SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 6


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

希望大家会喜欢吖!

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Encik Hairi mendapati kadar lantik henti di syarikatnya agak membimbangkan. Setelah melakukan siasatan dalaman, beliau mendapati salah satu punca permasalahan tersebut adalah berpunca daripada kelemahan pengurusan.

Bincangkan dua ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh Encik Hairi bagi memastikan masalah di syarikatnya dapat diatasi. [4 markah]

- Ketelusan.

Jujur dan bebas sikap penting diri.

- Akauntabiliti.

Memikul tanggungjawab atau tugas dengan amanah.

SOALAN 2:

Kemukakan empat keadaan yang menyebabkan seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana Majlis Parlimen. [4 markah]

- Muflis.

- Didapati tidak sempurna akal.

- Memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

- Dengan sengaja memperoleh kewarganegaraan asing.

SOALAN 3:

Terangkan dua perkara yang tidak boleh dipersoalkan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. [4 markah]

- Agama Persekutuan.

Agama Islam sebagai agama Persekutuan.

- Kedudukan Istimewa.

Kedudukan Istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

- Kedudukan Bahasa.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan soal kerakyatan.

SOALAN 4:

Encik X ialah seorang pegawai kaunter di Pejabat Imigresen Malaysia.

Nyatakan tiga cara Encik X boleh mempamerkan tadbir urus yang terbaik, iaitu dari segi penyampaian perkhidmatan awam yang cekap kepada pelanggan. [3 markah]    

- Melayan pelanggan tanpa diskriminasi.

- Menghargai masa pelanggan yang berurusan di kaunter.

- Menyampaikan maklumat yang jelas dan secukupnya.                     

SOALAN 5:

Nyatakan tiga ciri kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya. [3 markah]

- Berkuasa penuh dalam proses pilihan raya.

- Segala pertelingkahan dalam pilihan raya diselesaikan di mahkamah.

- Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa pengaruh mana-mana pihak.

SOALAN 6:

Nyatakan dua majlis yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. [2 markah]

- Majlis Raja-Raja.

- Majlis Kewangan Negara.

SOALAN 7:

Berikan empat jenis rang undang-undang yang diluluskan di Parlimen. [4 markah]

- Rang undang-undang Awam.

- Rang undang-undang Hibrid.

- Rang undang-undang Persendirian.

- Rang undang-undang Ahli Persendirian.

SOALAN 8:

Huraikan dua ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. [4 markah]

- Beridentiti sendiri.

Malaysia akan mempunyai bendera kita dan lagu negara kita.

- Merdeka.

Malaysia akan tidak dijajah oleh kuasa asing.

- Dihormati dan diiktiraf.

Malaysia diiktiraf oleh negara dunia yang lain. 

SOALAN 9:

Senaraikan empat perkara yang menyebabkan seseorang itu perlu membuat akaun bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. [4 markah]

- Persetujuan dalam penolakan harta pusaka.

- Menjaga kerahsiaan sebagai ejen tempat mengundi.

- Kehilangan dokumen penting seperti kad pengenalan.

- Mematuhi undang-undang penyimpanan rahsia kerajaan.

SOALAN 10:

Nyatakan dua tujuan penubuhan majlis penyelarasan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. [2 markah]

- Menjadi badan penghutang antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

- Menjadi badan penyelaras untuk aktiviti dalam bidangnya antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1