EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 9


大家好鸭,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 2,里面会含有:

(a)  40 题的 Soalan Objektif

(b)  10 题的 Soalan Esei

Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN 1:

Kadar inflasi yang tinggi menyebabkan

A. nilai wang meningkat.

B. kadar bunga benar meningkat.

C. kos hidup masyarakat menurun.

D. tingkat kebajikan masyarakat menurun.

SOALAN 2:

Antara yang berikut, situasi yang manakah tidak berlaku semasa pengembangan ekonomi dalam kitaran perniagaan? 

A. Pelaburan adalah rendah.

B. Kadar inflasi semakin meningkat.

C. Berlakunya jurang keluaran negara.

D. Kadar pengangguran adalah rendah.

SOALAN 3:

Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pendapatan faktor dari luar negeri, dan pembayaran faktor keluar negeri bagi sebuah ekonomi.

Butiran

RM juta

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

151,550

Pendapatan faktor dari luar negeri

15,420

Pembayaran faktor ke luar negeri

14,090

Berapakah keluaran negara kasar bagi ekonomi tersebut?

A. RM 150,220 juta

B. RM 152,880 juta

C. RM 165,640 juta

D. RM 166,970 juta

SOALAN 4:

Penghitungan pendapatan negara menjadi kurang tepat disebabkan

A. nilai bayaran pindahan tidak dimasukkan dalam penghitungan.

B. nilai barang dan perkhidmatan akhir dimasukkan dalam penghitungan.

C. nilai tambah setiap kegiatan ekonomi diambil kira dalam penghitungan.

D. nilai kegiatan produktif yang tidak dipasarkan tidak diambil kira dalam penghitungan.

SOALAN 5:

Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan jumlah penduduk bagu sebuah ekonomi dari tahun 2014 hingga tahun 2016 (2010 = 100).

Tahun

KDNK benar (RM juta)

Penduduk (‘000 orang)

2014

575,570

15,211

2015

585,955

16,222

2016

602,225

17,301

Pernyataan manakah yang benar mengenai taraf hidup penduduk dalam tempoh tersebut?

A. Taraf hidup penduduk meningkat kerana KDNK meningkat.

B. Taraf hidup penduduk menurun kerana jumlah penduduk meningkat.

C. Taraf hidup penduduk menurun kerana pendapatan per kapita menurun.

D. Taraf hidup penduduk meningkat kerana pertumbuhan KDNK adalah lebih besar daripada pertumbuhan penduduk.

SOALAN 6:

Dalam sebuah ekonomi tertutup, peningkatan pelaburan sebanyak RM 25 juta telah meningkatkan keluaran negara daripada RM 600 juta kepada RM 700 juta. Berapakah kecenderungan mengguna sut bagi ekonomi tersebut?

A. 0.25

B. 0.50

C. 0.75

D. 0.80

SOALAN 7:

Fungsi perbelanjaan agregat ialah AE = 1,530 + 0.75Y. Berapakah tingkat pendapatan negara keseimbangan yang baharu apabila perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM 100 juta?

A. RM 400 juta

B. RM 1,930 juta

C. RM 6,120 juta

D. RM 6,520 juta

SOALAN 8:

Gambar rajah berikut menunjukkan keluk suntikan (I + G + X) dan keluk bocoran (S + T + M) bagi sebuah ekonomi terbuka.

Jika pemboleh ubah suntikan tidak berubah, pendapatan negara pada tingkat Y1 boleh dicapai jika berlaku

A. peningkatan cukai.

B. peningkatan import.

C. peningkatan tabungan.

D. peningkatan penggunaan autonomi.

SOALAN 9:

Data perbelanjaan agregat (RM juta) dalam ekonomi tiga sektor bagi sebuah negara ialah

Perbelanjaan penggunaan

C = 200 + 0.8Yd, dengan Yd = Y – T

Pelaburan

I = 120

Perbelanjaan kerajaan

G = 240

Cukai

T = 125

Jika kerajaan menurunkan cukai sebanyak RM 50 juta, berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara yang baharu?

A. RM 2,100 juta

B. RM 2,250 juta

C. RM 2,350 juta

D. RM 2,500 juta

SOALAN 10:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor.

Jika kecenderungan mengguna sut ialah 0.75, berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?

A. RM 280 juta

B. RM 320 juta

C. RM 800 juta

D. RM 1,120 juta

SOALAN 11:

Keluk penawaran agregat beralih ke kanan disebabkan oleh

A. cukai input meningkat.

B. upah buruh meningkat.

C. produktiviti buruh meningkat.

D. harga bahan mentah meningkat.

SOALAN 12:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan penawaran agregat (AS).

Jika keluk AS0 beralih ke AS1, pada harga P0 akan berlaku

A. lebihan stok.

B. kurangan stok.

C. lebihan permintaan agregat.

D. kurangan penawaran agregat.

SOALAN 13:

Antara ciri wang yang berikut, yang manakah berkaitan dengan takrif wang?

A. tahan lama.

B. diterima umum.

C. nilai yang stabil.

D. penawaran yang terhad.

SOALAN 14:

Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan selepas seorang peniaga mendepositkan cek bernilai RM 20,000.

Aset

Liabiliti

Butiran

RM

Butiran

RM

Rizab

8,000

Deposit semasa

20,000

Pinjaman

12,000

 

 

Jumlah

20,000

Jumlah

20,000

Jika nisbah rizab berkanun berubah kepada 15%, berapakah baki lebihan rizab yang belum dipinjamkan?

A. RM 1,200.00

B. RM 1,800.00

C. RM 3,000.00

D. RM 5,000.00

SOALAN 15:

Yang manakah antara tindakan berikut meningkatkan penciptaan kredit?

A. Bank pusat menurunkan keperluan rizab berkanun.

B. Orang ramai meningkatkan pengeluaran wang tunai.

C. Bank perdagangan memperketatkan keperluan cagaran.

D. Bank perdagangan meningkatkan pegangan lebihan rizab.

SOALAN 16:

Menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, peningkatan pemegangan wang bagi tujuan awasan disebabkan oleh

A. penurunan kadar bunga.

B. peningkatan pendapatan.

C. penurunan tingkat harga.

D. peningkatan kegiatan spekulasi.

SOALAN 17:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran wang bagi sebuah negara.

Yang manakah yang benar tentang pasaran wang pada kadar bunga r1?

A. Lebihan penawaran wang menyebabkan orang ramai menjual bon.

B. Lebihan permintaan wang menyebabkan orang ramai membeli bon.

C. Lebihan penawaran wang menyebabkan orang ramai membeli bon.

D. Lebihan permintaan wang menyebabkan orang ramai menjual bon.

SOALAN 18:

Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran pakaian dan makanan per unit buruh di negara A dan negara B sebelum berlaku perdagangan antarabangsa.

Negara

Pakaian (unit)

Makanan (unit)

A

20

100

B

40

100

Berdasarkan maklumat di atas, pernyataan yang manakah yang benar mengenai faedah berbanding?

A. Negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran makanan.

B. Negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran makanan.

C. Negara A dan negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua barang.

D. Negara A dan negara B tidak mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua barang.

SOALAN 19:

Jadual di bawah menunjukkan data akaun imbangan pembayaran bagi sebuah ekonomi.

Butiran

RM juta

Eksport barang

340

Import barang

130

Perkhidmatan

-82

Pendapatan

-38

Pindahan semasa

-30

Akaun modal

-28

Akaun kewangan

80

Kesilapan dan ketinggalan

-18

Berapakah nilai akaun semasa?

A. RM 32 juta

B. RM 60 juta

C. RM 90 juta

D. RM 94 juta

SOALAN 20:

Masalah defisit dalam imbangan pembayaran boleh diatasi melalui langkah yang berikut, kecuali

A. menurunkan tarif.

B. melaksanakan devaluasi.

C. memberi subsidi eksport.

D. mengawal pertukaran asing.

SOALAN 21:

Kemelesetan ekonomi dapat ditangani melalui langkah-langkah yang berikut kecuali

A. pengurangan kadar cukai.

B. pertambahan perbelanjaan kerajaan.

C. pengurangan nisbah rizab minimum.

D. pembelian sekuriti kerajaan oleh bank perdagangan.

SOALAN 22:

Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara kasar Malaysia pada tahun 2015 mengikut agregat permintaan (pada harga malar 2010).

Butiran

RM juta

Perbelanjaan penggunaan akhir

 

    Awam

146,691

    Swasta

596,184

Pembentukan modal tetap kasar

 

    Awam

99,540

    Swasta

192,847

Perubahan inventori

434

Eksport barang dan perkhidmatan

771,471

Import barang dan perkhidmatan

692,370

KDNK harga pasaran

1,114,797

KNK harga pasaran

1,079,794

Berapakah peratus sumbangan pembentukan modal tetap kasar swasta kepada nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negeri

A. 17.30%

B. 17.33%

C. 17.86%

D. 17.90%

SOALAN 23:

Apabila pendapatan faktor bersih bernilai sifar dan subsidi melebihi cukai tak langsung, maka

A. keluaran negara kasar harga pasaran lebih kecil daripada keluaran negara kasar kos faktor.

B. keluaran negara kasar harga pasaran lebih besar daripada keluaran negara kasar kos faktor.

C. keluaran dalam negeri kasar harga pasaran lebih besar daripada keluaran negara kasar kos faktor.

D. keluaran dalam negeri kasar harga pasaran lebih kecil daripada keluaran negara bersih kos faktor.

SOALAN 24:

Data keluaran negara per kapita dapat menunjukkan

A. agihan pendapatan sesebuah negara.

B. taraf hidup penduduk sesebuah negara.

C. prestasi sektor ekonomi sesebuah negara.

D. kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

SOALAN 25:

Pelaburan autonomi dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut kecuali

A. kadar bunga.

B. pendapatan negara.

C. cukai keuntungan syarikat.

D. jangkaan pulangan pelaburan.

SOALAN 26:

Sekiranya wujud lebihan perbelanjaan agregat dalam sebuah ekonomi tertutup, maka

A. inventori menjadi positif.

B. tingkat guna tenaga berkurang.

C. tingkat kegiatan ekonomi berkembang.

D. imbangan perdagangan semakin kukuh.

SOALAN 27:

Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dan tabungan bagi sebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu.

Pendapatan negara (RM juta)

1,000

2,000

3,000

4,000

Tabungan (RM juta)

-350

-150

50

250

Fungsi penggunaan ialah

A. C = 800 + 0.2Y

B. C = 800 + 0.8Y

C. C = 550 + 0.2Y

D. C = 550 + 0.8Y

SOALAN 28:

Maklumat di bawah menunjukkan data ekonomi tiga sektor bagi sebuah negara.

Cukai tetap

T = 50

Pelaburan

I = 200

Perbelanjaan kerajaan

G = 100

Jika fungsi perbelanjaan penggunaan dalam sebutan pendapatan negara ialah C = 250 - 0.8Y, maka fungsi bocoran bagi ekonomi ini ialah 

A. S + T = -210 + 0.2Y

B. S + T = -250 + 0.2Y

C. S + T = -260 + 0.2Y

D. S + T = -300 + 0.2Y

SOALAN 29:

Fungsi perbelanjaan agregat dalam ekonomi tiga sektor (dalam RM juta) ialah:

AE = 800 + 0.7Y

Apabila berlaku perdagangan antarabangsa, fungsi eksport dan fungsi import masing-masing ialah

X = 300

M = 100 + 0.02Y

Hitung nilai imbangan dagangan ekonomi tersebut

A. RM 125.93 juta

B. RM 137.5 juta

C. RM 237.5 juta

D. RM 312.5 juta

SOALAN 30:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran agregat (AS) bagi sebuah negara.

Penurunan tingkat harga umum dari P0 ke P1 disebabkan oleh

A. pertambahan pelaburan swasta dan kenaikan cukai input.

B. pengurangan kadar bunga dan peningkatan kemasukan buruh asing.

C. pertambahan penawaran wang dan penemuan sumber ekonomi baharu.

D. peningkatan cukai pendapatan dan peningkatan teknologi pengeluaran.

SOALAN 31:

Langkah bank pusat membeli surat jaminan daripada bank-bank perdagangan bertujuan untuk mengatasi masalah

A. pengangguran.

B. imbangan pembayaran.

C. kenaikan tingkat harga umum.

D. terkurang nilai mata wang negara.

SOALAN 32:

Sebuah bank perdagangan menerima deposit semasa daripada seorang pelanggan berjumlah RM 10,000. Jika nisbah rizab minimum ialah 20%, berapakah sumbangan bank perdagangan ini dalam mewujudkan bekalan wang M1?

A. RM 2,000.00

B. RM 5,000.00

C. RM 8,000.00

D. RM 10,000.00

SOALAN 33:

Peningkatan indeks harga pengguna akan menyebabkan perkara-perkara yang berikut berlaku kecuali

A. penurunan taraf hidup.

B. penurunan nilai wang.

C. penurunan bekalan wang.

D. peningkatan kos sara hidup.

SOALAN 34:

Menurut Teori Kuantiti Wang, halaju wang dan jumlah urus niaga adalah tetap. Andaikan halaju wang ialah 6.25 dan jumlah urus niaga ialah 500 juta unit. Jika penawaran wang meningkat daripada RM 400 juta kepada RM 600 juta, maka tingkat harga umum meningkat sebanyak 

A. 20%

B. 25%

C. 40%

D. 50%

SOALAN 35:

Menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pertambahan perbelanjaan penggunaan isi rumah menyebabkan pada kadar bunga asal berlaku

A. lebihan permintaan wang dan masyarakat menjual bon.

B. lebihan penawaran wang dan masyarakat menjual bon.

C. lebihan permintaan wang dan masyarakat membeli bon.

D. lebihan penawaran wang dan masyarakat membeli bon.

SOALAN 36:

Perbelanjaan agregat akan berkurang sekiranya bank pusat

A. melonggarkan kawalan kredit terpilih.

B. mengurangkan nisbah rizab minimum.

C. meningkatkan kadar bunga semalaman.

D. membeli sekuriti kerajaan di pasaran terbuka.

SOALAN 37:

Jadual di bawah menunjukkan jumlah pengeluaran barang A dan barang B dengan menggunakan seunit buruh di negara X dan negara Y.

Negara

Pengeluaran

Barang M (unit)

Barang N (unit)

X

70

30

Y

30

60

Berdasarkan prinsip faedah mutlak

A. negara X mengeksport kedua-dua barang M dan N.

B. negara Y mengeksport kedua-dua barang M dan N.

C. negara Y mengeksport barang M dan mengimport barang N.

D. negara X mengeksport barang M dan mengimport barang N.

SOALAN 38:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D) dan keluk penawaran (S) domestik, keluk penawaran dunia (Sw), dan keluk penawaran dunia selepas tarif (Sw + t) bagi sebuah ekonomi.

Apabila tarif dihapuskan, perbelanjaan ke atas import akan

A. bertambah daripada Q2BCQ3 kepada Q1AGQ4.

B. bertambah daripada Q2EFQ3 kepada Q2BCQ3.

C. berkurang daripada Q1AGQ4 kepada Q2EFQ3.

D. berkurang daripada Q1AGQ4 kepada Q2BCQ3.

SOALAN 39:

Perubahan kadar pertukaran asing daripada USD1 = RN 3.33 kepada USD1 = RM 3.53 menyebabkan

A. Dolar Amerika mengalami susut nilai dan barangan import Malaysia semakin mahal.

B. Dolar Amerika mengalami naik nilai dan barangan eksport Malaysia semakin murah.

C. Ringgit Malaysia mengalami naik nilai dan barangan import Malaysia semakin mahal.

D. Ringgit Malaysia mengalami susut nilai dan barangan eksport Malaysia semakin mahal.

SOALAN 40:

Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran sebuah negara pada tahun 2015 dan tahun 2016.

Butiran

Tahun 2016 (RM juta)

Barangan f.o.b (bersih)

50,861

Perkhidmatan bersih

-8,348

Pendapatan primer bersih

-13,638

Pendapatan sekunder bersih

-11,325

Akaun modal

-1,106

Akaun kewangan

-27,391

Kesilapan dan ketinggalan

3,699

Berapakah imbangan akaun semasa?

A. RM -7,248 juta

B. RM 6,444 juta

C. RM 17,550 juta

D. RM 42,513 juta

SOALAN ESEI

SOALAN 1:

Dengan berbantukan jadual berangka,

(a) jelaskan konsep nilai ditambah. [8 markah]

Nilai ditambah bermaksud tambahan nilai sesuatu barang yang diwujudkan oleh sesuatu aktiviti ekonomi.

Jenis Kegiatan

Nilai Keluaran (RM)

Nilai Ditambah (RM)

Aktiviti pembalakan

100

100 – 0 = 100

Membuat papan

150

150 – 100 = 50

Membuat perabot

300

300 – 150 = 150

Menjual perabot

350

350 – 300 = 50

Jumlah nilai ditambah

350

Dalam aktiviti pembalakan, nilai ditambah ialah RM 100, iaitu RM 100 - RM 0.

Aktiviti membuat papan telah menghasilkan nilai ditambah sebanyak RM 50, iaitu RM 150 - RM 100.

Apabila papan diproses menjadi perabot, nilai ditambah sebanyak RM 150, iaitu RM 300 - RM 150.

* Penjualan perabot telah menghasilkan nilai ditambah sebanyak RM 50, iaitu RM 350 - RM 300.

* Jumlah nilai ditambah = RM (100 + 50 + 150 + 50) = RM 350.00

* Didapati jumlah nilai ditambah sama dengan nilai keluaran akhir, iaitu jualan perabot sebanyak RM 350.

(b) tunjukkan bagaimana nilai sumbangan sektor ekonomi dapat dihitung. [2 markah]

Nilai sumbangan sektor utama = Aktiviti pembalakan 

Nilai sumbangan sektor utama = RM 100.00


Nilai sumbangan sektor kedua = Membuat papan + Membuat perabot

Nilai sumbangan sektor kedua = RM 50.00 + RM 150.00

Nilai sumbangan sektor kedua = RM 200.00


Nilai sumbangan sektor ketiga = Menjual perabot

Nilai sumbangan sektor ketiga = RM 50.00

SOALAN 2:

"Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan kadar pengangguran Malaysia mencapai 5% pada tahun 2020." Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan

(a) isu makroekonomi yang telah berlaku. [2 markah] 

Pengangguran, iaitu keadaan apabila tenaga buruh ingin bekerja pada tingkat upah tertentu, tetapi tidak mendapat pekerjaan.

(b) matlamat makroekonomi yang ingin dicapai. [2 markah] 

Guna tenaga penuh, iaitu satu keadaan apabila kadar pengangguran kurang daripada 4%.

(c) tiga sebab matlamat di (b) perlu dicapai. [6 markah] 

Sebab guna tenaga penuh perlu dicapai:

- Mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Semasa guna tenaga penuh, output negara berada pada tahap maksimum dan pendapatan negara potensi tercapai.

- Mencapai taraf hiduo yang tinggi atau Mengurangkan kemiskinan.

Semasa guna tenaga penuh, penduduk mempunyai pekerjaan dan pendapatan rakyat meningkat.

- Mengelakkan pembaziran sumber.

Semasa guna tenaga penuh, sumber telah digunakan secara optimum dan tidak menjejaskan kemahiran buruh.

- Masalah sosial berkurangan.

Semasa guna tenaga penuh, rakyat mendapat pekerjaan dan pendapatan, dan masalah jenayah dapat dikurangkan.

SOALAN 3:

Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana keseimbangan pasaran wang tercapai. [10 markah]

- Pada kadar bunga r1, pasaran berlaku lebihan permintaan wang. Masyarakat menjual bon dan harga bon jatuh. Ini menyebabkan kadar bunga naik sehingga mencapai keseimbangan di titik E pada kadar bunga r.

-  Pada kadar bunga r2, pasaran berlaku lebihan penawaran wang. Masyarakat membeli bon dan harga bon naik. Ini menyebabkan kadar bunga turun sehingga mencapai keseimbangan di titik E pada kadar bunga r.

- Keseimbangan pasaran wang tercapai di titik E apabila keluk MD bersilang dengan keluk MS dengan kadar bunga r.

SOALAN 4:

Dengan berbantukan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jelaskan bagaimana kenaikan kadar bank dapat mengatasi masalah inflasi. [10 markah]

- Keseimbangan asal apabila AD0 bersilang dengan keluk AS di titik E0 pada harga P0 dan keluaran negara benar Y0.

- Ekonomi berlaku masalah inflasi. 

- Kenaikan kadar bank menyebabkan kos pinjaman meningkat, pinjaman berkurang, bekalan wang jatuh. 

- Maka, kadar bunga meningkat, pelaburan berkurang, dan AD menurun.

- Oleh itu, keluk permintaan agregat beralih ke kiri dari AD0 kepada AD1.

- Pada P0, ekonomi berlaku kurangan AD dan menyebabkan harga turun dan firma mengurangkan keluaran.

- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru tercapai apabila AD1 = AS di titik E1.

- Kesannya, harga menurun dari P0 ke P1 dan pendapatan negara menurun dari Y0 ke Y1.

- Maka, penurunan harga menunjukkan masalah inflasi telah diatasi.

SOALAN 5:

Dengan menggunakan gambar rajah aliran pusingan pendapatan, jelaskan peranan pelaku ekonomi dalam ekonomi tiga sektor. [10 markah]

Peranan isi rumah:

- Menawarkan faktor pengeluaran kepada firma dan mendapat pendapatan (Y) iaitu upah, sewa, bunga, dan untung iaitu aliran (1).

- Membeli barang dan perkhidmatan daripada firma iaitu perbelanjaan penggunaan (C) iaitu aliran (2).

- Membayar cukai (T) kepada kerajaan iaitu aliran (3).

Peranan firma:

- Membayar kepada isi rumah (C) kerana membeli faktor pengeluaran untuk kegiatan pengeluaran, yang ditunjukkan aliran (1).

- Melakukan pelaburan (I) seperti membeli barang modal iaitu aliran (6).

- Membayar cukai (T) kepada kerajaan iaitu aliran (3).

Peranan kerajaan:

- Melakukan perbelanjaan kerajaan (G) kepada isi rumah dan firma iaitu aliran (4).

- Memungut cukai (T) daripada isi rumah dan firma iaitu aliran (3).

SOALAN 6:

(a) Jelaskan konsep bekalan wang M1 dan M2. [6 markah]

Bekalan wang M1 adalah pengertian wang secara sempit. Ia terdiri daripada mata wang dalam edaran dan deposit permintaan dalam bank perdagangan.

Bekalan wang M2 adalah pengertian wang secara luas. Ia terdiri daripada bekalan wang M1 dan separa wang atau wang hampir atau separuh wang atau deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank perdagangan. 

(b) "Kenaikan nisbah rizab tunai minimum mengurangkan nilai pengganda wang." Jelaskan pernyataan ini. [4 markah]

Pengganda wang = (1 / Nisbah rizab minimum)

Andaikan nisbah rizab minimum ialah 10%, pengganda wang = 1 / 10% = 10

Apabila nisbah rizab minimum meningkat kepada 20%, pengganda wang = 1 / 20% = 5

Maka, kenaikan nisbah rizab minimum dari 10% ke 20% telah mengurangkan nilai pengganda wang dari 10 ke 5.

SOALAN 7:

Dengan menggunakan pendekatan AE-Y, jelaskan bagaimana perubahan penggunaan autonomi mewujudkan lompang deflasi. [10 markah]

- Keseimbangan asal dicapai di titik Ef apabila Y = AEf dengan pendapatan negara Yf.

- Pendapatan negara potensi ialah Yf. Pada Yf, ekonomi mencapai guna tenaga penuh.

- Pengurangan penggunaan autonomi menyebabkan penggunaan berkurang dan AE jatuh.

- Keluk perbelanjaan kerajaan beralih ke bawah dari AEf ke AE1.

- Pada Yf, ekonomi berlaku kurangan AE.

- Inventori bernilai positif menyebabkan firma mengurangkan pengeluaran.

- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila Y = AE1.

- Kesannya, pendapatan negara berkurang dari Yf ke Y1.

- Maka, lompang deflasi sebanyak EfQ berlaku.

SOALAN 8:

Dengan berbantukan gambar rajah W-J, jelaskan kesan pembelian bon oleh bank pusat yang melebihi kesan penurunan kadar bunga tabungan terhadap keseimbangan pendapatan negara. [10 markah]

- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila J0 = W0 dengan pendapatan negara keseimbangan asal Y0.

- Pembelian bon oleh bank pusat menyebabkan penawaran wang bertambah, kadar bunga jatuh, pelaburan meningkat, dan suntikan bertambah.

- Maka, keluk suntikan beralih ke atas dari J0 ke J1.

- Penurunan kadar bunga tabungan menyebabkan pulangan tabungan berkurang, tabungan jatuh, dan bocoran menurun.

- Maka, keluk bocoran beralih ke bawah dari W0 ke W1.

- Pada Y0, ekonomi berlaku lebihan suntikan. 

- Stok bernilai negatif dan firma akan menambahkan output. 

- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila J1 = W1.

- Kesannya, pendapatan negara Malaysia bertambah dari Y0 ke Y1.

SOALAN 9:

Jelaskan empat faktor yang mengakibatkan bekalan wang gagal mencapai tingkat maksimum selepas tamatnya proses penciptaan wang. [10 markah]

- Bank pusat menaikkan nisbah rizab tunai.

Bank perdagangan memegang lebih banyak rizab. Ini menyebabkan pinjaman dan deposit semasa berkurang, penciptaan kredit terjejas dan bekalan wang gagal mencapai tingkat maksimum.

- Bocoran wang tunai.

Penyimpan menggunakan wang tunai untuk urus niaga. Ini menyebabkan pinjaman dan deposit semasa berkurang, penciptaan kredit terjejas dan bekalan wang gagal mencapai tingkat maksimum.

- Kekurangan cagaran.

Nilai cagaran tidak mencukupi. Ini menyebabkan pinjaman dan deposit semasa berkurang, penciptaan kredit terjejas dan bekalan wang gagal mencapai tingkat maksimum.

- Keadaan ekonomi dan politik tidak stabil.

Suasana pelaburan kurang baik. Ini menyebabkan pinjaman dan deposit semasa berkurang, penciptaan kredit terjejas dan bekalan wang gagal mencapai tingkat maksimum.

- Dasar bank menjaga keteguhan bank.

Bank mencatukan kredit. Ini menyebabkan pinjaman dan deposit semasa berkurang, penciptaan kredit terjejas dan bekalan wang gagal mencapai tingkat maksimum.

SOALAN 10:

Dengan berbantukan gambar rajah, jelaskan proses pembentukan keluk permintaan wang (MD). [10 markah]

Jumlah permintaan wang dalam ekonomi diperolehi dengan mencampurkan permintaan wang untuk tujuan urus niaga, awasan, dan spekulasi secara mendatar.

- Pada kadar bunga r0, jumlah permintaan wang untuk tujuan urus niaga dan awasan ialah M0 dan jumlah permintaan wang untuk spekulasi ialah M2. Dengan itu, jumlah permintaan wang ialah sebanyak M0 + M2, ditunjukkan oleh titik A.

- Pada kadar bunga r1, jumlah permintaan wang untuk tujuan urus niaga dan awasan ialah M0 dan jumlah permintaan wang untuk spekulasi ialah M1. Dengan itu, jumlah permintaan wang ialah sebanyak M0 + M1, ditunjukkan oleh titik B.

- Apabila titik A dan titik B disambungkan, keluk permintaan wang terbentuk.

- Keluk permintaan wang bercerun ke bawah dari kiri ke kanan atau hubungan antara kadar bunga dengan permintaan wang adalah songsang.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

评论

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1