EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1


大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2018 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Kehendak manusia yang tidak terbatas menunjukkan bahawa

A. keinginan manusia untuk memiliki sesuatu barang adalah tinggi.

B. cita rasa setiap manusia terhadap sesuatu barang adalah tinggi.

C. kesemua keinginan manusia tidak dapat dipenuhi dengan sumber yang ada.

D. cita rasa manusia sentiasa berubah dalam membuat pilihan terhadap sesuatu barang.

SOALAN 2:

Kecekapan dalam konteks keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

A. wujud lebihan sumber ekonomi.

B. tiada pembaziran sumber ekonomi.

C. penghasilan output yang minimum.

D. penggunaan input yang maksimum.

SOALAN 3:

Sistem ekonomi berbeza berasaskan ciri yang berikut, kecuali

A. jenis barang.

B. sistem pemilikan.

C. agihan penduduk.

D. agihan pendapatan.

SOALAN 4:

Yang manakah akan menyebabkan peralihan ke kiri keluk permintaan pasaran ikan?

A. Harga ikan meningkat.

B. Harga daging meningkat.

C. Pendapatan pengguna menurun.

D. Peningkatan harga minyak untuk kegunaan bot nelayan.

SOALAN 5:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta bagi barang X di pasaran.

Harga

(RM)

Kuantiti diminta

(unit)

1.00

45

2.00

40

3.00

35

Persamaan permintaan bagi barang X ialah 

A. Qd = 60 - 10 P

B. Qd = 55 - 10 P

C. Qd = 35 - 5 P

D. Qd = 50 - 5 P

SOALAN 6:

Gambar rajah di bawah menunjukkan SS dan S1S1 ialah keluk penawaran pisang.

Peralihan keluk penawaran dari SS ke S1S1 mungkin disebabkan oleh

A. permintaan ke atas pisang jatuh.

B. harga pisang di pasaran meningkat.

C. kerajaan memberikan subsidi kepada penanam pisang.

D. serangan penyakit menyebabkan pengeluaran pisang merosot.

SOALAN 7:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran pasaran bagi suatu barang.

Kawasan yang manakah yang menunjukkan lebihan pengeluar pada keseimbangan pasaran?

A. LJK.

B.MLK.

C. P1P2K.

D. P2P4K.

SOALAN 8:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi barang X.

Berapakah nilai keanjalan permintaan harga apabila harga barang X menurun?

A. - 0.20

B. - 0.50

C. - 2.00

D. - 5.00

SOALAN 9:

Yang manakah faktor yang menyebabkan penawaran menjadi tak anjal?

A. Mobiliti input yang tinggi.

B. Bekalan input mudah diperoleh.

C. Bilangan input pengganti yang sedikit.

D. Bilangan firma yang banyak di pasaran.

SOALAN 10:

Yang berikut ialah fungsi permintaan (Qd) dan fungsi penawaran (Qs) bagi suatu barang.

    Qd = 240 - 10P

    Qs = 80 + 10P

Dengan P ialah harga (RM).

Dasar pemberian subsidi kerajaan sebanyak RM 4.00 per unit keluaran akan menyebabkan

A. harga jatuh sebanyak RM 2.00.

B. harga jatuh sebanyak RM 6.00.

C. kuantiti meningkat sebanyak 160 unit.

D. kuantiti meningkat sebanyak 180 unit.

SOALAN 11:

Persamaan jumlah kos (JK) dalam unit RM bagi sebuah firma adalah seperti yang berikut:

JK = 210 + 30Q

Q ialah kuantiti (unit).

Hitung kos purata bagi 3 unit keluaran.

A. RM 30

B. RM 100

C. RM 210

D. RM 300

SOALAN 12:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah firma.

Tingkat keluaran firma selepas Q0 dipengaruhi oleh faktor yang berikut, kecuali

A. masalah birokrasi yang sukar dikoordinasi oleh seorang pengurus.

B. ketidakcekapan pengurusan dan pentadbiran yang dihadapi oleh firma.

C. persaingan antara firma untuk mendapatkan bahan mentah akibat pembangunan industri.

D. peningkatan kos pengeluaran disebabkan oleh kerosakan dan susut nilai mesin yang digunakan.

SOALAN 13:

Maklumat di bawah menunjukkan struktur kos pada tingkat keseimbangan bagi firma pasaran persaingan sempurna.

Kos sut

RM 120.00

Kos purata

RM 150.00

Kos berubah purata

RM 80.00

Hasil purata

RM 120.00

Apakah yang harus dilakukan oleh firma tersebut untuk meminimumkan kerugian yang ditanggung?

A. Memberhentikan operasi serta-merta.

B. Meneruskan operasi dalam jangka pendek.

C. Meneruskan operasi dalam jangka panjang.

D. Keluar daripada industri dalam jangka pendek.

SOALAN 14:

Apakah kesan terhadap lebihan pengguna jika semua firma pasaran persaingan sempurna bergabung menjadi firma monopoli?

A. Lebihan pengguna berkurang.

B. Lebihan pengguna bertambah.

C. Lebihan pengguna menjadi sifar.

D. Lebihan pengguna tidak berubah.

SOALAN 15:

Apabila sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna menaikkan harga barang, maka

A. firma lain dalam pasaran akan menaikkan harga barang.

B. pengguna akan membeli barang daripada firma lain dalam pasaran.

C. pengguna membayar harga barang yang tinggi dalam jangka pendek.

D. firma lain dalam pasaran akan menjalankan persaingan bukan harga.

SOALAN 16:

Dalam jangka panjang, firma pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan apabila

A. kos sut minimum.

B. kos purata minimum.

C. kos tetap purata minimum.

D. kos berubah purata minimum.

SOALAN 17:

Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada setiap tingkat output bagi sebuah firma monopoli.

Output (unit)

1

2

3

4

5

Jumlah kos (RM)

9

15

22

30

35

Jika harga pasaran ialah RM 10 seunit dan firma ini memperoleh untung sebanyak RM 8, berapakah output yang dikeluarkan oleh firma?

A. 2 unit.

B. 3 unit.

C. 4 unit.

D. 5 unit.

SOALAN 18:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) bagi firma monopoli.

Pada tingkat keseimbangan, firma ini akan

A. memperoleh jumlah hasil sebanyak RM 840.

B. menanggung jumlah kos sebanyak RM 1,100.

C. menanggung jumlah kerugian sebanyak RM 540.

D. memperoleh jumlah keuntungan sebanyak RM 180.

SOALAN 19:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah hasil bagi sebuah firma.

Kuantiti buruh (unit)

Jumlah hasil (RM)

10

500.00

20

1,200.00

30

1,800.00

40

2,200.00

50

2,400.00

Keluaran hasil purata sama dengan keluaran hasil sut pada kuantiti buruh ke-

A. 20 unit.

B. 30 unit.

C. 40 unit.

D. 50 unit.

SOALAN 20:

Gambar rajah di bawah menunjukkan permintaan (D) dan penawaran (S) terhadap faktor tanah.

Jika keluk penawaran faktor berubah dari SS ke S1Smaka

A. perolehan pindahan berkurang sebanyak AP0E.

B. perolehan pindahan betambah sebanyak AP0E.

C. sewa ekonomi bertambah daripada APE ke 0PEQ.

D. sewa ekonomi bertambah daripada 0AEQ ke 0PEQ.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1