PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 8
SOALAN 1:
Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri asas sesebuah negara?
A. Diterajui oleh parti politik tertentu.
B. Ditadbir secara demokrasi berparlimen.
C. Diperintah kerajaan yang berdaulat.
D. Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik.
SOALAN 2:
Konsep terpenting Doktrin Pengasingan Kuasa ialah
A.
badan
eksekutif mesti mempunyai kuasa membuat undang-undang dan menguatkuasakannya.
B.
badan
perundangan mesti mempunyai kuasa untuk menghakimi individu atau pihak yang
melanggar undang-undang yang digubal.
C. badan
kehakiman mesti mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan melaksanakan
dasar-dasar awam.
D. badan
yang sama tidak harus berperanan membuat undang-undang, menguatkuasa dan menghakimi
pihak yang melanggar undang-undang.
SOALAN 3:
Yang manakah antara yang berikut benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang negeri?
A. Undang-undang
persekutuan akan dibatalkan.
B. Undang-undang
persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan.
C. Undang-undang
persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana
yang bercanggahan sahaja.
D. Undang-undang
yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
SOALAN 4:
Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah
menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Orang yang dilahirkan di Malaysia pada Julai 1982. |
Pernyataan di atas merujuk kepada perolehan kewarganegaraan melalui
A. Kuat kuasa undang-undang.
B. Naturalisasi.
C. Pendaftaran.
D. Penggabungan wilayah.
SOALAN 5:
Antara yang berikut, yang manakah mencerminkan keistimewaan Dewan Rakyat menurut Perlembagaan Persekutuan?
I. Ahli Dewan Rakyat sahaja boleh dipilih untuk menganggotai Kabinet.
II. Ahli Dewan Rakyat sahaja boleh dilantik untuk menganggotai Suruhanjaya Diraja.
III. Ahli Dewan Rakyat sahaja boleh dilantik untuk menjadi Perdana Menteri.
IV. Ahli Dewan Rakyat mempunyai kata pemutus dalam rang undang-undang kewangan.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 6:
Dalam prosedur penggubalan dan kelulusan sesuatu rang undang-undang di Parlimen, pada peringkat manakah kajian terperinci dilakukan?
A. Jabatan Peguma Negara.
B. Bacaan Kedua.
C. Kabinet.
D. Peringkat Jawatankuasa.
SOALAN 7:
Antara tugas yang berikut, yang manakah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa budi bicara baginda?
I. Melantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
II. Melantik Speaker Dewan Rakyat dan Setiausaha Parlimen.
III. Menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.
IV. Melantik Pemangku Raja di negeri baginda.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 8:
Kabinet bertanggungjawab
secara kolektif kepada Parlimen. |
Pernyataan di atas membawa maksud
A. kesemua anggota Parlimen mesti mematuhi arahan Kabinet.
B. kesemua anggota Kabinet sama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan Kabinet.
C. kesemua anggota Kabinet secara individu bertanggungjawab kepada Parlimen.
D. kesemua anggota Kabinet mesti menghadirkan diri di Parlimen.
SOALAN 9:
^ Membuat pinjaman daripada Bank Dunia dan menguruskan
pembayaran hutang negara. ^ Meluluskan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan kepada
kakitangan kerajaan. ^ Mentadbirkan peraturan pinjaman Kerajaan Negeri. |
Pernyataan di atas merupakan tanggungjawab dan bidang kuasa
A. Bank Negara Malaysia.
B. Perbendaharaan Malaysia.
C. Unit Perancang Ekonomi.
D. Unit Penyelarasan Pelaksanaan.
SOALAN 10:
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang bidang kuasa Perbadanan Awam?
|
Badan Berkanun |
Badan Tidak
Berkanun |
A. |
Membantu
kerajaan dalam penguatkuasaan undang-undang. |
Membolehkan
kerajaan melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang khusus dan penting tanpa
terikat oleh peraturan pentadbiran. |
B. |
Pegawai
kanan kerajaan boleh dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah. |
Terletak
di bawah pengawasan kementerian berkaitan. |
C. |
Ketua
Eksekutif ialah Pengarah. |
Didaftarkan
di bawah Akta Syarikat 1965. |
D. |
Membolehkan
kerajaan menceburi bidang yang tidak mampu diceburi oleh sektor swasta. |
Membolehkan
kerajaan membuat keuntungan kewangan. |
SOALAN 11:
Tujuan utama Kerajaan Tempatan diwujudkan adalah untuk
A. memberikan
peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam pengurusan
kawasan yang didiami oleh mereka.
B.
membantu
Kerajaan Tempatan dalam pentadbiran di peringkat tempatan.
C.
meningkatkan
pendapatan Kerajaan Negeri melalui kutipan cukai pintu dan cukai-cukai lain.
D.
membantu
Kerajaan Negeri menggubal undang-undang kecil subsidiari.
SOALAN 12:
_ Mengisytiharkan undang-undang yang bercanggah dengan
perlembagaan tidak sah. _ Mengisytiharkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah. |
Antara senarai berikut, apakah badan yang berkuasa melaksanakan tugas-tugas di atas?
A. Perundangan.
B. Monarki.
C. Kehakiman.
D. Eksekutif.
SOALAN 13:
Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Tinggi?
I. Tidak membicarakan kesalahan yang melibatkan rakyat asing.
II. Mendengar rayuan kes sivil dan kes jenayah daripada mahkamah Majistret.
III. Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan.
IV. Mendengar petisyen pilihan raya.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 14:
Mengapakah perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak dijalankan secara tertutup?
A. Melindungi pesalah daripada publisiti.
B. Menjaga imej dan maruah keluarga tertuduh.
C. Memastikan supaya tidak wujud simpati orang ramai.
D. Mengelakkan perbicaraan terganggu dengan kehadiran orang ramai.
SOALAN 15:
Yang manakah pernyataan berikut boleh menjejaskan integriti tadbir urus yang baik.
A. Prosedur kerja yang kompleks.
B. Kepimpinan yang bersifat terbuka.
C. Penggunaan sumber secara maksimum.
D. Struktur organisasi yang diperkemas dari semasa ke semasa.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!