EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 3
(a) 20 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Yang berikut merupakan peranan kerajaan dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor kecuali
A. membuat pelaburan awam.
B. membayar hutang kerajaan.
C. perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan.
D. mengenakan cukai kepada isi rumah dan firma.
SOALAN 2:
Perbezaan antara Keluaran Negara Bersih pada kos faktor dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran disebabkan oleh
A. susut nilai, cukai langsung, dan subsidi.
B. eksport bersih, susut nilai, dan cukai tak langsung.
C. pendapatan faktor bersih dari luar negeri, cukai tak langsung, dan subsidi.
D. pendapatan faktor bersih dari luar negeri, susut nilai, cukai tak langsung, dan subsidi.
SOALAN 3:
Antara yang berikut, yang manakah tidak menjadi masalah dalam penghitungan pendapatan negara?
A. Pengumpulan data.
B. Penghitungan dua kali.
C. Penjumlahan penduduk.
D. Pewujudan barang haram.
SOALAN 4:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dalam sebuah ekonomi.
Butiran |
Nilai (RM juta) |
Keluaran
Dalam Negeri Kasar Harga Pasaran |
9,800 |
Subsidi
|
300 |
Cukai
tak langsung |
2,200 |
Susut
nilai |
80 |
Pendapatan
faktor bersih luar negeri |
400 |
Berdasarkan jadual di atas, hitung pendapatan negara?
A. RM 7,420 juta
B. RM 8,220 juta
C. RM 12,020 juta
D. RM 12,780 juta
SOALAN 5:
Maklumat di bawah menunjukkan data ekonomi terbuka (RM juta) bagi sebuah ekonomi.
Penggunaan |
C
= 300 + 0.8Yd dengan Yd = Y – T |
Pelaburan
|
I
= 200 |
Perbelanjaan
kerajaan |
G
= 300 |
Cukai |
T
= 50 |
Eksport
|
X
= 150 |
Import
|
M
= 20 + 0.01Y |
Fungsi bocoran dalam ekonomi tersebut ialah
A. W = -240 + 0.21Y
B. W = -260 + 0.79Y
C. W = -210 + 0.21Y
D. W = -220 + 0.23Y
SOALAN 6:
Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi pelaburan (I) dan fungsi tabungan (S) bagi sebuah ekonomi dua sektor.
Berapakah kecenderungan mengguna sut?
A. 0.17
B. 0.30
C. 0.60
D. 0.57
SOALAN 7:
Apabila pelaburan melebihi tabungan, maka
A. kadar bunga meningkat.
B. nilai pengganda mengecil.
C. pendapatan negara meningkat.
D. tingkat harga umum meningkat.
SOALAN 8:
Gambar rajah di bawah menunjukkan ekonomi akan berada pada tingkat guna tenaga penuh pada Yf.
Jika Yf = 380 dan kecenderungan mengguna sut ialah 0.75, berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan yang mesti ditambah untuk mencapai guna tenaga penuh?
A. RM 15 juta
B. RM 60 juta
C. RM 95 juta
D. RM 320 juta
SOALAN 9:
Menurut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), peralihan keluk permintaan agregat ke kanan yang lebih besar daripada peralihan keluk penawaran agregat ke kanan menyebabkan
A. pendapatan negara dan tingkat harga umum menurun.
B. pendapatan negara dan tingkat harga umum meningkat.
C. pendapatan negara meningkat dan tingkat harga umum menurun.
D. pendapatan negara menurun dan tingkat harga umum meningkat.
SOALAN 10:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan kekuk penawaran agregat (AS) sebuah ekonomi.
Peningkatan pelaburan asing menyebabkan keluk AD beralih dari AD0 ke AD1. Pada harga P0 berlaku
A. lebihan inventori dan menyebabkan harga menurun.
B. lebihan inventori dan menyebabkan harga meningkat.
C. kurangan inventori dan menyebabkan harga menurun.
D. kurangan inventori dan menyebabkan harga meningkat.
SOALAN 11:
Perubahan nilai wang diukur berdasarkan perubahan dalam
A. kadar bunga.
B. kadar inflasi.
C. penawaran wang.
D. indeks harga pengguna.
SOALAN 12:
Proses penciptaan kredit akan berkurang jika
A. bank pusat menurunkan nisbah rizab berkanun.
B. orang ramai tidak suka menggunakan kad kredit.
C. bank perdagangan meminjamkan semua lebihan rizab.
D. bank perdagangan meningkatkan syarat keperluan cagaran pinjaman.
SOALAN 13:
Andaikan dalam sebuah ekonomi.
Penawaran
wang (M) |
RM 600 juta |
Halaju
wang (V) |
4 |
Jumlah
urus niaga (T) |
240 juta unit |
Menurut Teori Kuantiti Wang, peningkatan penawaran wang kepada RM 750 juta menyebabkan harga meningkat daripada
A. RM 8.50 ke RM 10.00
B. RM 10.00 ke RM 12.50
C. RM 12.50 ke RM 15.00
D. RM 15.00 ke RM 17.50
SOALAN 14:
Menurut Keynes, tambahan bekalan wang akan menyebabkan
A. kadar bunga menurun manakala pelaburan, perbelanjaan agregat, dan pendapatan negara meningkat.
B. kadar bunga meningkat manakala pelaburan, perbelanjaan agregat, dan pendapatan negara menurun.
C. tingkat harga meningkat manakala pelaburan, perbelanjaan agregat, dan pendapatan negara menurun.
D. tingkat harga menurun manakala pelaburan, perbelanjaan agregat, dan pendapatan negara meningkat.
SOALAN 15:
Untuk mengatasi masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi, dasar kewangan kuantitatif yang sesuai dilaksanakan oleh bank pusat adalah
A. meningkatkan kadar diskaun.
B. mengurangkan nisbah mudah tunai.
C. melonggarkan kawalan kredit terpilih.
D. menjual bon dalam operasi pasaran terbuka.
SOALAN 16:
Jadual berikut menunjukkan kombinasi keluaran makanan dan pakaian bagi negara X dan negara Y yang menggunakan kuantiti faktor secara cekap.
Negara |
Makanan (unit) |
Pakaian (unit) |
X |
25 |
150 |
Y |
15 |
120 |
Kos lepas bagi 1 unit makanan di negara X dan negara Y masing-masing ialah
|
Negara X |
Negara Y |
A. |
0.17 |
1.125 |
B. |
0.125 |
0.17 |
C. |
6 |
8 |
D. |
8 |
6 |
SOALAN 17:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD), keluk penawaran sebelum perdagangan (SS), keluk penawaran sebelum tarif (Sw), dan keluk penawaran selepas tarif (Sw+T) bagi barang X oleh penduduk Malaysia.
Sekiranya kerajaan mengenakan tarif, berapakah hasil yang diterima oleh kerajaan.
A. RM 18 ribu
B. RM 15 ribu
C. RM 12 ribu
D. RM 8 ribu
SOALAN 18:
Jadual berikut menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) dengan mata wang Dolar Singapura (S$) dan Pound Sterling (£) bagi tahun 2017.
Kadar Pertukaran |
RM per unit mata
wang asing |
RM / S$ |
3.1519 |
RM / |
5.5217 |
Berdasarkan jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa
A. £1 = S$1.7519
B. £1 = S$1.5708
C. £1 = S$1.3172
D. £1 = S$1.1811
SOALAN 19:
Keluk permintaan terhadap Ringgit Malaysia akan beralih ke kanan apabila
A. inflasi berlaku di Malaysia.
B. pendapatan per kapita Malaysia meningkat.
C. pelaburan langsung asing ke Malaysia bertambah.
D. semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara.
SOALAN 20:
Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2018 dan 2019.
Butiran |
Tahun 2018 (RM
juta) |
Tahun 2019 (RM
juta) |
Barang |
114,621 |
123,334 |
Perkhidmatan |
-17,515 |
-10,922 |
Pendapatan |
-45,082 |
-40,267 |
Pindahan
semasa |
-19,729 |
-21,294 |
Akaun
modal |
-89 |
331 |
Akaun
kewangan |
11,430 |
-33,796 |
Kesilapan
dan ketinggalan |
-35,878 |
-8,969 |
Aset
rizab |
-7,758 |
-8,416 |
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)
Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang data di atas pada tahun 2019 berbanding dengan tahun 2018?
A. Malaysia mengalami imbangan akaun semasa lebihan yang semakin meningkat.
B. Malaysia mengalami imbangan pembayaran kurangan yang semakin meningkat.
C. Malaysia mengalami imbangan dagangan lebihan yang semakin meningkat.
D. Malaysia mempunyai lebihan rizab yang semakin meningkat.
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
Huraikan dua dasar makroekonomi yang boleh dijalankan untuk menstabilkan ekonomi negara semasa inflasi. [10 markah]
- Dasar fiskal.
Perubahan cukai dan perbelanjaan kerajaan, dasar fiskal mengembang dan menguncup.
- Dasar kewangan.
Perubahan penawaran wang atau bekalan wang dan kadar bunga oleh bank pusat kadar kewangan mengembang dan menguncup.
- Kawalan langsung.
Penetapan harga minimum dan maksimum import , eksport, dan kawalan upah.
- Dasar sebelah penawaran.
Galakan penyelidikan dan pembangunan, peningkatan teknologi, dan peningkatan kecekapan.
SOALAN 2:
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Negara Kasar. [2 markah]
Keluaran Negara Kasar adalah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor-faktor pengeluaran milik sesebuah negara.
(b) Terangkan hubungan antara,
(i) Keluaran Negara Kasar (KNK) dengan Keluaran Negara Bersih (KNKb). [3 markah]
- Hubungan antara KNK dengan KNKb adalah susut nilai.
- Apabila susut nilai barang modal meningkat, KNKb kurang daripada KNK.
- Apabila susut nilai barang modal menurun, KNKb lebih daripada KNK.
(ii) Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp) dengan Keluaran Negara Kasar pada kos faktor (KNKkf). [5 markah]
- Rumus: KNKkf = KNKhp - Cukai tak langsung + Subsidi
-Hubungan KNKhp dengan KNKkf ialah cukai tak langsung dan subsidi.
- Apabila cukai tak langsung melebihi subsidi, KNKhp lebih tinggi dari KNKkf.
- Apabila cukai tak langsung lebih rendah subsidi, KNKhp lebih rendah dari KNKkf.
- Apabila cukai tak langsung sama dengan subsidi, KNKhp sama dengan KNKkf.
SOALAN 3:
Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding nilai mata wang asing sekarang menyebabkan kos input yang diimport semakin mahal. Dengan menggunakan gambar rajah, permintaan-penawaran agregat (AD-AS), huraikan kesan keadaan tersebut terhadap keseimbangan harga dan pendapatan negara. [10 markah]
- Keseimbangan asal dicapai pada E0, keluk permintaan agregat bersilang dengan penawaran agregat pada P0 dan tingkat pendapatan negara Y0.
- Apabila kejatuhan nilai Ringgit Malaysia menyebabkan kos input diimport meningkat.
- Oleh itu, kos pengeluaran firma meningkat.
- Maka, firma mengurangkan stok, keluk penawaran AS ke kiri beralih ke kiri dari AS0 ke AS1.
- Pada harga P0, lebihan AD berlaku sebanyak AE0.
- Ini menyebabkan stok turun, harga meningkat.
- Firma akan meningkatkan output sehingga mencapai keseimbangan baru pada E1 apabila keluk permintaan agregat bersilang dengan penawaran agregat pada P1 dan tingkat pendapatan negara Y1.
- Kesannya, harga meningkat dari P0 ke P1 dan pendapatan negara merosot dari Y0 ke Y1.
SOALAN 4:
Dengan menggunakan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), terangkan bagaimana peningkatan perbelanjaan kerajaan boleh mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. [10 markah]
- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila keluk perbelanjaan agregat (AE) bersilang dengan keluk pendapatan (Y = AE) pada pendapatan negara Y0.
- Peningkatan perbelanjaan kerajaan menyebabkan AE meningkat dari AE0 ke AE1.
- Pada pendapatan negara Y0, berlaku lebihan perbelanjaan agregat sebanyak E0F.
- Ini menyebabkan inventori turun, harga meningkat.
- Maka, firma menambahkan keluaran.
- Keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila keluk AE1 bersilang dengan keluk Y.
- Kesannya, pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1.
- Peningkatan pendapatan negara sebanyak Y0Y1 menunjukkan kemelesetan ekonomi diatasi.
SOALAN 5:
Jelaskan bagaimana bank pusat menggunakan nisbah rizab berkanun untuk mengurangkan kadar inflasi yang tinggi. [10 markah]
- Bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun.
- Keupayaan bank perdagangan mencipta kredit menurun.
- Pinjaman berkurang atau deposit semasa berkurang.
- Penawaran wang atau bekalan wang berkurang.
- Kadar bunga meningkat.
- Pelaburan berkurang.
- Pendapatan negara berkurang.
- Permintaan agregat berkurang.
- Tingkat harga umum turun dan inflasi dapat diatasi.
SOALAN 6:
Jelaskan empat sebab Ringgit Malaysia mendapat permintaan daripada rakyat Jepun. [10 markah]
- Rakyat Jepun membeli barang atau perkhidmatan Malaysia.
Rakyat Jepun yang membeli barang atau perkhidmatan dari negara Malaysia seperti membeli pakaian atau baju perlu membayar dengan menggunakan mata wang nilai Ringgit Malaysia, maka wujud permintaan terhadap RM.
- Rakyat Jepun membuat perjalanan ke Malaysia.
Rakyat Jepun datang melancong atau belajar atau berubat ke Malaysia memerlukan mata wang nilai RM untuk membayar perbelanjaan seperti sewa hotel, pengangkutan, yuran atau kos rawatan, maka wujud permintaan terhadap RM.
- Rakyat Jepun membuat pelaburan ke Malaysia.
Rakyat Jepun yang membuat pelaburan di Malaysia perlu membayar dengan menggunakan nilai Ringgit Malaysia untuk membeli bahan mentah atau membayar gaji pekerja, maka wujud permintaan terhadap RM.
- Rakyat Jepun membuat bayaran pindahan atau menghantar kiriman wang ke Malaysia.
Kiriman wang dan bayaran pindahan mesti dilakukan dalam mata wang nilai Ringgit Malaysia supaya penerima boleh menggunakannya di Malaysia. Contohnya, bayaran yuran dan perbelanjaan kepada anak mereka yang berada di Malaysia.
- Rakyat Jepun berspekulasi terhadap mata wang nilai Ringgit Malaysia.
Apabila mata wang nilai Ringgit Malaysia dijangka naik nilai, maka semakin banyak mata wang RM diminta oleh rakyat Jepun untuk memperoleh keuntungan, maka wujud permintaan terhadap RM.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Maklumat di bawah menunjukkan maklumat pendapatan negara bagi sesebuah ekonomi tertutup.
Tabungan
|
S
= -200 + 0.2Yd |
Cukai |
T
= 50 |
Pelaburan
|
I
= 100 |
Perbelanjaan
kerajaan |
G
= 150 |
(a) Nyatakan fungsi tabungan dan fungsi penggunaan dalam sebutan Y. [2 markah]
Fungsi tabungan: S = -200 + 0.2Yd S = -200 + 0.2 (Y - T) S = -200 + 0.2 (Y - 50) S = -200 + 0.2Y - 10 S = -210 + 0.2Y |
Fungsi
penggunaan: C = 200 + 0.8Yd C = 200 + 0.8 (Y - T) C = 200 + 0.8 (Y - 50) C = 200 + 0.8Y - 40 C = 160 + 0.8Y |
(b) Hitung:
(i) Tingkat keseimbangan pendapatan negara. [2 markah]
S + T = I + G atau Y = AE
-210 + 0.2Y + 50 = 100 + 150
-160 + 0.2Y = 250
0.2Y = 410
Y = 2,050
Maka, tingkat keseimbangan pendapatan negara adalah RM 2,050 juta.
(ii) Jumlah penggunaan pada tingkat keseimbangan. [1 markah]
C = 160 + 0.8Y
C = 160 + 0.8 (2,050)
C = 160 + 1,640
C = 1,800
Maka, jumlah penggunaan pada tingkat keseimbangan adalah RM 1,800 juta.
(iii) Peratus sumbangan penggunaan terhadap pendapatan negara. [2 markah]
Peratus sumbangan penggunaan terhadap pendapatan negara
= Jumlah penggunaan / Pendapatan bersih x 100
= RM 1,800 juta / RM 2,050 juta x 100
= 87.80%
(c) Jika cukai meningkat sebanyak RM 30 juta, hitung:
(i) perubahan penggunaan. [1 markah]
Perubahan penggunaan = MPC x Perubahan cukai
Perubahan penggunaan = 0.8 x 30
Perubahan penggunaan = RM -24 juta
(ii) perubahan pendapatan negara. [1 markah]
Perubahan pendapatan negara = Pengganda x Perubahan penggunaan
Perubahan pendapatan negara = 1 / MPS x Perubahan penggunaan
Perubahan pendapatan negara = 1 / 0.2 x 24
Perubahan pendapatan negara = RM -120 juta
(iii) keseimbangan pendapatan negara baharu. [1 markah]
Keseimbangan pendapatan negara baharu
= RM 2,050 + (RM -120)
= RM 1,930 juta
SOALAN 2:
Bank A telah menerima deposit semasa baharu sebanyak RM 50,000 daripada seorang peniaga dan bank tersebut tidak mempunyai lebihan rizab. Bank pusat menetapkan rizab tunai kepada semua bank perdagangan sebanyak 20%.
(a) Bina kunci kira-kira Bank A. [2 markah]
Kunci Kira-Kira
Bank A |
|||
Butiran |
RM |
Butiran |
RM |
Rizab
|
10,000 |
Deposit
semasa |
50,000 |
Pinjaman
|
40,000 |
|
|
|
50,000 |
|
50,000 |
(b) Hitung jumlah pinjaman selepas penciptaan kredit berlaku sepenuhnya. [2 markah]
Jumlah pinjaman = 40,000 / 0.2
Jumlah pinjaman = RM 200,000
(c) Hitung tambahan bekalan wang yang dapat diwujudkan oleh ekonomi itu. [2 markah]
Tambahan bekalan wang yang dapat diwujudkan
= RM (50,000 / 0.2) - RM 50,000
= RM 250,000 - RM 50,000
= RM 200,000
(d) Jika bank pusat mengurangkan rizab tunai kepada 10%,
(i) hitung pengganda wang sebelum dan selepas pengurangan rizab tunai. [2 markah]
Pengganda wang sebelum pengurangan rizab tunai = 1 / 0.2
Pengganda wang sebelum pengurangan rizab tunai = 5
Pengganda wang selepas pengurangan rizab tunai = 1 / 0.1
(ii) hitung perubahan jumlah pinjaman selepas pencipataan kredit berlaku sepenuhnya. [2 markah]
Perubahan jumlah pinjaman = Jumlah pinjaman baru - Jumlah pinjaman asal
Perubahan jumlah pinjaman = (45,000 x 10) - (40,000 x 5)
Perubahan jumlah pinjaman = RM 250,000
SOALAN 3:
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing, eksport, dan import antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dari tahun 2014 hingga tahun 2016.
Tahun |
Kadar Pertukaran
Asing bagi US$ 100 |
Eksport (RM juta) |
Import (RM juta) |
2014 |
327.18 |
44,352 |
28,944 |
2015 |
330.06 |
48,672 |
30,938 |
2016 |
334.45 |
53,106 |
34,817 |
(a) Adakah Ringgit Malaysia (RM) mengalami susut nilai atau naik nilai berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD)? Terangkan. [2 markah]
Ringgit Malaysia mengalami susut nilai kerana semakin banyak RM diperlukan untuk memperoleh US$100.
(b)
(i) Terangkan kesan perubahan kadar pertukaran RM berbanding USD terhadap aliran eksport Malaysia dari tahun 2014 hingga tahun 2016. [2 markah]
Ringgit Malaysia mengalami susut nilai kerana arah aliran eksport Malaysia ke Amerika Syarikat semakin meningkat dari RM 40,287 juta kepada RM 53,106 juta antara tahun 2014 hingga tahun 2016.
(ii) Adakah jawapan (b)(i) selaras dengan teori ekonomi tentang eksport? Jelaskan. [2 markah]
Selaras, sebab RM susut nilai menyebabkan harga eksport secara relatif lebih murah. Oleh itu, eksport meningkat.
(c)
(i) Terangkan kesan perubahan kadar pertukaran RM berbanding USD terhadap aliran import Malaysia dari tahun 2014 hingga tahun 2016. [2 markah]
Ringgit Malaysia mengalami susut nilai kerana arah aliran eksport import Malaysia ke Amerika Syarikat semakin meningkat dari RM 28,944 juta kepada RM 34,817 juta antara tahun 2014 hingga tahun 2016.
(ii) Adalah jawapan (b)(i) selaras dengan teori ekonomi tentang import? Jelaskan. [2 markah]
Tidak selaras, sebab RM susut nilai menyebabkan harga import secara relatif lebih murah. Oleh itu, import berkurang.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!