EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1


大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2015 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Perbezaan utama antara usahawan dengan buruh adalah dari aspek

A. kemahiran.

B. menanggung risiko.

C. boleh berpindah tempat.

D. kepentingan dalam proses pengeluaran.

SOALAN 2:

Apakah faktor yang menyebabkan unit ekonomi membuat pilihan?

A. Kekurangan sumber ekonomi.

B. Kehendak manusia yang terhad.

C. Pengeluaran dilakukan oleh firma.

D. Semua barang yang melibatkan kos lepas.

SOALAN 3:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi sebuah ekonomi.

Peralihan KKP1 ke KKP2 disebabkan oleh 

A. penurunan tingkat harga barang Y.

B. peningkatan daya pengeluaran barang Y.

C. peningkatan tingkat pendapatan barang Y.

D. peningkatan anugerah sumber dalam ekonomi.

SOALAN 4:

Peningkatan harga barang X menyebabkan penurunan permintaan barang Y. Ini menunjukkan X dan Y ialah barang

A. berkait.

B. pengganti.

C. penggenap.

D. tidak berkait.

SOALAN 5:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran (SS) untuk suatu barang.

Apakah fungsi penawaran bagi barang tersebut?

A. Qs = 6 + 3P

B. Qs = 10 + 2P

C. Qs = 15 + 3P

D. Qs = 30 + 5P 

SOALAN 6:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran getah asli.

Peralihan keluk penawaran getah asli dari S0S0 ke S1S1 disebabkan oleh peningkatan

A. upah buruh.

B. harga getah asli.

C. teknologi torehan.

D. harga tayar kereta.

SOALAN 7:

Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti ditawar bagi barang X di pasaran.

Harga (RM)

Kuantiti ditawar (unit)

15.00

43

20.00

68

Apabila harga meningkat, nilai keanjalan penawaran bagi barang X ialah

A. 0.57

B. 0.68

C. 1.47

D. 1.74

SOALAN 8:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) suatu barang di pasaran.

Jika diberi nilai keanjalan permintaan ialah -0.8, berapakah kuantiti pada Q1 sekiranya berlaku pergerakan dari titik A ke titik B?

A. 8 unit.

B. 12 unit.

C. 16 unit.

D. 17 unit.

SOALAN 9:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan terhadap kopi dan teh di pasaran.

Jika harga teh ialah RM 9.00, berapakah keanjalan silang bagi teh jika harga kopi meningkat?

A. 0.33

B. 1.72

C. 2.00

D. 3.00

SOALAN 10:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) pasaran padi sebelum dan selepas pemberian subsidi oleh kerajaan.

Pemberian subsidi oleh kerajaan memberi kesan yang berikut, kecuali 

A. kuantiti pengeluaran padi meningkat dari 0Q0 ke Q1.

B. lebihan pengguna bertambah sebanyak P1P2E0E1.

C. lebihan pengeluar berkurang sebanyak P0P1E1A.

D. harga padi menurun dari 0P2 ke 0P1.

SOALAN 11:

Jumlah keluaran mencapai maksimum apabila

A. keluaran sut bernilai sifar.

B. keluaran sut mencapai maksimum.

C. keluaran purata mencapai maksimum.

D. keluaran sut lebih besar daripada keluaran purata.

SOALAN 12:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah firma.

Pergerakan dari titik T ke titik U disebabkan faktor yang berikut, kecuali

A. pengurusan firma yang semakin cekap.

B. pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti.

C. kedudukan firma di kawasan industri yang dilengkapi kemudahan infrastruktur.

D. penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh firma telah meningkatkan kualiti.

SOALAN 13:

Sebuah pasaran boleh dibezakan melalui ciri yang berikut, kecuali

A. bilangan firma di pasaran.

B. jenis barang yang dikeluarkan.

C. kuasa menentukan harga di pasaran.

D. tujuan firma mengeluarkan keluaran.

SOALAN 14:

Yang manakah kebaikan firma persaingan sempurna?

A. Tiada kos pengiklanan.

B. Kawalan harga oleh kerajaan.

C. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan. 

D. Menikmati ekonomi bidangan dalam jangka panjang.

SOALAN 15:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), dan kos berubah purata (AVC) bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Firma mesti menutup operasi pada tingkat harga

A. P0.

B. P1.

C. P2.

D. P3.

SOALAN 16:

Gambar rajah di menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), kos berubah purata (AVC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) bagi firma monopoli. 


Firma monopoli ini mengalami kerugian sebanyak

A. RM 300.00

B. RM 900.00

C. RM 1,200.00

D. RM 2,100.00

SOALAN 17:

Mengapakah pasaran monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber pada titik keseimbangan?

A. Harga melebihi kos sut.

B. Tingkat output pada kos sut menurun.

C. Input digunakan pada kuantiti minimum.

D. Output dikeluarkan pada kos purata minimum.

SOALAN 18:

Pada tingkat keseimbangan jangka panjang, firma pasaran persaingan bermonopoli mengeluarkan output pada

A. kos sut minimum.

B. kos purata sedang menurun.

C. tingkat kecekapan pengeluaran.

D. tingkat kecekapan peruntukan sumber.

SOALAN 19:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Kuantiti buruh (unit)

Jumlah keluaran (unit)

3

34

4

44

Jika harga keluaran ialah RM 8.00 per unit, berapakah keluaran hasil sut buruh ke-4?

A. RM 10.00

B. RM 20.00

C. RM 74.00

D. RM 80.00

SOALAN 20:

Perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos berubah merupakan

A. sewa kuasi.

B. sewa ekonomi.

C. untung ekonomi.

D. untung perakaunan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1