EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1


大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2017 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi sebuah ekonomi.

Peningkatan pengeluaran gandum sebanyak 100 juta tan metrik disebabkan oleh

A. penurunan tingkat harga gandum.

B. peningkatan tingkat pendapatan isi rumah.

C. peningkatan teknologi pengeluaran bagi gandum.

D. peningkatan sumber pengeluaran dalam ekonomi.

SOALAN 2:

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, yang manakah penyelesaian masalah 'bagaimana barang hendak dikeluarkan'?

A. Mengeluarkan barang berdasarkan kehendak pengguna.

B. Mengeluarkan barang dengan kos pengeluaran yang minimum.

C. Mengeluarkan barang berasaskan faktor pengeluaran yang terhad.

D. Mengeluarkan barang mengikut faktor pengeluaran yang mudah didapati.

SOALAN 3:

Peralihan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan 

A. apabila menambah pengeluaran barang X maka pengeluaran barang Y perlu dikurangkan.

B. apabila menambah pengeluaran barang X maka pengeluaran barang Y tidak berubah.

C. kedua-dua pengeluaran barang X dan Y tidak boleh ditambah secara serentak.

D. kedua-dua pengeluaran barang X dan Y boleh ditambah secara serentak.

SOALAN 4:

Jangkaan peningkatan harga rumah pada masa hadapan di pasaran akan menyebabkan 

A. keluk permintaan rumah tidak beralih.

B. keluk penawaran rumah beralih ke kiri.

C. keluk permintaan rumah beralih ke kiri.

D. keluk permintaan rumah beralih ke kanan.

SOALAN 5:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi suatu barang.

Yang manakah pernyataan benar tentang kesan perubahan penawaran di atas?

A. Lebihan pengguna akan berkurangan.

B. Lebihan pengeluar yang baharu ialah RM 75.

C. Wujudnya lebihan penawaran sebanyak 6 unit.

D. Tingkat harga keseimbangan ialah RM 15.

SOALAN 6:

Untuk menggalakkan perkembangan industri kereta tempatan, kerajaan telah menaikkan cukai terhadap kereta yang diimport, menyebabkan harga kereta import naik sebanyak 25%. Kesannya, permintaan terhadap kereta tempatan meningkat daripada 90,000 unit kepada 126,000 unit. Berapakah keanjalan silang?

A. 0.35

B. 0.63

C. 1.14

D. 1.60

SOALAN 7:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D) dan keluk penawaran (S) bagi barang X.

Peningkatan harga barang X daripada RM 20 kepada RM 30 menyebabkan

A. lebihan pengeluar barang X bertambah.

B. lebihan permintaan barang X bertambah.

C. lebihan pengeluar barang X berkurangan.

D. lebihan penawaran barang X berkurangan.

SOALAN 8:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta bagi barang X dan barang Y dengan tingkat harga barang X di pasaran.

Harga barang X

(RM)

Kuantiti diminta barang X

(unit)

Kuantiti diminta barang Y

(unit)

10.00

300

150

20.00

250

100

Berdasarkan jadual di atas, apakah hubungan antara kedua-dua barang tersebut?

A. Barang pengganti.

B. Barang penggenap.

C. Barang bukan pengganti.

D. Barang bukan penggenap.

SOALAN 9:

Yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran suatu barang?

A. Mobiliti input.

B. Bilangan kegunaan barang.

C. Tambahan kos pengeluaran.

D. Bilangan firma dalam pasaran.

SOALAN 10:

Yang berikut kesan pelaksanaan dasar harga maksimum, kecuali

A. kuantiti yang ditawar berkurang.

B. wujud lebihan penawaran dalam pasaran.

C. kuantiti yang diminta meningkat.

D. wujud lebihan permintaan dalam pasaran.

SOALAN 11:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran bagi sebuah firma.

Kuantiti buruh

(unit)

Jumlah keluaran

(unit)

5

10

10

40

15

90

20

120

Keluaran purata sama dengan keluaran sut pada kuantiti buruh ke-

A. 20 unit.

B. 15 unit.

C. 10 unit.

D. 5 unit.

SOALAN 12:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), dan keluk kos sut (MC) bagi sebuah firma.

Berapakah jumlah kos pada tingkat keluaran 80 unit?

A. RM 320

B. RM 480

C. RM 1,280

D. RM 1,760

SOALAN 13:

Yang manakah yang merupakan kos implisit

A. gaji pekerja.

B. kos bahan mentah.

C. bil elektrik dan air.

D. penggunaan premis milik sendiri.

SOALAN 14:

Firma yang mahu memaksimumkan untung akan memaksimumkan perbezaan antara 

A. jumlah hasil dengan jumlah kos.

B. jumlah hasil dengan kos sut.

C. hasil sut dengan kos purata.

D. hasil sut dengan kos sut.

SOALAN 15:

Keluk permintaan anjal sempurna bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna menunjukkan

A. firma ialah penentu harga.

B. firma ialah penerima harga.

C. bahagian pasaran firma kecil.

D. bahagian pasaran firma besar.

SOALAN 16:

Yang berikut ialah maklumat fungsi hasil sut (MR) dan kos sut (MC) bagi sebuah firma monopoli.

MR = 40 - 0.5Q

MC = RM 4.00

Dengan Q ialah tingkat output yang dikeluarkan (unit). Tingkat output yang memaksimumkan untung firma tersebut ialah 

A. 36 unit.

B. 38 unit.

C. 72 unit.

D. 88 unit.

SOALAN 17:

Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada setiap tingkat output bagi sebuah firma monopoli.

Output (unit)

1

2

3

4

5

Jumlah kos (RM)

9

15

21

27

33

Jika harga output ialah RM 7, firma ini akan memperoleh untung sifar sekiranya firma tersebut mengeluarkan output sebanyak

A. 2 unit.

B. 3 unit.

C. 4 unit.

D. 5 unit.

SOALAN 18:

Sebuah firma mempunyai kuasa monopoli jika firma tersebut

A. menjalankan persaingan bukan harga.

B. mempunyai kebebasan keluar masuk pasaran.

C. mendapat untung lebih normal dalam jangka pendek.

D. mempunyai kuasa untuk menentukan harga keluarannya.

SOALAN 19:

Jika keluaran hasil sut buruh kurang daripada upah buruh, maka firma harus

A. meningkatkan penggunaan buruh.

B. mengurangkan penggunaan buruh.

C. meningkatkan pengeluaran output.

D. mengurangkan pengeluaran output.

SOALAN 20:

Gambar rajah di bawah menunjukkan permintaan (D0) dan penawaran (S0) terhadap faktor tanah

0YXZ mewakili

A. sewa kuasi.

B. sewa ekonomi.

C. lebihan pengeluar.

D. perolehan pindahan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1