EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 4
(a) 20 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Semua yang berikut merupakan petunjuk makroekonomi, kecuali
A. kadar inflasi.
B. ekonomi bidangan.
C. kadar pengangguran.
D. imbangan pembayaran.
SOALAN 2:
Antara berikut, yang manakah bukan objektif dasar makroekonomi?
A. Mengurangkan kadar kenaikan harga barang.
B. Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
C. Menggalakkan setiap firma beroperasi pada tahap optimum.
D. Mewujudkan imbangan pembayaran yang seimbang dan kadar pertukaran yang stabil.
SOALAN 3:
Yang manakah keadaan yang berlaku semasa inflasi?
A. Penurunan tingkat harga umum.
B. Penurunan kuasa beli pengguna.
C. Penurunan kos hidup masyarakat.
D. Penurunan keluaran negara benar.
SOALAN 4:
Antara matlamat tingkat guna tenaga penuh perlu dicapai adalah
A. mencapai kestabilan tingkat harga.
B. mengukuhkan kemerosotan nilai Ringgit Malaysia.
C. mengelakkan kemerosotan nilai Ringgit Malaysia.
D. mencapai tingkat kebajikan masyarakat yang maksimum.
SOALAN 5:
Yang manakah berlaku semasa kemelesetan ekonomi?
A. Peningkatan tingkat harga umum.
B. Peningkatan kuasa beli pengguna.
C. Pengurangan peluang pekerjaan.
D. Pengurangan kadar pengangguran.
SOALAN 6:
Apabila cukai tak langsung melebihi subsidi, maka
A. keluaran negara nominal melebihi keluaran negara benar.
B. keluaran negara bersih melebihi keluaran negara kasar kos faktor.
C. keluaran negara kasar harga pasaran melebihi keluaran negara kasar kos faktor.
D. keluaran dalam negeri kasar kos faktor melebihi keluaran negara kasar harga pasaran.
SOALAN 7:
Nilai keluaran firma Korea yang beroperasi di Malaysia dihitung dalam
A. keluaran dalam negeri kasar Korea dan keluaran negara kasar Korea.
B. keluaran dalam negeri kasar Malaysia dan keluaran negara kasar Korea.
C. keluaran dalam negeri kasar Korea dan keluaran negara kasar Malaysia.
D. keluaran dalam negeri kasar Malaysia dan keluaran negara kasar Malaysia.
SOALAN 8:
Data pendapatan negara boleh digunakan untuk
A. mengukur kos sara hidup masyarakat.
B. menentukan kualiti barangan dalam ekonomi.
C. membuat perancangan ekonomi sesebuah negara.
D. menentukan agihan pendapatan dalam masyarakat.
SOALAN 9:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara kasar Malaysia pada tahun 2015 mengikut agregatt permintaan (pada harga malar 2010).
Butiran |
RM juta |
Perbelanjaan
penggunaan akhir Awam Swasta |
146,691 596,184 |
Pembentukan
modal tetap kasar Awam Swasta |
99,540 19,847 |
Perubahan
inventori |
434 |
Eksport
barang dan perkhidmatan |
771,471 |
Import
barang dan perkhidmatan |
692,370 |
KDNK
harga pasaran |
1,114,797 |
KNK
harga pasaran |
1,079,794 |
(Sumber: Laporan Ekonomi 2015/2016, Kementerian Kewangan
Negara)
Hitung pendapatan faktor bersih luar negeri.
A. RM 79,101 juta
B. RM -79,101 juta
C. RM 35,003 juta
D. RM -35,003 juta
SOALAN 10:
Perubahan struktur ekonomi dalam sesebuah negara berlaku apabila wujud perubahan dalam
A. struktur penduduk dan tenaga buruh.
B. taraf kebajikan rakyat negara tersebut.
C. prestasi pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
D. peratusan sumbangan sesuatu sektor ekonomi.
SOALAN 11:
Keluk penawaran agregat beralih ke kiri disebabkan oleh
A. kadar bunga menurun.
B. cukai perniagaan menurun.
C. daya pengeluaran bertambah baik.
D. harga bahan mentah meningkat.
SOALAN 12:
Dalam sebuah ekonomi dua sektor, keseimbangan pendapatan negara berlaku pada tingkat pendapatan RM 500 juta. Dengan kecenderungan mengguna sut ialah 0.6, kemasukan pelaburan asing sebanyak RM 50 juta akan menyebabkan pendapatan negara bertambah menjadi
A. RM 530 juta
B. RM 550 juta
C. RM 625 juta
D. RM 750 juta
SOALAN 13:
Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi suntikan dan bocoran bagi sebuah ekonomi tertutup.
Apakah fungsi penggunaan?
A. C = -80 + 0.25Yd
B. C = -320 + 0.8Yd
C. C = 80 + 0.75Yd
D. C = 320 + 0.75Yd
SOALAN 14:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan sebuah negara.
Butiran |
RM juta |
Pelaburan
|
40 |
Perbelanjaan
kerajaan |
20 |
Cukai |
5 |
Pendapatan
negara potensi |
500 |
Sekiranya fungsi penggunaan adalah C = 120 + 0.6Yd, berapakah lompang deflasi?
A. RM 2.5 juta
B. RM 23 juta
C. RM 34.4 juta
D. RM 57.7 juta
SOALAN 15:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara mengikut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS) bagi sebuah ekonomi.
Perubahan harga dari P0 ke P1 disebabkan oleh
A. berlaku kemelesetan ekonomi.
B. pelaburan portfolio berkurang.
C. berlaku perkembangan teknologi.
D. cukai import terhadap bahan mentah meningkat.
SOALAN 16:
Apabila inflasi berlaku, masyarakat lebih gemar memegang aset tetap seperti tanah, rumah, dan bangunan. Keadaan ini berlaku akibat daripada kegagalan fungsi wang sebagai
A. alat pengukur nilai.
B. alat penyimpan nilai.
C. alat bayaran tertunda.
D. alat perantaraan pertukaran.
SOALAN 17:
Dalam sebuah ekonomi, penawaran wang ialah RM 440 juta, halaju wang ialah 3, dan jumlah urus niaga ialah 330 juta unit. Menurut Teori Kuantiti Wang, jika penawaran wang bertambah sebanyak RM 165 juta, maka tingkat harga umum akan meningkat sebanyak
A. RM 1.50
B. RM 2.75
C. RM 4.00
D. RM 5.50
SOALAN 18:
Permintaan wang untuk tujuan awasan dan urus niaga adalah
A. anjal sempurna terhadap kadar bunga.
B. tak anjal sempurna terhadap kadar bunga.
C. anjal sempurna terhadap tingkat pendapatan negara.
D. tak anjal sempurna terhadap tingkat pendapatan negara.
SOALAN 19:
Menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pertambahan bekalan wang dalam ekonomi menyebabkan
A. kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara menurun.
B. kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara meningkat.
C. kadar bunga menurun, pelaburan, dan pendapatan negara meningkat.
D. kadar bunga meningkat, pelaburan, dan pendapatan negara menurun.
SOALAN 20:
Yang berikut ialah fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan, kecuali
A. mengawal rizab berkanun.
B. pemberi pinjaman terakhir.
C. menguruskan hutang antara bank.
D. menjalankan urus niaga pertukaran asing.
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
Terangkan bagaimana pelaksanaan alat dasar yang berikut boleh mengatasi masalah inflasi.
(a) Nisbah rizab tunai. [5 markah]
- Bank pusat meningkatkan nisbah rizab tunai.
- Keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman berkurang atau penciptaan kredit berkurang.
- Penawaran wang atau bekalan wang menurun, kadar bunga meningkat, dan pelaburan menurun.
- Perbelanjaan agregat (AE) menurun, permintaan agregat (AD) menurun, dan pendapatan negara menurun.
- Harga menurun, maka inflasi dapat dikawal.
(b) Cukai pendapatan persendirian. [5 markah]
- Kerajaan menaikkan kadar cukai pendapatan persendirian.
- Pendapatan boleh guna isi rumah menurun atau kuasa beli merosot.
- Penggunaan berkurang.
- Perbelanjaan agregat (AE) menurun, permintaan agregat (AD) menurun, pendapatan negara menurun.
- Harga menurun, maka inflasi dapat dikawal.
SOALAN 2:
Dengan memberi contoh berangka, terangkan bagaimana kaedah nilai tambah dapat memberi gambar sumbangan setiap sektor ekonomi kepada keluaran negara. [10 markah]
Bil. |
Peringkat |
Harga Keluaran (RM) |
Kos Input (RM) |
Nilai Tambah (RM) |
1 |
Biji
gandum |
1.00 |
0.00 |
1.00 |
2 |
Tepung
gandum |
3.50 |
1.00 |
2.50 |
3 |
Roti
di kilang |
7.00 |
3.50 |
3.50 |
4 |
Roti
di kedai |
12.00 |
7.00 |
5.00 |
Jumlah |
23.50 |
11.50 |
12.00 |
- Mengikut kaedah nilai tambah, keluaran
negara dihitung dengan menjumlahkan semua nilai tambah setiap peringkat dalam
proses pengeluaran.
- Pada peringkat pertama, kos input adalah
RM 0 dan harga keluaran biji gandum
adalah RM 1.00 maka, nilai tambah adalah RM 1.00 (RM1 - RM 0)
- Pada peringkat kedua, kos input tepung gandum adalah RM 1.00
dan harga keluaran adalah RM 3.50 maka nilai tambahnya adalah RM 2.50
(RM 3.50 – RM 1.00).
- Pada peringkat ketiga, kos input roti di kilang adalah RM 3.50 dan harga
keluarannya adalah RM 7.00 maka nilai tambahnya adalah RM3.50 (RM7.00 – RM3.50).
- Pada peringkat keempat, kos input roti di kedai adalah RM 7.00 dan harga keluarannya adalah RM 12.00 maka nilai tambahnya adalah RM 5.00 (RM 12.00 – RM 7.00).
-
- Sumbangan sektor pertama (biji gandum) adalah RM 1.00.
- Sumbangan sektor kedua (tepung gandum + roti di
kilang) adalah RM 6.00.
- Sumbangan
sektor ketiga (roti di kedai runcit) adalah RM 5.00.
SOALAN 3:
Jelaskan kegunaan data pendapatan negara dari aspek yang berikut:
(a) Alat pengukur perubahan taraf hidup. [4 markah]
- Taraf hidup diukur menggunakan data pendapatan benar per kapita.
- Menentukan taraf kemakmuran dan kemampuan berbelanja rakyat atau penduduk.
- Semakin tinggi pendapatan benar perkapita, semakin tinggi taraf hidup.
- Kadar pertambahan pendapatan per kapita yang melebihi kadar pertambahan penduduk akan meningkatkan taraf hidup.
(b) Alat pengukur sumbangan sektor ekonomi. [3 markah]
- Sumbangan sektor ekonomi diukur dengan menggunakan kaedah keluaran.
- Sumbangan sektor ekonomi ditentukan oleh nilai keluaran pelbagai sektor ekonomi terhadap KDNK.
- Sektor yang paling penting adalah sektor yang mempunyai peratusan sumbangan yang paling tinggi terhadap pendapatan negara atau KDNK.
(c) Alat pengukur perubahan struktur ekonomi. [3 markah]
- Perubahan struktur ekonomi ditentukan dengan menggunakan data pendapatan negara antara dua tempoh masa.
- Berdasarkan peratus sumbangan dapat mengetahui perubahan struktur ekonomi negara daripada sektor pertanian kepada sektor perkilangan.
- Dapat menunjukkan kepentingan relatif pelbagai sektor ekonomi.
SOALAN 4:
Berbantukan gambar rajah perbelanjaan agregat-pendapatan negara (AE-Y), jelaskan bagaimana pembentukan modal tetap kasar awam dapat mengawal masalah pengangguran. [10 markah]
- Keseimbangan asal dicapai di titik E0, apabila Y = AE0 (C + I + G0) pada pendapatan negara Y0.
- Untuk mengawal masalah pengangguran, pembentukan modal tetap kasar awam atau perbelanjaan kerajaan perlu ditingkatkan.
- Keluk AE0 = C + I + G0 akan beralih ke AE1 = C + I + G1.
- Berlaku lebihan AE sebanyak AE0 , stok berkurangan dan firma akan meningkatkan keluaran.
- Proses ini akan berterusan sehingga keseimbangan baharu dicapai apabila Y = AE1 (C + I + G1) di titik E1, dan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1.
- Peningkatan pembentukan modal tetap kasar awam ini telah memberi kesan peningkatan aktiviti ekonomi.
- Berlaku peningkatan guna tenaga atau peluang pekerjaan meningkat dan ia dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran.
SOALAN 5:
Berbantukan gambar rajah pendekatan suntikan-bocoran, huraikan kesan kepada keseimbangan pendapatan negara apabila imbangan dagangan bernilai negatif. [10 markah]
- Keseimbangan asal di titik E0 apabila I + G + X0 bersilang dengan S + T + M0 pada pendapatan negara Y0.
- Imbangan dagangan bernilai negatif disebabkan oleh import lebih besar daripada eksport atau eksport bersih negatif.
- Ini menyebabkan peningkatan bocoran lebih besar daripada peningkatan suntikan.
- Keluk bocoran beralih dari S + T + M0 ke S + T + M1.
- Keluk suntikan beralih dari I + G + X0 ke I + G + X1.
- Keseimbangan baru dicapai di titik E apabila I + G + X1 bersilang dengan S + T + M1 pada pendapatan negara Y1.
- Kesannya, pendapatan negara pada tingkat keseimbangan akan berkurang dari Y0 ke Y1.
SOALAN 6:
Berbantukan gambar rajah, pasaran wang menurut Teori Kewangan Kecairan Keynes, jelaskan
(a) Konsep perangkap kecairan. [4 markah]
- Suatu keadaan apabila kadar bunga dalam ekonomi mencapai tahap paling rendah.
- Permintaan wang untuk tujuan spekulasi adalah anjal sempurna.
- Kawasan perangkap kecairan adalah pada r0 iaitu kadar bunga paling rendah.
(b) Bagaimana kadar bunga ditentukan. [6 markah]
- Keseimbangan tercapai apabila keluk Md bersilang dengan keluk Ms pada titik E0 pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang Q0.
- Pada r1, wujud lebihan penawaran wang sebanyak ab.
- Orang ramai akan membeli bon.
- Maka, harga bon naik dan kadar bunga turun sehingga kembali ke keseimbangan r0.
- Pada r2, wujud lebihan permintaan wang sebanyak cd.
- Orang ramai akan menjual bon.
- Maka, harga bon turun dan kadar bunga naik sehingga kembali ke keseimbangan r0.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Jadual di bawah menunjukkan maklumat penduduk, tenaga buruh, guna tenaga, dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sesebuah negara antara tahun 2018 hingga tahun 2020.
Tahun |
Penduduk (juta orang) |
Tenaga Buruh (‘000 orang) |
Guna Tenaga (‘000 orang) |
Keluaran Dalam
Negeri Kasar (RM juta) |
2018 |
29.70 |
13,083.40 |
12,632.10 |
751,470 |
2019 |
28.50 |
13,261.30 |
12,737.50 |
786,694 |
2020 |
29.55 |
13,645.70 |
13,226.70 |
827,602 |
(a) Hitung
(i) Kadar pengangguran pada tahun 2019 dan tahun 2020. [3 markah]
Tahun |
Kadar Pengangguran
(%) |
2019 |
(13,261.30 –
12,737.50) / 12,737.50 x 100 = 3.95 |
2020 |
(13,645.70 –
13,226.70) / 13,226.70 x 100 = 3.07 |
(ii) Kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2019 dan tahun 2020. [3 markah]
Tahun |
Kadar Pertumbuhan
Ekonomi (%) |
2019 |
(786,694 – 751,470)
/ 751,470 x 100 = 4.69 |
2020 |
(827,602 – 786,694)
/ 786,694 x 100 = 5.20 |
(b) Berdasarkan jawapan anda di (a)(i) dan (a)(ii), terangkan hubungan antara kadar pengangguran dengan kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2019 dan tahun 2020. [2 markah]
Kadar pengangguran berhubung secara negatif dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Kadar pengangguran menurun daripada 3.95% pada tahun 2019 kepada 3.07% pada tahun 2020 manakala kadar pertumbuhan ekonomi meningkat daripada 4.69% pada tahun 2019 kepada 5.20% pada tahun 2020.
(c) Hitung pendapatan per kapita pada tahun 2020. [2 markah]
Tahun |
Pendapatan Per
Kapita (RM) |
2019 |
- |
2020 |
827,602 / 29.55 =
28,006.84 |
SOALAN 2:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara Malaysia pada tahun 2021.
Butiran |
RM juta |
Penggunaan
awam |
64,592 |
Penggunaan
swasta |
215,876 |
Pembentukan
modal tetap kasar awam |
55,161 |
Pelaburan
swasta |
43,769 |
Perubahan
stok |
-1,059 |
Eksport
barang dan perkhidmatan |
609,133 |
Import
barang dan perkhidmatan |
492,928 |
Subsidi
|
12,000 |
Pendapatan
faktor bersih luar negeri |
-21,470 |
Cukai
tak langsung |
10,000 |
Susut
nilai |
2,500 |
(a) Hitung
(i) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) harga pasaran. [2 markah]
KDNKhp = RM [64,592 + 215,876 + 55,161 + 43,769 + (-1,059) + 609,133 - 492,928] juta
KDNKhp = RM 494,544 juta
(ii) KDNK kos faktor. [2 markah]
KDNKkf = KDNKhp - Cukai tak langsung + Subsidi
KDNKkf = RM 494,544 - RM 10,000 juta + RM 12,000 juta
KDNKkf = RM 496,544 juta
(iii) Keluaran Negara Kasar (KNK) kos faktor. [2 markah]
KNKkf = KDNKkf + Pendapatan faktor bersih luar negeri
KNKkf = RM 496,544 juta + RM -21,470 juta
KNKkf = RM 475,074 juta
(iv) Keluaran Negara Bersih (KNB) kos faktor. [2 markah]
KNBkf = KNKkf - Susut nilai
KNBkf = RM 475,074 juta - RM2,500 juta
KNBkf = RM 472,574 juta
(b) Mengapakah nilai perubahan stok negatif? [2 markah]
Perubahan stok bernilai negatif kerana nilai stok tahun semasa lebih rendah daripada nilai stok tahun sebelum atau stok awal lebih besar daripada stok akhir.
SOALAN 3:
Maklumat berikut menunjukkan data perbelanjaan agregat sebuah ekonomi (RM juta).
Perbelanjaan
penggunaan |
C
= 475 + 0.6Yd |
Pelaburan
|
I
= 260 |
Perbelanjaan
kerajaan |
G
= 340 |
Cukai
|
T
= 150 |
(a) Terbitkan fungsi perbelanjaan agregat dalam sebutan pendapatan negara. [2 markah]
AE = C + I + G
AE = 475 + 0.6 (Y - 150) + 260 + 340
AE = 985 + 0.6Y
(b) Hitungkan pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. [2 markah]
Y = C + I + G
Y = 475 + 0.6 (Y - 150) +600
Y - 0.6Y = 985
Y = 2,462.50
Maka, pendapatan negara pada tingkat keseimbangan adalah RM 2,462.50 juta.
(c) Sekiranya pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM 2,650 juta,
(i) Hitungkan lompang deflasi atau lompang inflasi yang dialami oleh ekonomi tersebut. [2 markah]
Lompang deflasi / inflasi = Jurang KNK / Pengganda
Lompang deflasi / inflasi = RM (2,650.00 - 2,462.50) juta / (1 / 0.4)
Lompang deflasi / inflasi = RM 187.50 juta / 2.50
Lompang deflasi = RM 75 juta
(ii) Berapakah perubahan cukai yang diperlukan untuk mencapai guna tenaga penuh. [2 markah]
Perubahan penggunaan = MPC x Perubahan cukai
75 = -0.6 x Perubahan cukai
Perubahan cukai = RM -125 juta
Cukai perlu dikurangkan sebanyak RM 125 juta untuk meningkatkan perbelanjaan penggunaan sebanyak RM 75 juta dan meningkatkan perbelanjaan agregat sebanyak RM 75 juta untuk menghapuskan lompang deflasi.
(d) Berdasarkan jawapan anda dalam (c)(i), lakarkan gambar rajah yang menunjukkan keadaan lompang deflasi atau lompang inflasi tersebut. [2 markah]
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!