PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 7
SOALAN 1:
Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?
I. Mempunyai identitinya tersendiri.
II. Mempunyai penduduk yang tetap.
III. Mempunyai institusi pemerintah yang berkesan.
IV. Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 2:
Negara berdaulat hendaklah mempunyai
A. mata wang.
B. wawasan.
C. prinsip.
D. identiti.
SOALAN 3:
Malaysia dikatakan negara berdaulat kerana mempunyai
A. bendera sendiri.
B. sempadan yang luas.
C. rakyat berbilang kaum.
D. pemerintahan demokrasi.
SOALAN 4:
Asas sesebuah negara ialah
A. hubungan luar.
B. penduduk tetap.
C. kestabilan ekonomi.
D. pemerintahan demokrasi.
SOALAN 5:
Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?
A. Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara.
B. Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap.
C. Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan.
D. Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula.
SOALAN 6:
Yang manakah sumber hasil yang diserahkan kepada negeri?
I. Hasil daripada lombong.
II. Kutipan cukai pendapatan.
III. Terimaan mengenai bekalan air.
IV. Bayaran-bayaran daripada Mahkamah Persekutuan.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 7:
|
Jenis Kewarganegaraan |
I. |
Masukan. |
II. |
Pendaftaran. |
III. |
Kuat
kuasa undang-undang. |
|
Pemohon |
X |
< Seorang warganegara India. < Suaminya seorang warganegara Malaysia. |
Y |
< Bayi dilahirkan di Malaysia. < Bapanya bertaraf pemastautin tetap Malaysia. |
Z |
< Seorang jurutera warganegara Brazil. < Telah bekerja di Malaysia selama 15 tahun. |
Yang manakah padanan yang betul antara jenis kewarganegaraan dengan pemohon?
|
X |
Y |
Z |
A. |
I. |
II. |
III. |
B. |
II. |
III. |
I. |
C. |
III. |
I. |
II. |
D. |
III. |
II. |
I. |
SOALAN 8:
Yang manakah pernyataan yang menetapi konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?
A. Perlembagaan tidak boleh dipinda.
B. Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan Perlembagaan.
C. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang.
D. Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan.
SOALAN 9:
Yang manakah yang menjadikan Malaysia negara berdaulat?
I. Penduduk yang berbilang kaum.
II. Parti politik yang memimpin negara.
III. Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara.
IV. Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 11:
Gagasan penubuhan Malaysia berasaskan faktor
A. pemimpin.
B. penjajahan.
C. perpaduan.
D. keselamatan.
SOALAN 12:
Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?
A. Jemaah Menteri.
B. Bahasa Kebangsaan.
C. Keanggotaan Parlimen.
D. Bahagian Pilihan Raya Persekutuan.
SOALAN 13:
= Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin dengan
lelaki warganegara Malaysia. = Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun sebelum
tarikh permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. |
Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
A. Masukan.
B. Pendaftaran.
C. Percantuman wilayah.
D. Kuat kuasa undang-undang.
SOALAN 14:
Yang manakah bidang kuasa badan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
I. Kabinet meluluskan undang-undang.
II. Mahkamah membatalkan undang-undang.
III. Parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan.
IV. Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Bersama.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 15:
Malaysia ditubuhkan untuk
A. meluaskan kawasan.
B. menguasai ekonomi.
C. mewujudkan kestabilan politik.
D. menyatukan penduduk serumpun.
SOALAN 16:
Yang manakah yang menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat?
I. Sistem pentadbiran yang telus.
II. Bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa asing.
III. Identiti kebangsaan yang berteraskan Rukun Negara.
IV. Kepimpinan negara yang berwawasan dan berkarisma.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
SOALAN 17:
Jadual
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi: § Senarai Persekutuan. § Senarai Negeri. § Senarai Bersama. |
Perkara di atas merujuk kepada struktur pentadbiran yang berdasarkan
A. penurunan kuasa.
B. pemusatan kuasa.
C. pengasingan kuasa.
D. pembahagian kuasa.
SOALAN 18:
Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?
A. Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi.
B. Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.
C. Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum.
D. Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum.
SOALAN 19:
Yang manakah yang menggambarkan kebebasan sesebuah suruhanjaya?
A. Anggota suruhanjaya dipilih dalam pilihan raya.
B. Saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh kabinet.
C. Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh ahli politik.
D. Anggota suruhanjaya boleh dipecat melalui tribunal khas.
SOALAN 20:
Encik
Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang
permastautin tetap. |
Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
A. Kuat kuasa undang-undang.
B. Percantuman wilayah.
C. Pendaftaran.
D. Masukan.
SOALAN 21:
Yang manakah ciri-ciri asas bagi sebuah negara berdaulat?
I. Tidak dijajah oleh kuasa luar.
II. Diterajui oleh parti politik tertentu.
III. Berupaya menjalin hubungan diplomatik.
IV. Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 22:
Yang manakah yang berkaitan dengan Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang terdapat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?
|
Senarai Negeri |
Senarai Bersama |
A. |
Penyu. |
Kebajikan
masyarakat |
B. |
Perikanan. |
Penjaja
beredar. |
C. |
Perparitan. |
Perpustakaan. |
D. |
Kesihatan. |
Perumahan. |
SOALAN 23:
Seorang pakar perubatan dari Britain yang telah bekerja di Malaysia selama 11 tahun boleh menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi beberapa syarat secara
A. pendaftaran.
B. naturalisasi.
C. percantuman.
D. kuat kuasa undang-undang.
SOALAN 24:
Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri?
I. Mengawal pergerakan manusia dan barangan.
II. Memperluas sumber kekayaan negara.
III. Menguruskan pilihan raya umum.
IV. Menjamin keselamatan negara.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 25:
Yang manakah yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri?
A. Penerbitan majalah keagamaan.
B. Pembukaan pusat pemulihan akhlak.
C. Permohonan permit melombong pasir.
D. Tuntutan penceraian pasangan bukan Islam.
SOALAN 26:
Teguran:
Pemeriksaan rekod penyata kewangan tahunan agensi X didapati tidak mematuhi
prosedur pembayaran dan terdapat amalan ketidakcekapan dalam prosedur
kewangan. |
Yang manakah agensi yang mengeluarkan teguran di atas?
A. Jabatan Audit Negara.
B. Jabatan Akauntan Negara.
C. Jawatankuasa Akaun Awam.
D. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!