EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2020 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

(a) Mengapakah masalah asas ekonomi wujud? [2]

Masalah asas ekonomi wujud kerana sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

(b) Terangkan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh pengeluar kerepek pisang. [8]

- Berapa hendak dikeluarkan.

Pengeluar kerepek pisang perlu menentukan berapa kuantiti barang yang hendak dikeluarkan bagi setiap jenis kerepek pisang bergantung kepada permintaan dan penawaran.

- Bagaimana hendak dikeluarkan.

Pengeluar kerepek pisang perlu menentukan cara atau teknik pengeluaran sama ada menggunakan kaedah berintensif modal atau buruh.

- Untuk siapa hendak dikeluarkan.

Pengeluar kerepek pisang perlu menentukan pengagihan barangan kepada masyarakat yang menjadi sasaran iaitu pengguna kerepek pisang yang mempunyai kuasa beli.

SOALAN 2:

'Pertambahan bilangan pelajar dan peningkatan harga kertas telah memberikan kesan kepada keseimbangan pasaran bagi buku teks Ekonomi.' 

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan kepada keseimbangan pasaran buku teks Ekonomi sekiranya perubahan permintaan adalah lebih besar daripada perubahan penawaran. [10]

- Keseimbangan asal adalah pada E0, iaitu apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada harga P0 dan kuantiti Q0.

Pertambahan pelajar akan meningkatkan permintaan terhadap buku teks Ekonomi.

Keluk permintaan buku teks beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1.

Peningkatan harga kertas akan meningkatkan kos pengeluaran buku teks.

Firma akan mengurangkan pengeluaran dan keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1.

Peralihan keluk permintaan ke kanan lebih besar daripada peralihan keluk penawaran ke kiri.

Keseimbangan baharu tercapai di E1 apabila keluk permintaan D1D1 bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada harga P1 dan kuantiti Q1.

Kesannya, harga buku teks meningkat dari P0 ke P1 dan kuantiti buku teks meningkat dari Q0 ke Q1.

SOALAN 3:

Huraikan lima faktor yang menyebabkan keanjalan penawaran bersifat anjal. [10]

Perkembangan teknologi dapat meningkatkan daya pengeluaran dengan lebih cekap.

Kesannya, penawaran dapat ditambah dengan banyak.

Pertambahan kos pengeluaran yang kecil.

Kenaikan harga yang sedikit membolehkan pengeluar menambah penawaran dengan banyak kerana pertambahan penawaran melibatkan pertambahan kos pengeluaran yang kecil.

Faktor pengeluaran mempunyai banyak pengganti.

Kenaikan harga yang sedikit membolehkan pengeluar menambah penawaran dengan banyak kerana faktor pengeluaran mudah untuk diganti.

Faktor pengeluaran yang banyak atau mudah diperoleh.

Kenaikan harga yang sedikit membolehkan pengeluar menambah penawaran dengan banyak kerana faktor pengeluaran yang dimiliki adalah banyak atau mudah untuk diperoleh.

Bilangan firma yang banyak dalam pasaran.

Kenaikan harga yang sedikit membolehkan pengeluar menambah penawaran dengan banyak kerana terdapat banyak firma di pasaran.

Pengeluaran dilaksanakan dalam jangka panjang.

Kenaikan harga yang sedikit membolehkan pengeluar menambah penawaran dengan banyak kerana pengeluaran beroperasi dalam jangka panjang dan tiada input tetap atau semua input adalah input berubah.

Pengeluaran tidak dipengaruhi oleh faktor cuaca.

Kenaikan harga yang sedikit membolehkan pengeluar menambah penawaran dengan banyak sepanjang masa kerana pengeluaran tidak dipengaruhi oleh faktor cuaca.

- Barang yang mempunyai penawaran anjal ialah barang perkilangan yang boleh ditambah pengeluarannya jika tempoh masa pengeluaran pendek.

- Jika input tetap belum mencapai tahap kapasiti maksimum, penawaran beranjal, iaitu kadar perubahan kuantiti ditawarkan lebih tinggi daripada kadar perubahan harga. Apabila harga naik, kuantiti ditawarkan mudah ditambah sebab keupayaan input tetap belum digunakan sepenuhnya.

- Jika kos input berubah mudah diperoleh, penawaran beranjal, iaitu kadar perubahan kuantiti ditawarkan lebih tinggi daripada kadar perubahan harga. Apabila harga naik, kuantiti ditawarkan mudah ditambah sebab wujud input berubah.

- Jika kos input adalah sebahagian kecil daripada jumlah kos pengeluaran, penawaran beranjal, iaitu kadar perubahan kuantiti ditawarkan lebih tinggi daripada kadar perubahan harga.

- Jika bilangan firma dalam industri adalah banyak, penawaran beranjal, iaitu kadar perubahan kuantiti ditawarkan lebih tinggi daripada kadar perubahan harga. Apabila harga naik, kuantiti ditawarkan bertambah dengan banyak disebabkan bilangan firma yang banyak.

Penemuan sumber baharu.

Mobiliti faktor pengeluaran.

Tempoh pengeluaran yang lebih singkat atau pendek.

SOALAN 4:

Huraikan lima faktor yang menyebabkan kos purata jangka panjang sesebuah firma menurun apabila berlaku perkembangan industri secara keseluruhan. [10]

- Kemudahan infrastruktur 

Penempatan firma di kawasan perindustrian lengkap dengan semua kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, gudang, bekalan air, dan elektrik akan bantu turunkan TC dan AC.

- Bekalan bekalan input.

Kedudukan firma berdekatan dengan sumber bahan mentah terlatih seperti buruh bantu turunkan TC pengeluaran.

- Ekonomi teknologi maklumat.

Nikmati faedah perkongsian maklumat dan hasil keluaran baru cecara meluas melalui TMK.

- Ekonomi integrasi.

Perolehan faedah secara kerjasama pemasaran atau gabungan antara firma untuk mengeluarkan barang sama atau barang penggenap kepada firma lain.

- Ekonomi kewangan.

Perkembangan pusat perindustrian akan disokong oleh perkhidmatan kewangan seperti bank perdagangan dan bank saudagar.

- Ekonomi pembangunan tenaga buruh atau ekonomi tenaga buruh.

Pembukaan pusat latihan teknikal atau kemahiran di kawasan perindustrian membolehkan firma mendapatkan tenaga buruh mahir dan menjimatkan kos latihan. Ini menyebabkan kos purata jangka panjang menurun.

- Ekonomi penyelidikan dan pembangunan (R&D)

R&D yang dijalankan oleh sesebuah firma dalam industri dapat dinikmati oleh firma yang lain. Ini akan meningkatkan daya keluaran firma dan menurunkan kos pengeluaran.

SOALAN 5:

(a) Berikan dua contoh persaingan bukan harga dalam pasaran persaingan bermonopoli. [2]

- Khidmat selepas jualan seperti penghantaran percuma, jaminan penggantian, dan waranti.

- Pengiklanan untuk memperkenal produk baharu.

- Galakan jualan seperti menyediakan tempat letak kereta yang luas kepada pelanggan.

- Pembungkusan yang menarik.

- Penjenamaan.

- Demonstrasi produk seperti demonstrasi memasak.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan keadaan firma pasaran persaingan bermonopoli memperoleh untung normal pada tingkat keseimbangan. [8]

- Keseimbangan asal adalah pada E0 apabila MR = MC.

- Harga keseimbangan di Pe dan kuantiti keseimbangan di Qe.

- Jumlah hasil ialah 0PeAQe. Jumlah kos ialah 0PeAQe.

- Firma memperoleh untung normal kerana jumlah hasil = jumlah kos atau AC = P = AR.

SOALAN 6:

Dengan menggunakan gambar rajah, bagaimanakah keluk permintaan faktor pengeluaran dalam pasaran persaingan sempurna diterbitkan? [10]

Keseimbangan pasaran faktor tercapai apabila keluk keluaran hasil sut (MRP) sama dengan kos sut faktor (MCF1) di E1 pada harga faktor P1 dan kuantiti faktor L1.

Andaikan harga faktor naik ke P2, keseimbangan baharu tercapai apabila MRP sama dengan MCF2 di E2 pada harga faktor P2 dan kuantiti faktor berkurang ke L2.

Pada harga faktor lebih tinggi daripada P2, firma tidak meminta sebarang faktor kerana jumlah kos faktor melebihi jumlah hasil keluaran dan firma mengalami kerugian.

Dengan menyambungkan titik E1 dan E2 terbentuk keluk permintaan faktor.

Keluk permintaan faktor mencerun ke bawah dari kiri ke kanan atau bercerun negatif.

Apabila harga faktor meningkat dari P1 ke P2, kuantiti faktor berkurang dari L1 ke L2.

Keluk permintaan faktor merupakan keluk keluaran hasil sut (MRP) yang bermula dari keluk MRP sama dengan keluk keluaran hasil purata (ARP) maksimum. 

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1