EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 1
(a) 20 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Yang manakah bukan peranan firma dalam aliran pusingan pendapatan negara?
A. Mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
B. Mengimport barang dan perkhidmatan.
C. Mengimport barang modal dan barang perantaraan.
D. Mengeksport barang dan perkhidmatan ke luar negara.
SOALAN 2:
Keluaran Dalam Negeri Kasar lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar kerana
A. Subsidi melebihi cukai tak langsung.
B. Cukai tak langsung melebihi daripada subsidi.
C. Pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai positif.
D. Pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai negatif.
SOALAN 3:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.
Butiran |
RM juta |
Perbelanjaan
penggunaan awam Perbelanjaan
penggunaan swasta Pembentukan
modal tetap Perubahan
stok Eksport
bersih Susut
nilai Pendapatan
faktor bersih dari luar negeri Cukai
tak langsung Subsidi
|
109,895 433,500 273,541 877 30,000 6,000 -2,500 2,000 4,400 |
Berapakah perbezaan di antara Keluaran Negara Bersih (KNB) pada harga pasaran dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada kos faktor?
A. RM 2,400 juta
B. RM 2,500 juta
C. RM 8,400 juta
D. RM 10,900 juta
SOALAN 4:
Peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi tidak semestinya meningkatkan taraf hidup penduduk jika
A. kadar bunga menurun.
B. kadar kelahiran menurun.
C. agihan pendapatan setara.
D. waktu bekerja meningkat.
SOALAN 5:
Keseimbangan pendapatan negara akan berubah apabila berlaku perubahan dalam
A. jangka masa.
B. jumlah penduduk.
C. pendapatan negara.
D. perbelanjaan agregat.
SOALAN 6:
Jika kecenderungan mengguna sut ialah 0.8, peningkatan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 5,000 akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak
A. RM 1,000.00
B. RM 4,000.00
C. RM 10,000.00
D. RM 25,000.00
SOALAN 7:
Antara berikut, yang manakah tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah pengangguran?
A. meningkatkan cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan.
B. mengurangkan cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan.
C. mengekalkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
D. meningkatkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
SOALAN 8:
Maklumat di bawah menunjukkan data pendapatan negara dalam sebutan RM juta.
Penggunaan
|
C =
100 + 0.6Y |
Pelaburan
|
I
= 300 |
Perbelanjaan
kerajaan |
G
= 300 |
Eksport
|
X
= 400 |
Import
|
M
= 200 + 0.1Y |
Berdasarkan maklumat di atas, fungsi perbelanjaan agregat ekonomi ialah
A. AE = 900 + 0.5Y
B. AE = 800 + 0.7Y
C. AE = 600 + 0.5Y
D. AE = 600 + 0.75Y
SOALAN 9:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran agregat (AS).
Peralihan keluk AS dari AS0 ke AS1 disebabkan oleh
A. penemuan sumber ekonomi baharu.
B. bank pusat menaikkan bekalan wang.
C. kerajaan menaikkan cukai keuntungan syarikat.
D. kerajaan menaikkan cukai pendapatan individu.
SOALAN 10:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran agregat (AS) dan keluk permintaan agregat (AD) bagi sebuah ekonomi.
Perubahan harga dari P0 ke P1 adalah disebabkan oleh
A. peningkatan tabungan.
B. penurunan kadar bunga.
C. penurunan bekalan wang.
D. perkembangan teknologi.
SOALAN 11:
"Wang dapat mengatasi masalah kehendak serentak."
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah fungsi wang?
A. Wang sebagai alat pengukur nilai.
B. Wang sebagai alat penyimpan nilai.
C. Wang sebagai alat bayaran tertunda.
D. Wang sebagai alat perantaraan pertukaran.
SOALAN 12:
Pada kadar bunga 0r0, permintaan wang untuk tujuan urus niaga dan awasan ialah RM 950 dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi ialah RM 600. Kejatuhan kadar bunga ke 0r1 menyebabkan permintaan wang untuk tujuan spekulasi meningkat kepada RM 700.
Berapakah jumlah permintaan wang di pasaran pada kadar bunga 0r1?
A. RM 1,300.00
B. RM 1,550.00
C. RM 1,650.00
D. RM 2,250.00
SOALAN 13:
Tujuan pembelian surat jaminan oleh bank pusat di pasaran terbuka adalah untuk
A. mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga.
B. menambahkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga.
C. menambahkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga.
D. mengurangkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga.
SOALAN 14:
Menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, peningkatan penawaran wang menyebabkan
A. kadar bunga, pelaburan, perbelanjaan agregat, dan pendapatan negara meningkat.
B. kadar bunga menurun manakala pelaburan, perbelanjaan agregat, dan pendapatan negara meningkat.
C. kadar bunga dan pelaburan menurun manakala perbelanjaan agregat dan pendapatan negara meningkat.
D. kadar bunga menurun manakala perbelanjaan agregat tidak berubah tetapi pelaburan dan pendapatan negara meningkat.
SOALAN 15:
Sekiranya penawaran wang melebihi permintaan wang, maka kadar bunga akan
A. naik dan isi rumah kurang memegang wang.
B. turun dan isi rumah kurang memegang wang.
C. naik dan isi rumah lebih banyak memegang wang.
D. turun dan isi rumah lebih banyak memegang wang.
SOALAN 16:
Perdagangan antarabangsa wujud disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut, kecuali
A. anugerah tanah yang berbeza.
B. kemahiran buruh yang berbeza.
C. nilai mata wang yang berbeza.
D. cita rasa penduduk yang berbeza.
SOALAN 17:
Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran padi dan jagung (unit) untuk negara A dan B.
Dapat disimpulkan bahawa
A. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran padi.
B. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran jagung.
C. negara A mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran padi dan jagung.
D. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran padi dan jagung.
SOALAN 18:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan domestik (Dd), keluk penawaran domestik (Sd), keluk penawaran dunia (Sw), dan keluk penawaran dunia selepas tarif (Sw + t) bagi suatu barang dalam sebuah ekonomi.
Sekiranya kerajaan mengenakan tarif, berapakah jumlah nilai import selepas tarif
A. RM 3,500,000
B. RM 10,500,000
C. RM 18,000,000
D. RM 21,000,000
SOALAN 19:
Perubahan kadar pertukaran asing daripada RM 1.00 = S$ 0.50 kepada RM 1.00 = S$ 0.60 telah menyebabkan
A. kadar pertukaran asing Malaysia merosot.
B. kemasukan pelancong Singapura ke Malaysia berkurang.
C. kemasukan pelancong Malaysia ke Singapura berkurang.
D. permintaan terhadap mata wang Dolar Singapura merosot.
SOALAN 20:
Jadual di bawah menunjukkan imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2020.
Butiran |
RM juta |
Barang Perkhidmatan Pendapatan
primer Pendapatan
sekunder Akaun
modal Akaun
kewangan Kesilapan
dan ketinggalan |
134,726 1,698 -26,514 -21,831 -165 -19,827 -70,713 |
Berapakah aset rizab antarabangsa Malaysia pada tahun 2020?
A. merosot sebanyak RM 2,461 juta.
B. merosot sebanyak RM 2,626 juta.
C. meningkat sebanyak RM 68,087 juta.
D. meningkat sebanyak RM 88,079 juta.
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
(a) Terangkan maksud inflasi. [2 markah]
Inflasi adalah kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dan tidak terbatas.
Inflasi berpunca daripada pertambahan permintaan agregat (inflasi tarikan permintaan) atau kenaikan kos pengeluaran (inflasi tolakan kos) atau kenaikan harga barang import (inflasi diimport).
(b) Jelaskan bagaimana dasar fiskal dan dasar kewangan yang dilaksanakan boleh mengatasi masalah inflasi. [8 markah]
Dasar fiskal:
- Mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
Kerajaan mengurangkan perbelanjaan melalui pengurangan pelbagai projek pembangunan atau perbelanjaan agregat akan berkurang atau pendapatan negara dan permintaan agregat akan berkurang menyebabkan tingkat harga umum berkurang dan keluaran negara benar menurun.
- Menambahkan cukai.
Kerajaan menambahkan cukai seperti cukai pendapatan perseorangan dan menyebabkan penurunan pendapatan boleh guna atau kuasa beli pengguna atau permintaan agregat turun dan inflasi dapat diatasi.
Dasar kewangan:
- Mengurangkan penawaran wang atau bekalan wang.
Dalam operasi pasaran terbuka, bank pusat menjual sekuriti kerajaan menyebabkan keupayaan memberikan pinjaman bank pusat berkurang menyebabkan bekalan wang berkurang, inflasi dapat diatasi.
- Menaikkan nisbah rizab berkanun.
Rizab bank pusat bertambah dan mengurangkan lebihan rizab atau pinjaman bank pusat atau pelaburan berkurang atau permintaan agregat dan inflasi dapat diatasi.
SOALAN 2:
(a)
(i) Bagaimana pendapatan negara mengikut kaedah perbelanjaan diperoleh? [1 markah]
Pendapatan negara dihitung dengan mencampurkan semua nilai barang akhir dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan oleh sebuah ekonomi dalam jangka masa setahun.
(ii) Terangkan bagaimana kaedah perbelanjaan dapat mengelakkann masalah terlebih anggar. [1 markah]
Hanya mencampurkan nilai barang akhir sahaja dan bukannya nilai barang perantaraan.
(b) Berbantukan jadual, terangkan penghitungan KNK pada harga pasar Malaysia dengan menggunakan kaedah perbelanjaan. [8 markah]
Penghitungan keluaran negara cara perbelanjaan dibuat dengan menjumlahkan semua perbelanjaan ke atas barang-barang akhir dan perkhidmatan pada satu-satu tahun tertentu.
Penghitungan dibuat berdasarkan kepada KDNK hp dan KNK hp.
Butiran |
Nilai (RM juta) |
Perbelanjaan penggunaan Awam Swasta |
50 100 |
Pembentukan modal tetap kasar Awam Swasta |
80 20 |
Eksport bersih (90 - 40) |
50 |
Perubahan stok |
20 |
KDNK hp |
320 |
Tambah: Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN) |
30 |
KNK hp |
350 |
- Semua perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan oleh isi rumah, firma, kerajaan, dan pengguna di luar negeri akan ditambah dengan perubahan stok untuk mendapatkan nilai KDNK hp sebesar RM 320 juta.
- Jika perubahan inventori bernilai positif, ia perlulah ditambahkan ke dalam pengiraan. Sebaliknya, jika nilainya negatif, ia perlukah ditolakkan dari pengiraan.
- Jika nilai KDNK hp tersebut ditambahkan dengan pendapatan faktor bersih luat negeri (PFbLN), maka nilai KNK hp sebesar RM 350 juta akan diperolehi.
- Penghitungan pendapatan negara mengikut cara perbelanjaan dihitung berdasarkan kepada harga tetap dan harga semasa.
SOALAN 3:
(a) Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan kesan kemasukan modal asing terhadap keseimbangan pendapatan negara. [6 markah]
Berdasarkan rajah di atas,
- Keseimbangan pendapatan negara empat sektor tercapai pada titik E0 apabila keluk suntikan (I0 + G0 + X0) bersilang dengan keluk bocoran (S0 + T0 + M0) pada tingkat pendapatan negara Y0.
- Kemasukan modal asing menyebabkan berlakunya peningkatan pelaburan, maka keluk suntikan beralih ke atas dari I0 + G0 + X0 ke I1 + G0 + X0.
- Pada tingkat pendapatan Y0, suntikan melebihi bocoran. Maka, firma menambahkan keluaran atau output.
- Keseimbangan baru dicapai pada titik E1 di mana keluk suntikan (I1 + G0 + X0) bersilang dengan keluk bocoran (S0 + T0 + M0).
- Kesannya, pendapatan negara bertambah dari Y0 ke Y1.
(b) Terangkan kebaikan dan keburukan kemasukan modal asing terhadap negara. [4 markah]
Kebaikan kemasukan modal asing terhadap negara:
- Meningkatkan kegiatan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan, maka menyelesaikan masalah pengangguran.
- Memudahkan perpindahan teknologi, maka akan membantu menaikkan daya pengeluaran tempatan.
- Membuka pasaran baru untuk produk tempatan.
- Membaiki imbangan pembayaran defisit apabila eksport semakin meningkat.
Keburukan kemasukan modal asing terhadap negara:
- Keuntungan dan dividen yang dibawa keluar oleh pelabur asing akan menjejaskan imbangan pembayaran pada masa hadapan.
- Pengeluar tempatan terpaksa menghadapi persaingan yang sengit daripada pelabur asing yang mempunyai kelebihan modal yang besar dan teknologi yang canggih. Kegagalan pengeluar tempatan untuk bersaing akhirnya akan menyebabkan pasaran tempatan dikuasai oleh pelabur asing.
SOALAN 4:
Berbantukan gambar rajah, analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), terangkan kesan peningkatan kadar bunga semalaman terhadap harga dan pendapatan negara.
- Keseimbangan asal di E0, persilangan keluk AD dan AS pada harga P0 dan pendapatan negara Y0.
- Peningkatan kadar bunga semalaman akan menyebabkan bekalan wang berkurang, ia akan menyebabkan kadar bunga naik, kos pinjaman meningkat, pelaburan berkurang, dan AD berkurang.
- Keluk AD beralih ke kiri dari AD0 ke AD1.
- Pada tingkat harga asal P0, berlaku lebihan penawaran agregat atau lebihan inventori, firma akan mengurangkan pengeluaran, dan proses ini berterusan hingga keseimbangan baru tercapai semula.
- Keseimbangan baru pada E1, persilangan keluk AD1 dan AS.
- Kesannya, tingkat harga berkurang dari P0 ke P1 dan pendapatan negara berkurang dari Y0 ke Y1.
SOALAN 5:
Dengan menggunakan contoh, jelaskan bagaimana proses penciptaan kredit yang berlaku dalam sistem banyak bank. [10 markah]
Penciptaan kredit adalah proses bagaimana bank perdagangan menerima deposit daripada orang ramai dan memberi pinjaman kepada orang ramai atau pelabur dengan mencipta lebih banyak deposit semasa.
Bagi menerangkan proses penciptaan kredit, andaian berikut diperlukan iaitu:
(a) Nisbah rizab adalah 20%.
(b) Semua deposit adalah deposit semasa.
(c) Semua lebihan rizab dipinjamkan.
(d) Tiada bocoran wang tunai.
(e) Deposit semasa asal diterima adalah RM 1,000.
Proses penciptaan kredit bermula apabila seorang pelanggan iaitu A memasukkan wang sebanyak RM 1,000 ke dalam Bank 1.
Maka, kunci kira-kira Bank 1 adalah seperti yang berikut:
Kunci Kira-Kira
Bank 1 |
|||
|
RM |
|
RM |
Rizab |
200 |
Deposit semasa |
1,000 |
Pinjaman |
800 |
|
|
|
1,000 |
|
1,000 |
Bank A menyimpan rizab sebanyak 20% daripada deposit semasa iaitu RM 200.
Lebihan rizab iaitu sebanyak RM 800 dipinjamkan misalnya kepada pelanggan B.
Pelanggan B memasukkan wang ke dalam Bank 2.
Maka, kunci kira-kira Bank 2 adalah seperti yang berikut:
Kunci Kira-Kira
Bank 2 |
|||
|
RM |
|
RM |
Rizab |
160 |
Deposit semasa |
800 |
Pinjaman |
640 |
|
|
|
800 |
|
800 |
Bank 2 juga mesti menyimpan rizab 20% iaitu RM 160.
Pinjaman yang dapat diberikan kepada pelanggan seterusnya adalah RM 640.
Proses tersebut berterusan sehingga tiada lagi lebihan rizab yang dapat dipinjamkan.
Atau
Peringkat |
Deposit RM |
Rizab RM |
Pinjaman RM |
Bank 1 |
1,000 |
200 |
800 |
Bank 2 |
800 |
160 |
640 |
Bank 3 |
640 |
128 |
512 |
Lain-lain bank |
|
|
|
Jumlah |
5,000 |
1,000 |
4,000 |
Proses ini akan terus berlaku sehingga tiada lagi lebihan rizab yang boleh dipinjamkan oleh bank-bank perdagangan. Akhir sekali, apabila proses penciptaan berlaku sepenuhnya jumlah deposit semasa, jumlah rizab, dan jumlah pinjaman yang dapat diperoleh seperti jadual di atas.
Berdasarkan jadual di atas, jumlah deposit semasa yang diperoleh adalah RM 5,000 iaitu RM 1,000/20%, jumlah rizab RM 1,000 iaitu RM 200/20%, dan jumlah pinjaman ialah RM 4,000 iaitu RM 800/20%.
SOALAN 6:
(a) Jelaskan perbezaan antara susut nilai mata wang dengan penurunan nilai mata wang. [4 markah]
Susut nilai mata wang adalah penurunan nilai mata wang apabila berlaku pertambahan dalam permintaan dan pengurangan dalam penawaran mata wang asing. Manakala, penurunan nilai mata wang apabila tindakan kerajaan menurunkan nilai wang negara.
Susut nilai mata wang berlaku dalam sistem pertukaran bebas manakala penurunan nilai mata wang berlaku dalam sistem kadar pertukaran tetap.
(b) Terangkan tiga kesan penurunan nilai mata wang terhadap ekonomi sesebuah negara. [6 markah]
Tiga kesan penurunan nilai mata wang terhadap ekonomi:
- Pertambahan dalam eksport.
Harga barangg tempatan secara relatif murah.
- Pengurangan import.
Harga barang asing secara relatif mahal.
- Membaiki imbangan pembayaran.
Eksport bersih meningkat.
- Meningkatkan guna tenaga.
Industri penggantian import atau Industri tempatan berkembang.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis aktiviti ekonomi dan nilai jualan yang bermula daripada aktiviti pembalakan hingga aktiviti penjualan perabot.
Kegiatan Aktiviti |
Nilai Jualan (RM) |
Membalak di hutan |
500 |
Mengergaji balak menjadi papan |
750 |
Membuat perabot |
1,000 |
Jualan runcit perabot |
1,700 |
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai tambah? [1 markah]
Maksud nilai tambah merujuk kepada tambahan nilai sesuatu barang melalui proses pengeluaran.
(b) Hitung jumlah nilai tambah yang diwujudkan oleh setiap kegiatan ekonomi. [4 markah]
Kegiatan Aktiviti |
Nilai Tambah (RM) |
Membalak di hutan |
500 – 0 = 500 |
Mengergaji balak menjadi papan |
750 – 500 = 250 |
Membuat perabot |
1,000 – 750 = 250 |
Jualan runcit perabot |
1,700 – 1000 = 700 |
(c)
(i) Berapakah jumlah nilai ditambah? [1 markah]
Jumlah nilai ditambah = RM (500 + 250 + 250 + 700)
Jumlah nilai ditambah = RM 1,700.00
(ii) Berapakah nilai barang akhir? [1 markah]
Nilai barang akhir adalah RM 1,700.00.
(d) Hitung peratus sumbangan sektor kedua dan peratus sumbangan sektor ketiga kepada jumlah nilai keluaran akhir perabot. [3 markah]
Peratus sumbangan sektor kedua = [(250 + 250) / 1,700 x 100%
Peratus sumbangan sektor kedua = 29.41%
Peratus sumbangan sektor ketiga = 700 / 1,700 x 100%
Peratus sumbangan sektor ketiga = 41.18%
SOALAN 2:
Maklumat berikut ialah fungsi perbelanjaan sebuah ekonomi (RM juta).
Pelaburan |
I = 400 |
Perbelanjaan kerajaan |
G = 350 |
Eksport |
X = 300 |
Tabungan |
S = -250 + 0.2Yd |
Cukai |
T = 100 |
Import |
M = 100 + 0.05Y |
(a) Apakah yang dimaksudkan dengen keseimbangan pendapatan negara? [1 markah]
Maksud keseimbangan pendapatan negara adalah suatu keadaan apabila nilai output yang diwujudkan oleh semua firma sama dengan jumlah perbelanjaan dalam ekonomi.
Atau
Maksud keseimbangan pendapatan negara adalah perbelanjaan agregat (AE) sama dengan pendapatan negara (Y).
(b) Hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara. [2 markah]
I + G + X = S + T + M
400 + 350 + 300 = -250 + 0.2Yd + 100 + (100 + 0.05Y)
1,050 = -50 + 0.2 (Y - 100) + 0.05Y
1,120 = 0.25Y
Y = 4,480
Maka, pendapatan negara (Y) adalah RM 4,480 juta.
(c) Terbitkan fungsi bocoran dalam sebutan pendapatan negara. [1 markah]
W = S + T + M
W = -250 + 0.2Yd + 100 + (100 + 0.05Y)
W = -50 + 0.2 (Y - 100) + 0.05Y
W = -50 + 0.2Y - 20 + 0.05Y
W = -70 + 0.25Y
(d) Hitung nilai bocoran pada tingkat keseimbangan pendapatan negara. [2 markah]
W = -70 + 0.25Y
W = -70 + 0.25 (4,480)
W = 1,050
Maka, nilai bocoran adalah RM 1,050 juta.
(e) Jika guna tenaga penuh dicapai pada tingkat pendapatan negara RM 5,200, hitung
(i) jurang keluaran negara kasar. [1 markah]
Jurang keluaran negara kasar (KNK) = Yf - Ye
Jurang keluaran negara kasar (KNK) = RM 5,200 - RM 4,480
Jurang keluaran negara kasar (KNK) = RM 720 juta
(ii) berapakah perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk mencapai pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh. [3 markah]
Nilai pengganda (K) = 1 / (1 - MPC)
Nilai pengganda = 1 / 0.20
Nilai pengganda = 5
K = Perubahan pendapatan / Perubahan perbelanjaan kerajaan
5 = 720 / Perubahan perbelanjaan kerajaan
Perubahan perbelanjaan kerajaan = 144
Maka, kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM 144 juta.
SOALAN 3:
Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran bagi sebuah negara.
Butiran |
RM juta |
Eksport
barangan |
644,045 |
Import
barangan |
504,518 |
Pengangkutan
|
-24,555 |
Perjalanan
|
35,666 |
Perkhidmatan
lain |
-7,967 |
Urus
niaga kerajaan |
-645 |
Pendapatan
(pendapatan primer) |
-28,744 |
Pendapatan
sekunder (pindahan semasa) |
-22,132 |
Pindahan
modal |
-82 |
Aset
bukan kewangan bukan pengeluaran |
-78 |
Pelaburan
langsung |
-15,786 |
Pelaburan
portfolio |
45,577 |
Pelaburan
lain |
-54,898 |
Kesilapan
dan ketinggalan |
-69,8122 |
(Sumber: Laporan Ekonomi 2018/2019, Kementerian Kewangan
Malaysia)
(a)
(i) Berikan takrifan butiran pendapatan dalam jadual di atas. [1 markah]
Definisi butiran pendapatan merujuk kepada perbezaan antara pendapatan atau keuntungan pelaburan langsung firma tempatan di luar negara dengan keuntungan pelaburan langsung firma asing di dalam negara.
(ii) Mengapakah butiran pendapatan bernilai negatif? [1 markah]
Butiran pendapatan bernilai negatif kerana keuntungan pelaburan langsung firma tempatan di luar negara lebih rendah daripada keuntungan pelaburan langsung firma asing di dalam negara.
(b) Hitung:
(i) Imbangan akaun perkhidmatan. [2 markah]
Imbangan akaun perkhidmatan = -24,555 + 35,666 + (-7,967) + (-645)
Imbangan akaun perkhidmatan = RM 2,499 juta
(ii) Imbangan akaun semasa. [2 markah]
Imbangan akaun semasa = (644,045 - 504,518) + 2,499 + (-28,744) + (-22,132)
Imbangan akaun semasa = RM 91,150 juta
(iii) Imbangan pembayaran bagi negara tersebut.[2 markah]
Imbangan pembayaran = 91,150 + (-82) + (-78) + (-15,786) + 45,577 + (-54,898) + (-69,812)
Imbangan pembayaran = RM -3,929 juta
(c)
(i) Terangkan maksud butiran kesilapan dan ketinggalan dalam jadual di atas. [1 markah]
Maksud butiran kesilapan dan ketinggalan adalah nilai urus niaga antarabangsa yang dicatatkan tetapi sukar ditentukan atau tidak dapat dikesan butirannya.
(ii) Mengapakah butiran tersebut bernilai negatif? [1 markah]
Faktor butiran kesilapan dan ketinggalan bernilai negatif:
- Aliran wang ke luar negara secara haram.
- Aliran wang tunai keluar yang dilaporkan lebih rendah daripada yang sebenarnya.
- Pengeksport dan pengimport mengisytiharkan harga barang lebih rendah daripada harga sebenar bagi mengelakkan cukai.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!