PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1


标题所见,今天要分享的是 Akaun Sem 1 2013 年的考试题目和解答思路。

最后我会附上 PDF 给大家,大家可以自行下载哦,仅供参考哦!

请看吧:

SOALAN 1:

(a) Yang berikut ialah urus niaga yang berkaitan dengan Perniagaan Seri Murni bagi tahun berakhir 31 Disember 2011.

(1) Pesanan jualan bernilai RM 8,000 yang akan dihantar kepada pelanggan pada minggu pertama Januari 2012 telah direkodkan seperti yang berikut:

    Dt Akaun belum terima                        RM 8,000

         Kt Jualan                                                                RM 8,000

(2) Pada 31 Disember 2011, inventori barang niaga bernilai RM 20,000 pada kos yang telah diperoleh pada bulan September 2010 masih belum terjual. Nilai pasaran inventori itu ialah RM 24,000. Untuk mengambil kira perubahan dalam nilai pasaran inventori barang niaga, catatan pelarasan yang dibuat ialah

    Dt Inventori barang niaga                                  RM 4,000

         Kt Laba atas peningkatan nilai inventori                             RM 4,000

(3) Perniagaan Seri Murni telah menyewa mesin fotokopi untuk kegunaan pejabat daripada SMP Servis dengan menandatangani perjanjian sewaan untuk dua tahun bermula dari 1 Januari 2012. Kadar sewaan yang ditetapkan ialah RM 100 sebulan. Semasa perjanjian ditandatangani pada 27 Disember 2011, Perniagaan Seri Murni telah mengeluarkan cek sebagai bayaran sewa mesin fotokopi untuk setahun. Catatan yang disediakan bagi merekodkan urus niaga itu adalah seperti yang berikut:

    Dt Sewa bayar dahulu                            RM 1,200

         Kt Bank                                                                RM 1,200

(4) Pemilik Perniagaan Seri Murni telah menyumbangkan sebuah kenderaan terpakai miliknya untuk kegunaan perniagaan. Nilai pasaran kenderaan itu ialah RM 35,000. Kenderaan itu telah diperoleh lima tahun yang lalu pada harga RM 75,000. Catatan yang disediakan bagi merekodkan kenderaan itu ialah 

    Dt Kenderaan                                        RM 75,000

         Kt Modal                                                                RM 75,000

Dikehendaki:

Bagi setiap urus niaga di atas,

(i) nyatakan sama ada andaian atau prinsip perakaunan dipatuhi atau tidak dipatuhi. [4 markah]

(ii) huraikan andaian atau prinsip perakaunan yang terlibat dengan menjelaskan amalan perakaunan yang bersesuaian. [6 markah]

(b) Syarikat Aje Sdn. Bhd. yang menawarkan perkhidmatan menghantar makanan dari rumah ke rumah telah memperoleh sebuah van terpakai dengan harga RM 34,000 pada awal bulan Januari 2012. Amaun yang terlibat untuk mengecat semula van itu dengan warna dan logo syarikat ialah RM 2,000, manakala amaun yang terlibat untuk membeli insurans dan cukai jalan van itu masing-masing ialah RM 890 dan RM 90. Van tersebut dijangka boleh digunakan selama lima tahun dan dapat dijual semula dengan harga RM 6,000 pada penghujung tempoh tersebut. Syarikat sedang mempertimbangkan dua kaedah untuk menyusutnilaikan van tersebut, iaitu kaedah garis lurus dan kaedah baki berkurangan berganda.

Dikehendaki:

Bagi Syarikat Aje Sdn. Bhd., 

(i) nyatakan perbezaan antara belanja hasil dengan belanja modal, dan berikan contoh berdasarkan situasi yang dinyatakan. [2 markah]

(ii) sediakan catatan jurnal bagi semua urus niaga yang dinyatakan. [2 markah]

(iii) hitung belanja susut nilai, peruntukan susut nilai, dan nilai buku bersih untuk van itu bagi tahun pertama dan tahun kedua penggunaannya dengan menggunakan kaedah garis lurus dan kaedah baki berkurangan berganda. [4 markah]

(iv) berikan ulasan tentang kesan penggunaan kedua-dua kaedah susut nilai itu terhadap keuntungan tahunan syarikat. [2 markah]

SOALAN 2:

(a) Aroma Enterprise menggunakan jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai untuk merekodkan urus niaga berkaitan tunai. Urus niaga tunai yang berlaku sepanjang bulan September 2012 adalah seperti yang berikut:

Tarikh

Urus Niaga

1 September

Menjual barang niaga bernilai RM 7,820.

3 September

Menerima bayaran daripada Syana Shopee bagi inovis bertarikh 28 Ogos bernilai RM 700, dan memberikan diskaun sebanyak 2%.

5 September

Membayar inovis berjumlah RM 1,800 kepada Wardina Supplier dengan cek yang bernombor 215, dan menerima diskaun sebanyak 3%.

7 September

Menerima pesanan khas bernilai RM 11,000 yang akan dihantar pada hujung bulan, dan menerima 30% bayaran pendahuluan.

8 September

Membayar kos pengangkutan berjumlah RM 90 dengan cek bernombor 216.

10 September

Menerima tambahan modal sebanyak RM 5,000.

11 September

Menerima bayaran daripada Diana Inc. Bagi invois bertarikh 7 September 2012 bernilai RM 2,100, dan memberi diskaun sebanyak 2%.

13 September

Membayar pendahuluan 40% untuk pembelian perabot baharu berharga RM 8,000 dengan cek yang bernombor 217 bagi perabot yang akan diterima pada hujung bulan.

15 September

Menerima bayaran balik sebanyak RM 1,560 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri ke atas cukai yang terlebih bayar.

17 September

Membayar invois bernilai RM 1,100 kepada Syarikat Titisan dengan cek yang bernombor 218, dan menerima diskaun sebanyak 3%.

20 September

Menerima bayaran yang telah lama tertunggak sebanyak RM 3,100 daripada Syarikat Manisa bagi invois bertarikh 2 Mac 2012.

25 September

Membeli barang niaga bernilai RM 1,970 dengan cek yang bernombor 219.

28 September

Membuat pinjaman sebanyak RM 20,000 daripada Bank Perdana dengan menerbitkan nota belum bayar bagi tempoh 60 hari dengan kadar faedah sebanyak 12% setahun.

Menerima perabot yang dipesan pada 13 September, dan membayar baki kos perabot dengan cek yang bernombor 220.

29 September

Menghantar pesanan khas yang bertarikh 7 September, dan menerima baki bayaran.

Membayar gaji pekerja bagi bulan September sebanyak RM 6,500 dengan cek yang bernombor 221.

30 September

Membayar sewa bangunan pejabat sebanyak RM 800 dengan cek yang bernombor 222.

Dikehendaki:

Rekodkan semua urus niaga di atas dalam jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai mengikut format jurnal tunai yang diberikan di bawah, dan hitung jumlah setiap urus niaga yang direkodkan itu. [10 markah] 

Jurnal Penerimaan Tunai

Tarikh

Akaun Dikredit

Ruj.

Tunai / Bank

Jualan

Akaun Belum Terima

Diskaun Jualan

Pelbagai Akaun

 

 

 

Dt.

Kt.

Kt.

Dt.

Kt.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jurnal Pembayaran Tunai

Tarikh

No. Cek

Akaun Didebit

Ruj.

Tunai / Bank

Belian

Akaun Belum Bayar

Diskaun Belian

Pelbagai Akaun

 

 

 

 

Kt.

Dt.

Dt.

Kt.

Dt.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(b) Syarikat Pantai Berhad telah menyediakan penyata penyesuaian bank yang berikut:

Syarikat Pantai Berhad

Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2012

 

RM

RM

Baki kredit seperti dalam penyata bank

 

7,000

    Tambah: Deposit yang belum dikreditkan

 

5,700

 

 

12,700

    Tolak: Cek yang belum dikemukakan

 

6,000

Baki buku tunai terselaras

 

6,700

Baki debit seperti dalam buku tunai

 

5,459

    Tambah: Kesalahan dalam akaun belum bayar

81

 

                   Kutipan nota belum terima

1,500

 

                   Faedah nota belum terima

60

1,641

 

 

7,100

    Tolak: Duti setem buku cek

40

 

               Cek tak layan

360

400

Baki buku tunai terselaras

 

6,700

Dikehendaki:

Sediakan catatan jurnal penyelarasan yang diperlukan untuk buku tunai pada 30 September 2012. [4 markah]

(c) Perniagaan Acuan Niaga membeli peralatan pada 1 Januari 2011 dengan harga RM 70,000. Dianggarkan peralatan itu akan mempunyai nilai sisa sebanyak RM 5,000 pada hujung jangka hayatnya selama lima tahun. Peralatan itu dianggarkan dapat mengeluarkan 100,000 unit produk sepanjang hayatnya.

Dikehendaki:

(i) Hitung jumlah belanja susut nilai bagi lima tahun dengan menggunakan kaedah jumlah angka tahun. [3 markah]

(ii) Hitung nilai buku peralatan itu pada 31 Disember 2012 dengan menggunakan kaedah unit pengeluaran jika 16,000 unit produk telah dikeluarkan pada tahun 2011 dan 24,000 unit produk pada tahun 2012. [3 markah] 

SOALAN 3:

(a) Perihalkan perbezaan antara liabiliti belum bayar dengan liabiliti terima dahulu, dan berikan contoh yang sesuai. [3 markah]

(b) Perniagaan Ayu Manis menjual perabot dan barang perhiasan rumah yang diperbuat daripada kayu cengal emas. Perniagaan itu menggunakan sistem inventori berterusan bagi merekodkan inventorinya.

Senarai akaun bagi Perniagaan Ayu Manis pada 31 Oktober 2011 adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Ambilan

12,000

Belian

74,000

Belanja gaji

4,000

Belanja gaji belum bayar

20,000

Belanja sewa

16,000

Belanja utiliti

7,000

Belanja faedah

2,400

Belanja faedah belum bayar

400

Diskaun diberi

2,000

Jualan

360,000

Hasil terima dahulu

8,000

Inventori barang niaga

19,000

Kos barang dijual

198,000

Modal

87,000

Nota belum bayar (faedah, 12% ; matang tahun 2015)

20,000

Pemiutang dagangan

37,000

Penghutang dagangan

40,000

Peralatan stor

150,000

Pulangan jualan

3,000

Belanja sewa bayar dahulu

3,000

Tunai

10,000

Peruntukan susut nilai peralatan stor

40,000

Urus niaga yang telah berlaku sepanjang bulan November 2011 adalah seperti yang berikut:

Tarikh

Urus Niaga

1 November

Membeli inventori perhiasan rumah secara kredit berjumlah RM 5,000 daripada Syarikat Meranti Berhad yang diterima dengan syarat kredit ialah 2/10, n/30.

4 November

Memulangkan inventori perhiasan rumah yang tidak menepati kualiti bernilai RM 250 kepada Syarikat Meranti Berhad bagi belian pada 1 November.

6 November

Menerbitkan nota belum bayar 8% bagi tempoh enam bulan bernilai RM 9,000 sebagai penjelasan baki hutang kepada Syarikat Jati Berhad bagi pembelian inventori pada 6 Disember 2010. Syarat kredit yang diterima ialah 2/10, n/30.

9 November

Menerima bayaran berjumlah RM 4,000 daripada Syarikat Kayu Ara Berhad bagi tempahan yang akan disiapkan dalam tempoh satu bulan hari dari tarikh tempahan.

10 November

Menjelaskan baki hutang kepada Syarikat Meranti Berhad untuk urus niaga pada 1 November.

25 November

Menghantar perabot yang ditempah khas dan telah dijelaskan bayarannya berjumlah RM 6,000 pada bulan September 2011 dengan penetapan untung kasar atas jualan perabot ialah 50% atas kos.

30 November

Mengakru faedah atas nota belum bayar untuk bulan November 2011.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan urus niaga di atas. [9 markah]

(ii) Sediakan bahagian liabiliti bagi kunci kira-kira Perniagaan Ayu Manis pada 30 November 2011. [8 markah]

SOALAN 4:

(a) Nyatakan tiga sebab mengapa koperasi diwajibkan membuat peruntukan bagi rizab berkanun. [3 markah]

(b) Imbangan duga Koperasi UniSatu Berhad pada 30 September 2012 adalah seperti yang berikut:

 

Debit

RM

Kredit

RM

Modal saham

 

100,500

Modal yuran

 

313,984

Keuntungan terkumpul

 

64,660

Jualan

 

702,240

Kos jualan

430,450

 

Belanja pentadbiran pejabat

11,800

 

Belanja utiliti

8,670

 

Belanja mesyuarat agung

7,700

 

Gaji dan bonus kakitangan

116,950

 

Elaun eksekutif dan mesyuarat lembaga

11,350

 

Faedah pinjaman

10,600

 

Elaun juruaudit dalam

2,200

 

Yuran juruaudit luar

6,300

 

Belanja am

28,562

 

Pendapatan pelbagai

 

29,100

Sumbangan diterima

 

54,300

Sumbangan diberi dan hadiah

9,200

 

Aset tetap

526,500

 

Peruntukan susut nilai aset tetap (1 Oktober 2011)

 

105,300

Aset semasa lain

200,600

 

Pelaburan dan simpanan jangka pendek

129,000

 

Tunai di bank dan di tangan

70,208

 

Penghutang perniagaan

57,800

 

Peruntukan hutang ragu (30 September 2012)

 

4,302

Pemiutang perniagaan

 

57,400

Pinjaman

 

65,200

Kumpulan Wang Rizab Berkanun

 

120,204

Tabung kebajikan ahli

 

44,900

Akaun Rizab Modal

 

4,200

Kumpulan Wang Penebusan Saham

 

30,000

Inventori

68,900

 

 

1,696,790

1,696,790

Maklumat Tambahan:

(1) Pada 30 September 2012, Koperasi UniSatu Berhad telah membuat peruntukan untuk membayar denda sebanyak RM 30,000 kerana melanggar kontrak perjanjian perniagaan.

(2) Aset tetap disusutnilaikan pada kadar 10% setahun.

(3) Dividen 10% dan 4% dicadangkan masing-masing atas modal saham dan modal yuran.

(4) Faedah simpanan terakru ialah RM 8,960.

(5) Peruntukan zakat perniagaan bagi tahun berakhir 30 September 2012 ialah RM 1,459.

(6) Peruntukan kepada tabung kebajikan ahli koperasi ialah 5%.

(7) Sebanyak 30% daripada pinjaman akan matang dalam tempoh 12 bulan akan datang.

(8) Peruntukan daripada keuntungan koperasi adalah seperti yang berikut:

    (a) 12% kepada rizab berkanun.

    (b) 2% kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan.

    (c) 1% kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan.

    (d) 9.50% kepada honorarium lembaga pengarah.

Dikehendaki:

Sediakan, bagi Koperasi UniSatu Berhad,

(i) penyata pendapatan bagi tahun berakhir 30 September 2012. [6 markah]

(ii) penyata pembahagian untung rugi bagi tahun berakhir 30 September 2012. [5 markah]

(iii) kunci kira-kira pada 30 September 2012. [6 markah]

SOALAN 5:

(a) Adakah sistem catatan tunggal terasing daripada sistem perakaunan? Jelaskan jawapan anda. [2 markah]

(b) Nyatakan dua kebaikan sistem rekod tidak lengkap. [2 markah]

(c) Yang berikut ialah maklumat tentang Perniagaan Sofiya bagi tahun berakhir 31 Disember 2011.

 

RM

Jualan

301,100

Diskaun diberi

15,400

Diskaun diterima

16,300

Tunai dibayar kepada pemiutang

133,500

Akaun pulangan jualan

3,700

Akaun pulangan belian

2,650

Akaun belum terima pada 1 Januari 2011

49,000

Akaun belum terima pada 31 Disember 2011

63,000

Akaun belum bayar pada 1 Januari 2011

23,800

Akaun belum bayar pada 31 Disember 2011

31,600

Dikehendaki:

Hitung amaun belian dan amaun tunai yang diterima daripada penghutang Perniagaan Sofiya. [5 markah]

(d) Abadi memulakan perniagaan Perusahaan Abadi pada 1 Julai 2011 dengan modal tunai berjumlah RM 20,000 dan nilai premis perniagaan berjumlah RM 58,000 pada kos. Pada 30 Jun 2012, akaun aset dan liabiliti perniagaannya adalah seperti yang berikut:

 

RM

Premis perniagaan

60,000

Inventori akhir pada kos

19,170

Insurans prabayar

3,000

Gaji terakru

2,820

Tunai di tangan

7,000

Peralatan dan kelengkapan pejabat pada kos

24,000

Akaun belum bayar

13,500

Pemiutang

7,860

Pinjaman bank (faedah 9%)

18,000

Faedah pinjaman terakru

900

Overdraf bank

8,520

Maklumat Tambahan:

(1) Peralatan dan kelengkapan pejabat disusutnilaikan pada kadar 10% setahun dengan menggunakan kaedah garis lurus.

(2) Peruntukan hutang ragu sebanyak 3% atas akaun belum terima.

(3) Pengambilan barang niaga pada nilai kos RM 8,200.

(4) Pengambilan tunai berjumlah RM 5,000 untuk kegunaan peribadi.

Dikehendaki:

(i) Sediakan kunci kira-kira pada 30 Jun 2012 dengan menjadikan modal ahkir perniagaan sebagai nilai pengimbang. [8 markah]

(ii) Hitung modal awam dan untung bersih Perusahaan Abadi bagi tahun berakhir 30 Jun 2012. [3 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2013 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1