EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2016 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Mikroekonomi merupakan kajian gelagat manusia dalam mengurus

A. masalah pengangguran.

B. defisit belanjawan negara.

C. kadar inflasi yang tinggi.

D. ketidakcekapan pengeluar.

SOALAN 2:

Pemilihan penggunaan input buruh atau input modal dalam pengeluaran merujuk kepada masalah asas ekonomi, iaitu

A. untuk siapa barang dikeluarkan.

B. apa barang hendak dikeluarkan.

C. berapa barang hendak dikeluarkan.

D. bagaimana barang hendak dikeluarkan.

SOALAN 3:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi makanan dan pakaian.

Pergerakan titik pengeluaran dari R ke S menimbulkan kos lepas

A. pakaian sebanyak 0X2.

B. pakaian sebanyak X1X2.

C. makanan sebanyak 0Y1.

D. makanan sebanyak Y2Y1.

SOALAN 4:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan pasaran bagi telefon bimbit.

Yang manakah akan menyebabkan keluk D0D0 beralih ke D1D1?

A. Harga telefon bimbit di pasaran menurun.

B. Bilangan pengeluar telefon bimbit bertambah.

C. Teknologi pengeluaran telefon bimbit meningkat.

D. Cita rasa pengguna terhadap telefon bimbit meningkat.

SOALAN 5:

Yang manakah yang menyebabkan penawaran rumah bertambah?

A. Penurunan harga simen.

B. Peningkatan upah buruh.

C. Penurunan bekalan simen.

D. Peningkatan pendapatan isi rumah.

SOALAN 6:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D) dan keluk penawaran (S) bagi suatu barang.

Jika fungsi permintaan ialah Qd = 120 - 6P, dengan Qd ialah kuantiti diminta (unit) dan P ialah harga (RM), pada harga RM 5.00 wujud lebihan permintaan sebanyak

A. 20 unit. 

B. 50 unit.

C. 90 unit.

D. 110 unit.

SOALAN 7:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D) suatu barang pada pelbagai tingkat harga.

Jika harga pasaran RM 15.00, berapakah lebihan pengguna?

A. RM 300.00

B. RM 312.50

C. RM 375.00

D. RM 487.50

SOALAN 8:

Yang berikut ialah persamaan penawaran bagi suatu barang.

Qs = 50 + 2P

Hitung nilai keanjalan penawaran bagi barang tersebut jika harga meningkat daripada RM 2.50 kepada RM 3.50.

A. 0.09

B. 0.12

C. 8.14

D.10.99

SOALAN 9:

Penurunan harga suatu barang daripada RM 20.00 kepada RM 10.00 telah menyebabkan penawaran berkurangan sebanyak 25%, maka penawaran itu ialah penawaran

A. anjal.

B. tak anjal.

C. anjal satu.

D. anjal sempurna.

SOALAN 10:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi suatu barang.


Apabila kerajaan melaksanakan dasar harga maksimum, jumlah hasil pengeluar akan berubah daripada

A. 0P0EQ0 kepada OP2MQ2.

B. 0P2LQ1 kepada 0P1JQ1.

C. 0P1KQ2 kepada 0P2MQ2.

D. 0P0EQ0 kepada 0P1KQ2.

SOALAN 11:

Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran dan kos purata bagi suatu barang.

Jumlah keluaran 

(unit)

Kos purata

(RM)

1

24

2

20

3

18

4

16

Nilai kos sut pada keluaran ke-3 ialah

A. RM 10

B. RM 14

C. RM 16

D. RM 18

SOALAN 12:

Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan ekonomi bidangan luaran?

A. Kedudukan firma dalam lokasi yang strategik.

B. Pengurusan firma yang semakin cekap dan efektif.

C. Firma menggunakan teknologi terkini dalam proses pengeluaran.

D. Firma menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan kualiti output.

SOALAN 13:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos berubah purata (AVC), kos sut (MC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) bagi firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek.

Pada titik keseimbangan, firma pasaran persaingan sempurna

A. menanggung kos sebanyak RM 300.00.

B. memperoleh hasil sebanyak RM 224.00. 

C. menanggung kerugian sebanyak RM 108.00.

D. menanggung kos berubah sebanyak RM 144.00.

SOALAN 14:

Yang manakah yang menunjukkan perbezaan antara firma pasaran persaingan sempurna dengan firma pasaran persaingan tak sempurna?

A.   Firma pasaran persaingan sempurna bebas menentukan harga manakala firma pasaran persaingan tak sempurna menerima harga.

B.  Firma pasaran persaingan sempurna melakukan inovasi manakala firma pasaran persaingan tak sempurna tiada kemampuan membiayai kos inovasi.

C.  Firma pasaran persaingan sempurna bebas keluar masuk pasaran manakala firma pasaran persaingan tak sempurna mempunyai halangan kemasukan dalam pasaran.

D.   Firma pasaran persaingan sempurna mendapat untung normal dalam jangka panjang manakala firma pasaran persaingan tak sempurna mendapat untung kurang normal.

SOALAN 15:

Yang berikut merupakan persaingan bukan harga, kecuali

A. pengiklanan.

B. diskaun harga.

C. pembungkusan.

D. perkhidmatan selepas jualan.

SOALAN 16:

Yang berikut ialah maklumat bagi sebuah firma pasaran persaingan bermonopoli yang beroperasi dalam jangka pendek:

Kuantiti output

= 1,000 unit

Harga seunit

= RM 3.00

Hasil sut

= RM 1.50

Kos berubah purata

= RM 2.50

Kos tetap purata

= RM 2.00

Kos sut

= RM 1.50

Berdasarkan maklumat di atas, firma ini mengalami

A. untung normal.

B. untung lebih normal.

C. kerugian dan akan menutup operasi.

D. kerugian tetapi akan terus beroperasi.

SOALAN 17:

Apabila firma pasaran persaingan sempurna menjadi firma pasaran monopoli, keadaan ini menyebabkan

A. harga meningkat.

B. keluaran meningkat.

C. lebihan pengguna meningkat.

D. kecekapan peruntukan sumber tecapai.

SOALAN 18:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka pendek (SAC), kos purata jangka panjang (LAC), kos sut jangka pendek (SMC), kos sut jangka panjang (LMC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Kesan penyesuaian keseimbangan jangka pendek kepada jangka panjang menyebabkan

A. pertambahan hasil sebanyak RM 400.00.

B. pertambahan hasil sebanyak RM 675.00.

C. pengurangan jumlah kos sebanyak RM 200.00.

D. pengurangan jumlah kos sebanyak RM 300.00.

SOALAN 19:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran.

Kuantiti buruh (unit)

Jumlah keluaran (unit)

3

220

4

290

5

340

6

380

7

410

Jika harga keluaran ialah RM 2.00 per unit, dan upah buruh ialah RM 80.00 per unit, berapakah kuantiti buruh yang memaksimumkan keuntungan?

A. 4 unit.

B. 5 unit.

C. 6 unit.

D. 7 unit.

SOALAN 20:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan buruh (DL) dan keluk penawaran buruh (SL) bagi sebuah firma dii pasaran.

Sekiranya kesatuan sekerja menuntut upah minimum sebanyak RM 1,000, maka

A. berlaku pengangguran sebanyak 7,000 orang.

B. jumlah buruh yang bekerja sebanyak 15,000 orang. 

C. kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak RM 4,000.

D. terdapat lebihan permintaan buruh sebanyak 3,000 orang.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1