EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 6

大家好鸭,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 2,里面会含有:

(a) 20 题的 Soalan Objektif

(b) 6 题的 Soalan Esei

(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif

Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN 1:

Yang manakah tidak menggambarkan peningkatan pencapaian ekonomi?

A. Peningkatan guna tenaga.

B. Peningkatan pengangguran.

C. Peningkatan pendapatan negara.

D. Peningkatan lebihan imbangan pembayaran.

SOALAN 2:

Andaikan pendapatan negara benar ialah RM 250 juta dan indeks harga tahun semasa ialah 120, berapakah pendapatan negara semasa?

A. RM 300 juta

B. RM 350 juta

C. RM 400 juta

D. RM 450 juta

SOALAN 3:

Keluaran dalam negeri kasar lebih kecil daripada keluaran negara kasar kerana

A. cukai tak langsung melebihi subsidi.

B. subsidi melebihi cukai tak langsung.

C. pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai positif.

D. pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai negatif.

SOALAN 4:

Jadual di bawah menunjukkan perbelanjaan negara yang dihitung mengikut harga malar pada suatu tahun.

Butiran

RM juta

Perbelanjaan penggunaan

Awam

Swasta

 

175,931

828,998

Pembentukan modal tetap kasar

Awam

    Swasta

 

81,085

210,952

Perubahan inventori dan barangan berharga

-13,951

Eksport barang dan perkhidmatan

784,656

Import barang dan perkhidmatan

709,940

Keluaran Negara Kasar (KNK) harga pasaran

1,344,443

Berapakah pendapatan faktor bersih luar negeri?

A. RM 13,288 juta

B. RM -13,288 juta

C. RM 61,428 juta

D. RM -61,428 juta

SOALAN 5:

Data keluaran negara boleh digunakan untuk perkara yang berikut, kecuali

A. mengukur kadar pengangguran.

B. mengukur taraf hidup penduduk.

C. mengukur kadar pertumbuhan ekonomi.

D. mengukur sumbangan setiap sektor ekonomi.

SOALAN 6:

Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dan penggunaan isi rumah bagi sebuah ekonomi.

Pendapatan Negara (RM juta)

Penggunaan (RM juta)

1,000

1,350

2,000

2,150

3,000

2,950

4,000

3,750

Fungsi penggunaan ialah

A. C = 800 + 0.2Y

B. C = 800 + 0.8Y

C. C = 550 + 0.2Y

D. C = 550 + 0.8Y

SOALAN 7:

Maklumat di bawah menunjukkan data bagi model ekonomi tiga sektor (RM juta).

Tabungan

S = -150 + 0.25Yd, dengan Yd = Y - T

Pelaburan

I = 300

Perbelanjaan kerajaan

G = 350

Cukai

T = 150

Jika kerajaan menurunkan cukai sebanyak RM 50 juta, berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara yang baharu?

A. RM 500 juta

B. RM 2,200 juta

C. RM 2,500 juta

D. RM 2,700 juta

SOALAN 8:

Lompang deflasi boleh diatasi melalui pelaksanaan dasar fiskal berikut

A. menambah cukai progresif.

B. menambah cukai sekali gus.

C. menambah bayaran pindahan.

D. menambah perbelanjaan kerajaan.

SOALAN 9:

Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan penawaran agregat (AS) bagi sebuah ekonomi.

Peralihan keluk AD0 ke AD1 disebabkan oleh

A. peningkatan import.

B. kenaikan dalam cukai.

C. penambahan dalam tabungan.

D. peningkatan dalam pelaburan.

SOALAN 10:

Dalam keadaan keseimbangan permintaan-penawaran agregat (AD-AS), lebihan permintaan akan menyebabkan

A. peningkatan tingkat inflasi.

B. penurunan pendapatan negara.

C. peningkatan tingkat harga umum.

D. peningkatan masalah pengangguran.

SOALAN 11:

Yang manakah merupakan kelemahan wang sebagai alat penyimpan nilai?

A. wang sukar dipalsukan.

B. wang mempunyai penawaran terhad.

C. wang tidak mempunyai kualiti seragam. 

D. nilai wang menurun apabila harga barang naik.

SOALAN 12:

Komponen utama bekalan wang M1 di Malaysia terdiri daripada

A. mata wang dalam edaran.

B. mata wang dalam edaran dan deposit semasa.

C. mata wang dalam edaran, deposit semasa, dan wang hampir.

D. wang syiling, wang kertas, deposit semasa, dan deposit tetap.

SOALAN 13:

Andaikan dalam sebuah ekonomi,

Penawaran wang (M)

RM 500 juta

Halaju wang (V)

4

Jumlah urus niaga (T)

100 juta unit

Menurut Teori Kuantiti Wang, peningkatan penawaran wang kepada RM 650 juta menyebabkan harga meningkat daripada RM 20.00 kepada

A. RM 21.00

B. RM 23.00

C. RM 24.00

D. RM 26.00

SOALAN 14:

Berdasarkan analisis Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pengurangan penawaran wang akan menyebabkan

A. kadar bunga, tabungan, permintaan agregat, dan pendapatan negara merosot.

B. kadar bunga, tabungan, permintaan agregat, dan pendapatan negara meningkat.

C. kadar bunga meningkat, tabungan, permintaan agregat, dan pendapatan negara merosot.

D. kadar bunga turun, tabungan, permintaan agregat, dan pendapatan negara meningkat.

SOALAN 15:

Yang manakah antara yang berikut merupakan langkah yang dijalankan oleh bank pusat untuk mengurangkan inflasi.

I.        Mengetatkan syarat margin.  

II.       Menaikkan nisbah rizab berkanun.

III.      Memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman.

IV.      Membeli sekuriti kerajaan dalam pasaran terbuka. 

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 16:

Perdagangan antarabangsa wujud disebabkan oleh perbezaan

A. mata wang.

B. sistem politik.

C. kemahiran buruh.

D. jumlah penduduk.

SOALAN 17:

Jadual di bawah menunjukkan keluaran Telefon bimbit dan Komputer bagi negara K dan negara L yang menggunakan kuantiti faktor pengeluaran yang sama.

Jenis barang (unit)

Negara K

Negara L

Telefon bimbit

60

120

Komputer

80

200

Berdasarkan teori faedah berbanding, kesimpulan yang boleh dibuat daripada jadual di atas ialah

A. Negara L mengeksport telefon bimbit dan komputer.

B. Negara L mengeksport telefon bimbit dan mengimport komputer.

C. Negara K mengimport telefon bimbit dan mengeksport komputer.

D. Negara K mengeksport telefon bimbit dan mengimport komputer.

SOALAN 18:

Pelaksanaan dasar sekatan perdagangan embargo terhadap Negara X telah menyebabkan

A. hasil kerajaan berkurang.

B. nilai import dari Negara X menjadi sifar.

C. permintaan import Negara X berkurang.

D. eksport keluaran tempatan bertambah.

SOALAN 19:

Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan USD dan SS ialah keluk penawaran USD mata wang asing.

Apakah kesan jika kadar pertukaran ditetapkan pada RM 3.50?

A. Imbangan pembayaran menjadi semakin buruk.

B. Nilai Ringgit Malaysia (RM) akan meningkat manakala nilai Dolar Amerika Syarikat (US$) menurun.

C. Penawaran terhadap mata wang Dolar Amerika Syarikat (US$) akan meningkat.

D. Permintaan terhadap mata wang Ringgit Malaysia (RM) akan menurun.

SOALAN 20:

Langkah berikut sesuai dijalankan oleh sesebuah negara yang mengalami imbangan pembayaran defisit dan pengangguran serentak kecuali

A. Dasar menggalakkan eksport.

B. Dasar menaikkan kadar bunga.

C. Dasar penurunan nilai mata wang.

D. Dasar menggalakkan kemasukan pelaburan asing.

SOALAN ESEI

SOALAN 1:

Jelaskan tiga dasar makroekonomi yang boleh dilaksanakan untuk menstabilkan ekonomi semasa inflasi. [10 markah]

Tiga dasar makroekonomi yang boleh dilaksanakan untuk menstabilkan ekonomi semasa inflasi:

- Dasar fiskal menguncup.

Kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau kerajaan meningkatkan cukai atau kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan cukai. Justeru, pendapatan negara (Yd) menurun atau penggunaan isi rumah (C) menurun atau perbelanjaan agregat (AE) dan permintaan agregat (AD) menurun. Ini berlaku lebihan penawaran agregat (AS) dan tingkat harga menurun. Maka, inflasi dapat diatasi.    

- Dasar kewangan menguncup.

Bank pusat akan mengurangkan penawaran wang. Oleh itu, kadar bunga meningkat, kos meminjam meningkat, pelaburan turun, perbelanjaan agregat (AE) dan permintaan agregat (AD) menurun, pendapatan (Y) menurun dan harga turun seterusnya inflasi dapat diatasi.

- Dasar kawalan langsung.   

Dasar harga maksimum atau menetapkan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran harga terkawal, inflasi dapat dikawal.

- Dasar sebelah penawaran.  

Menurunkan cukai pendapatan syarikat. Keuntungan selepas cukai bertambah, pengeluaran meningkat, penawaran agregat (AS) bertambah dan harga turun. Maka, inflasi dapat diatasi.  

SOALAN 2:

(a) Berbantukan contoh berangka, huraikan konsep nilai ditambah. [8 markah]

Nilai ditambah adalah pertambahan nilai sesuatu barang setelah melalui pelbagai peringkat dalam proses pengeluaran.

Rumus Nilai ditambah = Harga keluaran - Kos input

Jenis Kegiatan

Kos Input (RM)

Harga Keluaran (RM)

Nilai Ditambah (RM)

Menuai gandum

0

100

100 – 0 = 100

Menghasilkan tepung

100

150

150 – 100 = 50

Menghasilkan roti

150

250

250 – 150 = 100

Menjual roti (kedai runcit)

250

350

320 – 250 = 100

Jumlah

850

350

- Harga gandum ialah RM 100 dan kos input untuk menuai gandum ialah sifar. Oleh itu, nilai ditambah bagi memetik gandum ialah RM 100.

- Apabila gandum diproses menjadi tepung, harga tepung ialah RM 150 dan kos input untuk menghasilkan tepung ialah RM 100. Oleh itu, nilai ditambah bagi menghasilkan tepung ialah RM 50.

- Apabila tepung diproses menjadi roti, harga roti ialah RM 250 dan kos input untuk menghasilkan roti ialah RM 150. Oleh itu, nilai ditambah bagi menghasilkan roti ialah RM 100.

- Apabila roti dijual di kedai runcit, harga roti di kedai runcit ialah RM 350 dan kos input untuk menjual roti di kedai runcit ialah RM 250. Maka, nilai ditambah bagi menjual roti ialah RM 100.

- Kesimpulannya, jumlah nilai ditambah RM 350 adalah sama dengan harga barang akhir iaitu harga keluaran roti di kedai runcit RM 350.

(b) Berdasarkan jawapan (a), terangkan bagaimana konsep nilai ditambah dapat menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi terhadap KDNK sesebuah negara. [2 markah]

Sumbangan sektor pertama (Memetik gandum) adalah:

100 / 350 x 100 = 28.57%

Sumbangan sektor kedua (Menghasilkan tepung + Menghasilkan roti) adalah:

150 / 350 x 100 = 42.86%

Sumbangan sektor ketiga (Menjual roti di kedai runcit) adalah:

100 / 350 x 100 = 28.57%

SOALAN 3:

Kerajaan mengumumkan, tambahan bayaran RM 50 dan RM 100 kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan ketika ini.

Dengan berbantukan gambar rajah, permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), terangkan kesan langkah kerajaan di atas terhadap keseimbangan pendapatan negara. [10 markah]

- Keseimbangan asal berlaku di titik E, iaitu apabila keluk AD0 bersilang dengan keluk AS0 pada pendapatan negara benar Y0 dan harga pada P0.

- Kerajaan meningkatkan perbelanjaan kerajaan, permintaan agregat akan meningkatkan.

- Keluk permintaan agregat akan beralih ke kanan dari AD0 ke AD1.

- Pada tingkat harga P0, wujud lebihan permintaan agregat sebanyak E0a.

- Lebihan permintaan akan menyebabkan harga meningkat. 

- Kenaikan harga menyebabkan firma meningkatkan pengeluaran output, ditunjukkan oleh pergerakan titik ke atas di sepanjang keluk AS.

- Keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila keluk AD1 bersilang dengan keluk AS0.

- Kesannya, pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1 dan harga meningkat dari P0 ke P1

SOALAN 4:

(a) Apakah maksud rizab tunai minimum? Bagaimanakah nisbah rizab tunai minimum mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit? [4 markah]

Maksud rizab tunai minimum adalah sejumlah rizab yang perlu disimpan oleh bank perdagangan itu sendiri atau di bank perdagangan lain atau di bank pusat.

Apabila bank pusat menaikkan nisbah rizab tunai, lebihan rizab untuk dipinjamkan berkurang.

Keupayaan bank perdagangan mencipta kredit berkurang.

Apabila bank pusat menurunkan nisbah rizab tunai, lebihan rizab untuk dipinjamkan bertambah.

Keupayaan bank perdagangan mencipta kredit meningkat.

(b) Huraikan tiga faktor yang mengurangkan keupayaan bank perdagangan mencipta kredit. [6 markah]

Faktor yang mengurangkan keupayaan bank perdagangan mencipta kredit:

- Kenaikkan nisbah rizab berkanun.

Lebihan rizab di bank perdagangan untuk dipinjamkan berkurang. Kesannya, keupayaan bank perdagangan mencipta kredit berkurang. 

- Kebocoran wang tunai.

Kebocoran wang tunai berlaku apabila masyarakat mengeluarkan simpanan tunai di bank perdagangan. Lebihan rizab di bank perdagangan untuk dipinjamkan berkurang. Kesannya, keupayaan bank perdagangan mencipta kredit berkurang. 

- Kenaikan kadar dasar semalaman.

Ini menyebabkan kos pinjaman di bank perdagangan meningkat. Pinjaman berkurang dan keupayaan bank perdagangan mencipta kredit berkurang.

- Keperluan cagaran pinjaman diketatkan.

Semakin tinggi nilai cagaran diperlukan untuk membuat pinjaman. Pinjaman berkurang dan keupayaan bank perdagangan mencipta kredit berkurang.

- Kurang minat meminjam.

Keadaan ekonomi dalam keadaan inflasi atau kemelesetan menyebabkan kos meminjam meningkat dan mendorong masyarakat memegang tunai. Kesannya, keupayaan bank perdagangan mencipta kredit berkurang. 

SOALAN 5:

Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan negara (AE-Y), terangkan bagaimana tindakan bank pusat membeli semula sekuriti kerajaan daripada bank perdagangan dalam operasi pasaran terbuka, dapat mengatasi masalah pengangguran dalam sesebuah negara. [10 markah]

- Keseimbangan asal berlaku apabila keluk pendapatan bersilang dengan perbelanjaan agregat di titik E0 pada pendapatan negara Y0.

- Tindakan bank pusat membeli semula sekuriti kerajaan daripada bank perdagangan memberi pinjaman meningkat. Maka, penawaran wang meningkat.

- Maka, kadar bunga turun dan pelaburan meningkat. Permintaan agregat meningkat. Keluk perbelanjaan agregat bergerak ke atas dari AE0 ke AE1.

- Pada pendapatan negara Y0, berlaku lebihan AE.

- Stok firma akan berkurangan dan firma menambah keluaran atau output.

- Peningkatan AE atau keluaran oleh firma menunjukkan kegiatan ekonomi meningkat, guna tenaga meningkat, dan pengangguran diatasi.

- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru tercapai di E1 apabila keluk pendapatan negara bersilang dengan perbelanjaan negara (Y = AE1).

- Kesannya, pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1.

SOALAN 6:

Berbantukan lima contoh urus niaga antarabangsa, terangkan bagaimana peningkatan permintaan Dolar Australia menyebabkan peningkatan penawaran Peso Filipina. [10 markah]

- Peningkatan pelaburan langsung Filipina ke Australia.

Pelabur Filipina memerlukan Dolar Australia untuk membayar input buruh dan bahan mentah apabila mereka di di Australia. Peningkatan permintaan Dolar Australia akan menyebabkan penawaran Peso Filipina meningkat.

- Peningkatan barangan import dari Australia oleh rakyat Filipina.

Rakyat Filipina akan meminta Dolar Australia untuk membeli barangan Australia. Bagi mendapatkan Dolar Australia, Peso Filipina mesti ditawarkan. Oleh itu, peningkatan import akan menyebabkan peningkatan permintaan Dolar Australia dan penawaran Peso Filipina.

- Pertambahan pelancong Filipina ke Australia.

Pelancong Filipina memerlukan Dolar Australia untuk berbelanja di Australia seperti perbelanjaan penginapan dan makanan. Bagi mendapatkan Dolar Australia, Peso Filipina mesti ditawarkan. Oleh itu, pertambahan bilangan pelancong dari Filipina akan menyebabkan peningkatan permintaan Dolar Australia dan penawaran Peso Filipina.

- Peningkatan penghantaran bayaran pindahan atau biasiswa rakyat Filipina ke Australia.

Biasiswa pelajar Filipina di Australia mesti dihantar dalam mata wang Dolar Australia. Untuk itu Peso Filipina mesti ditawarkan. Apabila bayaran pindahan atau biasiswa ke Australia meningkat, penawaran Peso Filipina juga akan meningkat.

- Peningkatan pembelian harta atau aset oleh rakyat Filipina di Australia.

Apabila rakyat Filipina membeli aset di Australia, pembelian perlu dibuat dalam mata wang Dolar Australia. Bagi tujuan itu, Peso Filipina mesti ditawarkan untuk mendapatkan Dolar Australia. Oleh itu, apabila pembelian harta atau aset meningkat, penawaran Peso Filipina juga meningkat. 

SOALAN KUANTITATIF

SOALAN 1:

Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh, guna tenaga, dan indeks harga pengguna Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2010.

Butiran

2008

2009

2010

Tenaga buruh (juta orang)

11,967.5

12,061.1

12,216.8

Guna tenaga (juta orang)

11,576.5

11,620.5

11,773.3

Indeks harga pengguna (2000 = 100)

111.4

112.0

113.7

(Sumber: Laporan Ekonomi 2010/2011)

(a)

(i) Berikan definisi kadar pengangguran. [1 markah]

Kadar pengangguran adalah satu ukuran yang menunjukkan peratusan tenaga buruh yang tidak bekerja pada satu tahun tertentu.

(ii) Hitung kadar pengangguran pada tahun 2009 dan tahun 2010. [2 markah]

Tahun

Kadar Pengangguran (%)

2009

(12,061.1 – 11,620.5) / 11,620.5 x 100 = 3.65

2010

(12,216.8 – 11,773.3) / 11,773.3 x 100 = 3.63

(iii) Nyatakan arah aliran kadar pengangguran di atas. [1 markah]

Arah aliran kadar pengangguran semakin menurun daripada 3.65% pada tahun 2009 kepada 3.63% pada tahun 2010.

(b)

(i) Berikan definisi kadar inflasi. [1 markah]

Kadar inflasi adalah satu ukuran yang menunjukkan peratusan perubahan harga purata tahun semasa berbanding dengan harga purata tahun sebelum.

(ii) Hitung kadar inflasi pada tahun 2009 dan tahun 2010. [2 markah]

Tahun

Kadar Inflasi (%)

2009

(112.0 – 111.4) / 111.4 x 100 = 0.54

2010

(113.7 – 112.0) / 112.0 x 100 = 1.52

(iii) Nyatakan arah aliran kadar inflasi di atas. [1 markah]

Arah aliran kadar inflasi semakin meningkat daripada 0.54% pada tahun 2009 kepada 1.52% pada tahun 2010.

(c) Berdasarkan jawapan pada (a)(ii) dan (b)(ii), nyatakan hubungan antara kadar pengangguran dengan kadar inflasi pada tahun 2009 dan tahun 2010. [2 markah]

- Terdapat hubungan negatif antara kadar pengangguran dan kadar inflasi.

- Kadar pengangguran menurun tetapi kadar inflasi meningkat.

SOALAN 2:

Bank Perdagangan Q telah menerima deposit semasa baharu sebanyak RM 80,000 daripada sebuah firma. Bank pusat telah menetapkan nisbah rizab berkanun adalah 20% dan Bank Perdagangan Q telah meminjamkan semua lebihan rizab.

(a)

(i) Sediakan Kunci Kira-Kira Bank Perdagangan Q pada peringkat pertama penciptaan kredit. [3 markah]

Kunci Kira-Kira Bank Perdagangan Q

Butiran

RM

Butiran

RM

Rizab berkanun

16,000

Deposit semasa

80,000

Pinjaman

64,000

 

 

 

80,000

 

80,000

(ii) Hitung jumlah pinjaman selepas proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya. [2 markah]

Jumlah pinjaman = 1 / NR x Pinjaman

Jumlah pinjaman = 1 / 20% x RM 64,000

Jumlah pinjaman = RM 320,000 

(b) Andaikan bank pusat telah menurunkan nisbah rizab berkanun kepada 10%, dengan jumlah deposit semasa yang sama, hitung

i) lebihan rizab yang boleh dipinjamkan oleh Bank Perdagangan Q. [2 markah]

Rizab asal = RM 16,000

Rizab baharu = RM 80,000 x 10%

Rizab baharu = RM 8,000

Lebihan rizab yang boleh dipinjamkan = RM 16,000 - RM 8,000

Lebihan rizab yang boleh dipinjamkan = RM 8,000

ii) jumlah pinjaman selepas proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya. [2 markah]

Jumlah pinjaman baru = 1 / NR x Pinjaman

Jumlah pinjaman baru = 1 / 10% x RM 72,000

Jumlah pinjaman baru = RM 720,000

iii) perubahan deposit semasa selepas proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya. [1 markah]

Jumlah deposit semasa = 1 / 20% x RM 80,000

Jumlah deposit semasa = RM 400,000

Jumlah deposit semasa baharu = 1 / 10% x RM 80,000

Jumlah deposit semasa baharu = RM 800,000

Perubahan deposit semasa = RM 800,000 - RM 400,000

Perubahan deposit semasa = RM 400,000

SOALAN 3:

Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2016.

Butiran

RM juta

Eksport barangan

679,900

Import barangan

566,650

Pengangkutan

-26,108

Perjalanan

33,472

Perkhidmatan lain

-18,553

Pampasan pekerja

-5,000

Pendapatan pelaburan

-32,322

Pendapatan sekunder

-17,586

Akaun modal

272

Pelaburan portfolio

-18,480

Derivatif kewangan

-38,536

Pelaburan lain

-975

Kesilapan dan ketinggalan bersih

-23,606

 

-2,500

(Sumber: Laporan Ekonomi 2017/2018, Kementerian Kewangan Malaysia)

(a) Hitung:

(i) Imbangan akaun dagangan. [2 markah]

Imbangan akaun perdagangan

= Eksport barangan - Import barangan

= RM 679,900 juta - RM 566,650 juta

= RM 113,250 juta

(ii) Imbangan akaun semasa. [3 markah]

Imbangan akaun semasa

= Imbangan akaun perdagangan + Imbangan akaun perkhidmatan + Imbangan akaun pendapatan + Pindahan semasa

= RM [113,250 + (-26,108) + 33,472 + (-18,553) + (-5,000) + (-32,322) + (-17,586)] juta

= RM 47,153 juta

(iii) Imbangan pembayaran. [3 markah]

Imbangan pembayaran

= Imbangan akaun semasa + Imbangan akaun modal + Imbangan akaun kewangan + Kesilapan dan ketinggalan

= RM [47,153 + (-18,480) + (-38,536) + (-975) + (-23,606) + (-2,500)] juta

= RM -36,672 juta

(b) Berdasarkan jawapan (a)(iii), nyatakan dua kesan kedudukan imbangan pembayaran berkenaan kepada ekonomi negara. [2 markah]

- Rizab negara berkurang.

- Nilai mata wang negara merosot.

- Hutang negara meningkat.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1