EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 11
(a) 40 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Yang berikut merupakan petunjuk makroekonomi yang dapat menggambarkan pencapaian ekonomi sesebuah negara, kecuali
A. perbelanjaan kerajaan.
B. keluaran negara kasar.
C. imbangan akaun semasa.
D. kadar pertumbuhan ekonomi.
SOALAN 2:
Nilai keluaran firma Jepun yang beroperasi di Malaysia dimasukkan dalam pengiraan
A. Keluaran Negara Bersih Malaysia dan Keluaran Negara Kasar Jepun.
B. Keluaran Negara Kasar Malaysia dan Keluaran Dalam Negeri Kasar Jepun.
C. Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluaran Negara Kasar Jepun.
D. Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluaran Negara Bersih Jepun.
SOALAN 3:
Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut jenis aktiviti ekonomi pada tahun 2020 mengikut harga tetap tahun 2010.
Sektor Ekonomi |
RM juta |
Pertanian
|
89,465 |
Perlombongan
dan kuari |
97,563 |
Pembuatan
|
254,725 |
Pembinaan |
50,103 |
Perkhidmatan |
601,341 |
Tambah:
Cukai import |
15,030 |
KDNK
pada harga pembeli |
1,108,227 |
Berdasarkan data di atas, nilai sumbangan sektor pemprosesan kepada KDNK ialah
A. RM 304,828 juta
B. RM 400,828 juta
C. RM 402,391 juta
D. RM 601,341 juta
SOALAN 4:
Pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah keluaran dan menggunakan nilai ditambah dapat
A. Menentukan perubahan mutu barang.
B. Menentukan sumbangan perbelanjaan isi rumah.
C. Menentukan sumbangan pelbagai sektor ekonomi.
D. Menentukan perubahan struktur ekonomi sesebuah negara.
SOALAN 5:
Pendapatan negara akan terlebih anggar jika mengambil kira
A. barang haram.
B. aktiviti produktif yang tidak dibayar gaji.
C. nilai barang perantaraan dan barang akhir.
D. aktiviti yang produktif tetapi tidak dipasarkan.
SOALAN 6:
Yang manakah bukan langkah dasar fiskal untuk mengatasi lompang inflasi
A. mengurangkan perbelanjaan mengurus.
B. mengurangkan perbelanjaan pembangunan.
C. meningkatkan cukai pendapatan syarikat.
D. mengurangkan cukai pendapatan persendirian.
SOALAN 7:
Maklumat di bawah menunjukkan fungsi suntikan dan fungsi bocoran bagi sebuah ekonomi (RM juta).
Tabungan
|
S
= -500 + 0.2Yd, dengan Yd = Y - T |
Cukai
|
T
= 200 |
Import
|
M
= 200 + 0.05Y |
Pelaburan
|
I
= 800 |
Perbelanjaan
kerajaan |
G
= 700 |
Eksport
|
X
= 600 |
Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?
A. RM 1,500 juta
B. RM 1,776 juta
C. RM 2,100 juta
D. RM 8,960 juta
SOALAN 8:
Gambar rajah di bawah menunjukkan tingkat keseimbangan ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan.
Fungsi penggunaan ialah
A. C = 500 + 0.25Y
B. C = 500 + 0.75Y
C. C = 500 + 0.80Y
D. C = -500 + 0.80Y
SOALAN 9:
Jadual di bawah menunjukkan beberapa butiran imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2010.
Butiran | RM juta |
Barang | 134,726 |
Perkhidmatan | 1,698 |
Pendapatan | -26,514 |
Pindahan semasa | -21,831 |
Akaun modal | -165 |
Akaun kewangan | -19,827 |
Kesilapan dan ketinggalan | -70,713 |
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2011/2012)
Berapakah aset rizab antarabangsa Malaysia pada tahun 2010?
A. Merosot sebanyak RM 2,461 juta.
B. Merosot sebanyak RM 2,626 juta.
C. Meningkat sebanyak RM 68,087 juta.
D. Meningkat sebanyak RM 88,079 juta.
SOALAN 10:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bagi ekonomi tiga sektor sebuah negara. AEf ialah perbelanjaan agregat potensi.
Berapakah nilai lompang inflasi?
A. RM -80 juta
B. RM -225 juta
C. RM -300 juta
D. RM -320 juta
SOALAN 11:
Apakah kelemahan wang sebagai alat penyimpan nilai?
A. Wang mudah dipalsukan.
B. Wang mempunyai penawaran yang terhad.
C. Wang tidak mempunyai kualiti yang seragam.
D. Nilai wang akan turun apabila harga barang meningkat.
SOALAN 12:
Apakah kelemahan wang sebagai alat penyimpan nilai?
A. Wang mudah dipalsukan.
B. Wang mempunyai penawaran yang terhad.
C. Wang tidak mempunyai kualiti yang seragam.
D. Nilai wang akan turun apabila harga barang meningkat.
SOALAN 13:
Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan selepas seorang peniaga mendepositkan cek bernilai RM 8,000 juta.
Aset | RM juta | Liabiliti | RM juta |
Rizab | 2,000 | Deposit semasa | 8,000 |
Pinjaman | 6,000 |
|
|
Jumlah | 8,000 | Jumlah | 8,000 |
Jika semua lebihan rizab dipinjamkan, berapakah jumlah deposit semasa selepas proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya?
A. RM 24,000 juta
B. RM 30,000 juta
C. RM 32,000 juta
D. RM 40,000 juta
SOALAN 14:
Tindakan Bank Pusat menjual surat jaminan kerajaan menyebabkan
A. penawaran wang, kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara keseimbangan meningkat.
B. penawaran wang, kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara keseimbangan menurun.
C. penawaran wang berkurang, kadar bunga meningkat, pelaburan, dan pendapatan negara keseimbangan berkurang.
D. penawaran wang meningkat, kadar bunga menurun, pelaburan, dan pendapatan negara keseimbangan meningkat.
SOALAN 15:
Jadual menunjukkan jumlah permintaan wang pada kadar bunga tertentu.
Kadar bunga, r (%) | Permintaan wang, Md (RM juta) |
0 | 8 |
2 | 16 |
4 | 20 |
Berapakah jumlah permintaan wang untuk urus niaga dan awasan pada kadar bunga 4%?
A. RM 8 juta
B. RM 12 juta
C. RM 24 juta
D. RM 44 juta
SOALAN 16:
Yang manakah tidak menunjukkan pelaksanaan dasar kewangan menguncup oleh bank pusat?
A. Menurunkan kadar bunga semalaman.
B. Menaikkan nisbah rizab tunai dan nisbah berkanun.
C. Menawarkan surat jaminan jangka panjang kepada masyarakat.
D. Menaikkan kadar diskaun terhadap pinjaman bank perdagangan.
SOALAN 17:
Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran dua barang bagi seorang buruh.
Negara | Getah (kg) | Beras (kg) |
Aman | 1,000 | 600 |
Damai | 400 | 200 |
Berdasarkan maklumat dalam jadual, jelas bahawa
A. Negara Aman mengeksport getah dan beras.
B. Perdagangan tidak menguntungkan kedua-dua negara.
C. Negara Aman mengimport getah dan negara Damai mengimport beras.
D. Negara Aman mengeksport getah manakala negara Damai mengeksport beras.
SOALAN 18:
Antara berikut, yang manakah bukan sekatan terhadap perdagangan bebas?
A. Kuota.
B. Embargo.
C. Cukai eksais.
D. Peraturan kesihatan.
SOALAN 19:
Sesebuah negara yang mengadakan sekatan terhadap perdagangan antarabangsa adalah bertujuan untuk
A. melindungi industri tempatan.
B. menambah hasil cukai kerajaan.
C. menggalakkan pengeluaran eksport.
D. meningkatkan permintaan terhadap mata wang asing.
SOALAN 20:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keadaan pasaran Ringgit Malaysia dan Dolar Amerika Syarikat.
Peralihan keluk penawaran S0S0 ke S1S1 disebabkan oleh
A. pertumbuhan ekonomi Malaysia.
B. pertambahan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat.
C. pertambahan pelaburan Malaysia ke Amerika Syarikat.
D. pertambahan import Malaysia terhadap barang Amerika Syarikat.
SOALAN 21:
Jadual di bawah menunjukkan butiran utama dalam imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2019.
Butiran | RM juta |
Eksport | 681,275 |
Import | 572,051 |
Perkhidmatan | -20,632 |
Pendapatan primer | -32,112 |
Pendapatan sekunder | -21,325 |
Akaun modal | -1,136 |
Akaun kewangan | -55,350 |
Kesilapan dan ketinggalan bersih | 25,082 |
Berdasarkan jadual di atas, yang manakah pernyataan berikut adalah betul?
A. Akaun pendapatan bernilai RM 53,437 juta.
B. Imbangan akaun dagangan bernilai RM 88,592 juta.
C. Imbangan akaun semasa bernilai RM 56,480 juta.
D. Rizab antarabangsa bertambah sebanyak RM 3,751 juta.
SOALAN 22:
Kitaran perniagaan menggambarkan keadaan ekonomi berikut kecuali
A. kestabilan ekonomi.
B. kemelesetan ekonomi.
C. keseimbangan ekonomi.
D. perkembangan ekonomi.
SOALAN 23:
Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sebuah ekonomi.
Butiran | RM juta |
KDNK harga pasaran | 151,550 |
Pendapatan faktor bersih luar negeri | 15,420 |
Pembayaran faktor ke luar negeri | 14,090 |
Subsidi | 700 |
Cukai tak langsung | 900 |
Susut nilai | 100 |
Berapakah pendapatan negara bagi ekonomi tersebut?
A. RM 150,220 juta
B. RM 152,580 juta
C. RM 152,680 juta
D. RM 152,880 juta
SOALAN 24:
Data pendapatan negara boleh digunakan untuk
A. mengukur kadar inflasi.
B. mengukur kadar kemiskinan.
C. mengukur kadar pengangguran.
D. mengukur kadar pertumbuhan ekonomi.
SOALAN 25:
Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan jumlah penduduk bagi sebuah ekonomi dari tahun 2014 hingga tahun 2016 (2010-100).
Tahun | KDNK benar (RM juta) | Penduduk (‘000 orang) |
2014 | 575,570 | 15,211 |
2015 | 585,955 | 16,222 |
2016 | 602,225 | 17,301 |
Pernyataan manakah yang benar mengenai taraf hidup penduduk dalam tempoh tersebut?
A. Taraf hidup penduduk meningkat kerana KDNK meningkat.
B. Taraf hidup penduduk menurun kerana jumlah penduduk meningkat.
C. Taraf hidup penduduk menurun kerana pendapatan per kapita menurun.
D. Taraf hidup penduduk meningkat kerana pertumbuhan KDNK lebih besar daripada pertambahan penduduk.
SOALAN 26:
Yang berikut merupakan komponen perbelanjaan agregat kecuali
A. perbelanjaan import.
B. perbelanjaan kerajaan.
C. perbelanjaan pelaburan.
D. perbelanjaan penggunaan.
SOALAN 27:
Menurut pendekatan suntikan-bocoran, apabila pelaburan melebihi tabungan maka
A. kadar bunga meningkat.
B. nilai pengganda mengecil.
C. pendapatan negara bertambah.
D. tingkat harga umum meningkat.
SOALAN 28:
Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi bocoran (S) dan fungsi pelaburan (I) bagi sebuah ekonomi.
Diandaikan nilai kecenderungan menabung sut (MPS) ialah 0.2, berapakah nilai penggunaan pada tingkat keseimbangan pendapatan negara?
A. RM 900 juta
B. RM 1,200 juta
C. RM 1,300 juta
D. RM 1,500 juta
SOALAN 29:
Jadual di bawah menunjukkan pendapatan negara, penggunaan, dan pelaburan bagi sebuah ekonomi.
Pendapatan Negara (RM juta) | Penggunaan (RM juta) | Pelaburan (RM juta) |
0 | 600 | 600 |
1,000 | 1,200 | 600 |
2,000 | 1,800 | 600 |
3,000 | 2,400 | 600 |
4,000 | 3,000 | 600 |
Berapakah lompang deflasi sekiranya pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM 4,500 juta?
A. RM 200 juta
B. RM 600 juta
C. RM 1,000 juta
D. RM 1,800 juta
SOALAN 30:
Tingkat pendapatan negara ekonomi terbuka adalah lebih rendah daripada tingkat pendapatan negara ekonomi tertutup apabila
A. eksport sama dengan import.
B. eksport kurang daripada import.
C. perbelanjaan kerajaan sama dengan hasil cukai.
D. hasil cukai kurang daripada perbelanjaan kerajaan.
SOALAN 31:
Menurut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), peningkatan harga umum disebabkan oleh
A. peningkatan cukai input.
B. perkembangan teknologi.
C. penurunan tingkat pelaburan.
D. peningkatan cukai pendapatan individu.
SOALAN 32:
Jadual di bawah menunjukkan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada tahun 2017 hingga tahun 2019 di Malaysia.
Tahun | IHP |
2017 | 119.5 |
2018 | 120.7 |
2019 | 121.5 |
Berdasarkan maklumat di atas, pernyataan yang manakah yang benar?
A. Nilai wang merosot dan kadar inflasi merosot.
B. Nilai wang merosot dan kadar inflasi meningkat.
C. Nilai wang meningkat dan kadar inflasi merosot.
D. Nilai wang meningkat dan kadar inflasi meningkat.
SOALAN 33:
Andaikan jumlah bekalan wang dalam ekonomi ialah RM 300 juta, halaju pusingan wang ialah 2, dan jumlah urus niaga ialah 160 juta unit. Sekiranya, jumlah bekalan wang berkurang sebanyak 20%, maka tingkat harga umum
A. merosot daripada RM 3.75 kepada RM 3.00.
B. merosot daripada RM 3.75 kepada RM 0.75.
C. meningkat daripada RM 3.00 kepada RM 3.75.
D. meningkat daripada RM 0.75 kepada RM 3.75.
SOALAN 34:
Antara berikut yang manakah menyebabkan penciptaan kredit meningkat?
A. Peningkatan syarat margin.
B. Peningkatan keperluan cagaran.
C. Peningkatan deposit semasa di bank perdagangan.
D. Peningkatan pegangan rizab oleh bank perdagangan.
SOALAN 35:
Pertambahan penawaran wang akan menyebabkan
A. kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara merosot.
B. kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara meningkat.
C. kadar bunga meningkat, pelaburan, dan pendapatan negara merosot.
D. kadar bunga merosot, pelaburan, dan pendapatan negara meningkat.
SOALAN 36:
Jadual di bawah menunjukkan komponen bekalan wang bagi sebuah negara.
Butiran | RM juta |
Wang dalam edaran | 8,390 |
Deposit permintaan | 9,718 |
Bekalan wang M2 | 60,360 |
Berapakah jumlah separa wang?
A. RM 18,108 juta
B. RM 42,252 juta
C. RM 51,970 juta
D. RM 78,468 juta
SOALAN 37:
Sesebuah negara melakukan perdagangan antarabangsa disebabkan perbezaan berikut kecuali
A. perbezaan saiz negara.
B. perbezaan iklim dan cuaca.
C. perbezaan cita rasa masyarakat.
D. perbezaan penganugerahan faktor pengeluaran.
SOALAN 38:
Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran barang P dan Q bagi negara Indonesia dan negara Malaysia yang menggunakan faktor pengeluaran yang sama banyak.
Negara | Barang P (unit) | Barang Q (unit) |
Indonesia | 100 | 20 |
Malaysia | 120 | 180 |
Yang manakah pernyataan yang benar tentang maklumat perdagangan antarabangsa di atas?
A. Malaysia menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran barang P.
B. Indonesia menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran barang P.
C. Malaysia menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran barang P dan Q.
D. Indonesia menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran barang P dan Q.
SOALAN 39:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi perabut dalam sesebuah negara. Harga sebelum pengenaan tarif ialah RM 80 manakala harga selepas pengenaan tarif ialah RM 100.
Jumlah hasil kerajaan adalah sebanyak
A. RM 80.00
B. RM 120.00
C. RM 360.00
D. RM 400.00
SOALAN 40:
Berikut merupakan faktor yang boleh menyebabkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding dengan Dolar Singapura ($S) kecuali
A. pengurangan pelaburan Singapura ke Malaysia.
B. tabungan rakyat Singapura di Malaysia berkurang.
C. pelancong dari Singapura kurang melancong ke Malaysia.
D. pengurangan import Malaysia terhadap barangan Singapura.
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
Jelaskan bagaimana data pendapatan negara yang dihitung melalui kaedah keluaran dapat digunakan untuk mengukur prestasi ekonomi sesebuah negara. [10 markah]
- Mengukur pertumbuhan sektor ekonomi.
* Pertumbuhan ekonomi dapat diukur melalui kadar pertumbuhan sektor ekonomi, iaitu
* Jika kadar pertumbuhan sektor ekonomi bernilai positif, prestasi ekonomi sesebuah negara meningkat.
* Jika kadar pertumbuhan sektor ekonomi bernilai negatif, prestasi ekonomi sesebuah negara merosot.
- Mengukur sumbangan sektor ekonomi.
* Sumbangan sektor ekonomi dapat diukur melalui kadar sumbangan sektor ekonomi.
* Semakin tinggi kadar sumbangan sektor ekonomi, semakin penting sektor ekonomi itu terhadap ekonomi negara.
* Semakin rendah kadar sumbangan sektor ekonomi, semakin kurang penting sektor ekonomi itu terhadap ekonomi negara.
- Keadaan ekonomi sesebuah negara dapat diukur melalui kadar pertumbuhan ekonomi.
* Jika kadar pertumbuhan ekonomi bernilai positif, prestasi ekonomi meningkat.
* Jika kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, prestasi ekonomi merosot.
- Menilai perubahan struktur ekonomi.
* Melalui peratusan sumbangan sektor ekonomi, perubahan struktur ekonomi dapat diketahui.
* Sebagai contoh, apabila perubahan struktur ekonomi berlaku dari sektor pertanian kepada sektor perkilangan dan kepada sektor perkhidmatan, keluaran negara bertambah dan prestasi ekonomi meningkat.
SOALAN 2:
Dengan berbantukan gambar rajah AE-Y, jelaskan bagaimana keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi dua sektor tercapai apabila:
(a) nilai pendapatan negara melebihi perbelanjaan agregat. [5 markah]
Pada Y0, Y melebihi AE. Kurangan AE menyebabkan inventori bernilai positif. Firma mengurangkan output. Pendapatan negara berkurang sehingga mencapai keseimbangan di titik E apabila Y = AE dengan pendapatan negara keseimbangan Y1.
(b) niali pendapatan negara kurang daripada perbelanjaan agregat. [5 markah]
Pada Y0, Y kurang daripada AE. Lebihan AE menyebabkan inventori bernilai negatif. Firma menambahkan output. Pendapatan negara bertambah sehingga mencapai keseimbangan di titik E apabila Y = AE dengan pendapatan negara keseimbangan Y1.
SOALAN 3:
(a) Jelaskan maksud pengganda pelaburan. [1 markah]
Maksud pengganda pelaburan adalah satu ukuran tentang berapa kali pertambahan pendapatan negara kesan daripada pertambahan pelaburan.
(b) Andaikan pelaburan telah bertambah sebanyak RM 1,000 juta dan kecenderungan mengguna sut (MPC) bernilai 0.8, huraikan bagaimana proses penggandaan berlaku dalam ekonomi dua sektor. [8 markah]
Peringkat |
Perubahan Pendapatan
Negara |
Perubahan Perbelanjaan Penggunaan |
(RM juta) |
(RM juta) |
|
1 |
1,000 |
800 |
2 |
800 |
640 |
3 |
640 |
512 |
. |
. |
. |
. |
. |
. |
Jumlah |
5,000 |
4,000 |
- Dalam peringkat pertama, pertambahan pelaburan sebanyak RM 1,000 juta menyebabkan kenaikan pendapatan negara sebanyak RM 1,000 juta. Ini kerana perbelanjaan atas pelaburan telah diterima sebagai pendapatan faktor dan mewujudkan perbelanjaan penggunaan sebanyak RM 800 juta.
- Dalam peringkat kedua, perbelanjaan penggunaan sebanyak RM 800 juta akan memberi pendapatan baru kepada masyarakat dan pendapatan negara meningkat sebanyak RM 800 juta lagi. Perbelanjaan penggunaan bertambah sebanyak RM 640 juta.
- Pertambahan pendapatan negara dan perbelanjaan isi rumah akan berterusan sehingga tiada pertambahan dalam pendapatan.
- Kesimpulannya,
Pengganda = 1 / MPS
Pengganda = 1 / 0.2
Pengganda = 5
Pertambahan pendapatan negara = RM 1,000 juta x 5
Pertambahan pendapatan negara = RM 5,000 juta
SOALAN 4:
Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan bagaimana Negara A dan Negara B menentukan pengkhususan dalam pengeluaran barang X dan barang Y mengikut Teori Faedah Berbanding. [10 markah]
Negara |
Jenis Barang |
|
|
Barang X |
Barang Y |
|
Sebelum Pengkhususan |
|
A |
6 |
12 |
B |
2 |
10 |
Jumlah |
8 |
22 |
|
Faedah Berbanding |
|
|
Kos lepas bagi 1
unit X |
Kos lepas bagi 1
unit Y |
A |
2 unit Y |
0.5 unit X |
B |
5 unit Y |
0.2 unit X |
|
Selepas Pengkhususan |
|
A |
12 |
0 |
B |
0 |
20 |
Jumlah |
12 |
20 |
Sebelum pengkhususan, Negara A mengeluarkan 6 unit barang X dan 12 unit barang Y, manakala negara B mengeluarkan 2 unit barang X dan 10 unit barang Y.
Kos lepas bagi 1 unit barang X adalah lebih rendah bagi negara A berbanding dengan negara B. Oleh itu, negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran barang X dan ia akan mengkhusus dalam pengeluaran barang X.
Kos lepas bagi 1 unit barang Y adalah lebih rendah bagi negara B berbanding dengan negara A. Oleh itu, negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran barang B dan ia harus mengkhusus dalam pengeluaran barang B.
Selepas pengkhususan, Negara A mengeluarkan 12 unit barang X dan Negara B mengeluarkan 20 unit barang Y.
SOALAN 5:
Dengan berbantukan gambar rajah, jelaskan bagaimana pemanjangan tempoh surat jaminan mempengaruhi pasaran wang. [10 markah]
- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila MD0 = MS0 dengan kadar bunga r0 dan kuantiti wang M0.
- Pemanjangan tempoh surat jaminan mengurangkan bekalan wang.
- Keluk MS beralih ke kiri dari MS0 ke MS1.
- Pada r0, pasaran berlaku kurangan MS.
- Maka, masyarakat menjual bon.
- Kesannya, harga bon jatuh dan kadar bunga naik.
- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila MD0 = MS1.
- Kadar bunga naik ke r1 dan kuantiti wang berkurang ke M1.
SOALAN 6:
Jelaskan empat aktiviti ekonomi yang akan meningkatkan penawaran Ringgit Malaysia. [10 markah]
- Mengimport barang.
Rakyat Malaysia menawarkan Ringgit Malaysia untuk menukar mata wang asing semasa membeli barang negara asing. Ini kerana barang mesti dibayar dalam mata wang asing. Penawaran Ringgit Malaysia meningkat.
- Membuat pelaburan.
Rakyat Malaysia menawarkan Ringgit Malaysia untuk menukar mata wang asing semasa membuat pelaburan di negara asing. Mata wang asing akan digunakan untuk membayar upah pekerja di negara asing, membeli bahan mentah, dan sebagainya. Penawaran Ringgit Malaysia meningkat.
- Melancong atau Melanjutkan pelajaran atau Mendapat perubatan.
Rakyat Malaysia menawarkan Ringgit Malaysia untuk menukar mata wang asing bagi membiayai semua perbelanjaan perkhidmatan seperti pelancongan, perubatan, dan lain-lain. Perbelanjaan mesti dibayar dalam mata wang asing. Penawaran Ringgit Malaysia meningkat.
- Membiayai bayaran pindahan.
Rakyat Malaysia menawarkan Ringgit Malaysia untuk menukar mata wang asing semasa membuat kiriman kepada rakyat di negara asing. Kiriman wang dibayar dalam mata wang asing. Penawaran Ringgit Malaysia meningkat.
- Membayar pinjaman.
Rakyat Malaysia menawarkan Ringgit Malaysia untuk menukar mata wang asing untuk membayar hutang yang telah dibuat di negara asing. Penawaran Ringgit Malaysia meningkat.
- Aktiviti spekulasi.
Rakyat Malaysia menawarkan Ringgit Malaysia untuk menukar mata wang asing apabila nilai mata wang asing dijangka meningkat pada masa depan. Penawaran Ringgit Malaysia meningkat.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!
评论
发表评论