EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2023 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang ciri barang awam?

A. Wujud kos lepas dan penawarannya terhad.

B. Wujud kos lepas dan penawarannya tidak terhad.

C. Tidak wujud kos lepas dan penawarannya terhad.

D. Tidak wujud kos lepas dan penawarannya tidak terhad.

SOALAN 2:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi barang X dan barang Y dalam sebuah ekonomi.

Konsep pilihan ditunjukkan oleh peralihan titik

A. R ke U.

B. S ke U.

C. T ke S.

D. P ke R.

SOALAN 3:

Yang berikut kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas, kecuali

A. wujudnya kesan eksternaliti negatif.

B. kegagalan mengeluarkan barang awam.

C. agihan pendapatan tidak setara dalam masyarakat.

D. menggalakkan persaingan yang meningkatkan kecekapan pengeluaran.

SOALAN 4:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi suatu barang.

Berapakah nilai kecerunan keluk permintaan barang tersebut?

A. -0.20

B. -1.60

C. -4.00

D. -5.00

SOALAN 5:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran (SS) bagi kelapa sawit.

Kenaikan harga kelapa sawit menyebabkan

A. peningkatan penawaran kelapa sawit. 

B. peningkatan kuantiti ditawar kelapa sawit.

C. peningkatan upah buruh ladang kelapa sawit.

D. peningkatan teknologi pengeluaran kelapa sawit.

SOALAN 6:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi kasut sekolah pada musim cuti sekolah.

Peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1 menyebabkan

A. wujud lebihan permintaan kasut sebanyak 20 unit.

B. kuantiti kasut ditawar meningkat sebanyak 20 unit.

C. kuantiti kasut diminta meningkat sebanyak 30 unit.

D. kuantiti keseimbangan kasut meningkat sebanyak 10 unit.

SOALAN 7:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran (S) dan keluk permintaan (D) bagi barang X di pasaran.

Lebihan pengguna bagi barang X pada titik keseimbangan ialah

A. RM 25.00

B. RM 40.00

C. RM 50.00

D. RM 80.00

SOALAN 8:

Jika nilai keanjalan permintaan harga barang X ialah -0.50, kenaikan harga barang tersebut menyebabkan jumlah perbelanjaan akan

A. meningkat kerana nilai keanjalan adalah anjal.

B. berkurangan kerana nilai keanjalan adalah anjal.

C. meningkat kerana nilai keanjalan adalah tak anjal.

D. berkurangan kerana nilai keanjalan adalah tak anjal.

SOALAN 9:

Jika permintaan terhadap suatu barang menurun sebanyak 50 unit apabila pendapatan meningkat daripada RM 500.00 kepada RM 800.00, ini menunjukkan barang tersebut ialah 

A. barang mesti.

B. barang normal.

C. barang mewah.

D. barang bawahan.

SOALAN 10:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi suatu barang di pasaran.

Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas barang tersebut akan menyebabkan

A. lebihan pengguna bertambah.

B. lebihan pengguna berkurangan.

C. lebihan pengguna dan lebihan pengeluar bertambah.

D. lebihan pengguna dan lebihan pengeluar tidak berubah.

SOALAN 11:

Yang manakah pernyataan yang tidak berkaitan dengan konsep firma dan industri?

A. Firma mempunyai saiz yang berbeza dalam sesebuah industri.

B. Industri mempunyai kuasa menentukan harga output di pasaran.

C. Firma merupakan unit ekonomi yang menggunakan input untuk menghasilkan output.

D. Firma merupakan sekumpulan firma yang mengeluarkan output yang sama di pasaran.

SOALAN 12:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah firma.

Peralihan keluk LAC1 ke LAC2 disebabkan oleh

A. pemindahan teknologi antara firma.

B. kesesakan lalu lintas dan pencemaran.

C. pengkhususan dan pembahagian kerja.

D. promosi dan pengiklanan yang berkesan.

SOALAN 13:

Firma mencapai kecekapan peruntukan sumber apabila harga bersamaan dengan

A. kos sut.

B. hasil sut.

C. kos purata.

D. hasil purata.

SOALAN 14:

Jadual di bawah menunjukkan jumlah output dan kos purata bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.

Output (unit)

1

2

3

4

5

6

Kos Purata (RM)

70

68

65

61

75

90

Sekiranya hasil purata firma ini ialah RM 131.00, berapakah tingkat output yang dikeluarkan untuk memaksimumkan keuntungan?

A. 3 unit.

B. 4 unit.

C. 5 unit.

D. 6 unit.

SOALAN 15:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC), keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk hasil sut (MR), dan keluk hasil purata (AR).

Berapakah untung pada tingkat keseimbangan?

A. RM 160.00

B. RM 400.00

C. RM 640.00

D. RM 800.00

SOALAN 16:

Maklumat kos dan hasil sebuah firma monopoli yang berada pada keseimbangan jangka pendek adalah seperti yang berikut:

Hasil purata = RM 15.00

Hasil sut = RM 6.00

Kos purata = RM 8.00

Kos sut = RM 6.00

Jika keluaran keseimbangan ialah 1,200 unit, firma ini menikmati

A. untung lebih normal sebanyak RM 8,400.00.

B. untung lebih normal sebanyak RM 10,800.00

C. untung kurang normal sebanyak RM 2,400.00

D. untung normal kerana hasil sut sama dengan kos sut.

SOALAN 17:

Pernyataan di bawah merupakan bentuk persaingan bukan harga, kecuali

A. mengiklankan keluaran baharu di pasaran.

B. menawarkan diskaun kepada pelanggan setia.

C. memberikan khidmat lepas jualan kepada pelanggan.

D. memberikan tawaran percuma untuk setiap pembelian.

SOALAN 18:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC), keluk kos purata (AC), dan keluk hasil purata (AR) bagi firma pasaran persaingan bermonopoli.

Firma ini dapat memaksimumkan keuntungan apabila mengeluarkan

A. 25 unit keluaran dengan harga RM 200.00.

B. 50 unit keluaran dengan harga RM 200.00.

C. 25 unit keluaran dengan harga RM 300.00.

D. 75 unit keluaran dengan harga RM 100.00.

SOALAN 19:

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti buruh dan jumlah keluaran fizikal (TPP) bagi sebuah firma.

Buruh

  (unit)

TPP

  (unit)

1

10

2

25

3

45

4

60

5

70

Jika harga keluaran firma tersebut ialah RM 2.00 per unit, keluaran hasil sut firma tersebut pada unit ketiga ialah

A. RM 10.00

B. RM 20.00

C. RM 40.00

D. RM 50.00

SOALAN 20:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D) dan keluk penawaran (S) bagi faktor tanah.

Perolehan pindahan ditunjukkan oleh kawasan

A. MLP.

B. KLM.

C. PLN0.

D. MLN0.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1