EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2019 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1


大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2019 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Kereta yang digunakan sebagai teksi ialah 

A. barang awam.

B. barang modal.

C. barang pengguna.

D. barang perantaraan.

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kombinasi pengeluaran bagi barang X dan barang Y.

Kombinasi

Barang X (unit)

Barang Y (unit)

A

0

20

B

2

18

C

4

14

D

6

8

E

8

0

Berapakah kos lepas bagi meningkatkan pengeluaran barang Y daripada 8 unit kepada 18 unit?

A. 2 unit barang X.

B. 4 unit barang X.

C. 6 unit barang X.

D. 10 unit barang X.

SOALAN 3:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan terhadap payung?

Peralihan titik M ke titik N disebabkan oleh

A. kejatuhan harga payung.

B. kenaikan harga baju hujan.

C. ramalan hujan lebat akan melanda.

D. kejatuhan harga input pengeluaran payung.

SOALAN 4:

Yang manakah bukan kriteria asas yang membezakan sistem ekonomi?

A. Sistem insentif.

B. Sistem pemilikan.

C. Agihan penduduk.

D. Agihan pendapatan.

SOALAN 5:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar bagi barang Y di pasaran.

Harga (RM)

Kuantiti ditawar (unit)

10.00

90

20.00

120

30.00

150

Persamaan penawaran bagi barang Y ialah

A. Qs = 120 + 3P

B. Qs = 90 + 30P

C. Qs = 60 + 3P

D. Qs = 60 + 30P

SOALAN 6:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi buku komik.

Pada tingkat harga RM 10.00,

A. harga keseimbangan tercapai.

B. wujud lebihan penawaran sebanyak 25 unit.

C. wujud lebihan permintaan sebanyak 45 unit.

D. lebihan permintaan menyebabkan harga buku komik meningkat.

SOALAN 7:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran (SS) bagi suatu barang.

Berapakah nilai keanjalan penawaran harga apabila harga barang tersebut meningkat daripada

A. 0.25

B. 0.40

C. 2.50

D. 4.00

SOALAN 8:

Sekiranya permintaan terhadap teh menurun apabila pendapatan pengguna menurun, maka teh ialah barang

A. normal.

B. mewah.

C. bawahan.

D. pengganti.

SOALAN 9:

Sekiranya barang X dan barang Y ialah barang penggenap,

A. kenaikan harga barang X meningkatkan permintaan barang Y.

B. kenaikan harga barang X mengurangkan permintaan barang Y.

C. penurunan harga barang X mengurangkan permintaan barang Y.

D. penurunan harga barang X tidak mengubah permintaan barang Y.

SOALAN 10:

Yang manakah yang benar berkenaan dasar harga maksimum?

    I.   Mewujudkan lebihan penawaran.

    II.  Mewujudkan lebihan permintaan.

    III. Penetapan harga lebih tinggi daripada harga pasaran.

    IV.  Penetapan harga lebih rendah daripada harga pasaran.

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

SOALAN 11:

Hukum pulangan berkurangan berlaku apabila

A. tambahan satu unit input ke atas tetap menyebabkan output bertambah pada kadar sama.

B. tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output bertambah pada kadar bertambah.

C. tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output bertambah pada kadar berkurangan.

D. tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output berkurangan.

SOALAN 12:

Yang manakah input tetap dalam jangka pendek dari firma pakaian?

A. Kain.

B. Buruh.

C. Bekalan air.

D. Bangunan kilang.

SOALAN 13:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil sut (MR), dan keluk hasil purata (AR) bagi firma dalam pasaran persaingan sempurna.

Pada tingkat keseimbangan, firma pasaran persaingan sempurna ini mengalami untung lebih normal sebanyak

A. RM 96.00

B. RM 40.00

C. RM 24.00

D. RM 16.00

SOALAN 14:

Dasar kawalan monopoli melalui dasar peletakan harga kos purata (P = AC) akan menyebabkan

A. firma monopoli mengalami untung normal.

B. firma monopoli mengalami untung lebih normal. 

C. harga firma meningkat lebih tinggi daripada harga sebelum.

D. kuantiti keluaran firma berkurang daripada kuantiti keluaran sebelum.

SOALAN 15:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi firma pasaran persaingan sempurna.

Pada tingkat keseimbangan, firma ini menanggung jumlah kos sebanyak

A. RM 10.00

B. RM 20.00

C. RM 300.00

D. RM 600.00

SOALAN 16:

Encik Ahmad ialah seorang usahawan barangan kosmetik dalam pasaran persaingan bermonopoli. Bagi meningkatkan jualan, Encik Ahmad menyediakan khidmat selepas jualan yang terbaik berbanding dengan pesaingnya. 

Apakah pendekatan yang digunakan oleh Encik Ahmad?

A. Promosi harga.

B. Diskriminasi harga.

C. Persaingan bukan harga.

D. Pengawalan kualiti harga.

SOALAN 17:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi firma pasaran monopoli.

Berapakah lebihan pengguna pada tingkat keseimbangan?

A. RM 20.00

B. RM 50.00 

C. RM 100.00

D. RM 200.00

SOALAN 18:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi firma pasaran bermonopoli.

Pada tingkat keseimbangan, firma seharusnya

A. meneruskan operasi kerana mendapat keuntungan.

B. meneruskan operasi walaupun mengalami kerugian.

C. meneruskan operasi kerana dapat menampung kos berubah.

D. menutup operasi kerana tidak dapat menampung kos berubah.

SOALAN 19:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan kuantiti buruh dengan jumlah hasil bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Kuantiti buruh (unit)

Jumlah hasil (RM)

10

800.00

20

1,800.00

30

2,700.00

40

3,200.00

50

3,500.00

Keluaran hasil purata sama dengan keluaran hasil sut pada kuantiti buruh ke-

A. 20 unit.

B. 30 unit.

C. 40 unit.

D. 50 unit.

SOALAN 20:

Perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar ialah

A. kos lepas.

B. kadar inflasi.

C. sewa ekonomi.

D. kadar keuntungan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1