PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN PAHANG TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3

如标题所见,我今天要分享的是Akaun Soalan Percubaan Pahang 2021年的考试题目和解答思路。

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

     (a)   Syarikat Muhibbah Sdn. Bhd. mengeluarkan produk minuman kesihatan, iaitu AlMuhibbah. Bagi kos pengeluaran bulan Mei 2021, maklumat yang berikut telah diperoleh.

             (1)   Kos piawai dan kos sebenar sekotak yang mengandungi 50 peket:

 

Kos piawai sekotak

Kos sebenar sekotak

 

(50 peket)

(50 peket)

Bahan mentah langsung

RM 40.00

RM 37.50

Buruh langsung

RM 45.00

RM 43.00

Overhed berubah

RM 22.00

RM 30.00

 (2)   Kos tetap sebulan:

Belanja susut nilai                                           RM   2,400

Gaji pekerja pentadbiran                                 RM 11,200

Belanja insurans                                              RM   1,400

Belanja utiliti                                                  RM   1,000

Maklumat Tambahan:

Jumlah pengeluaran sebenar bagi bulan Mei 2021 adalah sebanyak 600 kotak.

Dikehendaki:

(i)             Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel Syarikat Muhibbah Sdn. Bhd. bagi bulan Mei 2021. [8 markah]

(ii)      Berikan ulasan tentang laporan prestasi belanjawan yang disediakan di (i), dan cadangkan penambaikan bagi pengeluaran produk kepada pihak pengurusan. [2 markah]

       (b)    Yang berikut ialah penyata kewangan Syarikat Angkasa Berhad.

Syarikat Angkasa Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif Berbanding Bagi Tahun Berakhir 30 Jun

 

2021

2020

 

(RM)

(RM)

Hasil jualan

262,500

214,500

Tolak: Kos barang dijual

152,250

128,700

Untung kasar

110,250

85,800

Belanja operasi

 

 

   Belanja jualan

45,675

45,045

   Belanja pentadbiran

30,450

25,740

Jumlah daripada operasi

76,125

70,785

Pendapatan daripada operasi

34,125

15,015

Hasil-hasil lain

 

 

   Hasil dividen

4,500

5,500

Belanja-belanja lain

 

 

   Belanja faedah

9,000

7,500

Untung bersih sebelum cukai

29,625

13,015

   Belanja cukai

7,406

3,254

Untung bersih selepas cukai

22,219

9,761

Syarikat Angkasa Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan Pada 30 Jun

 

2021

2020

 

(RM)

(RM)

Aset

 

 

Aset semasa

 

 

   Tunai

14,500

16,000

   Akaun belum terima

46,000

40,500

   Inventori

38,500

37,250

   Belanja prabayar

2,500

3,500

Jumlah aset semasa

101,500

97,250

Pelaburan jangka panjang

9,000

8,000

Loji dan peralatan

173,650

151,000

Jumlah aset

284,150

256,250

Liabiliti

 

 

Liabiliti semasa

 

 

   Akaun belum bayar

35,500

30,175

   Belanja belum bayar

10,780

12,000

Jumlah liabiliti semasa

46,280

42,175

Liabiliti jangka panjang

90,576

89,000

Jumlah liabiliti

136,856

131,175

Ekuiti

 

 

56,875 unit Syer Ekuiti

113,750

113,750

Rizab hasil

33,544

11,325

Jumlah ekuiti

147,294

125,075

Jumlah liabiliti dan ekuiti

284,150

256,250

Maklumat Tambahan

Pada 1 Januari 2020, maklumat inventori dan aset Syarikat Angkasa Berhad adalah seperti berikut:

                                                Inventori                     RM   36,500

                                                Aset                             RM 261,500

Dikehendaki:

                a)      Hitung perubahan nisbah yang berikut bagi Syarikat Angkasa Berhad bagi tahun 2021 dan tahun 2020. Berikan ulasan bagi setiap hasil penghitungan anda.

i)                   Nisbah semasa [2 markah]

ii)                 Pusing ganti inventori [2 markah]

iii)               Nisbah hutang atas aset [2 markah]

iv)               Pulangan atas aset [2 markah]

b)      Berikan ulasan tentang pencapaian Syarikat Angkasa Berhad dari segi keberuntungan dan kecekapan. [2 markah] 

     SOALAN 2:

     a)      Imbangan duga Perkongsian Ali dan Badrul pada 31 Disember 2021 adalah seperti yang berikut:

 

Debit

Kredit

 

RM

RM

Untung kasar

 

73,250

Inventori pada 31 Disember 2021

15,750

 

Belanja pemasaran

28,600

 

Belanja sewa

2,400

 

Akaun belum bayar

 

8,950

Peruntukan hutang ragu pada 1 Januari 2021

 

900

Pinjaman daripada Badrul

 

17,000

Bank

28,075

 

Akaun belum terima

20,000

 

Kenderaan (nilai buku pada 1 Januari 2021)

67,500

 

Modal Ali

 

26,000

Modal Badrul

 

26,000

Akaun semasa pada 1 Januari 2021:

 

 

   Ali

 

11,125

   Badrul

 

9,125

Ambilan Ali

5,375

 

Ambilan Badrul

4,650

 

 

172,350

172,350

 Maklumat Tambahan:

     (1)   Menurut perjanjian perkongsian Ali dan Badrul berkongsi untung dan rugi sama rata. Ali dibayar gaji RM 1,300 sebulan. Tiada faedah atas modal yang diberikan kepada pekongsi, manakala faedah atas pinjaman pekongsi ialah 5%.

     (2)   Belanja sewa belum bayar berjumlah RM 400.

     (3)   Kenderaan telah dibeli pada 1 Januari 2020. Kenderaan dijangka dapat digunakan selama 4 tahun dan dijangka tiada nilai sisa. Polisi perkongsian mengamalkan kaedah garis lurus untuk semua harta tanah, loji dan peralatannya.

      (4)   Peruntukan hutang ragu bagi tahun 2021 diselaraskan 5% atas baki akaun belum terima.

Dikehendaki:

i)               Sediakan Penyata Untung Rugi Perkongsian Ali dan Badrul tahun yang berakhir 31 Disember 2021. [6 markah]

ii)         Penyata Pengasingan Untung Rugi Perkongsian Ali dan Badrul bagi tahun yang berakhir 31 Disember 2021. [3 markah]

iii)            Nyatakan cara seseorang pekongsi baru menyertai sesebuah perkongsian. [1 markah] 

b)      Pada 1 Januari 2019, Syarikat Aman Berhad telah ditubuhkan dengan modal berdaftar 2,000,000 unit Syer Ekuiti.

 Berikut adalah baki terpilih untuk Syarikat Aman Berhad pada 1 Januari 2021.

      400,000 unit Syer Ekuiti                                                         RM 2,000,000

      Keuntungan Tertahan                                                              RM    770,000  

Berikut adalah urus niaga yang berlaku sepanjang tahun 2021:

Tarikh

Urus Niaga

2021

1 Januari

Menerbitkan 200,000 unit syer ekuiti pada harga RM 6.00 seunit dan dilanggan sepenuhnya.

30 Jun

Melaksanakan terbitan hak pada RM 6.50 seunit pada nisbah 1:10 dan dilanggan sepenuhnya.

24 Ogos

Menerbitkan debentur 6% sebanyak 10,000 unit pada harga RM 20.00 seunit.

1 September

Sebidang tanah yang mempunyai nilai pasaran RM 1,500,000 telah dinilaikan dan disahkan oleh jurunilai bertauliah. Kos perolehan asal tanah tersebut ialah RM 800,000.                   

30 November

Syarikat menerbitkan syer bonus kepada pemegang syer sedia ada dengan nisbah 1:10 daripada rizab hasil pada RM 6.00 seunit.

31 Disember

Pada tahun semasa, syarikat memperolehi keuntungan sebanyak
RM 650,000.

 Dikehendaki:

i)                   Catatan jurnal untuk merekod semua urus niaga di atas. [8 markah]

ii)                 Nyatakan dua perbezaan di antara terbitan hak dan terbitan bonus. [2 markah]

     SOALAN 3:

    a)  Berikan dua contoh urus niaga yang tidak melibatkan tunai tetapi mempengaruhi kedudukan kewangan syarikat. [2 markah]

 b)    Bezakan penyata aliran tunai dengan buku tunai. [2 markah]

 c)  Mayang Emas Berhad yang mengurus perniagaan alat ganti kenderaan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Berikut adalah maklumat transaksi aliran wang akaun bank perniagaan ini sepanjang tahun 2021.

Bank Keluarga Bersama

Penyata Bank pada 31 Disember 2021

Tarikh

Butiran

Debit

Kredit

Baki

 

 

RM

RM

RM

01/01/2021

Baki

 

 

194,000

08/01/2021

Akaun belum bayar

35,100

 

158,900

15/01/2021

Akaun belum terima

 

85,800

244,700

03/02/2021

Modal Saham Syer

 

95,200

339,900

18/03/2021

Bangunan

150,000

 

189,900

11/04/2021

Hasil komisen

 

53,700

243,600

07/05/2021

Jualan

 

200,500

444,100

13/05/2021

Pinjaman bank

30,000

 

414,100

15/06/2021

Jualan kenderaan

 

41,000

455,100

15/06/2021

Belian

44,300

 

410,800

10/07/2021

Belanja insurans

40,000

 

370,800

17/08/2021

Belanja pembaikan

17,700

 

353,100

20/08/2021

Hasil faedah

 

15,000

368,100

20/09/2021

Belanja faedah pinjaman

9,000

 

359,100

22/10/2021

Kenderaan

78,000

 

281,100

26/10/2021

Belanja utiliti

18,900

 

262,200

08/11/2021

Belanja gaji

33,000

 

229,200

30/11/2021

Belanja faedah

8,200

 

221,000

15/12/2021

Belanja cukai

13,500

 

207,500

30/12/2021

Dividen Modal Syer

8,400

 

199,100

30/12/2021

Hasil dividen

 

6,300

205,400

Dikehendaki:

i)              Sediakan Penyata Aliran Tunai bagi Mayang Emas Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 dengan menggunakan Kaedah Langsung. [13 markah]

ii)              Berikan ulasan secara keseluruh kedudukan aliran tunai berasaskan penyata aliran tunai yang disediakan dalam i) di atas. [3 markah]

考试题目和解答思路:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN PAHANG TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1