EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 5


大家好鸭,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 2,里面会含有:

(a) 20 题的 Soalan Objektif

(b) 6 题的 Soalan Esei

(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif

Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN 1:

Keluaran negara yang boleh dicapai oleh sesebuah negara jika ia menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada dikenali sebagai

A. keluaran negara kasar.

B. keluaran negara benar.

C. keluaran negara potensi.

D. keluaran negara nominal.

SOALAN 2:

Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran akan menjadi lebih kecil daripada Keluaran Negara Kasar pada kos faktor apabila

A. cukai lebih kecil daripada subsidi.

B. susut nilai lebih besar daripada subsidi.

C. pendapatan faktor bersih  luar negeri negatif.

D. subsidi lebih besar daripada cukai tak langsung.

SOALAN 3:

Sebuah firma membeli kacang soya sebagai input untuk menghasilkan air kacang soya untuk dipasarkan.

Yang manakah akan diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara?

A. Harga kacang soya sahaja.

B. Harga air kacang soya ditolak harga kacang soya.

C. Harga kacang soya ditolak harga air kacang soya.

D. Harga air kacang soya ditambah harga kacang soya.

SOALAN 4:

Apabila cukai tak langsung melebihi subsidi, maka

A. keluaran negara nominal melebihi keluaran negara benar.

B. keluaran negara bersih melebihi keluaran negara kasar kos faktor.

C. keluaran negara kasar harga pasaran melebihi keluaran negara kasar kos faktor.

D. keluaran dalam negeri kos faktor melebihi keluaran negara kasar harga pasaran.

SOALAN 5:

Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dan perbelanjaan penggunaan bagi sebuah ekonomi dua sektor.

Pendapatan Negara (RM juta)

Perbelanjaan Penggunaan (RM juta)

1,000

1,500

2,000

2,000

3,000

2,500

Berapakah jumlah tabungan pada tingkat pendapatan negara RM 4,000 juta? 

A. RM 500 juta

B. RM 1,000 juta

C. RM 1,500 juta

D. RM 2,500 juta

SOALAN 6:

Untuk memulihkan kemelesetan ekonomi negara, kerajaan akan

A. meningkatkan cukai bagi mengukuhkan keupayaan berbelanja kerajaan.

B. melaksanakan belanjawan lebihan untuk meningkatkan tabungan awam.

C. mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebagai langkah penjimatan fiskal.

D. mengurangkan cukai bagi meningkatkan pendapatan boleh guna masyarakat.

SOALAN 7:

Peralihan keluk permintaan agregat ke kanan berlaku disebabkan oleh

A. peningkatan cukai pendapatan.

B. penurunan kos pengeluaran.

C. kemajuan teknologi moden.

D. peningkatan bekalan wang.

SOALAN 8:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk fungsi suntikan (I + G) dan keluk fungsi bocoran (S + T) dalam ekonomi tiga sektor.

Pada tingkat pendapatan negara Y, berlaku 

A. lebihan inventori dan firma menambahkan pengeluaran.

B. lebihan inventori dan firma mengurangkan pengeluaran.

C. kurangan inventori dan firma mengurangkan pengeluaran.

D. kurangan inventori dan firma menambahkan pengeluaran.

SOALAN 9:

Maklumat di bawah menunjukkan fungsi suntikan dan fungsi bocoran bagi sebuah ekonomi (RM juta).

Pelaburan

I = 400

Perbelanjaan kerajaan

G = 350

Eksport

X = 300

Tabungan

S = -250 + 0.2Yd, dengan Yd = Y - T

Cukai

T = 100

Import

M = 100 + 0.05Y

Pada tingkat keseimbangan pendapatan negara, berapakah nilai bocoran?

A. RM 750 juta

B. RM 888 juta

C. RM 1,050 juta

D. RM 4,680 juta

SOALAN 10:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran agregat (AS) bagi sebuah ekonomi.

Pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1 disebabkan oleh

A. pengurangan pelaburan swasta dan peningkatan teknologi.

B. pengurangan perbelanjaan isi rumah dan peningkatan kos pengeluaran.

C. peningkatan cukai barang dan perkhidmatan dan peningkatan produktiviti buruh.

D. peningkatan perbelanjaan kerajaan dan penemuan sumber bahan mentah baharu.

SOALAN 11:

Fungsi wang sebagai alat perantaraan pertukaran dapat menyelesaikan masalah

A. inflasi.

B. kehendak serentak.

C. kecekapan peruntukan.

D. kecekapan pengeluaran.

SOALAN 12:

Andaikan bahawa halaju pusingan wang ialah 2.5. Jumlah bekalan wang ialah RM 400 juta dan jumlah urus niaga ialah 200 unit. Berapakah kadar peningkatan dalam harga jika jumlah bekalan wang meningkat kepada RM 425 juta?

A. 5.00%

B. 5.31%

C. 5.60%

D. 6.25%

SOALAN 13:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kadar bunga dengan jumlah permintaan di pasaran.

Kadar Bunga

Jumlah Permintaan Wang (RM juta)

10%

300

8%

500

6%

700

Sekiranya pada tingkat kadar bunga 10%, permintaan wang untuk spekulasi ialah sifar, berapakah jumlah permintaan wang untuk spekulasi pada tingkat kadar bunga 6%?  

A. RM 700 juta

B. RM 400 juta

C. RM 300 juta

D. RM 200 juta

SOALAN 14:

Yang manakah fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan?

A. Mengawal kestabilan bank perdagangan.

B. Mengurus akaun kewangan bank perdagangan.

C. Memberikan pinjaman terakhir kepada bank perdagangan.

D. Mengendalikan pertukaran mata wang asing untuk bank perdagangan.

SOALAN 15:

Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran barang X dan barang Y di negara M dan negara N.

Negara

Pengeluaran

Barang X (unit)

Barang Y (unit)

M

90

120

N

15

90

Yang manakah pernyataan yang benar tentang faedah berbanding dan kos lepas?

A. Negara N memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran barang Y dengan kos lepas 1Y = 6X.

B. Negara M memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran barang Y dengan kos lepas 1Y = 0.75X.

C. Negara N memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran barang X dengan kos lepas 1Y = 6Y.

D. Negara M memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran barang X dengan kos lepas 1Y = 1.33Y.

SOALAN 16:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan domestik (Dd), keluk penawaran domestik (Sd), keluk penawaran dunia (Sw), dan keluk penawaran dunia selepas tarif (Sw + t) bagi suatu barang dalam sebuah ekonomi.

Sekiranya kerajaan mengenakan tarif, berapakah hasil yang diterima olehh kerajaan? 

A. RM 3,500,000

B. RM 10,500,000

C. RM 18,000,000

D. RM 21,000,000

SOALAN 17:

Satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kejatuhan nilai Dolar Singapura berbanding dengan Ringgit Malaysia ialah

A. peningkatan pelaburan Malaysia ke Singapura.

B. tabungan rakyat Malaysia di Singapura meningkat.

C. semakin ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura.

D. peningkatan import Singapura terhadap barangan Malaysia.

SOALAN 18:

Langkah yang berikut boleh digunakan untuk membaiki imbangan pembayaran kurangan, kecuali

A. menghapuskan kuota barang import.

B. menaikkan tarif terhadap barang import.

C. mengurangkan penghantaran pelajar keluar negara.

D. meningkatkan pemberian insentif kepada pelabur asing.

SOALAN 19:

Jadual di bawah menunjukkan imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2010.

Butiran

RM juta

Barang

134,726

Perkhidmatan

1,698

Pendapatan

-26,514

Pindahan semasa

-21,831

Akaun modal

-165

Akaun kewangan

-19,827

Kesilapan dan ketinggalan

-70,713

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2011/2012)

Berapakah aset rizab antarabangsa Malaysia pada tahun 2010?

A. Merosot sebanyak RM 2,461 juta.

B. Merosot sebanyak RM 2,626 juta.

C. Meningkat sebanyak RM 68,087 juta.

D. Meningkat sebanyak RM 88,079 juta.

SOALAN 20:

Akaun semasa imbangan pembayaran bertambah baik sekiranya

A. pertambahan nilai import lebih besar daripada pertambahan nilai eksport.

B. pertambahan imbangan dagangan lebih kecil daripada pengurangan imbangan perkhidmatan.

C. pertambahan pindahan semasa dari luar negara lebih kecil daripada peningkatan pindahan semasa keluar negara.

D. peningkatan pendapatan pelaburan dari luar negara lebih besar daripada peningkatan pendapatan pelaburan keluar negara.

SOALAN ESEI

SOALAN 1:

Huraikan lima alasan sesebuah negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi. [10 markah]

- Meningkatkan taraf hidup penduduk.

Pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan negara seterusnya pendapatan per kapita meningkat dan taraf hidup meningkat (kuasa beli meningkat).

- Menggalakan pelaburan.

Pertumbuhan ekonomi yang tinggi meningkatkan kuasa beli masyarakat, dapat menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur.

- Mengurangkan masalah kemiskinan.

Wujud peluang kerja pendapatan, pendapatan meningkat, dan keluar dari putaran garis kemiskinan.

- Meningkatkan guna tenaga atau Mengurangkan pengangguran atau Meningkatkan guna tenaga penuh.

Pertumbuhan ekonomi yang akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, maka ramai penduduk mendapat pekerjaan.

- Meningkatkan hasil atau pendapatan kerajaan.

Pertumbuhan ekonomi menyebabkan banyak syarikat mendapat keuntungan, pekerja memperoleh pendapatan, kerajaan dapat mengutip hasil cukai daripada keuntungan dan pendapatan seperti cukai syarikat.

- Mencapai kestabilan sosio-politik.

Peningkatan pelaburan atau penggunaan meningkat atau permintaan agregat meningkat atau perbelanjaan agregat meningkat atau pengurangan kadar jenayah dan agihan pendapatan yang saksama.

- Mengurangkan hutang negara.

Pertumbuhan ekonomi menyebabkan hasil kerajaan meningkat.

SOALAN 2:

Jelaskan empat alasan sesebuah negara menghitung pendapatan negara pada setiap tahun. [10 markah]

- Untuk mengukur kadar pertumbuhan ekonomi.

Pendapatan negara benar digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan rumus:

Semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi, semakin baik ekonomi sesebuah negara.

- Untuk mengukur taraf hidup.

Taraf hidup penduduk dapat diukur dengan menggunakan data pendapatan per kapita yang diperoleh menggunakan rumus:

Pendapatan negara / Jumlah penduduk

Dengan andaian jumlah penduduk tidak berubah, semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi pendapatan per kapita, dan semakin tinggi taraf hidup penduduk sesebuah negara.

- Untuk mengukur prestasi atau kepentingan atau sumbangan sektor ekonomi.

Data pendapatan negara mengikut kaedah keluaran dapat mengukur prestasi atau kepentingan atau sumbangan setiap sektor ekonomi terhadap pendapatan negara. Dengan menggunakan rumus:

Peratus sumbangan terbesar menunjukkan kepentingan sektor ekonomi tersebut terhadap pendapatan negara.

- Menjadi asas untuk membuat perancangan ekonomi.

Data pendapatan negara pada masa kini dan masa lepas dapat memberi maklumat penting tentang pencapaian atau situasi ekonomi sesebuah negara.

Maklumat ini dapat digunakan sebagai asas untuk membuat perancangan ekonomi pada masa depan, misalnya perancangan tentang perkembangan pelaburan, eksport, dan guna tenaga. 

- Menjadi petunjuk perubahan struktur ekonomi.

Data pendapatan negara antara dua tempoh masa dapat digunakan sebagai petunjuk perubahan struktur ekonomi, misalnya data pendapatan negara tahun 1990-an dan 2000-an.

Data tersebut dapat menunjukkan perubahan kepentingan kegiatan ekonomi, misalnya dari sektor pertanian kepada sektor pembuatan.

SOALAN 3:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? [2 markah]

Pengganda merujuk kepada kadar perubahan dalam tingkat pendapatan negara akibat perubahan dalam perbelanjaan agregat. 

Atau

Pengganda menunjukkan berapa kali pertambahan dalam pendapatan negara akibat pertambahan dalam satu-satu komponen perbelanjaan agregat.

(b) Terangkan bagaimana proses pengganda berlaku apabila pelaburan dalam ekonomi dua sektor meningkat. [8 markah]

Andaian:

1. Kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah 0.9.

2. Pelaburan firma bertambah sebanyak RM 100 juta.

Penggandaan

Perubahan Y

(RM juta)

Perubahan C

(RM juta)

Perubahan S

(RM juta)

1

100

90

10

2

90

81

9

3

81

72.4

8.1

Peringkat seterusnya

729

646.1

72.9

Jumlah

1,000

900

100

Pada tingkat yang pertama, apabila pelaburan bertambah sebanyak RM 100 juta, pendapatan negara akan bertambah sebanyak RM 100 juta. Oleh kerana MPC adalah 0.9, maka pertambahan pendapatan negara sebanyak RM 100 juta akan mencipta pertambahan perbelanjaan penggunaan sebanyak RM 90 juta dan pertambahan tabungan sebanyak RM 10 juta.

Pada peringkat kedua, perbelanjaan penggunaan sebanyak RM 90 juta tadi akan menggalakan pelabur menambah pengeluaran dan meningkatkan pendapatan negara sebanyak RM 90 juta. Pertambahan pendapatan negara sebanyak RM 90 juta, ini menyebabkan tambahan penggunaan sebanyak RM 81 juta dan tabungan sebanyak RM 9 juta.

Proses pertambahan pendapatan negara, perbelanjaan penggunaan dan tabungan akan berterusan sehingga ekonomi tidak mengalami pertambahan penggunaan lagi.

Jumlah pertambahan dalam pendapatan negara akibat pertambahan dalam pelaburan sebanyak RM 100 juta, ini boleh dihitung dengan rumus berikut:

Perubahan pendapatan = 1 / (1 - MPC) x Perubahan pelaburan

Perubahan pendapatan = 1 / (1 - 0.9) x RM 100 juta

Perubahan pendapatan = RM 1,000 juta

Dengan pertambahan pelaburan sebanyak RM 100 juta, pendapatan negara bertambah sebanyak RM 1,000 juta. Ini bermakna pertambahan pendapatan negara adalah 10 kali ganda pertambahan dalam pelaburan atau ringkasnya nilai pengganda adalah 10 kali ganda. 

SOALAN 4:

Berbantukan gambar rajah analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jelaskan kesan peningkatan harga minyak mentah dunia terhadap tingkat harga umum dan pendapatan negara. [10 markah]

- Keseimbangan asal berlaku apabila keluk permintaan agregat bersilang dengan keluk penawaran agregat di titik E0 pada harga P0 dan pendapatan negara Y0.

- Peningkatan harga minyak mentah dunia meningkatkan kos pengeluaran firma.

- Oleh itu, firma akan mengurangkan pengeluaran atau keluaran.

- Maka, keluk penawaran agregat (AS) akan beralih ke kiri dari AS0 ke AS1

- Proses pada harga P0 berlaku lebihan AD atau kurangan AS.

- Justeru, firma akan menambahkan keluaran.

- Kesannya, harga umum naik dari P0 ke P1 dan pendapatan negara jatuh dari Y0 ke Y1.

SOALAN 5:

(a) Apakah nilai wang? Berdasarkan contoh yang sesuai, terangkan bagaimana perubahan nilai wang dihitung. [6 markah]

Nilai wang adalah keupayaan atau kuasa beli wang untuk membeli barang dan perkhidmatan. Hubungan nilai wang dengan tingkat harga berbentuk negatif. Apabila tingkat harga umum meningkat, nilai wang akan menurun.

Nilai wang boleh dihitung dengan menggunakan indeks harga pengguna (IHP).

Contoh:

Diberi IHP bagi tahun 2000 = 100

IHP tahun semasa (2017) = 125

Indeks nilai wang tahun 2017 = IHP tahun asas / IHP tahun semasa x 100

Indeks nilai wang tahun 2017 = 100 / 125 x 100

Indeks nilai wang tahun 2017 = 80

Kadar perubahan nilai wang antara tahun 2000 hingga 2017

= (80 - 100) / 100 x 100

= -20%

Ini bermakna nilai wang telah merosot sebanyak 20%.

(b) Terangkan dua fungsi yang dimainkan oleh wang atas sebab nilai yang stabil. [4 markah]

Fungsi yang dimainkan oleh wang atas sebab nilai yang stabil:

(a) Wang sebagai alat penyimpan nilai.

Oleh kerana nilai wang yang stabil, wang boleh disimpan dalam bank perdagangan dalam bentuk tabungan.

(b) Wang sebagai alat bayaran tertunda.

Nilai wang yang stabil membolehkan isi rumah mendapatkan barang pada masa sekarang dan membayar kemudian. 

SOALAN 6:

Huraikan lima faktor yang mempengaruhi penawaran Ringgit Malaysia. [10 markah]

- Penduduk Malaysia membeli barang import.

Barang import itu mesti dibayar dengan mata wang negara asing untuk mendapatkan mata wang asing itu, penduduk Malaysia mesti menawarkan Ringgit Malaysia sebagai pertukaran sebelum boleh membeli barang import.

- Penduduk Malaysia membuat perjalanan ke luar negara.

Tujuannya untuk melancong, berubat, atau belajar untuk mendapatkan mata wang asing itu, penduduk Malaysia mesti menawarkan Ringgit Malaysia sebagai pertukaran sebelum boleh berbelanja.

- Penduduk Malaysia melabur di luar negara.

Perbelanjaan palaburan di luar negara mesti dibayar dengan mata wang negara asing itu untuk mendapatkan mata wang asing itu, Ringgit Malaysia ditawarkan sebagai pertukaran dengan mata wang asing.

- Penduduk Malaysia menghantar kiriman wang atau membuat bayaran pindahan semasa ke luar negara.

Kiriman wang dan bayaran pindahan semasa mestilah dalam mata wang asing supaya penerima boleh menggunakannya untuk mendapatkan mata wang asing itu, penduduk Malaysia mesti menawarkan Ringgit Malaysia sebelum mengirim wang tersebut.

- Penduduk Malaysia berspekulasi terhadap mata wang asing.

Apabila mata wang asing dijangkakan akan naik nilai, mata wang asing itu akan diminta untuk mendapatkan mata wang asing itu, penduduk Malaysia mesti menawarkan Ringgit Malaysia sebagai pertukarannya.

SOALAN KUANTITATIF

SOALAN 1:

Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), indeks harga pengguna, dan jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2011 hingga tahun 2013.

Tahun

KDNK (RM juta) Harga tetap 2010

Indeks harga pengguna 2010 = 100

Jumlah penduduk (juta orang)

2011

864,920

103.2

28.96

2012

912,261

104.9

29.34

2013

955,260

108.9

29.71

(a) Hitung kadar inflasi pada tahun 2011 hingga tahun 2013. [2 markah]

Tahun

Kadar Inflasi (%)

2011

(103.2 - 100) / 100 x 100 = 3.20

2012

(104.9 – 103.2) / 103.2 x 100 = 1.65

2013

(108.9 – 104.9) / 104.9 x 100 = 3.81

(b)

(i) Hitung pendapatan per kapita benar dari tahun 2011 hingga tahun 2013. [2 markah]

Tahun

Pendapatan Per Kapita (RM)

2011

864,920 / 28.96 = 29,866.02

2012

912,261 / 29.43 = 31,092.74

2013

955,260 / 29.71 = 32,152.81

(ii) Apakah keadaan taraf hidup rakyat Malaysia pada tempoh tersebut. [1 markah]

Taraf hidup rakyat Malaysia pada tahun 2011 hingga 2013 semakin meningkat.

(c) Hitung KDNK pada harga semasa pada tahun 2013. [2 markah]

KDNK pada harga semasa = 108.9 / 100 x RM 955,260 juta

KDNK pada harga semasa = RM 1,040,278.14 juta

(d) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2012 dan 2013. Jelaskan. [3 markah]

Tahun

Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%)

2012

(912,261 – 864,920) / 864,920 x 100 = 5.47

2013

(955,260 – 912,261) / 912,261 x 100 = 4.71

Kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2013 semakin menurun berbanding dengan tahun 2012.

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan harga purata, penawaran wang, dan jumlah urus niaga bagi sebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu.

Harga purata

RM 1.25

Jumlah urus niaga

16 juta unit

Penawaran wang

RM 4 juta

Menurut Teori Kuantiti Wang,

(a) hitung halaju wang. [2 markah]

V = (1.25 x 16 juta) / RM 4 juta

V = 5

(b) hitung nilai keluaran negara nominal. [1 markah]

Keluaran negara nominal = RM 4 juta x 5

Keluaran negara nominal = RM 20 juta

(c) Sekiranya penawaran wang meningkat dari RM 4 juta kepada RM 4.8 juta,

(i) hitung peratus peningkatan penawaran wang. [2 markah]

Peratus peningkatan penawaran wang = RM (4.8 - 4) juta / RM 4 juta x 100

Peratus peningkatan penawaran wang = 20%

(ii) hitung harga purata yang baharu. [2 markah]

Harga purata yang baharu = (RM 4.8 juta x 5) / 16 juta

Harga purata yang baharu = RM 1.50

(iii) hitung peratus perubahan harga purata. [2 markah]

Peratus perubahan harga purata = (1.50 - 1.25) / 1.25 x 100

Peratus perubahan harga purata = 20%

(d) Apakah yang dapat dirumuskan berdasarkan jawapan anda di (c)(i) dan (c)(iii)? [1 markah]

Tingkat harga purata dan penawaran wang meningkat pada kadar yang sama iaitu 20%.

SOALAN 3:

Jadual menunjukkan pengeluaran pakaian dan makanan oleh seunit buruh di negara A dan negara B.

Negara

Pakaian (unit)

Makanan (unit)

A

15

9

B

20

10

(a) Negara manakah yang memperolehi faedah berbanding dalam pengeluaran pakaian dan makanan. Jelaskan. [3 markah]

Negara

Kos Lepas Seunit Pakaian Dalam Sebutan Makanan

Kos Lepas Seunit Makanan Dalam Sebutan Pakaian

A

9 / 15 = 0.60

15 / 9 = 1.67

B

10 / 20 = 0.50

20 / 10 = 2.00

Negara B memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran pakaian kerana kos lepas pakaian di negara B adalah lebih rendah iaitu 0.50 makanan berbanding dengan 0.60 makanan di negara A. Negara A memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran makanan.

(b) 

(i) Nyatakan negara yang mengkhusus dalam pengeluaran makanan dan pakaian. [2 markah]

Negara A mengkhusus dalam pengeluaran makanan.

Negara B mengkhusus dalam pengeluaran pakaian.

(ii) Hitung jumlah pengeluaran apabila pengkhususan dijalankan. [2 markah]

Pengeluaran semasa pengkhususan:

Negara

Pakaian (unit)

Makanan (unit)

A

0

9 x 250 = 2,250

B

20 x 250 = 5,000

0

(c)

(i) Andaikan negara A dan B bersetuju berdagang pada kadar pertukaran 1 unit makanan bersamaan 1.8 unit pakaian, dan negara A memerlukan 1,800 unit pakaian. Bina jadual menunjukkan penggunaan di negara A dan B apabila perdagangan dijalankan. [2 markah]

Penggunaan selepas berdagang pada kadar pertukaran 1 unit makanan = 1.8 unit pakaian:

Negara

Pakaian (unit)

Makanan (unit)

A

1,800

2,250 – 1,000 = 1,250

B

5,000 – 1,800 = 3,200

1,000

Jumlah

5,000

2,250

(ii) Berapakah jumlah eksport dan import negara A? [1 markah]

Negara A mengeksport 1,000 unit makanan dan mengimport 1,800 unit pakaian. 

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1