PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 9


大家好噢,我是 Tina 酱 ~

如标题看到的一样,这篇文章是关于Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Sebuah negara itu perlu mempunyai kerajaan yang teratur dan sistematik kerana

A. mudah untuk mengawal pergerakan rakyatnya.

B. dapat menguruskan perjalanan pilihan raya umum.

C. dapat memastikan sumber kekayaan negara dieksploitasi.

D. boleh menjamin kekuasaan negara dapat kekal dipelihara.

SOALAN 2:

Yang manakah berkaitan dengan kebebasan beragama menurut Perlembagaan Persekutuan?

A. Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain.

B. Setiap orang boleh menubuhkan dan menyelenggarakan yayasan bagi agama orang lain.

C. Setiap orang boleh membayar cukai untuk menguruskan dan membiayai hal ehwal agamanya.

D. Setiap orang boleh mengutip sumbangan untuk membangunkan institusi agama untuk penganut agama lain.

SOALAN 3:

Encik X tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri dalam tempoh yang ditetapkan.

Merujuk kepada situasi di atas, apakah yang bakal dihadapi oleh Encik X?

A. Didenda sebanyak RM 2,000.00.

B. Hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya.

C. Hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri.

D. Tidak boleh bertanding semula di kawasan yang dimenanginya pada pilihan raya yang akan datang.

SOALAN 4:

Yang manakah berkaitan dengan Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama yang terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?

 

Senarai Persekutuan

Senarai Bersama

A.

Penerbitan majalah.

Aktiviti pertanian.

B.

Kerja-kerja air.

Muzium sejarah.

C.

Kesihatan awam.

Penghasilan ubat-ubatan.

D.

Perkapalan di laut.

Penjaja beredar.

SOALAN 5:

Antara berikut, yang manakah mencerminkan keistimewaan seorang Ahli Dewan Rakyat?

 I.      Ahli Dewan Rakyat sahaja boleh dipilih untuk menganggotai Kabinet.

II.     Ahli Dewan Rakyat sahaja

III.    Ahli Dewan Rakyat sahaja 

IV.     Ahli Dewan Rakyat 

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 6:

Seorang Menteri Besar yang baharu boleh dilantik tanpa perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri dengan syarat

A.    Seorang wakil rakyat itu mempunyai sifat kepimpinan dan keperibadian yang boleh dicontohi.

B.   Seorang wakil rakyat itu pada hemat Ketua Negeri mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri.

C.  Seorang wakil rakyat itu telah menawarkan dirinya kepada Ketua Negeri untuk dilantik menjadi Menteri Besar yang baharu.

D.  Seorang wakil rakyat menasihati Ketua Negeri untuk melantik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar yang baharu.

SOALAN 7:

Puan Asmah berkahwin dengan seorang lelaki bangsa Korea dan telah menetap di Seoul, Korea Selatan hampir tujuh tahun. Puan Asmah juga telah mempunyai seorang anak lelaki yang berusia lima tahun.

Sekiranya Puan Asmah ingin mendaftarkan kewarganegaraan Malaysia untuk anaknya, apakah syarat yang perlu dipenuhinya? 

I.      Kanak-kanak itu biasa bermastautin di Malaysia.

II.     Usia kanak-kanak itu belum mencapai umur 21 tahun.

III.    Kanak-kanak itu mesti berpengetahuan asas Bahasa Melayu.

IV.    Keluarga kanak-kanak itu perlu mempunyai rekod berkelakuan baik.

A. I dan II    

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 8:

Yang manakah merupakan bidang kuasa Dewan Negara terhadap Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat?

A. Menangguhkan kelulusan sesuatu Rang Undang-Undang.

B. Menolak sesuatu Rang Undang-Undang untuk dibahaskan.

C. Mengesahkan sesuatu Rang Undang-Undang yang telah diluluskan.

D. Mewartakan sesuatu Rang Undang-Undang yang telah dibahaskan sebagai Warta Kerajaan.

SOALAN 9:

Apakah inisiatif kerajaan dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi? 

A. memantapkan semua agensi pusat dan negeri.

B. memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional.

C. meningkatkan bayaran bonus kepada penjawat awam.

D. menyatukan program latihan dan kemahiran bagi sektor awam dan swasta.

SOALAN 10:

Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan tugas sebagai raja di negeri baginda terhadap

A. mengampunkan banduan di Mahkamah Awam Negeri.

B. mempersetujui pindaan terhadap Undang-Undang Negeri.

C. melantik anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

D. mempertimbangkan pelaksanaan sesuatu dasar Kerajaan Negeri.

SOALAN 11:

Antara berikut, yang manakah merupakan perkara yang perlu dirujuk terlebih dahulu oleh Kerajaan Tempatan kepada Kerajaan Negeri sebelum dilaksanakan?

I.      Melantik ahli-ahli majlis dalam organisasi Kerajaan Tempatan.

II.     Mengeluarkan lesen terhadap premis-premis perdagangan atau perniagaan.

III.    Memperkenalkan dasar-dasar baharu yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Tempatan.

IV.    Menentukan jumlah nilai kutipan cukai yang perlu dikenakan kepada penduduk di sesebuah Kerajaan Tempatan.

A. I dan II    

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 12:

Yang manakah keadaan yang boleh menjejaskan daya saing negara?

A. Pelanggan yang berurusan di kaunter kerajaan perlu beratur menunggu giliran. 

B. Pegawai perkhidmatan awam perlu menghadiri kursus latihan dan kemahiran.

C. Pemberhentian kerja pegawai-pegawai latihan kontrak oleh pihak kerajaan.

D. Pengambilan graduan baharu bagi memenuhi jawatan perkhidmatan awam.

SOALAN 13:

Hasil Kerajaan Persekutuan akan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan untuk tujuan

I.      membayar tuntutan yang dibuat terhadap Kerajaan Persekutuan di mana-mana mahkamah.

II.     membayar cukai hartanah yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan.

III.    membayar cukai eksport produk-produk tempatan ke luar negara.

IV.    membayar pencen penjawat awam yang telah bersara.

A. I dan II    

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 14:

Yang manakah tepat berkaitan bidang kuasa rayuan dalam sesebuah Mahkamah?

A. Mahkamah Persekutuan membicarakan kes-kes rayuan sivil dan jenayah daripada Mahkamah Tinggi.

B.  Kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen boleh diulang bicara oleh pihak defendan di Mahkamah Rayuan.

C.    Mahkamah Tinggi berkuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret.

D. Kes Jenayah yang melibatkan hukuman mati dibenarkan untuk ulang bicara di Mahkamah Persekutuan sebelum ianya diputuskan.

SOALAN 15:

Seorang pegawai kewangan di sebuah jabatan kerajaan telah memalsukan laporan kewangan jabatannya daripada pengetahuan ketua jabatan.

Berdasarkan situasi di atas, pegawai tersebut telah melanggar prinsip tadbir urus?

A. Integriti.

B. Amanah.

C. Ketelusan.

D. Akauntabiliti.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1