EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 8
(a) 20 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 3 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Dalam kitaran perniagaan, perbezaan antara keluaran negara sebenar dengan keluaran negara potensi merupakan
A. lompang deflasi.
B. lompang inflasi.
C. jurang keluaran negara.
D. belanjawan defisit.
SOALAN 2:
Yang manakah faktor perbezaan antara Keluaran Negara Kasar (KNK) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)?
A. susut nilai.
B. cukai tak langsung dan subsidi.
C. perbelanjaan penggunaan awam.
D. pendapatan faktor bersih luar negeri.
SOALAN 3:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dalam sebuah ekonomi.
Butiran |
RM juta |
Keluaran
Dalam Negeri Kasar Harga Pasaran |
9,800 |
Subsidi |
300 |
Cukai
tak langsung |
2,200 |
Susut
nilai |
80 |
Pendapatan
faktor bersih luar negeri |
400 |
Berdasarkan jadual di atas, hitung pendapatan negara.
A. RM 7,420
B. RM 8,220
C. RM 12,020
D. RM 12,780
SOALAN 4:
Data pendapatan negara yang diperolehi mengikut kaedah nilai ditambah boleh digunakan untuk mengukur perkara seperti berikut, kecuali
A. perubahan struktur ekonomi.
B. kadar pertumbuhan ekonomi.
C. sumbangan setiap sektor ekonomi.
D. sumbangan perbelanjaan isi rumah.
SOALAN 5:
Keseimbangan pendapatan negara akan berubah apabila berlaku perubahan dalam
A. jangka masa.
B. jumlah penduduk.
C. pendapatan negara.
D. perbelanjaan agregat.
SOALAN 6:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara menurut pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y) bagi sebuah ekonomi.
Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara pada Y2?
A. RM 6,560 juta
B. RM 6,300 juta
C. RM 5,500 juta
D. RM 1,575 juta
SOALAN 7:
Jika kecenderungan menabung sut dalam ekonomi dua sektor ialah 0.2Y, maka pertambahan pelaburan sebanyak RM 200 juta akan menyebabkan pendapatan negara meningkat sebanyak
A. RM 160 juta
B. RM 250 juta
C. RM 500 juta
D. RM 1,000 juta
SOALAN 8:
Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bagi ekonomi tiga sektor bagi sebuah negara.
Untuk menutup lompang inflasi, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya sebanyak
A. RM 100 juta
B. RM 200 juta
C. RM 300 juta
D. RM 400 juta
SOALAN 9:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD).
Peralihan keluk AD dari AD0 ke AD1 disebabkan oleh
A. peningkatan dalam permintaan eksport.
B. bank pusat mengurangkan bekalan wang.
C. kerajaan meningkatkan cukai pendapatan.
D. penggunaan teknologi baharu dalam pengeluaran.
SOALAN 10:
Menurut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS) jika peningkatan perbelanjaan kerajaan dan penurunan dalam kos pengeluaran mengalihkan keluk dengan jarak yang sama, maka
A. keluaran negara meningkat dan harga umum menurun.
B. keluaran negara menurun dan harga umum meningkat.
C. keluaran negara menurun dan harga umum tidak berubah.
D. keluaran negara meningkat dan harga umum tidak berubah.
SOALAN 11:
Wang gagal berfungsi sebagai alat penyimpan nilai apabila
A. wang mudah ditiru.
B. nilai wang merosot.
C. kualiti wang terjejas.
D. wang tidak mempunyai sifat seragam.
SOALAN 12:
Proses penciptaan kredit akan terjejas apabila
A. bank pusat menurunkan nisbah rizab.
B. semua urus niaga menggunakan tunai.
C. nilai cagaran melebihi nilai pinjaman.
D. aktiviti pinjam meminjam meningkat.
SOALAN 13:
Dalam sebuah ekonomi,
Jumlah
urus niaga (T) |
100 juta unit |
Harga
umum (P) |
RM 2.00 |
Halaju
edaran wang (V) |
4 |
Menurut Teori Kuantiti Wang, apabila keluaran negara nominal meningkat sebanyak 10%, jumlah penawaran wang yang baru ialah
A. RM 20 juta
B. RM 40 juta
C. RM 50 juta
D. RM 55 juta
SOALAN 14:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk jumlah permintaan wang (MD) bagi sebuah ekonomi.
Andaikan pada tingkat kadar bunga 5%, permintaan wang untuk tujuan spekulasi ialah RM 200 juta. Berapakah permintaan wang untuk tujuan spekulasi pada tingkat kadar bunga 3%?
A. RM 150 juta
B. RM 300 juta
C. RM 500 juta
D. RM 650 juta
SOALAN 15:
Yang manakah menunjukkan pelaksanaan dasar kewangan mengembang oleh bank pusat?
A. Menurunkan kadar bunga semalaman.
B. Menaikkan nisbah rizab tunai dan nisbah rizab berkanun.
C. Menawarkan surat jaminan jangka panjang kepada masyarakat.
D. Menaikkan kadar diskaun terhadap pinjaman bank perdagangan.
SOALAN 16:
Antara pernyataan berikut yang manakah bukan sebab kewujudan aktiviti eksport dan import antara negara?
A. Pemindahan teknologi.
B. Perbezaan sumber ekonomi.
C. Pertukaran mata wang asing.
D. Perbezaan cita rasa penduduk.
SOALAN 17:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran AB dan garis harga antarabangsa AD bagi negara Aman.
Sekiranya titik C ialah penggunaan selepas perdagangan antarabangsa, negara Aman akan mengeksport
A. 4 juta unit pakaian.
B. 6 juta unit pakaian.
C. 4 juta unit makanan.
D. 5 juta unit makanan.
SOALAN 18:
Pelaksanaan dasar kawalan tukaran asing telah menyebabkan
A. hasil kerajaan berkurang.
B. nilai import menjadi sifar.
C. permintaan import berkurang.
D. eksport keluaran tempatan bertambah.
SOALAN 19:
Pelaksanaan dasar devaluasi akan menyebabkan
A. permintaan mata wang asing bertambah.
B. penawaran mata wang asing berkurang.
C. permintaan mata wang tempatan berkurang.
D. penawaran mata wang tempatan berkurang.
SOALAN 20:
Antara berikut yang manakah bukan butiran akaun semasa dalam imbangan pembayaran?
A. Eksport barang.
B. Pendapatan primer.
C. Pendapatan sekunder.
D. Devariatif kewangan.
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
(a) Apakah masalah ekonomi yang berlaku dalam petikan akhbar di atas? [1 markah]
Masalah ekonomi yang berlaku dalam petikan akhbar di atas adalah masalah pengangguran.
(b) Berikan maksud masalah ekonomi tersebut. [1 markah]
Maksud masalah pengangguran adalah tenaga buruh yang sedang aktif mencari pekerjaan tetapi belum mendapat pekerjaan.
(c) Huraikan empat sebab masalah ekonomi tersebut perlu ditangani oleh sesebuah negara. [8 markah]
Sebab masalah pengangguran perlu ditangani adalah:
- Pembaziran tenaga buruh.
Tenaga buruh yang menganggur tidak bekerja. Oleh itu, kemahiran buruh akan merosot atau hilang sekiranya tidak digunakan untuk suatu jangka masa yang lama. Ini akan meningkatkan kos latihan buruh pada masa hadapan.
- Menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Pengangguran menyebabkan barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di dalam negara berkurang. Kesannya, keluaran negara akan berkurang dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
- Menjejaskan taraf hidup atau tingkat kebajikan masyarakat.
Pengangguran menyebabkan pendapatan negara berkurang. Kesannya pendapatan per kapita masyarakat juga akan berkurang. Oleh itu kos sara hidup berkurang.
- Meningkatkan kadar kemiskinan.
Buruh yang menganggur akan kehilangan punca pendapatan dan tidak
dapat memenuhi keperluan keluarganya. Ini menyebabkan kadar kemiskinan dalam
negara akan meningkat.
SOALAN 2:
Pada tahun 2016, pendapatan per kapita di Malaysia ialah US$27,200, manakala di Singapura ialah US$87,100. Jelaskan empat alasan mengapa taraf hidup penduduk di Singapura tidak semestinya 3.2 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan taraf hidup penduduk di Malaysia. [10 markah]
- Perbezaan tingkat harga umum.
Data pendapatan per kapita yang tinggi tidak menunjukkan taraf hidup rakyat Singapura meningkat sebanyak 3.2 kali ganda berbanding taraf hidup penduduk di Malaysia. Ini kerana harga barang dan perkhidmatan di Singapura umumnya lebih mahal berbanding Malaysia. Ini menyebabkan kos sara hidup lebih tinggi di Singapura.
- Perbezaan masa kerja atau masa rehat.
Data pendapatan per kapita yang tinggi tidak menunjukkan taraf hidup rakyat Singapura meningkat sebanyak 3.2 kali ganda berbanding taraf hidup penduduk di Malaysia. Ini kerana di Singapura, pendapatan per kapita tinggi mungkin disebabkan masa kerja yang lama atau masa rehat yang sedikit. Masa kerja yang lama telah meningkatkan keluaran negara yang menyebabkan pendapatan per kapita di Singapura meningkat. Ini mengurangkan tingkat kebajikan dan taraf hidup.
- Perbezaan kesan eksternaliti negatif.
Data pendapatan per kapita yang tinggi tidak menunjukkan taraf hidup rakyat Singapura meningkat sebanyak 3.2 kali ganda berbanding taraf hidup penduduk di Malaysia. Ini kerana di Singapura pendapatan per kapita tinggi disebabkan oleh projek pembangunan ekonomi. Ini menimbulkan eksternaliti negatif seperti pencemaran udara yang boleh merendahkan taraf hidup rakyat.
- Perbezaan komposisi pendapatan negara.
Data pendapatan per kapita yang tinggi tidak menunjukkan taraf hidup penduduk Singapura meningkatkan sebanyak 3.2 kali ganda berbanding taraf hidup penduduk di Malaysia sekiranya komposisi keluaran Singapura terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang tidak memberi faedah secara langsung kepada rakyatnya. Sekiranya Singapura mempunyai komposisi keluaran lebih kepada ketenteraan ini akan meningkatkan pendapatan per kapita tetapi tidak meningkatkan taraf hidup rakyatnya.
- Perbezaan agihan pendapatan.
Data pendapatan per kapita yang tinggi tidak menunjukkan taraf hidup penduduk Singapura meningkatkan sebanyak 3.2 kali ganda berbanding taraf hidup penduduk di Malaysia. Ini kerana data pendapatan per kapita tidak menunjukkan agihan pendapatan penduduk sesebuah negara. Jadi walaupun pendapatan per kapita Singapura lebih tinggi dari Malaysia, taraf hidup penduduk Singapura tidak meningkat sekiranya agihan pendapatan di negara tersebut tidak setara.
SOALAN 3:
(a) Apakah maksud suntikan dan nyatakan semua komponen suntikan suntikan dalam ekonomi tiga sektor. [2 markah]
Maksud suntikan adalah aliran masuk wang ke dalam pusingan pendapatan yang akan menambahkan pendapatan negara.
Semua komponen suntikan suntikan dalam ekonomi tiga sektor adalah pelaburan dan perbelanjaan kerajaan.
(b) Apakah maksud bocoran dan nyatakan semua komponen bocoran suntikan dalam ekonomi tiga sektor. [2 markah]
Maksud bocoran adalah aliran keluar wang daripada pusingan pendapatan negara yang akan mengurangkan pendapatan negara.
Semua komponen bocoran suntikan dalam ekonomi tiga sektor adalah tabungan dan cukai.
(c) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan pelaburan terhadap keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor mengikut pendekatan suntikan-bocoran. [6 markah]
- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila keluk W = S + T bersilang dengan keluk J0 = I0 + G pada pendapatan negara Y0.
- Apabila pelaburan bertambah, suntikan bertambah, maka keluk suntikan beralih dari J0 = I0 + G ke J1 = I1 + G.
- Pada Y0, berlaku lebihan suntikan sebesar E0A. Stok firma berkurang. Firma menambahkan keluaran.
- Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1.
- Keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila W = S + T bersilang dengan keluk J1 = I1 + G pada pendapatan negara Y1.
- Kesannya, pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1 sebesar saiz pengganda.
SOALAN 4:
Berbantukan gambar rajah pasaran wang, jelaskan mengapa kadar bunga keseimbangan mesti tercapai pada permintaan wang sama dengan penawaran wang? [10 markah]
- Jika kadar bunga kurang adalah r1, Md melebihi Ms.
- Lebihan permintaan wang menggalakkan masyarakat menjual bon dan menyebabkan harga bon jatuh dan kadar bunga naik.
- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan kadar bunga r0 tercapai apabila Md = Ms.
- Jika kadar bunga adalah r2, Md kurang daripada Ms.
- Lebihan penawaran wang menggalakkan masyarakat membeli bon dan menyebabkan harga bon naik dan kadar bunga jatuh.
- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan kadar bunga r0 tercapai apabila Md = Ms.
- Keseimbangan dalam pasaran wang tercapai di titik E0 apabila Md = Ms dengan kadar bunga keseimbangan r0 dan kuantiti wang sebanyak M.
SOALAN 5:
Menurut
Berita Harian Online yang bertarikh 15hb Januari 2021, Bank Negara Malaysia
dijangka menurunkan lagi kadar bunga semalaman yang menjadi rujukan kadar faedah
pinjaman tempatan. |
Berpandukan kepada gambar rajah permintaan agregat dan penawaran agregat (AD-AS), huraikan bagaimana keputusan Bank Negara Malaysia di atas memberi kesan ke atas harga umum dan keluaran negara benar. [10 markah]
- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila keluk permintaan agregat bersilang dengan penawaran agregat (AD0 = AS0) dengan harga P0 dan keluaran negara benar Y0.
- Apabila Bank Negara Malaysia menurunkan lagi kadar bunga semalaman, penciptaan kredit meningkat, pinjaman bertambah, dan bekalan wang bertambah. Kadar bunga jatuh dan pelaburan naik.
- Ini menyebabkan AD meningkat dan keluk AD0 beralih ke kanan menjadi AD1.
- Pada P0, ekonomi berlaku lebihan AD menyebabkan harga naik dan keluaran negara bertambah.
- Keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila AS0 = AD1.
- Kesannya, harga umum meningkat dari P0 ke P1 dan keluaran negara benar bertambah dari Y0 ke Y1.
SOALAN 6:
Jelaskan empat aktiviti ekonomi yang dapat meningkatkan permintaan terhadap Ringgit Malaysia (RM). [10 markah]
Empat aktiviti ekonomi yang dapat meningkatkan permintaan terhadap Ringgit Malaysia (RM):
- Mengimport barang.
* Rakyat asing membeli barang dan perkhidmatan Malaysia.
* Barang mesti dibayar dalam Ringgit Malaysia (RM).
* Permintaan terhadap RM meningkat.
- Membuat pelaburan.
* Rakyat asing membina kilang, membeli hartanah di Malaysia.
* Perbelanjaan pelaburan seperti membayar upah pekerja, membeli bahan mentah dalam perlu dibayar dalam RM.
* Permintaan terhadap RM meningkat.
- Melancong atau Melanjutkan pelajaran atau Mendapat perubatan.
* Rakyat asing melancong atau melanjutkan pelajaran atau mendapatkan perubatan di Malaysia.
* Semua perbelanjaan untuk membiayai semua perkhidmatan mesti dibayar dalam RM.
* Permintaan terhadap RM meningkat.
- Membiayai bayaran pindahan.
* Rakyat asing membuat kiriman wang kepada penerima di Malaysia.
* Kiriman wang mesti dibayar dalam RM agar penerima boleh menggunakannya.
* Permintaan terhadap RM meningkat.
- Membuat pinjaman.
* Rakyat asing membayar hutang kepada pemiutang di Malaysia.
* Pinjaman perlu dibayar dalam RM.
* Permintaan terhadap RM meningkat.
- Aktiviti spekulasi.
* Rakyat asing menjangka nilai RM akan meningkat pada masa depan.
* Semakin banyak RM akan diminta.
* Permintaan terhadap RM meningkat.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara mengikut kaedah perbelanjaan di Malaysia pada tahun 2015 dan tahun 2016 mengikut harga tetap pada tahun 2010 (dalam RM juta).
Butiran |
Tahun 2015 |
Tahun 2016 |
Perbelanjaan
pengguna akhir |
|
|
Awam |
143,369 |
144,690 |
Swasta |
556,541 |
589,667 |
Pembentukan
modal tetap kasar |
|
|
Awam |
94,592 |
94,127 |
Swasta |
179,132 |
186,909 |
Perubahan
inventori |
X |
Y |
Eksport
barang dan perkhidmatan |
771,739 |
780,600 |
Import
barang dan perkhidmatan |
680,527 |
688,046 |
Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga pembeli |
1,157,723 |
1,230,120 |
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi
Malaysia, 2017/2018)
(a)
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan inventori? [1 markah]
Perubahan inventori bermaksud perbezaan di antara baki nilai stok yang tidak terjual pada akhir tahun dengan nilai baki stok awal tahun.
(ii) Hitung nilai perubahan inventori pada tahun 2015 dan 2016. [3 markah]
Tahun |
Nilai Perubahan
Inventori (RM juta) |
2015 |
1,157,723 – 143,369
– 556,541 – 94,592 – 179,132 – 771,739 + 680,527 = 92,877 |
2016 |
1,230,120 – 144,690
– 589,667 – 94,127 – 186,909 – 780,600 + 688,046 = 122,173 |
(b)
(i) Nyatakan satu contoh perbelanjaan kerajaan. [1 markah]
Contoh perbelanjaan kerajaan:
- Emolumen.
- Serahan kepada kerajaan negeri.
(ii) Hitung kadar perubahan perbelanjaan kerajaan pada tahun 2016. [2 markah]
Kadar perubahan perbelanjaan kerajaan
= RM [(144,690 + 94,127) - (143,369 + 94,592)] juta / RM (143,369 + 94,592) juta x 100
= RM (238,817 - 237,961) juta / RM 237,961 juta x 100
= 0.36%
(c) Hitung peratus sumbangan eksport bersih terhadap KDNK pada harga pembeli pada tahun 2015 dan 2016. [3 markah]
Tahun |
Peratus Sumbangan
Eksport Bersih Terhadap KDNK Pada Harga Pembeli (%) |
2015 |
(771,739 – 680,527)
/ 1,157,723 x 100 = 7.88 |
2016 |
(780,600 – 688,046)
/ 1,230,120 x 100 = 7.52 |
SOALAN 2:
Jadual berikut menunjukkan proses penciptaan kredit yang berlaku dalam sebuah ekonomi bagi bank yang pertama.
Bank |
Deposit Semasa (RM) |
Rizab Tunai (RM) |
Pinjaman (RM) |
I |
10,000 |
2,000 |
8,000 |
II |
X |
Y |
Z |
(a) Jelaskan maksud rizab tunai. [1 markah]
Maksud rizab tunai adalah wang tunai yang wajib disimpan oleh bank perdagangan dalam bank sendiri, bank perdagangan lain, atau bank pusat.
(b) Berapakah nisbah rizab tunai? [2 markah]
Nisbah rizab tunai = RM (2,000 / 10,000) x 100%
Nisbah rizab tunai = 20%
(c) Andaikan penerima pinjaman menahan RM 1,000 daripada pinjaman yang diterima daripada Bank I. Nyatakan nilai bagi X, Y, dan Z. [3 markah]
X |
RM
8,000 – RM 1,000 = RM 7,000 |
Y |
RM
7,000 x 20% = RM 1,400 |
Z |
RM
7,000 x 80% = RM 5,600 |
(d) Pelaksanaan dasar kewangan mengembang oleh bank pusat telah menyebabkan kadar rizab tunai berubah sebanyak 10%.
(i) Apakah masalah ekonomi yang sedang berlaku? [1 markah]
Masalah ekonomi yang sedang berlaku adalah kemelesetan ekonomi.
(ii) Berapakah kadar rizab tunai yang baru? [1 markah]
Kadar rizab tunai yang baru = 20% - 10%
Kadar rizab tunai yang baru = 10%
(iii) Hitung perubahan jumlah pinjaman jika ekonomi tidak berlaku bocoran wang tunai. [2 markah]
Perubahan jumlah pinjaman = (RM 10,000 x 90% x 1 / 10%) - (RM 8,000 x 1 / 20%)
Perubahan jumlah pinjaman = RM 90,000 - RM 40,000
Perubahan jumlah pinjaman = RM 50,000
SOALAN 3:
Jadual di bawah menunjukkan perangkaan imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2016 dan tahun 2017.
Butiran |
Tahun 2016 (RM juta) |
Tahun 2017 (RM juta) |
Barangan
bersih |
101,188 |
118,105 |
Perkhidmatan
bersih |
-22,550 |
-23,065 |
Pendapatan
primer bersih |
-34,745 |
-36,136 |
Pendapatan
sekunder bersih |
-18,724 |
-18,608 |
Akaun
modal bersih |
99 |
86 |
Akaun
kewangan |
-4,225 |
2,282 |
Kesilapan
dan ketinggalan bersih |
-6,040 |
-51,999 |
(a)
(i) Nyatakan dua butiran dalam akaun perkhidmatan. [2 markah]
Dua butiran dalam akaun perkhidmatan:
- Perjalanan.
- Pengangkutan.
- Urus niaga kerajaan.
- Perkhidmatan lain.
(ii) Berikan satu faktor yang mengakibatkan akaun perkhidmatan bersih bernilai negatif. [1 markah]
Faktor yang mengakibatkan akaun perkhidmatan bersih bernilai negatif:
- Defisit imbangan akaun perjalanan.
- Defisit imbangan akaun pengangkutan.
- Defisit urus niaga kerajaan.
(b) Hitung imbangan pembayaran Malaysia bagi tahun 2016 dan 2017. [3 markah]
Tahun |
Imbangan Pembayaran
Malaysia (RM juta) |
2016 |
101,188 – 22,550 –
34,745 – 18,724 + 99 – 4,225 – 6,040 = 15,003 |
2017 |
118,105 – 23,065 –
36,136 – 18,608 + 86 + 2,282 – 51,999 = 9,335 |
(c) Jelaskan arah aliran berdasarkan kepada jawapan (b). [2 markah]
Lebihan imbangan pembayaran pada tahun 2016 menurun menjadi defisit pada tahun 2017.
(d) Apakah yang telah berlaku ke atas rizab asing Malaysia pada tahun 2016 dan 2017? [2 markah]
Rizab asing Malaysia bertambah pada tahun 2016 dan berkurang pada tahun 2017.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!