keselamatan, pelaburan, perdagangan, kesalinghubungan, dan pembangunan mampan.

Pernyataan di atas adalah berkaitan Malaysia dengan

A.  Piagam ASEAN.

B.  Pelan Tindakan ASEAN-EU.

C.  Rancangan Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan.

D.  Forum Kerjasama Asia Timur Jauh-Amerika Latin.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1