PENGAJIAN PERNIAGAAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3
大家好吖,这是 Pengajian Perniagaan 的 STPM S3 2013 Ulangan 年,仅供参考哦!
最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!
废话不多说,请看:
SOALAN 1:
Huraikan tiga cara bagaimana seseorang usahawan yang menjalankan perusahaan makanan ringan dapat membangunkan industri sokongan. [6 markah]
I Membangunkan industri pengangkutan.
Sebagai contoh, industri pengangkutan diperlukan untuk membawa pekerja ke kilang dan juga membawa hasil keluaran ke lokasi perniagaan.
I Menggunakan bahan pembungkusan.
Contohnya, usahawan perusahaan makanan ringan memerlukan kilang plastik dan kotak untuk membungkus hasil keluaran mereka.
I Menggunakan bahan mentah yang dihasilkan atau dibekalkan oleh industri lain.
Misalnya, perusahaan kerepek pisang akan menjadikan pengusaha pisang sebagai industri sokongan untuk membekalkan bahan mentah.
SOALAN 2:
Huraikan pendekatan ekonomi dan pendekatan sosiologi dalam teori keusahawanan. [4 markah]
Pendekatan ekonomi:
Pendekatan ekonomi
berkaitan dengan keuntungan dan menambahkan ekonomi. Tokoh yang berkaitan
adalah Walker. Usahawan hanya mengumpulkan modal dan mengaut keuntungan
sebanyak mungkin.
Pendekatan sosiologi:
Pendekatan sosiologi berkaitan
dengan persekitaran seseorang. Tokoh yang berkaitan adalah Max Weber. Kunci
kejayaan bagi seseorang usahawan bergantung pada usaha inovasinya dalam
menjalankan sesuatu tugas.
SOALAN 3:
Huraikan tiga faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang usahawan sebelum menjalinkan usaha sama dengan perniagaan lain. [6 markah]
!
Tempoh
usaha sama.
!
Pembubaran
usaha sama.
!
Cara
pentadbiran dan komposisi pengurusan.
!
Cara
dan nisbah pembahagian untung dan rugi.
!
Pemilihan
wakil daripada kedua-dua pihak untuk usaha sama.
!
Pihak
yang perlu menanggung kos pengendalian bagi perniagaan usaha sama.
SOALAN 4:
Nyatakan empat elemen rancangan organisasi dalam rancangan perniagaan. [4 markah]
_
Senarai
kakitangan pengurusan.
_
Matlamat
dan strategi organisasi.
_
Struktur
organisasi atau carta organisasi.
_
Perancangan
keperluan dan susun atur pejabat.
SOALAN 5:
Nyatakan enam elemen
rancangan pemasaran dalam penyediaan rancangan perniagaan bagi syarikat
pengeluaran pakaian batik. [6 markah]
S
Persaingan.
S
Saluran
agihan.
S
Ramalan
jualan.
S
Peletakan
pasaran.
S
Sasaran
pelanggan.
S Segmentasi pasaran.
SOALAN 6:
Huraikan dua risiko
yang dihadapi oleh syarikat multinasional. [4 markah]
Â
Risiko
politik.
Ketidakstabilan politik
memberi kesan kepada perniagaan antarabangsa. Jika sesebuah negara itu tidak
stabil dari segi politik seperti peristiwa rampasan kuasa atau tunjuk perasaan,
maka negara tersebut diklasifikasikan sebagai tidak selamat untuk pelaburan.
Â
Risiko
pertukaran wang.
Nilai mata wang yang
sentiasa berubah memberi kesan kepada harga barangan eksport atau import. Kadar
tukaran wang yang berubah akan mempengaruhi kos pengeluaran dan harga.
SOALAN 7:
Jelaskan maksud
perdagangan barter dalam perniagaan antarabangsa. [4 markah]
Maksud perdagangan
barter dalam perniagaan antarabangsa adalah kaedah perdagangan barter berlaku
seperti negara Malaysia mengeksport minyak sawit ke Arab dan negara Arab
membayar minyak sawit dengan petroleum.
SOALAN 8:
Huraikan tiga kesan
pelaksanaan ASEAN Free Trade Area (AFTA) kepada negara anggota. [6 markah]
(
Menghapuskan
cukai atau tarif dalam kalangan negara anggota membolehkan keluaran tempatan
dijual kepada pengguna pada harga yang lebih murah.
(
Persaingan
sihat yang wujud dalam kalangan pengeluar serantau menggalakkan penghasilan
barangan yang lebih berkualiti.
(
Perpaduan
yang dipupuk dalam kalangan negara anggota mengukuhkan integrasi antara
penduduk dari negara berlainan yang berasal daripada pelbagai latar belakang.
(
Kewujudan
pasaran yang lebih luas dan peningkatan aliran modal menggalakkan pertumbuhan
perusahaan baru yang dapat menyumbang kepada kestabilan ekonomi ASEAN.
SOALAN 9:
Berikan empat manfaat
kepada organisasi yang melaksanakan tanggungjawab sosial. [4 markah]
- Meningkatkan imej dan jenama perniagaan yang mana sebuah
syarikat yang mempunyai nilai jenama yang baik hasil dari tanggungjawab sosial
akan dipandang tinggi berbanding dengan pesaing.
- Tindakan tersebut mempunyai kesan positif dengan harga saham
syarikat di bursa. Harga saham akan meningkat dalam jangka masa panjang kerana
di mata awam syarikat adalah kurang terdedah kepada kritikan awam dan risiko
imej.
- Memberi keyakinan kepada pelabur dalam negeri dan pelabur
asing bahawa syarikat itu bertanggungjawab, beretika, dan telus dalam
operasinya.
-
Berkesan
terhadap penilaian prestasi syarikat oleh pihak berkepentingan seperti
pengguna, pelanggan, dan pembekal.
SOALAN 10:
Terangkan dua peranan
persatuan pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil halal di premis menjual
makanan. [6 markah]
,
Bekerjasama
dengan pihak kerajaan untuk mengadakan pemantauan atau serbuan ke premis
makanan yang tidak mempunyai sijil halal.
,
Menerima
laporan daripada pengguna berkaitan dengan sijil halal di premis menjual
makanan.
,
Menyiasat
kes yang berkaitan sijil halal di premis menjual makanan.
, Mengambil
tindakan undang-undang terhadap pemilik premis makanan yang mempunyai masalah
sijil halal bagi pihak pengguna.
SOALAN 11:
Keusahawanan
Haji Bakar berminat untuk memulakan
perniagaan sendiri, namun kini beliau kurang pasti bentuk perniagaan yang patut
beliau pilih. Mengikut perhitungannya, wang gratuiti yang diterima selepas
bersara lima bulan yang lalu masih ada sekitar RM 300,000. Beliau tidak menanggung
sebarang hutang lain. Oleh itu, beliau yakin bahawa kedudukan kewangannya cukup
kukuh untuk beliau meneruskan cita-citanya sejak dahulu untuk memiliki
perniagaan sendiri.
Haji Bakar meneliti tawaran untuk
memegang francais 7-Eleven yang ditemuinya di laman sesawang. Perniagaan
francais tersebut menawarkan keuntungan jualan 30-50 peratus kepada francaisi.
Pemegang francais 7-Eleven hanya perlu melaburkan wang sebanyak
RM 250,000; iaitu RM 100,000 sebagai yuran permulaan untuk sistem, penjenamaan,
dan latihan; RM 100,000 untuk yuran pelesenan bagi operasi selama 10 tahun; dan
selebihnya pula sebagai deposit stok barangan. Semua keperluan termasuk
latihan, rancangan pemasaran, pembekalan, dan peralatan juga termasuk dalam
pakej francais ini. Oleh itu, sebagai francaisi baharu Haji Bakar dapat menumpukan
perhatian penuh kepada operasi perniagaannya.
Selain itu, francais 7-Eleven tidak
perlu membayar royalti, sumbangan pemasaran dan pengiklanan atau bayaran
perkhidmatan, dan hanya perlu melakukan perkongsian keuntungan 50-50 bagi kos
penyelenggaraan dan bil elektrik. Daripada keuntungan kasar itu, pihak 7-Eleven
juga bertanggungjawab terhadap perbelanjaan, seperti lesen hartanah, peralatan,
insurans am, royalti, audit inventori, dan perkhidmatan barangan. Pihak 7-Eleven
juga turut mendapat kerjasama AmBank untuk menyediakan pinjaman sehingga RM
250,000 kepada francaisi. Kesemua tawaran dalam pakej francais 7-Eleven ini
sungguh menarik. Namun begitu, Haji Bakar tahu perniagaan francais bermakna
francaisi perlu akur kepada segala peraturan operasi yang ditetapkan oleh syarikat
7-Eleven.
Haji
Bakar kemudian terkenangkan perbincangannya pada bulan lepas dengan Dato’ Azman,
rakan baiknya yang telah berjaya dalam menjalankan perniagaan sendiri sebagai
usahawan rangkaian kedai dobi SpeedKleen sejak lebih sepuluh tahun lalu.
Dato’ Azman beriya-iya mengajak Haji Bakar untutk turut sama dalam perniagaan
serupa. Dato’ Azman juga menawarkan diri untuk menjadi mentor-perniagaan kepada
Haji Bakar. Beliau memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara percuma bukan
sahaja untuk Haji Bakar, malahan latihan asas yang perlu untuk para pekerjanya
juga akan diuruskan oleh Dato’Azman. Oleh itu, Haji Bakar tidak perlu menanggung
sebarang kos latihan seperti pengusaha baharu yang lain. Menurut Dato’ Azman,
modal awal yang diperlukan juga hanyalah sekitar RM 150,000 sahaja bagi membeli
mesin dan kelengkapan operasi. Kos operasi bulanan juga hanyalah sekitar RM
8,000, termasuklah kos gaji pekerja. Pelawaan ini memang menarik kerana Haji
Bakar tahu perniagaan dobi boleh memberikan keuntungan antara 25-30 peratus.
Sebagai pemilik penuh perniagaan, beliau juga bebas untuk menguruskan
perniagaan tersebut tanpa dikekang oleh pihak lain. Kejayaan Dato’ Azman dan
ditambah dengan sokongan penuh yang ditawarkan itu menyemarakkan semangat Haji
Bakar lagi untuk menceburi bidang perniagaan.
Berdasarkan kes di atas,
(i) Bincangkan dua kaedah bagi Haji Bakar memulakan perniagaan. [20 markah]
§
Memulakan
perniagaan francais.
HURAIAN:
Definisi memulakan
perniagaan francais adalah satu kaedah pemasaran barang atau perkhidmatan yang
mana sebuah syarikat induk (francaisor) memberi hak kepada syarikat lain (francais)
untuk memasarkan keluaran francaisor.
KDK:
KEBAIKAN
- Pihak 7-Eleven juga turut mendapat kerjasama AmBank untuk menyediakan pinjaman sehingga RM 250,000 kepada francaisi.
- Semua keperluan termasuk latihan, rancangan pemasaran, pembekalan, dan peralatan juga termasuk dalam pakej francais ini.
- Haji Bakar kemudian terkenangkan perbincangannya pada bulan lepas dengan Dato’ Azman, rakan baiknya yang telah berjaya dalam menjalankan perniagaan sendiri sebagai usahawan rangkaian kedai dobi SpeedKleen sejak lebih sepuluh tahun lalu.
- RM 100,000 sebagai yuran permulaan untuk sistem, penjenamaan, dan latihan.
- Jenama 7-Eleven telah dikenali umum.
KELEMAHAN
- Pemegang francais 7-Eleven hanya perlu melaburkan wang sebanyak RM 250,000.
- Francaisi perlu akur kepada segala peraturan operasi yang ditetapkan oleh syarikat 7-Eleven.
- RM 100,000 untuk yuran pelesenan bagi operasi selama 10 tahun.
- Perniagaan francais tersebut menawarkan keuntungan jualan 30-50 peratus kepada francaisi.
- 7-Eleven membekalkan stok barangan.
- Pembekalan dan peralatan juga disediakan oleh 7-Eleven.
§ Memulakan perniagaan sendiri.
HURAIAN:
Definisi memulakan
perniagaan sendiri merujuk kepada memulakan perniagaan baharu dalam pasaran.
KDK:
KEBAIKAN
- Menurut Dato’ Azman, modal awal yang diperlukan juga hanyalah sekitar RM 150,000 sahaja bagi membeli mesin dan kelengkapan operasi.
- Dato’ Azman juga menawarkan diri untuk menjadi mentor-perniagaan kepada Haji Bakar.
- Beliau memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara percuma bukan sahaja untuk Haji Bakar, malahan latihan asas yang perlu untuk para pekerjanya juga akan diuruskan oleh Dato’Azman.
- Kos operasi bulanan juga hanyalah sekitar RM 8,000, termasuklah kos gaji pekerja.
- Pelawaan ini memang menarik kerana Haji Bakar tahu perniagaan dobi boleh memberikan keuntungan antara 25-30 peratus.
KELEMAHAN
- Menurut Dato’ Azman, modal awal yang diperlukan juga hanyalah sekitar RM 150,000 sahaja bagi membeli mesin dan kelengkapan operasi.
- Mengikut perhitungannya, wang gratuiti yang diterima selepas bersara lima bulan yang lalu masih ada sekitar RM 300,000.
- Oleh itu, Haji Bakar tidak perlu menanggung sebarang kos latihan seperti pengusaha baharu yang lain.
(ii) Terangkan kaedah bagi memulakan perniagaan yang paling tepat untuk dilaksanakan oleh Haji Bakar. [10 markah]
X Memulakan perniagaan francais.
KDK:
KEBAIKAN FRANCAIS
- Jenama 7-Eleven telah dikenali umum.
- RM 100,000 sebagai yuran permulaan untuk sistem, penjenamaan, dan latihan.
- Haji Bakar kemudian terkenangkan perbincangannya pada bulan lepas dengan Dato’ Azman, rakan baiknya yang telah berjaya dalam menjalankan perniagaan sendiri sebagai usahawan rangkaian kedai dobi SpeedKleen sejak lebih sepuluh tahun lalu.
- Semua keperluan termasuk latihan, rancangan pemasaran, pembekalan, dan peralatan juga termasuk dalam pakej francais ini.
- Pihak 7-Eleven juga turut mendapat kerjasama AmBank untuk menyediakan pinjaman sehingga RM 250,000 kepada francaisi.
KELEMAHAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI
- Menurut Dato’ Azman, modal awal yang diperlukan juga hanyalah sekitar RM 150,000 sahaja bagi membeli mesin dan kelengkapan operasi.
- Mengikut perhitungannya, wang gratuiti yang diterima selepas bersara lima bulan yang lalu masih ada sekitar RM 300,000.
- Oleh itu, Haji Bakar tidak perlu menanggung sebarang kos latihan seperti pengusaha baharu yang lain.
X
Memulakan
perniagaan sendiri.
KDK:
KEBAIKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI
- Sebagai pemilik penuh perniagaan, beliau juga bebas untuk menguruskan perniagaan tersebut tanpa dikekang oleh pihak lain.
- Menurut Dato’ Azman, modal awal yang diperlukan juga hanyalah sekitar RM 150,000 sahaja bagi membeli mesin dan kelengkapan operasi.
- Dato’ Azman juga menawarkan diri untuk menjadi mentor-perniagaan kepada Haji Bakar.
- Beliau memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara percuma bukan sahaja untuk Haji Bakar, malahan latihan asas yang perlu untuk para pekerjanya juga akan diuruskan oleh Dato’Azman.
- Kos operasi bulanan juga hanyalah sekitar RM 8,000, termasuklah kos gaji pekerja.
- Pelawaan ini memang menarik kerana Haji Bakar tahu perniagaan dobi boleh memberikan keuntungan antara 25-30 peratus.
KELEMAHAN FRANCAIS
- Pemegang francais 7-Eleven hanya perlu melaburkan wang sebanyak RM 250,000.
- Namun begitu, Haji Bakar tahu perniagaan francais bermakna francaisi perlu akur kepada segala peraturan operasi yang ditetapkan oleh syarikat 7-Eleven.
- 7-Eleven membekalkan stok barangan.
- Pembekalan dan peralatan juga disediakan oleh 7-Eleven.
- Perniagaan francais tersebut menawarkan keuntungan jualan 30-50 peratus kepada francaisi.
SOALAN 12:
Jelaskan faktor-faktor
yang mempengaruhi pilihan tindakan beretika oleh seseorang pengurus. [20
markah]
Ø
Faktor
ekonomi.
h Menyediakan
barangan atau perkhidmatan yang selamat kepada pengguna dan menyediakan kerja
dan gaji yang sesuai kepada pekerjanya.
h Menyumbang kepada organisasi sivik dan amal serta kepada organisasi bukan berteraskan keuntungan.
Ø
Faktor
undang-undang.
h
Menjalankan
tanggungjawab fidusiari, menguruskan harta syarikat untuk kepentingan pemegang
syer dan mengagihkan keuntungan di dalam bentuk dividen.
h Selain itu, pengurus perlu memastikan segala peruntukan undang-undang dipatuhi agar kepentingan pekerja, pengguna, pembekal, dan pihak-pihak yang lain terjaga.
Ø
Faktor
rangka kerja moral yang wujud dalam diri pengurus.
h
Menggariskan
nilai yang berlainan yang digunakan oleh seseorang dalam memutuskan sesuatu
senario yang melibatkan persoalan etika.
h Sebagai contoh, pengurus yang mengamalkan pendekatan utilitarian cuba untuk mencari kesan yang boleh memberikan kebaikan yang maksimum kepada seberapa ramai orang yang mungkin.
Ø
Faktor
kekuatan pegangan agama pengurus.
h
Setiap
agama menekankan kepercayaan kepada balasan baik dan buruk dalam kehidupan
selepas mati boleh mempengaruhi tindakan seseorang pengurus itu.
h Contohnya, pendekatan keadilan menilai layanan yang sama adil kepada semua pihak merupakan sesuatu perkara yang baik.
Ø
Faktor
proses sosialisasi / cara pengurus dibesarkan / pengalaman pengurus dibesarkan.
h
Cara
seseorang dibesarkan akan mempengaruhi tingkah laku etika seseorang pengurus.
h
Misalnya,
pendekatan individualisme, sekiranya pengurus dibesarkan dalam persekitaran
kasih sayang akan mempengaruhi tindakannya untuk memberikan kebaikan kepada
orang ramai dan tidak mementingkan diri sendiri.