EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1


大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2014 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Ilmu ekonomi mengkaji tentang

A. tingkah laku manusia untuk memilih barangan yang terhad bagi mencapai keuntungan maksimum.

B. bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas.

C. bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang tidak terhad untuk mencapai kepuasan maksimum.

D. tingkah laku manusia untuk membuat keputusan bagi mengeluarkan barangan yang tidak terhad untuk menyelesaikan masalah ekonomi.

SOALAN 2:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah negara.

Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran dari MN ke ST disebabkan

A. penurunan cukai.

B. peningkatan harga input.

C. pertambahan stok modal (pelaburan)

D. peningkatan kadar pengangguran.

SOALAN 3:

Yang manakah pernyataan yang tidak menerangkan sistem ekonomi campuran?

A. Agihan pendapatan lebih setara.

B. Ketidakstabilan ekonomi lebih terkawal.

C. Individu mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti ekonomi.

D. Pengeluaran barang awam dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat.

SOALAN 4:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) terhadap ayam di pasaran.

Keluk permintaan beralih dari D1D1 ke D0D0 kerana

A. harga ikan mahal.

B. harga ayam turun.

C. harga daging lembu turun.

D. pengaruh musim tengkujuh.

SOALAN 5:

Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran minyak masak di suatu pasaran.

Harga  

(RM)

Permintaan

(juta kg)

Penawaran

(juta kg)

1.00

120

60

2.00

100

70

3.00

90

80

4.00

60

90

5.00

40

100

Kesan daripada kejayaan kempen bahaya penggunaan minyak masak berlebihan dalam masakan, permintaan terhadap minyak masak telah menurun sebanyak 30% pada pelbagai tingkat harga. Harga keseimbangan yang baru ialah

A. RM1.00

B. RM 2.00

C. RM 3.00

D. RM 4.00

SOALAN 6:

Apabila pertambahan permintaan terhadap barang X melebihi pengurangan penawaran barang X, maka pada titik keseimbangan baru pasaran barang X

A. harga dan kuantiti barang X menurun.

B. harga dan kuantiti barang X meningkat.

C. harga barang X meningkat dan kuantiti barang X menurun.

D. harga barang X menurun dan kuantiti barang X meningkat.

SOALAN 7:

Permintaan terhadap teh adalah tak anjal sempurna. Peningkatan harga teh menyebabkan pengguna

A. menggantikan teh dengan minuman yang lain.

B. mengekalkan penggunaan teh walaupun harganya meningkat.

C. menambahkan pengambilan teh kerana dapat menunjukkan prestij.

D. mengurangkan permintaan teh kerana kejatuhan pendapatan benar.

SOALAN 8:

Penetapan dasar harga minimum menyebabkan 

A. wujudnya pasaran gelap.

B. kuasa monopoli semakin lemah.

C. kebajikan pengguna meningkat.

D. pendapatan pengeluar meningkat.

SOALAN 9:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran (SS) suatu barang. Fungsi penawaran tersebut ialah Qs = 4 + 6P, dengan Qs ialah kuantiti penawaran dan P ialah harga.

Apabila berlakuu pergerakan dari titik M ke N, nilai keanjalan penawaran ialah

A. 0.10

B. 0.90

C. 0.93

D. 1.10

SOALAN 10:

Jadual di bawah menunjukkan harga barang X, kuantiti diminta barang X, dan kuantiti diminta barang Y.

Barang X

Barang Y

Harga (RM)

Kuantiti diminta (unit)

Kuantiti diminta (unit)

2.00

90

80

5.00

50

60

Hitung keanjalan permintaan silang apabila harga barang X meningkat daripada RM 2.00 kepada RM 5.00.

A. -0.17

B. -0.30

C. -0.38

D. -0.53

SOALAN 11:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang hubungan antara jumlah keluaran (TP) dengan keluaran sut (MP)?

A. Semasa keluaran sut meningkat, jumlah keluaran meningkat dengan kadar pertambahan.

B. Semasa keluaran sut meningkat, jumlah keluaran meningkat dengan kadar berkurangan.

C. Semasa keluaran sut menurun, jumlah keluaran meningkat dengan kadar pertambahan.

D. Semasa keluaran sut menurun, jumlah keluaran menurun dengan kadar berkurangan.

SOALAN 12:

Diberi fungsi jumlah kos, TC = 100 + 20Q, dengan Q ialah keluaran. Berapakah kos purata pada tingkat pengeluaran 10 unit?

A. RM 10

B. RM 12

C. RM 20

D. RM 30

SOALAN 13:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang keluk hasil sut?

A. Keluk hasil sut merupakan penentu keuntungan sesebuah firma.

B. Keluk hasil sut adalah tak anjal sempurna dalam pasaran persaingan bermonopoli.

C. Keluk hasil sut adalah sama dengan keluk permintaan firma pasaran persaingan sempurna.

D. Keluk hasil sut lebih landai berbanding dengan keluk hasil purata dalam pasaran monopoli.

SOALAN 14:

Dalam jangka panjang, firma yang memperoleh untung normal ialah firma dalam

I.        pasaran oligopoli.

II.       pasaran monopoli.

III.      pasaran persaingan sempurna.

IV.      pasaran persaingan bermonopoli.

A. I dan II

B. I dan III

C. I dan IV

D. III dan IV

SOALAN 15:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) sebuah firma monopoli.


Kesan dasar peletakan harga sama dengan kso purata (P = AC) oleh kerajaan menyebabkan 

A. harga turun dari 0P1 ke 0P3 dan keluaran meningkat dari 0Q1 ke 0Q3.

B. harga turun dari 0P1 ke 0P2 dan keluaran meningkat dari 0Q1 ke 0Q2.

C. harga meningkat dari 0P4 ke 0P3 dan keluaran meningkat dari 0Q1 ke 0Q3.

D. harga meningkat dari 0P4 ke 0P2 dan keluaran meningkat dari 0Q1 ke 0Q2.

SOALAN 16:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara keluaran dengan jumlah kos sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Keluaran (unit)

Jumlah kos (RM)

10

180

20

230

30

290

40

380

50

480

Jika harga keluaran ialah RM 10.00 per unit, berapakah tingkat keluaran yang memaksimumkan keuntungan?

A. 20 unit.

B. 30 unit.

C. 40 unit.

D. 50 unit.

SOALAN 17:

Maklumat di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kos pada tingkat keseimbangan bagi firma pasaran persaingan bermonopoli dalam jangka pendek

Harga

RM 23.00

Kos purata

RM 25.00

Kos berubah purata

RM 14.00

Jika keluaran keseimbangan ialah 30 unit, berapakah jumlah kos tetap firma ini?

A. RM 60.00

B. RM 80.00

C. RM 270.00

D. RM 330.00

SOALAN 18:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), kos berubah purata (AVC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) sebuah firma pasaran persaingan bermonopoli dalam jangka pendek.

Pada tingkat keseimbangan, berapakah keluaran dan untung atau rugi firma?

A. 20 unit keluaran dan rugi sebanyak RM 40.00. 

B. 30 unit keluaran dan rugi sebanyak RM 390.00.

C. 30 unit keluaran dan untung sebanyak RM 450.00.

D. 20 unit keluaran dan untung sebanyak RM 400.00.

SOALAN 19:

Jumlah keluaran yang diperoleh daripada setiap unit buruh yang digunakan dalam proses pengeluaran sesuatu barang merupakan

A. keluaran hasil sut.

B. keluaran fizikal sut.

C. keluaran hasil purata.

D. keluaran fizikal purata.

SOALAN 20:

Gambar rajah di bawah menunjukkan permintaan (D) dan penawaran (S) terhadap faktor tanah.

Berapakah sewa ekonomi dan perolehan pindahan.

 

Sewa Ekonomi (RM)

Perolehan Pindahan (RM)

A.

66.00

77.00

B.

77.00

187.00

C.

66.00

187.00

D.

187.00

77.00


好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1