EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1


大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2013 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Masalah asas ekonomi berpunca daripada

A. pengeluaran ekonomi yang tidak cekap.

B. kehendak masyarakat yang tidak terhad.

C. penggunaan sumber alam yang tidak optimum.

D. pengagihan pendapatan yang tidak adil dalam ekonomi.

SOALAN 2:

Dalam gambar rajah di bawah, RS ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi

Ketidakcekapan penggunaan sumber berlaku pada 

A. Titik S.

B. Titik T.

C. Titik Y.

D. Titik Z.

SOALAN 3:

Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan.

Apakah yang menyebabkan keluk permintaan beralih dari DoDo ke D1D1?

A. Penurunan cukai persendirian.

B. Penurunan harga barang tersebut.

C. Kenaikan harga barang penggenap.

D. Kenaikan harga barang pengganti.

SOALAN 4:

Yang manakah yang menyebabkan kesan peningkatan harga simen?

A. Keluk permintaan simen beralih ke kiri.

B. Keluk penawaran simen beralih ke kiri.

C. Keluk permintaan rumah beralih ke kiri.

D. Keluk penawaran simen beralih ke kiri.

SOALAN 5:

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi suatu barang dipasarkan

Harga (RM)

Kuantiti diminta (Unit)

1.00

50

2.00

40

Fungsi permintaan barang tersebut ialah 

A. Qd = 50 - 10P

B. Qd = 50 + 10P

C. Qd = 60 - 10P

D. Qd = 60 + 10P

SOALAN 6:

Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah sebagai

    Qd = 200 - 20P dan Qs = 100 + 2P dengan

    Qd = Kuantiti diminta (unit), Qs = Kuantiti ditawar (unit), dan P = Harga (RM).

Jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM 2.00 per unit, apakah kesannya kepada harga dan kuantiti keseimbangan barang X?

A. Harga naik sebanyak RM 3.50 dan kuantiti turun sebanyak 130 unit. 

B. Harga naik sebanyak RM 2.50 dan kuantiti turun sebanyak 150 unit. 

C. Harga naik sebanyak RM 2.00 dan kuantiti turun sebanyak 10 unit. 

D. Harga naik sebanyak RM 1.00 dan kuantiti turun sebanyak 20 unit. 

SOALAN 7:

Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan bagi barang X.


Jika harga barang X ialah RM 4.00 per unit, berapakah jumlah lebihan pengguna?

A. RM 32.00

B. RM 36.00 

C. RM 48.00

D. RM 72.00

SOALAN 8:

Apabila pendapatan meningkat daripada RM 800 kepada RM 1,200, kuantiti diminta terhadap barang X meningkat daripada 50 unit kepada 60 unit. Berapakah keanjalan permintaan

A. -.2.5

B. -0.4

C. 0.4

D. 2.5

SOALAN 9:

Yang berikut ialah fungsi penawaran (Qs) bagi suatu barang Qs = 20 + 5P.

Dengan P ialah tingkat harga dalam RM. Pada P = RM 4.00, keluk penawaran tersebut ialah

A. anjal.

B. tak anjal.

C. anjal satu.

D. anjal sempurna.

SOALAN 10:

Yang berikut ialah fungsi permintaan (Qd) dan fungsi penawaran (Qs) bagi suatu barang.

    Qd = 200 - 25P

    Qs = 100 + 25P

Dengan P ialah harga (RM). Penetapan harga minimum pada RM 3.00 per unit menyebabkan  

A. lebihan penawaran sebanyak 50 unit.

B. lebihan permintaan sebanyak 50 unit.

C. lebihan permintaan sebanyak 125 unit.

D. lebihan penawaran sebanyak 175 unit.

SOALAN 11:

Pulangan sut berkurangan menunjukkan

A. output berkurangan tetapi masih bernilai positif.

B. output berkurangan seterusnya mencapai negatif.

C. output meningkat dengan kadar semakin berkurang.

D. output meningkat dengan kadar semakin bertambah.

SOALAN 12:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah firma.

Peningkatan keluaran dari A ke B disebabkan

A. jumlah subsidi semakin menurun.

B. bekalan tenaga buruh senang diperoleh.

C. daya pengeluaran buruh semakin meningkat.

D. pengurusan dan pentadbiran firma semakin rumit.

SOALAN 13:

Yang manakah yang benar tentang konsep hasil dalam pasaran persaingan sempurna?

A. Hasil sut lebih kecil daripada harga.

B. Hasil sut dan hasil purata adalah malar.

C. Hasil sut lebih besar daripada hasil purata.

D. Hasil purata lebih besar daripada hasil sut.

SOALAN 14:

Pengelasan firma dalam sesuatu struktur pasaran berasaskan ciri yang berikut kecuali

A. bilangan firma dalam pasaran.

B. kebebasan keluar masuk firma.

C. jangka masa pengeluaran firma.

D. jenis barang yang dikeluarkan oleh firma.

SOALAN 15:

Encik Tan menjual betik dalam pasaran persaingan sempurna. Dalam jangka pendek, harga buah betik di pasaran ialah RM 0.90 sen per kilogram dan kos puratanya ialah RM 0.70 sen per kilogram. 

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Encik Tan?

A. Encik Tan patut menjual buah betik pada harga RM 0.70 sen per kilogram.

B. Encik Tan memperoleh untung normal jika dia menjual pada harga pasaran.

C. Encik Tan akan mengalami kerugian jika dia menjual pada harga RM 0.70 sen per kilogram.

D. Encik Tan memperoleh untung lebih normal jika dia menjual pada harga pasaran.

SOALAN 16:

Bagi melindungi kebajikan masyarakat, firma monopoli kerajaan akan diminta mengeluarkan output pada keadaan

A. kos sut sama dengan harga.

B. kos sut sama dengan kos purata.

C. kos purata sama dengan harga.

D. kos purata berada di titik minimum.

SOALAN 17:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk kos purata (AC), kos purata berubah (AVC), kos sut (MC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) bagi firma pasaran monopoli

Pada tingkat keseimbangan, firma monopoli ini mengalami

A. untung lebih normal sebanyak RM 18.00.

B. untung lebih normal sebanyak RM 36.00.

C. untung lebih normal sebanyak RM 48.00.

D. untung lebih normal sebanyak RM 84.00.

SOALAN 18:

Permintaan ke atas sesuatu faktor pengeluaran dikatakan kurang anjal apabila faktor itu 

A. mempunyai faktor pengganti.

B. berada dalam keadaan pengeluaran jangka pendek.

C. boleh mengeluarkan barangan keluaran yang anjal.

D. boleh digunakan untuk mengeluarkan pelbagai barang.

SOALAN 19:

Kesatuan sekerja akan berjaya meningkatkan upah dan menambahkan pengambilan buruh

A. mewujudkan pendamaian.

B. mengehadkan penawaran buruh.

C. melaksanakan dasar upah minimum.

D. meningkatkan daya pengeluaran sut buruh.

SOALAN 20:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), hasil sut (MR), dan hasil purata (AR) bagi sebuah firma pasaran persaingan bermonopoli.


Berapakah kos tetap dan kos berubah firma ini?

 

Kos tetap (RM)

Kos berubah (RM)

A.

280.00

1,120.00

B.

400.00

1,650.00

C.

1,120.00

1,400.00

D.

1,400.00

1,600.00


好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1