EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 2
(a) 20 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Teori makroekonomi mengkaji perkara berikut kecuali
A. Menentukan kadar pengangguran.
B. Menentukan tingkat keluaran negara.
C. Menentukan kadar pertumbuhan ekonomi.
D. Menentukan jenis dan kuantiti yang dikeluarkan.
SOALAN 2:
Antara berikut, yang manakah petunjuk makroekonomi?
A. Kadar upah.
B. Kadar sewa.
C. Kadar bunga.
D. Kadar untung.
SOALAN 3:
Antara berikut, yang manakah aliran wang dalam aliran pusingan ekonomi tiga sektor?
A. Penerimaan faktor pengeluaran oleh firma.
B. Penerimaan pendapatan faktor oleh isi rumah.
C. Penerimaan pendapatan eksport dari negara asing.
D. Pengeluaran barang dan perkhidmatan kepada isi rumah.
SOALAN 4:
Yang berikut merupakan peranan firma kecuali
A. pembeli faktor pengeluaran.
B. pengguna barang dan perkhidmatan.
C. pengeluar barang dan perkhidmatan.
D. pengeksport barang dan perkhidmatan.
SOALAN 5:
Pendapatan negara merujuk kepada
A. pendapatan kerajaan dalam tempoh tertentu.
B. jumlah wang yang terkumpul dalam negara bagi tempoh tertentu.
C. jumlah wang yang diterima oleh penduduk negara dalam tempoh tertentu.
D. nilai barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara bagi tempoh tertentu.
SOALAN 6:
Jadual di bawah menunjukkan data ekonomi sebuah negara.
Butiran |
RM juta |
Subsidi |
9,000 |
Cukai
tak langsung |
24,000 |
Pendapatan
faktor bersih luar negeri |
3,000 |
Susut
nilai |
25,000 |
KDNK
kos faktor |
83,000 |
Berapakah Keluaran Negara Kasar (KNK) kos faktor?
A. RM 58,000 juta
B. RM 65,000 juta
C. RM 71,000 juta
D. RM 86,000 juta
SOALAN 7:
Jika nilai Keluaran Negara Kasar (KNK) kos faktor lebih besar daripada nilai KNK harga pasaran, maka
A. cukai tak langsung adalah positif.
B. cukai tak langsung lebih kecil daripada subsidi.
C. cukai tak langsung lebih besar daripada subsidi.
D. pembayaran faktor bersih ke luar negeri adalah positif.
SOALAN 8:
Jadual di bawah menunjukkan maklumat ekonomi bagi sebuah negara pada tahun 2014 dan 2015.
Tahun |
KDNK harga semasa (RM juta) |
Jumlah penduduk (juta orang) |
Indeks harga
pengguna |
2014 |
160 |
20 |
100 |
2015 |
189 |
21 |
104 |
Kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2015 ialah
A. 8.10%
B. 12.50%
C. 13.58%
D. 18.13%
SOALAN 9:
Antara berikut, yang manakah tidak menjadi masalah dalam perhitungan pendapatan negara?
A. Penghitungan jumlah penduduk.
B. Kewujudan kegiatan haram.
C. Pengiraan dua kali.
D. Pengumpulan data.
SOALAN 10:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.
Butiran |
RM juta |
Subsidi |
40 |
Cukai
tak langsung |
20 |
Pendapatan
faktor bersih luar negeri |
-10 |
Susut
nilai |
10 |
KDNK
harga pasaran |
8,550 |
Keluaran Negara Bersih pada harga faktor bagi ekonomi tersebut ialah
A. RM 8,610 juta
B. RM 8,550 juta
C. RM 8,530 juta
D. RM 8,510 juta
SOALAN 11:
Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi suntikan (J) dan fungsi bocoran (W) bagi sebuah ekonomi.
Nilai pengganda diwakili oleh
A. Y0Y1 / ST
B. RT / RS
C. ST / Y0Y1
D. Y0Y1 / RT
SOALAN 12:
Data di bawah menunjukkan perbelanjaan penggunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G), cukai (T), dan Yd ialah pendapatan boleh guna. Semua nilai dalam RM juta.
C = 100 + 0.75Yd
I = 120
G = 60
T = 24
Jika cukai meningkat kepada RM 40 juta, tingkat keseimbangan pendapatan negara akan menurun sebanyak
A. RM 16 juta
B. RM 48 juta
C. RM 160 juta
D. RM 1,000 juta
SOALAN 13:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah negara.
Butiran |
RM juta |
Pelaburan
|
200 |
Perbelanjaan
kerajaan |
100 |
Cukai |
25 |
Pendapatan
negara potensi |
2,500 |
Jika fungsi penggunaan ialah C = 600 + 0.6Yd, nilai lompang deflasi ialah
A. RM 12.5 juta
B. RM 115 juta
C. RM 172 juta
D. RM 288.5 juta
SOALAN 14:
Gambar rajah di bawah menunjukkan tingkat keseimbangan ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan.
Fungsi penggunaan ialah
A. C = 500 + 0.25Y
B. C = 500 + 0.75Y
C. C = 500 + 0.80Y
D. C = -500 + 0.80Y
SOALAN 15:
Berikut merupakan pemboleh ubah bocoran kecuali
A. import.
B. eksport.
C. tabungan.
D. cukai tetap.
SOALAN 16:
Menurut pendekatan suntikan-bocoran, apabila pelaburan melebihi tabungan maka
A. kadar bunga meningkat.
B. nilai pengganda mengecil.
C. pendapatan negara bertambah.
D. tingkat harga umum meningkat.
SOALAN 17:
Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan data ekonomi terbuka (dalam RM juta) bagi sebuah negara.
Penggunaan |
C
= 250 + 0.8Yd |
Perbelanjaan
pelaburan |
I
= 200 |
Perbelanjaan
kerajaan |
G
= 200 |
Cukai
|
T
= 100 |
Eksport
|
X
= 400 |
Import
|
M
= 160 |
Jika import merosot sebanyak 30%, keseimbangan pendapatan negara akan meningkat kepada
A. RM 4,050 juta
B. RM 4,200 juta
C. RM 4,290 juta
D. RM 4,325 juta
SOALAN 18:
Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan (S) dan fungsi pelaburan (I) dalam sebuah ekonomi.
Berapakah nilai Y?
A. RM 1,000 juta
B. RM 1,500 juta
C. RM 2,000 juta
D. RM 2,500 juta
SOALAN 19:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bagi ekonomi tiga sektor sebuah negara. AEf ialah perbelanjaan agregat potensi.
Berapakah lompang inflasi?
A. -RM 80 juta
B. -RM 225 juta
C. -RM 300 juta
D. -RM 320 juta
SOALAN 20:
Dalam sebuah ekonomi dua sektor, keseimbangan pendapatan negara berlaku pada tingkat pendapatan RM 500 juta. Dengan kecenderungan mengguna sut ialah 0.6, kemasukan pelaburan asing sebanyak RM 50 juta akan menyebabkan pendapatan negara bertambah menjadi
A. RM 530 juta
B. RM 550 juta
C. RM 625 juta
D. RM 750 juta
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
Data pendapatan negara dapat digunakan untuk mengukur prestasi ekonomi sesebuah negara pada setiap tahun. Huraikan lima maklumat yang boleh diperolehi daripada data pendapatan negara. [10 markah]
Maklumat yang boleh diperolehi daripada data pendapatan negara:
- Sumbangan setiap
sektor ekonomi.
* Sumbangan
pelbagai sektor ekonomi dapat diketahui
melalui kadar sumbangan sektor ekonomi.
* Kadar sumbangan
sektor ekonomi = Nilai sumbangan sektor / KDNK x 100
* Kadar sumbangan sektor tertinggi menunjukkan pentingnya sektor ekonomi berkenaan kepada ekonomi.
- Perubahan struktur
ekonomi.
* Melalui peratus
sumbangan setiap sektor dan kadar pertumbuhan setiap sektor.
* Kadar pertumbuhan
sektor = (Sumbangan sektor t0 - Sumbangan
sektor t1) / Sumbangan sektor t1 x
100
* Contohnya, perubahan
stuktur.
- Taraf hidup penduduk.
* Taraf hidup
ditentukan oleh pendapatan per kapita.
* Pendapatan per
kapita =
Pendapatan Negara / Jumlah penduduk
* Jika pendapatan per kapita
tahun semasa lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, maka taraf hidup meningkat
dan sebaliknya.
- Kadar pertumbuhan ekonomi.
* Diukur melalui kadar
pertumbuhan ekonomi.
* Kadar pertumbuhan
ekonomi = KDNK benar t0 – KDNK benar t1 / KDNK benar t1 x 100
* Jika nilainya
positif,maka pertumbuhan dan perkembangan kegiatan ekonomi berlaku dan sebaliknya.
- Kejayaan dasar kerajaan.
* Peningkatan sumbangan
sesuatu sector ekonomi kepada pendapatan negara menunjukkan kejayaan atau
keberkesanan dasar atau polisi kerajaan yang dilaksanakan dalam sector tersebut.
* Ini penting untuk dijadikan
asas perancangan oleh kerajaan bagi membentuk rancangan pembangunan ekonomi
pada masa depan.
SOALAN 2:
Dengan contoh yang
bersesuaian, jelaskan empat aktiviti ekonomi yang tidak diambil kira dalam
penghitungan pendapatan negara. [10 markah]
- Akitiviti produktif yang tidak dipasarkan.
Contohnya, menanam buah-buahan untuk kegunaan sendiri berbanding jika ditanam untuk dipasarkan.
- Kegiatan ekonomi produktif yang tidak dibayar dengan wang.
Misalnya, kegiatan suri rumah dan aktiviti gotong royong. Jika kegiatan ini dilakukan oleh pembantu rumah akan dibayar gaji.
- Kegiatan haram dan dilarang oleh undang-undang.
Sebagai contoh, pengedaran dadah dan perjudian. Aktiviti ini menyalahi undang-undang dan tidak diambil kira dalam pendapatan negara.
- Bayaran pindahan oleh kerajaan.
Bukti yang paling jelas adalah bayaran pencen kepada pesara, subsidi, biasisiwa, dan bantuan kebajikan.
- Urusan yang sah tetapi tidak direkodkan.
Sebagai contoh, memotong rumput dibayar tetapi tidak mempunyai rekod.
SOALAN 3:
Takrifkan konsep yang berikut:
(a)
i) Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK) [1 markah]
KDNK ialah
nilai barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh semua faktor
pengeluaran dalam sesebuah negara, tanpa mengira sama ada faktor pengeluaran
yang digunakan adalah milik negara itu atau milik negara asing.
ii) Keluaran Negara KasarBenar (KNK Benar) [1 markah]
KNK benar keluaran
negara yang dihitung mengikut harga pada tahun asas.
iii) Keluaran
Negara Kasar Nominal (KNK Nominal) [1 markah]
KNK nominal ialah keluaran
negara yang dihitung mengikut harga tahun semasa.
(b) Huraikan hubungan antara konsep pendapatan negara berikut:
(i) Keluaran Dalam Negara Kasar dengan Keluaran Negara Bersih. [3 markah]
Hubungan antara KDNK dengan KNB:
* Hubungan antara KDNK dan KNB ialah PFBLN dan Susut Nilai.
KNB = KDNK + PFBLN - Susut Nilai
Atau
KDNK = KNB - PFBLN + Susut Nilai
Jika PFBLN > Susut Nilai, maka KNB > KDNK
Atau
Jika PFBLN < Susut Nilai, maka KNB < KDNK
(ii) Keluaran Negara Kasar Benar dengan Keluaran Negara Kasar Nominal. [4 markah]
* Hubungan antara KNK Benar dengan KNK Nominal:
Hubungannya ialah Indeks Harga Pengguna
KNK benar = (IHP tahun asas / IHP tahun
semasa) x KNK nominal
Jika IHP > 100, maka KNK benar < KNK nominal
Atau
Jika IHP < 100, maka KNK benar > KNK nominal
Jika IHP =100, maka KNK benar = KNK nominal
SOALAN 4:
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? [2 markah]
Pengganda bermaksud ukuran berapa kali perubahan pendapatan negara (Y) akibat daripada perubahan perbelanjaan agregat (AE).
Rumus: Pengganda (M) = Perubahan pendapatan / Perubahan perbelanjaan agregat
(b) Dengan bantuan jadual, terangkan proses pengganda yang berlaku akibat pertambahan pelaburan dalam ekonomi dua sektor. [8 markah]
Proses pengganda yang berlaku akibat pertambahan pelaburan dalam ekonomi dua sektor:
Andaikan pertambahan pelaburan sebanyak RM 10 juta dan kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah 0.8. Proses pengganda pelaburan berlaku seperti yang berikut:
Peringkat |
Perubahan
Pendapatan (RM juta) |
Perubahan Penggunaan
(RM juta) |
1 |
10 |
8 |
2 |
8 |
6.4 |
3 |
6.4 |
5.12 |
Peringkat seterusnya |
. |
. |
Jumlah |
50 |
40 |
- Apabila
pelaburan meningkat sebanyak RM 10 juta, jumlah itu menjadi pendapatan kepada
pemilik faktor dan pada peringkat pertama pendapatan negara akan bertambah
sebanyak RM 10 juta. 80% daripada
pendapatan akan dibelanjakan (C), iaitu sebanyak RM 8 juta.
- Pertambahan
C akan mendorong firma untuk menambahkan keluaran. Maka pada peringkat kedua pertambahan C
sebanyak RM 8 juta memberi pendapatan kepada firma dan pendapatan negara
bertambah sebanyak RM 8 juta. 80%
daripada pendapatan akan dibelanjakan, iaitu sebanyak RM 6.4 juta.
- Proses
ini terus berlaku sehingga tiada lebihan pendapatan boleh dibelanjakan.
- Kesimpulannya, pertambahan pelaburan sebanyak RM 10 juta telah menyebabkan pertambahan pendapatan negara 5 kali ganda seperti berikut:
Pengganda (M) = 1 / 1 - MPC
Pengganda (M) = 1 / 1 - 0.8
Pengganda (M) = 5 kali
- Ini
bermakna dengan pertambahan pelaburan sebanyak RM 10 juta, pendapatan negara
telah meningkat lima kali ganda, iaitu meningkat sebanyak RM 50 juta.
SOALAN 5:
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan lompang inflasi dan jurang KNK? [2 markah]
Lompang inflasi adalah lebihan perbelanjaan aggregat yang berlaku pada
tingkat guna tenaga penuh.
Jurang KNK adalah perbezaan di antara pendapatan
negara pada tingkat guna penuh dengan pendapatan negara sebenar.
(b) Dengan bantuan gambar rajah, pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan agregat (AE-Y), huraikan bagaimana perubahan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi masalah lompang inflasi dan jurang KNK? [8 markah]
Cara perubahan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi masalah lompang inflasi dan jurang KNK:
- Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila Y = AE0 di titik E0 pada pendapatan negara Y0.
- Apabila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, maka kegiatan ekonomi akan menurun.
- Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke bawah dari AE0 ke Aef.
- Pada pendapatan negara Y0, perbelanjaan agregat berkurang sebanyak E0A dan stok berlebihan di pasaran.
- Oleh itu, firma akan mengurangkan keluaran.
- Keseimbangan baharu tercapai apabila Y=AEf di titik Ef dan pendapatan negara berkurang daripada Y0 kepada Yf.
- Pengurangan perbelanjaan agregat dari AE0 ke AEf menunjukkan lompang inflasi diatasi dan pengurangan pendapatan negara dari Y0 ke Yf menunjukkan jurang KNK diatasi.
SOALAN 6:
(a) Huraikan komponen bocoran dan suntikan dalam ekonomi terbuka. [4 markah]
Komponen bocoran yang terdiri daripada tabungan, cukai, dan import. Rumusnya adalah W = S + T + M.
Komponen suntikan yang terdiri daripada perbelanjaan kerajaan, pelaburan, dan eksport. Rumusnya adalah J = I + G + W.
(b) Berbantukan rajah suntikan-bocoran (J-W), terangkan bagaimana penurunan nilai mata wang sesebuah negara dapat mengatasi masalah pengangguran. [6 markah]
- Keseimbangan asal di capai di titik E0, apabila keluk suntikan (J0) bersilang dengan keluk bocoran (W) dan pendapatan negara keseimbangan ialah Y0.
- Penurunan
nilai mata wang menyebabkan harga eksport menjadi murah dan kuantiti eksport
akan meningkat manakala harga import menjadi mahal dan kuantiti import akan
kurang.
- Keluk
suntikan beralih ke atas dari J0 ke J1 dan keluk bocoran beralih ke bawah dari W0 ke W1.
- Pada
Y0, wujud lebihan suntikan, firma akan tambah pengeluaran
sehingga mencapai keseimbangan yang baru di titik E1.
- Banyak
peluang pekerjaan akan diwujudkan.
- Masalah
pengangguran akan dapat dikurangkan dan diatasi.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna (IHP), jumlah tenaga buruh, dan jumlah guna tenaga sebuah negara dari tahun 2013 hingga tahun 2016.
Tahun |
IHP |
Tenaga Buruh (‘000 orang) |
Guna Tenaga (‘000 orang) |
2013 |
111.4 |
8,750 |
8,330 |
2014 |
112.1 |
8,990 |
8,550 |
2015 |
114.0 |
9,350 |
8,970 |
2016 |
115.6 |
9,670 |
9,240 |
(a) Hitung kadar inflasi dari tahun 2014 hingga tahun 2016. [3 markah]
Tahun |
Kadar Inflasi (%) |
2014 |
(112.1 – 111.4) /
111.4 x 100 = 0.63 |
2015 |
(114.0 – 112.1) /
112.1 x 100 = 1.69 |
2016 |
(115.6 – 114.0) /
114.0 x 100 = 1.40 |
(b)
(i) Hitung kadar pengangguran dari tahun 2014 hingga tahun 2016. [3 markah]
Tahun |
Kadar Pengangguran (%) |
2014 |
(8,990 – 8,550) /
8,990 x 100 = 4.89 |
2015 |
(9,350 – 8,970) /
8,970 x 100 = 4.06 |
2016 |
(9,670 – 9,240) /
9,670 x 100 = 4.45 |
(ii) Sekiranya guna tenaga ialah 4%, adalah negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh? Beri alasan anda. [2 markah]
Negara tersebut tidak mencapai guna tenaga penuh kerana kadar pengangguran melebihi 4%.
(c) Berdasarkan jawapan (a) dan (b)(i), terangkan hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pengangguran. [2 markah]
Kadar inflasi meningkat dari 0.63% pada tahun 2014 kepada 1.69% pada tahun 2015. Manakala, kadar pengangguran menurun dari 4.89% pada tahun 2014 kepada 4.06% pada tahun 2015.
Kadar inflasi menurun dari 1.69% pada tahun 2015 kepada 1.40% pada tahun 2016 manakala kadar pengangguran meningkat dari 4.06% pada tahun 2015 kepada 4.45% pada tahun 2016.
Oleh itu, hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pengangguran adalah secara songsang atau negatif.
SOALAN 2:
Jadual di bawah menunjukkan jumlah sumbangan sektor-sektor ekonomi kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia dari tahun 2015 hingga tahun 2016 (2010 = 100).
Sektor Ekonomi |
2015 (RM juta) |
2016 (RM juta) |
Pertanian
|
94,249 |
89,465 |
Perlombongan
dan kuari |
95,508 |
97,563 |
Pembuatan |
243,903 |
254,725 |
Pembinaan |
46,630 |
50,103 |
Perkhidmatan
|
569,258 |
601,341 |
Cukai
import |
13,808 |
15,030 |
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi
2017/18)
(a) Takrifkan konsep
(i) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). [1 markah]
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah negara oleh faktor-faktor pengeluaran milik warganegara itu dan warganegara asing dalam tempoh setahun.
(ii) Harga Pembeli. [1 markah]
Harga pembeli adalah harga yang dibayar oleh para pengguna dalam pasaran.
(b) Berdasarkan jadual di atas, hitungkan KDNK pada harga pembeli bagi tahun 2015 dan 2016. [3 markah]
Sektor Ekonomi |
2015 (RM juta) |
2016 (RM juta) |
Pertanian
|
94,249 |
89,465 |
Perlombongan
dan kuari |
95,508 |
97,563 |
Pembuatan |
243,903 |
254,725 |
Pembinaan |
46,630 |
50,103 |
Perkhidmatan
|
569,258 |
601,341 |
Tambah:
Cukai import |
13,808 |
15,030 |
KDNK
pada harga pembeli |
1,063,356 |
1,108,227 |
(c) Sektor ekonomi yang manakah digolongkan dalam sektor utama, sektor kedua, dan sektor ketiga? [2 markah]
Sektor utama: Sektor pertanian dan sektor perlombongan dan kuari.
Sektor kedua: Sektor pembuatan dan sektor pembinaan.
Sektor ketiga: Sektor perkhidmatan.
(d) Hitungkan kadar pertumbuhan sektor utama, sektor kedua, dan sektor ketiga? [3 markah]
Sektor Ekonomi |
Kadar Pertumbuhan
Pada Tahun 2016 (%) |
Sektor Utama |
(89,465 + 97,563) –
(94,249 + 95,508) / 189,757 x 100 = -1.44 |
Sektor Kedua |
(254,725 + 50,103) –
(243,903 + 46,630) / 290,533 x 100 = 4.92 |
Sektor Ketiga |
(601,341 – 569,258)
/ 569,258 x 100 = 5.64 |
SOALAN 3:
Gambar rajah di bawah menunjukkan tingkat pendapatan negara dalam sebuah ekonomi dua sektor.
(a) Jelaskan maksud ekonomi dua sektor. [1 markah]
Maksud ekonomi dua sektor merujuk kepada ekonomi yang terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma.
(b) Hitung nilai k. [2 markah]
Penggunaan autonomi = 300 - 100
Penggunaan autonomi = 200
Maka,
nilai k = Yd - C
nilai k = 0 - 200
nilai k = RM -200
(c) Hitung nilai keseimbangan pendapatan negara. [2 markah]
Y = AE
Y = C + I
Y = 300 + 0.8Y
Y = 1,500
Maka, nilai keseimbangan pendapatan negara adalah RM 1,500 juta.
(d) Berapakah nilai tabungan pada tingkat keseimbangan pendapatan negara? [2 markah]
S = -a + (1 - b)Y
S = -200 + (1 - 0.8) (1,500)
S = 100
Maka, nilai tabungan pada tingkat keseimbangan pendapatan negara adalah RM 100 juta.
(e) Jika lompang deflasi bernilai RM 200 juta, hitungkan nilai pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh. [3 markah]
Jurang KNK = Yf - Ye
Jurang KNK = Lompang deflasi x Pengganda
Jurang KNK = 200 x 5
Yf = Jurang KNK + Ye
Yf = 1,000 + 1,500
Yf = 2,500
Maka, nilai pendapatan negara adalah RM 2,500 juta.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!