EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2013 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

(a) Nyatakan maksud Keluk Kemungkinan Pengeluaran. [2]

Keluk Kemungkinan Pengeluaran adalah batas maksimum dua jenis barang yang dapat dilkeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada pada tingkat teknologi tertentu.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah dan contoh berangka, terangkan bagaimana keluk kemungkinan pengeluaran yang mempunyai kos lepas meningkat dibentuk. [8]


Apabila ekonomi ingin mengeluarkan 1 unit rumah (Kombinasi A ke B) ekonomi perlu melepaskan 10 unit kereta.

- Apabila ingin menambah 1 unit rumah (Kombinasi B ke C) 20 unit kereta perlu dilepaskan. 

Pertambahan seterusnya setiap satu unit rumah, unit kereta yang akan dilepaskan semakin bertambah.

- Ini akan membentuk keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung.

- Ini menunjukkan kos lepas yang semakin meningkat.

KOMBINASI

KOS LEPAS BAGI MENGELUARKAN KERETA

Kombinasi A ke B

100 – 90= 10 unit kereta

Kombinasi B ke C

90 – 70 = 20 unit kereta

Kombinasi C ke D

70 – 45 = 25 unit kereta

Kombinasi D ke E

45 – 0 = 45 unit kereta

SOALAN 2:

(a) Apakah maksud keanjalan permintaan pendapatan? [2]

Maksud keanjalan permintaan pendapatan ialah mengukur tindak balas perubahan kuantiti yang diminta terhadap suatu barang akibat daripada perubahan pendapatan. Keanjalan permintaan dapat dihitung berdasarkan merumus ialah

Keanjalan Permintaan (EY) = Peratus perubahan Qd / Peratus Perubahan Y

Terangkan kaitan antara nilai keanjalan pendapatan dengan jenis barang. [8]

- Barang normal.

Kuantiti permintaannya bertambah apabila pendapatan bertambah tetapi tambahan yang diminta adalah lebih kecil berbanding dengan tambahan pendapatan.

Nilai pekali keanjalan permintaan pendapatannya adalah kurang atau sama dengan satu tetapi lebih daripada sifar.

- Barang mewah.

Kuantiti permintaannya bertambah apabila pendapatan bertambah tetapi tambahan kuantiti yang diminta lebih besar berbanding dengan tambahan pendapatan.

Nilai pekali keanjalan permintaan pendapatannya adalah kurang atau sama dengan satu tetapi lebih daripada sifar. 

- Barang mesti.

Kuantiti permintaannya tidak berubah walaupun pendapatan berubah.

Nilai pekali keanjalan pendapatannya adalah sama dengan sifar.

- Barang bawahan.

Kuantiti permintaannya berkurangan apabila pendapatan bertambah.

Nilai pekali keanjalan pendapatannya adalah kurang daripada sifar atau negatif.

SOALAN 3:

Huraikan lima faktor ekonomi bidangan dalaman yang menyebabkan kos purata jangka panjang firma semakin menurun. [10]

- Ekonomi pengkhususan.

Pengkhususan kerja akan meningkatkan kecekapan pekerja dan peningkatan produktiviti. 

Ini akan menyebabkan kos purata menurun.

- Ekonomi pengurusan dan pentadbiran.

Pengurusn yang cekap dan sistematik melicinkan operasi pengeluaran, pemasaran, dan pentadbiran firma.

Keadaan ini akan mengurangkan kos pengeluaran firma.

- Ekonomi pemasaran.

Pemasaran input cekap membantu firma dapatkan bahan mentah secara pukal pada harga yang lebih murah kos per unit menurun.

- Ekonomi kewangan.

Perkembangan firma yang mempunyai aset yang besar, prestasi dan imej yang baik serta keuntungan tinggi mudah mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh bayaran balik yang lebih lama serta kos pinjaman berkurang.

- Ekonomi penyelidikan dan pembangunan (R&D)

R&D untuk meningkatkan mutu keluaran dan penciptaan teknologi baru akan bantu menjana keuntungan luar biasa.

SOALAN 4:

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan empat kelemahan pasaran monopoli berbanding dengan pasaran persaingan sempurna. [10]

- Harga monopoli lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran persaingan sempurna (P2 > P1).

- Output keseimbangan.

Output monopoli (Q2) lebih rendah berbanding dengan output pasaran persaingan sempurna (Q1) (Q2 > Q1).

- Kecekapan pengeluaran.

Monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran sebab (Q2) dicapai pada bahagian keluk LAC yang menurun berbanding dengan output (Q1) bagi pasaran persaingan sempurna yang dicapai pada bahagian keluk LAC minimum (kecekapan pengeluaran).

- Kecekapan peruntukan sumber. 

Monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan sebab P> LMC berbanding dengan pasaran persaingan sempurna yang mencapai kecekapan peruntukan pada P1 = LMC.

- Lebihan pengguna.

Pasaran monopoli lebih kecil berbanding dengan pasaran persaingan sempurna.

SOALAN 5:

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan mengapa firma pasaran persaingan bermonopoli dapat meneruskan operasinya walaupun firma tersebut mengalami kerugian.

- Keseimbangan asal dicapai pada titik e pada harga = P0 dan kuantiti Q0 apabila MC = MR.

- Firma menerima untung kurang normal apabila AR > AC pada Q0.

- Untung kurang normal adalah P0P1eg.

- Firma boleh meneruskan pengeluaran kerana sebahagian 0P2he.

- Firma meneruskan operasi kerana kerugian lebih kecil. 

SOALAN 6:

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan buruh diterbitkan?

- Bagi firma persaingan sempurna, ACF = MCF = Upah.

- Syarat keseimbangan asal dicapai di titik e0, apabila MRP = MCF = Upah pada 0W0 dan kuantiti burh diminta L0.

- Jika upah menurun dari W0 ke W1, keseimbangan baharu beralih ke titik e1 apabila MRP= MCF1 pada kuantiti buruh L1.

- Sebaliknya jika upah meningkat dari W0 ke W2, keseimbangan baharu beralih ke titik eapabila MRP2 = MCF2 pada kuantiti buruh L2.

- Namun, jika upah meningkat ke W3, firma mengalami kerugian menyebabkan ARP kurang daripada ACF atau upah dan kuantiti buruh diminta adalah sifar.

- Apabila titik-titik keseimbangan E0, E1, dan E2 disambungkan, maka terbentuk keluk permintaan buruh (DL) yang menunjukkan hubungan antara upah dengan kuantiti buruh diminta.

- Keluk permintaan buruh diterbitkan pada bahagian keluk MRP yang bermula daripada ARP maksimum.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1