EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1
大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2021 年的考试题目和解答思路。
PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !
参考的答案我会加黑哦,注意噢!
废话不多说,请看:
SOALAN 1:
Yang manakah benar mengenai tanah?
A. Mempunyai mobiliti tempat.
B. Mempunyai mobiliti kegunaan.
C. Mempunyai penawaran yang tidak terhad.
D. Mempunyai kadar bunga sebagai ganjaran.
SOALAN 2:
Andaikan sebuah kilang membuat kenderaan mengeluarkan kombinasi kereta dan trak yang kurang daripada tingkat pengeluaran efisien.
Kombinasi pengeluaran tersebut berada di
A. atas keluk kemungkinan pengeluaran.
B. bawah keluk kemungkinan pengeluaran.
C. sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran.
D. titik pintasan keluk kemungkinan pengeluaran.
SOALAN 3:
- Pemilikan persendirian. - Keagungan pengguna dalam pasaran. |
Ciri di atas merupakan ciri bagi sistem ekonomi
A. Islam.
B. Campuran.
C. Pasaran bebas.
D. Perancangan pusat.
SOALAN 4:
Yang manakah ialah faktor yang menentukan perubahan permintaan, kecuali
A. cita rasa.
B. pendapatan.
C. harga barang tersebut.
D. harga barang penggenap.
SOALAN 5:
Diberi persamaan penawaran bagi suatu barang ialah Q3 = 10 + 4P.
Dengan Q3 = Kuantiti penawaran (unit)
P = Harga (RM)
Kenaikan harga barang tersebut daripada RM 20.00 kepada RM 30.00 akan menyebabkan kuantiti ditawar.
A. meningkat sebanyak 40 unit.
B. berkurang sebanyak 50 unit.
C. berkurang sebanyak 90 unit.
D. meningkat sebanyak 130 unit.
SOALAN 6:
Keseimbangan pasaran dicapai apabila
A. lebihan pengguna sama dengan lebihan pengeluar.
B. lebihan permintaan sama dengan lebihan penawaran.
C. kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar di pasaran.
D. kuantiti penawaran individu sama dengan kuantiti penawaran pasaran.
SOALAN 7:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D) dan keluk penawaran (S) bagi barang X.
Titik E ialah keseimbangan asal.
Pemberian subsidi kerajaan ke atas pengeluaran barang X menyebabkan lebihan pengguna
A. bertambah sebanyak P2P1E1C.
B. bertambah sebanyak P1PEE1.
C. berkurang sebanyak P1AE1.
D. berkurang sebanyak PAE.
SOALAN 8:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) barang X dan barang Y di pasaran.
Hitung keanjalan permintaan silang bagi barang Y apabila harga barang X meningkat daripada RM 5.00 kepada RM 7.00.
A. 2.50
B. 0.40
C. -0.83
D. -1.25
SOALAN 9:
Kemasukan firma baharu ke dalam industri menyebabkan keanjalan penawaran menjadi
A. lebih anjal.
B. kurang anjal.
C. anjal sempurna.
D. tidak anjal sempurna.
SOALAN 10:
Persamaan permintaan dan penawaran bagi suatu barang adalah seperti yang berikut:
Qd = 50 - 5P
Qs = 10 + 5P
Dengan Qd = Kuantiti diminta (unit)
Qs = Kuantiti ditawar (unit)
P = Harga (RM)
Jika kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM 2.00 bagi setiap unit keluaran, harga dan kuantiti keseimbangan baharu ialah
|
Harga (RM) |
Kuantiti Keseimbangan (unit) |
A. |
2.00 |
40 |
B. |
3.00 |
35 |
C. |
4.00 |
30 |
D. |
5.00 |
25 |
SOALAN 11:
Andaikan pengeluaran maksimum sebuah kilang di kawasan perindustrian ialah 1,000 unit barang, sewa kilang ialah RM 2,000, dan kos bahan mentah ialah RM 1.50 seunit.
Berapakah jumlah kos pengeluaran sekiranya firma menerima permintaan sebanyak 500 unit barang dalam jangka pendek?
A. RM 750.00
B. RM 1,500.00
C. RM 2,750.00
D. RM 3,500.00
SOALAN 12:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah firma di pasaran.
Apakah faktor yang menyebabkan titik G beralih ke titik H?
A. Mengamalkan pengkhususan dalam proses pengeluaran.
B. Menggunakan mesin yang berteknologi tinggi dalam pengeluaran.
C. Memperoleh pinjaman yang lebih besar pada kadar faedah lebih rendah.
D. Mempunyai pengurus yang kurang cekap bagi mengendalikan operasi firma.
SOALAN 13:
Pada bulan pertama, firma A telah
memulakan perniagaan dalam satu pasaran X. Pada bulan kedua, firma B dan
firma C turut menceburi pasaran tersebut. Sebelum kemudian, firma A membuat
keputusan untuk menutup perniagaannya dalam pasaran tersebut. |
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah ciri yang sesuai yang mengkategorikan struktur pasaran X?
A. Persaingan bukan harga.
B. Jenis barang yang dikeluarkan.
C. Kebebasan keluar masuk firma.
D. Kuasa firma mempengaruhi harga pasaran.
SOALAN 14:
Jika firma persaingan sempurna menjual 1,000 unit produknya pada harga RM 9.00 seunit dan memperoleh untung lebih normal, maka
A. Kos sut firma tersebut lebih daripada RM 9.00 seunit.
B. Kos sut firma tersebut kurang daripada RM 9.00 seunit.
C. Kos purata firma tersebut lebih daripada RM 9.00 seunit.
D. Kos purata firma tersebut kurang daripada RM 9.00 seunit.
SOALAN 15:
Jadual di bawah menunjukkan output (Q), jumlah kos (TC), dan kos sut (MC) bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.
Q (unit) |
0 |
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
TC (RM) |
15 |
25 |
40 |
60 |
85 |
115 |
150 |
MC (RM) |
- |
10 |
15 |
20 |
25 |
30 |
35 |
Jika output dijual pada harga RM 30.00 seunit, keuntungan maksimum yang diperoleh oleh firma tersebut ialah
A. RM 20.00
B. RM 30.00
C. RM 35.00
D. RM 150.00
SOALAN 16:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC) dan keluk kos purata (AC) bagi sebuah firma.
Sekiranya pada titik keseimbangan firma memperoleh keuntungan sebanyak RM 175.00, berapakah kos purata firma tersebut?
A. RM 13.33
B. RM 20.00
C. RM 21.11
D. RM 25.00
SOALAN 17:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk hasil sut (MR), keluk hasil purata (AR), keluk kos sut (MC) dan keluk kos purata (AC) bagi sebuah pasaran monopoli.
Berapakah tingkat output keseimbangan?A. Q1.
B. Q2.
C. Q3.
D. Q4.
SOALAN 18:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos berubah purata (AVC), kos sut (MC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) bagi firma pasaran persaingan bermonopoli.
Berdasarkan gambar rajah di atas, jumlah keuntungan firma pada tingkat keseimbangan ialah
A. RM 400.00
B. RM 500.00
C. RM 800.00
D. RM 900.00
SOALAN 19:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran hasil sut (MRP), keluk keluaran hasil purata (ARP), keluk kos purata faktor (ACF), dan keluk kos sut faktor (MCF).
Pada tingkat keluaran keseimbangan, firma mengalamiA. kerugian sebanyak RM 300.00.
B. kerugian sebanyak RM 360.00.
C. keuntungan sebanyak RM 200.00.
D. keuntungan sebanyak RM 250.00.
SOALAN 20:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan keluaran sut sebuah firma pasaran persaingan sempurna.
Kuantiti Buruh (unit) |
Keluaran Sut (unit) |
1 |
100 |
2 |
145 |
3 |
195 |
4 |
180 |
5 |
160 |
6 |
150 |
Jika harga keluaran ialah RM 5.00 per unit dan upah buruh ialah RM 800 per unit, berapakah kuantiti buruh yang digunakan?
A. 3 unit.
B. 4 unit.
C. 5 unit.
D. 6 unit.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!