EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 7


大家好鸭,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 2,里面会含有:

(a) 20 题的 Soalan Objektif

(b) 6 题的 Soalan Esei

(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif

Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN 1:

Antara berikut merupakan langkah untuk mengatasi imbangan pembayaran defisit, kecuali

A. menaikkan nilai mata wang negara.

B. menaikkan tarif terhadap barang import.

C. memberi kredit terpilih kepada sektor eksport.

D. memberi subsidi eksport kepada pengeluar tempatan.

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut sektor ekonomi pada tahun 2017 pada harga tetap pada tahun 2010.

Sektor Ekonomi

RM juta

Pertanian

89,465

Perlombongan

97,563

Perindustrian dan Pembinaan

254,725

Perkhidmatan

50,103

Cukai

601,341

Import

15,030

Keluaran Dalam Negeri Kasar harga pasaran

1,108,227

(Sumber: Laporan Ekonomi 2017/2018, Kementerian Kewangan Malaysia)

Berdasarkan di atas, nilai sumbangan sektor sekunder kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar ialah

A. RM 187,028 juta

B. RM 304,828 juta

C. RM 402,391 juta

D. RM 601,341 juta

SOALAN 3:

Kaedah nilai tambah dapat mengatasi masalah

A. inflasi.

B. susut nilai.

C. terkurang nilai.

D. terlebih anggar.

SOALAN 4:

Perubahan struktur ekonomi bagi sebuah negara boleh diketahui melalui perubahan

A. struktur guna tenaga.

B. taraf hidup penduduk.

C. kadar pertumbuhan ekonomi.

D. peratusan sumbangan setiap sektor ekonomi.

SOALAN 5:

Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dan tabungan bagi sebuah ekonomi dua sektor.

Pendapatan Negara (RM juta)

Tabungan (RM juta)

1,000

-500

2,000

0

3,000

500

Berapakah jumlah perbelanjaan penggunaan isi rumah pada tingkat pendapatan negara RM 5,000 juta? 

A. RM 500 juta

B. RM 1,500 juta

C. RM 2,500 juta

D. RM 3,500 juta

SOALAN 6:

Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan dan pelaburan dalam ekonomi dua sektor.

Fungsi penggunaan dalam ekonomi ini ialah

A. 400 + 0.20Y

B. 200 + 0.25Y

C. 400 + 0.75Y

D. 400 + 0.80Y

SOALAN 7:

Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM 10,500 juta. Jika kerajaan meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM 600 juta dan kecenderungan menabung sut ialah 0.4, berapakah keseimbangan pendapatan negara yang baharu?

A. RM 9,900 juta

B. RM 10,740 juta

C. RM 11,100 juta

D. RM 12,000 juta

SOALAN 8:

Maklumat di bawah menunjukkan data ekonomi tiga sektor bagi sebuah

Perbelanjaan penggunaan

C = 900 + 0.8Yd

Cukai

T = 200

Perbelanjaan kerajaan

G = 250

Pelaburan

I = 350

Sekiranya pendapatan negara guna tenaga penuh ialah RM 7,700, berapakah lompang deflasi?

A. 100

B. 150

C. 200

D. 250

SOALAN 9:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran (AS) bagi sebuah ekonomi.


Pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1 disebabkan oleh

A. pengurangan pelaburan awam.

B. peningkatan kos pengeluaran firma.

C. penemuan sumber bahan mentah baharu.

D. peningkatan cukai barang dan perkhidmatan.

SOALAN 10:

Peralihan keluk permintaan agregat ke kanan dan peralihan keluk penawaran agregat ke kiri disebabkan 

A. kejatuhan kadar bunga dan kenaikan produktiviti pengeluaran. 

B. pengurangan cukai pendapatan dan kejatuhan kosupah buruh.

C. kemasukan pelaburan asing dan kenaikan harga minyak dunia.

D. peningkatan eksport bersih dan penurunan harga input pengeluaran.

SOALAN 11:

Yang manakah fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan 

A. menguruskan bank perdagangan.

B. mengawal kestabilan bank perdagangan.

C. memberi pinjaman terakhir kepada bank perdagangan.

D. mengendalikan pertukaran mata wang asing untuk bank perdagangan.

SOALAN 12:

Teori Kuantiti Wang Fisher mengatakan bahawa

A. jumlah urus niaga bergantung pada tingkat guna tenaga.

B. halaju pusingan wang menurun apabila berlaku kemelesetan ekonomi.

C. pertambahan permintaan wang akan menyebabkan kenaikan harga umum.

D. pertambahan bekalan wang akan menyebabkan kenaikan harga dengan kadar yang sama.

SOALAN 13:

Mengikut Teori Kewangan Keynes, pertambahan penawaran wang dalam keadaan perangkap kecairan menyebabkan

A. tingkat harga meningkat.

B. keluaran negara berkurang.

C. kadar bunga tidak berubah.

D. eksport semakin meningkat.

SOALAN 14:

Andaikan bahawa dalam sebuah ekonomi, penawaran wang ialah RM 10,000, halaju pusingan wang ialah 8, dan keluaran negara ialah 20,000 unit. Jika penawaran wang bertambah sebanyak RM 5,000, harga akan

A. merosot sebanyak RM 2.00.

B. merosot sebanyak RM 6.00.

C. meningkat sebanyak RM 2.00.

D. meningkat sebanyak RM 6.00.

SOALAN 15:

Pembelian sesuatu barang secara kredit dapat dilakukan kerana wang berfungsi sebagai

A. pengukur nilai.

B. simpanan nilai.

C. bayaran tertunda.

D. perantaraan pertukaran.

SOALAN 16:

Yang manakah merupakan faedah perdagangan antarabangsa?

A. Meluaskan pasaran.

B. Mencapai tingkat guna tenaga penuh.

C. Meningkatkan rizab mata wang asing di bank negara. 

D. Menstabilkan nilai mata wang ringgit di pasaran mata wang asing.

SOALAN 17:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran negara sebelum perdagangan antarabangsa (LM) dan selepas perdagangan antarabangsa (KM).

Gambar rajah di atas menunjukkan bahawa negara S akan

A. mengimport 8 unit pakaian.

B. mengeksport 8 unit pakaian.

C. mengeksport 6 unit makanan.

D. mengimport 26 unit makanan.

SOALAN 18:

Yang berikut merupakan sekatan dalam perdagangan antarabangsa, kecuali

A. Embargo.

B. Devaluasi.

C. Subsidi eksport.

D. Kawalan pertukaran asing.

SOALAN 19:

Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran mata wang antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Pound Sterling Great Britain (£) pada tahun 2015, 2017, dan 2018.

Akhir 2015

November 2017

November 2018

£1 = RM 6.59

£1 = RM 5.50

£1 = RM 5.35

Yang manakah pernyataan yang tidak benar?

A. Semakin Ringgit Malaysia melancong ke Great Britain.

B. Output barang buatan Malaysia semakin mahal di Great Britain.

C. Output barang buatan Great Britain semakin mahal di Malaysia.

D. Nilai Ringgit Malaysia semakin meningkat berbanding dengan Pound Sterling Great Britain.

SOALAN 20:

Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran sebuah negara pada tahun 2014 dan tahun 2015.

Butiran

Tahun 2014 (RM juta)

Tahun 2015 (RM juta)

Eksport barangan

678,865

685,398

Import barangan

565,538

575,849

Perkhidmatan

-10,706

-20,985

Pendapatan primer

-36,624

-32,011

Pendapatan sekunder

-17,443

-21,896

Akaun kewangan

-79,954

-50,851

Kesilapan dan ketinggalan

-5,451

21,087

Yang manakah pernyataan yang benar tentang imbangan pembayaran ini?

A. Rizab pertukaran asing semakin berkurang.

B. Lebihan akaun semasa semakin meningkat.

C. Imbangan pembayaran semakin bertambah baik.

D. Imbangan perkhidmatan mengalami pengurangan.

SOALAN ESEI

SOALAN 1:

Yang berikut merupakan situasi makroekonomi di negara Y.

Indeks nilai wang negara Y semakin merosot menyebabkan perubahan nilai wang dalam ekonomi menjadi negatif. Kesannya, kuasa beli wang negara Y turut merosot.

(a) 

(i) Apakah isu makroekonomi yang dihadapai oleh negara Y. [1 markah]

Isu makroekonomi yang dihadapi oleh negara Y adalah masalah inflasi.

(ii) Takrifkan isu makroekonomi yang dihadapai oleh negara Y. [1 markah]

Inflasi adalah satu keadaan kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan.

(b) Huraikan tiga alasan sesebuah negara perlu mengatasi peningkatan harga umum yang berterusan. [8 markah]

Tiga alasan sesebuah negara perlu mengatasi peningkatan harga umum yang berterusan:

- Bagi mengelakkan kos sara hidup masyarakat meningkat.

Kenaikan tingkat harga umum menyebabkan perbelanjaan isi rumah semakin meningkat. Bagi menampung peningkatan sara hidup ini, isi rumah terpaksa menanggung hutang yang meningkat serta tabungan yang semakin merosot.

- Bagi mengelakkan taraf hidup masyarakat menurun.

Kuasa beli pengguna atau pendapatan benar masyarakat akan merosot apabila berlaku kenaikan tingkat harga umum. Kesannya, dengan sejumlah pendapatan yang sama, pengguna hanya dapat menikmati sejumlah barang dan perkhidmatan yang sedikit.

- Bagi mengelakkan pembentukan modal dalam negara terjejas.

Kenaikan tingkat harga umum menyebabkan orang ramai mengeluarkan simpanan dan membeli aset tetap. Kesannya, tabungan masyarakat yang merupakan modal dalam negara akan terus berkurangan.

- Bagi mengelakkan imbangan dagangan atau imbangan akaun semasa terjejas.

Kenaikan tingkat harga umum tempatan menyebabkan harga eksport relatif lebih mahal. Ini menyebabkan permintaan eksport menurun dan permintaan import meningkat. Kesannya, eksport bersih berkurangan dan menjejaskan imbangan dagangan atau imbangan akaun semasa.  

SOALAN 2:

(a) Apakah maksud pendapatan faktor bersih luar negeri? Terangkan bagaimana nilai pendapatan faktor bersih luar negeri mempengaruhi hubungan antara keluaran negara kasar (KNK) dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK). [5 markah]

Maksud pendapatan faktor bersih luar negeri adalah perbezaan nilai penerimaan pendapatan faktor luar negeri dengan pembayaran pendapatan faktor luar negeri.

Persamaan KNK = KDNK + PFbLN atau KDNK = KNK - PFbLN

Hubungan antara KNK dengan KDNK:

- Nilai PFbLN positif, maka KNK lebih besar daripada KDNK.

- Nilai PFbLN negatif, maka KNK lebih kecil daripada KDNK.

- Nilai PFbLN sifar, maka KNK sama dengan KDNK.

(b) Terangkan bagaimana dua faktor yang berikut menyebabkan pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai negatif di sesebuah negara:

(i) Pelaburan langsung asing. [3 markah]

Pelabur asing akan membawa pulang keuntungan daripada pelaburan ke negara masing-masing. Keadaan ini berlaku jika jumlah Foreign Direct Investment (FDI) di sesebuah negara melebihi jumlah pelaburan tempatan yang dibawa masuk ke dalam negara.

(ii) Buruh asing. [2 markah]

Buruh asing akan menghantar pulang upah atau gaji yang diterima ke negara masing-masing. Ini menyebabkan upah yang dihantar pulang oleh buruh asing ke negara mereka melebihi jumlah upah buruh yang dibawa masuk ke dalam negara.

SOALAN 3:

Berbantukan gambar rajah suntikan-bocoran, jelaskan kesan kejatuhan eksport yang melebihi kejatuhan import terhadap keseimbangan pendapatan negara. [10 markah]

- Keseimbangan pendapatan negara suntikan bocoran asal dicapai di titik E0 apabila suntikan bersilang dengan bocoran (I + G + X0 = S + T + M0) pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.

- Penurunan eksport melebihi penurunan import menyebabkan peralihan keluk suntikan lebih besar daripada peralihan keluk bocoran di mana keluk suntikan beralih ke bawah daripada I + G + X0 menjadi I + G + X1, manakala keluk bocoran beralih ke bawah daripada S + T + M0 menjadi S + T + M1.

- Pada Y0, bocoran melebihi suntikan menyebabkan stok bertambah mendorong firma mengurangkan keluaran.

- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan pendapatan negara baharu dicapai di titik E1 apabila I + G + X1 bersilang dengan S + T + Mpada pendapatan negara menurun daripada Y0 kepada Y1 melalui proses pengganda.

SOALAN 4:

Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), huraikan bagaimana dasar kadar diskaun dapat mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. [10 markah]

- Keseimbangan asal berlaku di titik E apabila permintaan agregat bersilang dengan penawaran agregat (AD0 = AS) pada tingkat harga umum P0 dan pendapatan negara Y0.

- Bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi, bank pusat perlu menurunkan kadar diskaun untuk meningkatkan keupayaan bank perdagangan bagi memberi pinjaman.

- Proses penciptaan kredit meningkat dan penawaran wang akan meningkat. 

- Peningkatan penawaran wang menyebabkan kadar bunga turun, pelaburan akan meningkat.

- Peningkatan pelaburan akan menyebabkan perbelanjaan agregat meningkat, pendapatan negara meningkat, dan keluk AD beralih ke kanan dari AD0 ke AD1.

- Pada P0, berlaku lebihan AD sebesar E0a. Stok firma berkurang, tingkat harga umum cenderung untuk naik, firma akan menambahkan keluaran atau output.

- Proses ini berterusan sehingga tiada lagi lebihan AD di pasaran. Imbangan baru dicapai apabila AD1 bersilang dengan AS di titik E1.

- Tingkat harga umum meningkat dari P0 ke P1 dan pendapatan negara bertambah dari Y0 ke Y1.

- Peralihan keluk AD dari AD0 ke AD1 menunjukkan kegiatan ekonomi bertambah dan peningkatan pendapatan negara dari Y0 ke Y1 menunjukkan output meningkat dan masalah kemelesetan ekonomi berkurang.

SOALAN 5:

Terangkan bagaimana dasar kewangan kuantitatif digunakan untuk mengatasi masalah inflasi. [10 markah]

Cara dasar kewangan untuk mengawal inflasi:

- Operasi pasaran terbuka.

Bank pusat akan menjual surat jaminan kerajaan kepada institusi kewangan dan orang ramai. Maka, keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman berkurang, penawaran wang atau bekalan wang berkurang, permintaan agregat berkurang, dan harga turun. Jadi, inflasi dapat diatasi.

- Bank pusat menaikkan kadar bank atau kadar diskaun.

Apabila kadar bank dinaikkan, kos meminjam bank perdagangan meningkat. Bank perdagangan meningkatkan kadar bunga pinjaman kepada orang ramai. Ini mengurangkan orang ramai meminjam, penawaran wang atau bekalan wang berkurang, dan harga akan turun. Jadi, inflasi dapat diatasi.

- Bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun.

Apabila nisbah rizab berkanun dinaikkan, maka kecairan bank perdagangan berkurang. Keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman berkurang. Kesannya, penawaran wang atau bekalan wang menurun menyebabkan permintaan agregat menurun dan harga akan turun. Jadi, inflasi dapat diatasi.

- Bank pusat menaikkan nisbah rizab tunai.

Apabila nisbah rizab berkanun dinaikkan, maka kecairan bank perdagangan berkurang. Keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman berkurang. Kesannya, penawaran wang atau bekalan wang menurun menyebabkan permintaan agregat menurun dan harga akan turun. Jadi, inflasi dapat diatasi.

- Kadar bunga semalaman.

Kadar bunga semalaman ditetapkan lebih tinggi daripada kadar bunga pasaran. Maka, bank perdagangan akan mengenakan kadar bunga lebih tinggi kepada peminjam. Kesannya, pinjaman akan berkurang, permintaan agregat berkurang, dan harga jatuh.

SOALAN 6:

Jelaskan lima bentuk sekatan perdagangan atau alat kawalan import yang dapat memperbaiki imbangan pembayaran defisit. [10 markah]

Lima bentuk sekatan perdagangan yang dapat memperbaiki imbangan pembayaran defisit:

- Tarif.

Tarif adalah cukai yangg dikenakan terhadap barang import. Harga barang import menjadi lebih mahal, import berkurang, maka imbangan pembayaran defisit diperbaiki.

- Kuota.

Kuota iaitu mengehadkan kuantiti maksimum yang boleh diimport. Import yang dibawa masuk terhad kepada kuota yang dibenarkan. Kuantiti import berkurang, dan imbangan pembayaran defisit diperbaiki.

- Kawalan pertukaran asing.

Kerajaan mengehadkan pembelian mata wang asing untuk tujuan import. Kuantiti import berkurang, dan imbangan pembayaran defisit diperbaiki.

- Piawaian tertentu atas barang import.

Kerajaan menetapkan piawaian tertentu atas barang import bagi tujuan keselamatan dan kesihatan. Barang yang tidak memenuhi piawaian dilarang masuk ke dalam negara.  Kuantiti import berkurang, dan imbangan pembayaran defisit diperbaiki.

- Devaluasi.

Kerajaan menurunkan nilai mata wang tempatan. Harga barang import semakin mahal, kuantiti import berkurang, dan imbangan pembayaran defisit diperbaiki.

SOALAN KUANTITATIF

SOALAN 1:

Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna (IHP), jumlah tenaga buruh, dan jumlah guna tenaga sebuah negara dari tahun 2013 hingga tahun 2016.

Tahun

IHP

Tenaga Buruh (‘000 orang)

Guna Tenaga (‘000 orang)

2013

111.4

8,750

8,330

2014

112.1

8,990

8,550

2015

114.0

9,350

8,970

2016

115.6

9,670

9,240

(a) Hitung kadar inflasi dari tahun 2014 hingga tahun 2016. [3 markah]

Tahun

Kadar Inflasi (%)

2014

(112.1 – 111.4) / 111.4 x 100 = 0.63

2015

(114.0 - 112.1) / 112.1 x 100 = 1.69

2016

(115.6 - 114.0) / 114.0 x 100 = 1.40

(b) 

(i) Hitung kadar pengangguran dari tahun 2014 hingga tahun 2016. [3 markah]

Tahun

Kadar Pengangguran (%)

2014

(8,990 – 8,550) / 8,990 x 100 = 4.89

2015

(9,350 – 8,970) / 9,350 x 100 = 4.06

2016

(9,670 – 9,240) / 9,240 x 100 = 4.45

(ii) Adakah negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh? Beri alasan anda. [2 markah]

Negara tersebut tidak mencapai guna tenaga penuh kerana kadar pengangguran melebihi 4%.

(c) Berdasarkan jawapan (a) dan (b)(i), terangkan hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pengangguran. [2 markah]

Kadar inflasi meningkat dari 0.63% pada tahun 2014 kepada 1.69% pada tahun 2015, manakala kadar pengangguran menurun dari 4.89% pada tahun 2014 kepada 4.06% pada tahun 2015.

Kadar inflasi menurun dari 1.69% pada tahun 2015 kepada 1.40% pada tahun 2016, manakala kadar pengangguran meningkat dari 4.06% pada tahun 2015 kepada 4.45% pada tahun 2016.

Oleh itu, hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pengangguran adalah secara songsang atau negatif.

SOALAN 2:

Jadual berikut menunjukkan proses penciptaan kredit yang berlaku dalam sesebuah ekonomi bagi bank yang pertama.

Bank

Deposit Semasa (RM)

Rizab tunai (RM)

Pinjaman (RM)

I

10,000

2,000

8,000

II

X

Y

Z

(a) Jelaskan maksud rizab tunai. [1 markah]

Rizab tunai bermaksud wang tunai yang wajib disimpan oleh bank perdagangan dalam bank sendiri, bank perdagangan lain atau bank pusat.

(b) Berapakah nisbah rizab tunai? [2 markah]

Nisbah rizab tunai = RM (2,000 / 10,000) x 100 

Nisbah rizab tunai = 20%

(c) Andaikan penerima pinjaman menahan RM 1,000 daripada pinjaman yang diterima daripada Bank I. Nyatakan nilai bagi X, Y, dan Z. [3 markah]

X = RM 8,000 - RM 1,000

X = RM 7,000

Y = RM 7,000 x 20%

Y = RM 1,400

Z = RM 7,000 x 80%

Z = RM 5,600

(d) Pelaksanaan dasar kewangan mengembang oleh bank pusat telah menyebabkan kadar rizab tunai berubah sebanyak 10%.

(i) Apakah masalah ekonomi yang sedang berlaku? [1 markah] 

Masalah ekonomi yang sedang berlaku adalah kemelesetan ekonomi.

(ii) Berapakah kadar rizab tunai yang baru? [1 markah] 

Kadar rizab tunai yang baru = 20% - 10%

Kadar rizab tunai yang baru = 10%

(iii) Hitung perubahan jumlah pinjaman jika ekonomi tidak berlaku bocoran wang tunai. [2 markah]

Perubahan jumlah pinjaman 

= RM [10,000 x 90% x (1 / 10%)] - RM [8,000 x (1 / 20%)]

= RM 90,000 - RM 40,000

= RM 50,000

SOALAN 3:

Jadual di bawah menunjukkan butiran imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2016.

Butiran

RM juta

Barang

Kredit (Eksport)

Debit (Import)

 

686,000

584,812

Perkhidmatan

Kredit (Eksport)

    Debit (Import)

 

140,636

163,186

Pendapatan primer bersih (pendapatan bersih)

-34,745

Pendapatan sekunder bersih (pindahan semasa bersih)

-18,724

Akaun modal bersih

99

Pelaburan langsung bersih

17,940

Pelaburan portfolio bersih

-19,676

Derivatif kewangan

-830

Pelaburan lain

-1,659

Kesilapan dan ketinggalan

-6,040

(a) Hitung

(i) Imbangan dagangan. [2 markah]

Imbangan dagangan 

= Kredit (Eksport) - Debit (Import)

= RM 686,000 juta - RM 584,812 juta

= RM 101,188 juta

(ii) Imbangan akaun semasa. [2 markah]

Imbangan akaun semasa

= Imbangan dagangan + Imbangan perkhidmatan + Imbangan primer + Imbangan sekunder

= RM [101,188 + (-22,550) + (-34,745) + (-18,724)] juta

= RM 25,169 juta

(iii) Imbangan pembayaran keseluruhan dan nyatakan keadaan imbangan pembayaran tersebut. [3 markah]

Imbangan pembayaran

= Imbangan akaun semasa + Imbangan modal + Imbangan kewangan + Kesilapan dan ketinggalan

= RM [25,169 + 99 + 17,940 + (-19,676) + (-830) + (-1,659) + (-6,040)] juta

= RM 15,003 juta

Imbangan pembayaran mengalami lebihan atau bernilai positif.

(b) Mengapa imbangan pendapatan primer bersih bernilai negatif. [2 markah]

Imbangan pendapatan primer bersih bernilai negatif kerana nilai keuntungan pelaburan asing di dalam negara lebih tinggi daripada nilai keuntungan pelaburan tempatan di luar negara.

(c) Jelaskan kedudukan Rizab Antarabangsa Malaysia. [1 markah]

Kedudukan rizab antarabangsa Malaysia bernilai negatif iaitu sebanyak RM -15,003 juta.

Hal ini kerana imbangan keseluruhan yang bernilai positif iaitu sebanyak RM 15,003 juta akan diimbangi dengan rizab antarabangsa Malaysia yang bernilai negatif.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1