EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 2 / PENGGAL 2 - 10
(a) 40 题的 Soalan Objektif
(b) 10 题的 Soalan Esei
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Pemboleh ubah yang dapat menunjukkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara ialah
A. Keluaran Negara Kasar benar.
B. Keluaran Negara Kasar potensi.
C. Keluaran Negara Kasar sebenar.
D. Keluaran Negara Kasar semasa.
SOALAN 2:
Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu.
Butiran |
Nilai (RM juta) |
Perbelanjaan
penggunaan isi rumah |
2,572 |
Pelaburan
swasta |
376 |
Perbelanjaan
kerajaan |
548 |
Eksport |
50 |
Import
|
12 |
Keluaran
Negara Kasar |
3,964 |
Berapakah peratus pendapatan faktor bersih luar negeri terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar?
A. 10.85%
B. 10.90%
C. 11.15%
D. 12.17%
SOALAN 3:
Apabila cukai tak langsung melebihi subsidi, maka
A. keluaran negara kasar harga pasaran lebih kecil daripada keluaran negara kasar kos faktor.
B. keluaran negara kasar kos faktor lebih kecil daripada keluaran negara kasar harga pasaran.
C. keluaran negara bersih kos faktor lebih kecil daripada keluaran negara kasar harga pasaran.
D. keluaran negara bersih kos faktor lebih besar daripada keluaran negeri kasar harga pasaran.
SOALAN 4:
Data pendapatan negara boleh digunakan untuk
A. mengukur kos sara hidup masyarakat.
B. menentukan kualiti barangan dalam ekonomi.
C. merancang kegiatan sektor ekonomi.
D. menentukan agihan pendapatan dalam masyarakat.
SOALAN 5:
Jika nilai kecenderungan menabung sut ialah 0.25, ini menunjukkan bahawa
A. 25% daripada pertambahan pendapatan akan dibelanjakan.
B. 25% daripada pertambahan pendapatan akan dikeluarkan.
C. 75% daripada pertambahan pendapatan akan ditabungkan.
D. 75% daripada pertambahan pendapatan akan dibelanjakan.
SOALAN 6:
Yang manakah boleh meningkatkan saiz bocoran dalam sebuah ekonomi?
A. Pertambahan import.
B. Pertambahan pelaburan.
C. Pertambahan penggunaan.
D. Pertambahan perbelanjaan kerajaan.
SOALAN 7:
Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi suntikan (I + G) dan fungsi bocoran (S + T) dalam ekonomi tiga sektor.
Berapakah pendapatan negara pada Y0?
A. RM 1,020 juta
B. RM 1,275 juta
C. RM 4,600 juta
D. RM 8,000 juta
SOALAN 8:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dengan penggunaan bagi suatu ekonomi.
Pendapatan Negara (RM
juta) |
Penggunaan (RM juta) |
0 |
80 |
200 |
200 |
400 |
320 |
Berapakah jumlah tabungan apabila jumlah pendapatan negara mencapai RM 1,000 juta?
A. RM 120 juta
B. RM 320 juta
C. RM 440 juta
D. RM 640 juta
SOALAN 9:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran agregat (AS).
Perubahan harga daripada P0 ke P1 bukan berpunca daripada
A. penggunaan menurun.
B. cukai dikurangkan.
C. tabungan menurun.
D. import merosot.
SOALAN 10:
Yang manakah berikut mempengaruhi pelaburan teraruh?
A. Kadar bunga.
B. Sikap pelabur.
C. Dasar kerajaan.
D. Pendapatan negara.
SOALAN 11:
Menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pengurangan bekalan wang dalam ekonomi menyebabkan
A. kadar bunga meningkat, pelaburan, dan pendapatan negara menurun.
B. kadar bunga menurun, pelaburan, dan pendapatan negara meningkat.
C. kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara menurun.
D. kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara meningkat.
SOALAN 12:
Mengikut Teori Kuantiti Wang, jika halaju wang ialah 4 dan jumlah keluaran ialah 500 unit, maka perubahan harga daripada RM 3.00 kepada RM 6.00 adalah disebabkan
A. jumlah keluaran bertambah daripada 600 unit kepada 900 unit.
B. penawaran wang bertambah daripada RM 375 kepada RM 750.
C. penawaran wang bertambah daripada RM 350 kepada RM 600.
D. pendapatan negara bertambah daripada RM 2,400 kepada RM 3,600.
SOALAN 13:
Apabila sesebuah ekonomi mengalami perangkap kecairan, keluk permintaan wang
A. menegak terhadap kadar bunga.
B. mendatar terhadap kadar bunga.
C. mencerun positif terhadap pendapatan.
D. bercerun negatif terhadap pendapatan.
SOALAN 14:
Yang manakah tindakan yang paling sesuai dilaksanakan oleh bank pusat untuk menangani masalah kemelesetan ekonomi?
A. Menjual bon di pasaran terbuka.
B. Meningkatkan nisbah rizab tunai.
C. Menurunkan kadar dasar semalaman.
D. Menaikkan nisbah rizab berkanun.
SOALAN 15:
Yang manakah bukan peranan bank pusat?
A. Mengawal penawaran wang.
B. Mengurus hutang negara.
C. Melindungi nilai mata wang negara.
D. Mengawal urus niaga perdagangan antarabangsa.
SOALAN 16:
Yang manakah yang mewujudkan perdagangan antarabangsa?
A. Perbezaan anugerah faktor.
B. Faedah berbanding.
C. Peningkatan produktiviti.
D. Pengkhususan dalam pengeluaran.
SOALAN 17:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) pasaran kain sebuah negara.
Jika kerajaan mengenakan cukai RM 2.00 per unit kain, maka
A. penggunaan dalam negeri berkurang sebanyak 3,000 unit.
B. import berkurang sebanyak 4,600 unit.
C. pengeluaran dalam negeri meningkat sebanyak 2,000 unit.
D. kerajaan mendapat hasil sebanyak RM 3,400.00.
SOALAN 18:
Susut nilai mata wang sesebuah negara menyebabkan berlakunya inflasi diimport kerana
A. pengguna akan menggantikan barangan tempatan dengan barang import.
B. barangan eksport menjadi kurang kompetitif dan eksport menurun.
C. harga input yang diimport menjadi lebih mahal.
D. kos pengeluaran menjadi lebih murah.
SOALAN 19:
Imbangan pembayaran yang negatif menyebabkan
A. aliran keluar modal berkurang.
B. nilai mata wang domestik naik.
C. pinjaman luar negeri berkurang.
D. rizab antarabangsa negara semakin merosot.
SOALAN 20:
Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran bagi sebuah ekonomi.
Butiran |
RM juta |
Eksport
barang |
433 |
Import
barang |
216 |
Perkhidmatan
|
-68 |
Pendapatan
|
-42 |
Pindahan
semasa |
-30 |
Akaun
modal |
-28 |
Akaun
kewangan |
80 |
Kesilapan
dan ketinggalan |
-18 |
Berapakah nilai akaun semasa?
A. RM 32 juta
B. RM 60 juta
C. RM 77 juta
D. RM 94 juta
SOALAN 21:
Yang manakah bukan pemboleh ubah suntikan dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi empat sektor?
A. Eksport.
B. Tabungan.
C. Pelaburan.
D. Perbelanjaan kerajaan.
SOALAN 22:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara kasar Malaysia pada tahun 2015 mengikut agregat permintaan (pada harga malar 2010).
Butiran |
RM juta |
Perbelanjaan
penggunaan akhir |
|
Awam |
146,691 |
Swasta |
596,184 |
Pembentukan
modal tetap kasar |
|
Awam |
99,540 |
Swasta |
192,847 |
Perubahan
inventori |
434 |
Eksport
barang dan perkhidmatan |
771,471 |
Import
barang dan perkhidmatan |
692,370 |
KDNK
harga pasaran |
1,114,797 |
KNK
harga pasaran |
1,079,794 |
(Sumber: Laporan Ekonomi 2015/2016, Kementerian Kewangan
Malaysia)
Berapakah pendapatan faktor bersih luar negeri?
A. RM 79,101 juta
B. RM 35,003 juta
C. RM -79,101 juta
D. RM -35,003 juta
SOALAN 23:
Penjumlahan barang perantaraan dan barang akhir dalam sebuah ekonomi menyebabkan
A. keluaran negara terlebih anggar.
B. keluaran negara bersih meningkat.
C. keluaran negara kasar terkurang nilai.
D. keluaran negara sebenar melebihi keluaran negara potensi.
SOALAN 24:
Perubahan struktur ekonomi bagi sebuah negara boleh diketahui melalui perubahan
A. struktur guna tenaga.
B. taraf hidup penduduk.
C. kadar pertumbuhan ekonomi.
D. peratus sumbangan setiap sektor ekonomi.
SOALAN 25:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dalam suatu ekonomi.
Akibat daripada kenaikan perbelanjaan kerajaan, keluk perbelanjaan agregat beralih dari AE0 kepada AE1 menyebabkan tingkat pendapatan negara meningkat sebanyak 40%. Berapakah nilai AB jika kecenderungan menabung sut ialah 0.2?
A. RM 5 juta
B. RM 10 juta
C. RM 16 juta
D. RM 64 juta
SOALAN 26:
Yang manakah akan meningkatkan saiz bocoran dalam ekonomi tiga sektor?
A. Pertambahan cukai.
B. Pertambahan import.
C. Pertambahan pelaburan.
D. Pertambahan perbelanjaan kerajaan.
SOALAN 27:
Data di bawah menunjukkan perbelanjaan penggunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G), cukai (T), dan pendapatan boleh guna (Yd) dalam RM juta.
C = 1,000 + 0.75Yd |
T = 240 |
G = 600 |
I = 1,200 |
Jika cukai dinaikkan kepada RM 400 juta, keseimbangan pendapatan negara akan berkurang sebanyak
A. RM 160
B. RM 480
C. RM 1,000
D. RM 10,000
SOALAN 28:
Berikut adalah maklumat tentang suatu ekonomi tiga sektor. Diberikan fungsi penggunaan, C = 30 + 0.75Yd, cukai T = 10, pelaburan I = 25, dan perbelanjaan kerajaan G = 32. Apakah fungsi bocoran (W) ekonomi tersebut?
A. W = -22.5 + 0.25Y
B. W = -32.5 + 0.25Y
C. W = -87.0 + 0.25Y
D. W = -87.5 + 0.25Y
SOALAN 29:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD).
Peralihan keluk permintaan agregat dari AD0 ke AD1 disebabkan oleh
A. peningkatan kadar cukai pendapatan.
B. peningkatan dalam tingkat teknologi.
C. peningkatan harga faktor pengeluaran.
D. peningkatan pembelian bon daripada orang ramai.
SOALAN 30:
Keluk penawaran agregat beralih ke kanan disebabkan oleh
A. peningkatan tingkat upah buruh.
B. pengurangan perbelanjaan kerajaan.
C. peningkatan daya pengeluaran buruh.
D. pengurangan cukai pendapatan individu.
SOALAN 31:
Diberikan bekalan wang M1 ialah RM 72.90 juta, wang dalam edaran ialah RM 24 juta, dan separa wang ialah RM 361.60 juta. Berapakah jumlah bekalan wang M2 dalam ekonomi tersebut?
A. RM 48.90 juta
B. RM 361.60 juta
C. RM 434.50 juta
D. RM 458.50 juta
SOALAN 32:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran wang (Ms) dan keluk permintaan wang (Md).
Pertambahan dalam bekalan wang akan menyebabkan
A. pelaburan berkurang.
B. kadar bunga berkurang.
C. pendapatan negara berkurang.
D. perbelanjaan agregat berkurang.
SOALAN 33:
Perangkap kecairan berlaku apabila
A. wang tunai dan aset mudah cair tidak diterima dalam sesuatu urus niaga.
B. bahagian keluk penawaran wang yang anjal sempurna terhadap kadar bunga.
C. tambahan penawaran wang oleh bank pusat tidak menurunkan lagi kadar bunga.
D. bahagian keluk permintaan wang yang tidak anjal sempurna terhadap kadar bunga.
SOALAN 34:
Menurut Keynes, apabila bank pusar mengurangkan bekalan wang dengan andaian permintaan wang adalah tetap, maka
A. kadar bunga meningkat, pelaburan menurun, pendapatan negara menurun.
B. kadar bunga menurun, pelaburan meningkat, pendapatan negara meningkat.
C. kadar bunga menurun, pelaburan meningkat, pendapatan negara menurun.
D. kadar bunga meningkat, pelaburan menurun, pendapatan negara meningkat.
SOALAN 35:
Berikut ialah alat dasar kewangan yang dapat digunakan untuk mengatasi pengangguran kecuali
A. menurunkan kadar bank.
B. meningkatkan nisbah rizab berkanun.
C. memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman.
D. membeli bil perbendaharaan daripada institusi kewangan.
SOALAN 36:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran negara S sebelum dan selepas perdagangan antarabangsa.
Negara S akan
A. mengeksport 8 unit jentera.
B. mengeksport 6 unit makanan.
C. mengimport 6 unit makanan.
D. mengimport 16 unit jentera.
SOALAN 37:
Yang manakah di antara berikut bukan dasar sekatan perdagangan bebas?
A. Tarif.
B. Embargo.
C. Devaluasi.
D. Kuota import.
SOALAN 38:
Yang manakah termasuk dalam butiran akaun primer imbangan pembayaran Malaysia?
A. Bantuan kewangan kepada negara luar.
B. Pinjaman kerajaan daripada Bank Dunia.
C. Penghantaran wang balik oleh penduduk asing ke negara asal.
D. Pampasan pekerja dan pendapatan pelaburan yang diterima oleh rakyat Malaysia.
SOALAN 39:
Jadual di bawah menunjukkan beberapa butiran imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2010.
Butiran |
Nilai (RM juta) |
Barangan |
|
Kredit |
640,043 |
Debit |
505,317 |
Perkhidmatan |
1,698 |
Pendapatan
primer |
-26,514 |
Pindahan
semasa |
-21,831 |
Akaun
modal |
-165 |
Akaun
kewangan |
-19,827 |
Akaun
rizab |
2,626 |
Nilai kesilapan dan ketinggalan ialah
A. RM -73,341 juta
B. RM -70,713 juta
C. RM 70,713 juta
D. RM 73,341 juta
SOALAN 40:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan penawaran terhadap Ringgit Malaysia di Amerika Syarikat.
Perubahan kadar pertukaran daripada RM 1 = US$0.26 kepada RM 1 = US$0.25 disebabkan
A. peningkatan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat.
B. peningkatan pelancong Amerika Syarikat ke Malaysia.
C. pengurangan penghantaran pelajar Malaysia ke Amerika Syarikat.
D. pengurangan pelaburan langsung asing Amerika Syarikat ke Malaysia.
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
Dengan berbantukan gambar rajah, jelaskan bagaimana keluk permintaan agregat (AD) terbentuk. [10 markah]
- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila Y = AE0 pada harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
- Pada P0, keluaran negara ialah Y0 ditunjukkan oleh titik A.
- Apabila harga meningkat kepada P1, pendapatan benar isi rumah menurun dan penggunaan isi rumah (C) berkurang.
- Keluk perbelanjaan agregat berkurang dan keluk AE0 beralih ke AE1.
- Keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila Y = AE1 pada pendapatan negara benar menurun menjadi Y1 dan harga naik P1.
- Apabila P1, keluaran negara berkurang ke Y1 ditunjukkan oleh titik B.
- Keluk permintaan agregat terbentuk apabila titik A dan B disambungkan.
- Keluk permintaan agregat bercerun negatif.
- Kesannya, harga meningkat dan keluaran negara jatuh.
SOALAN 2:
Jelaskan bagaimana nilai pendapatan negara dihitung dengan menggunakan kaedah perbelanjaan. [10 markah]
Kaedah perbelanjaan agregat mencampurkan semua perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan yang dilakukan oleh sektor-sektor ekonomi, iaitu isi rumah, firma, kerajaan, dan sektor luar negara sesebuah negara pada suatu tahun tertentu.
Jenis Perbelanjaan |
RM juta |
Perbelanjaan
pengguna akhir |
|
Awam |
100 |
Swasta |
100 |
Pembentukan
modal tetap kasar |
|
Awam |
100 |
Swasta |
100 |
Perubahan
inventori |
50 |
Eksport
barang dan perkhidmatan |
100 |
Tolak:
Import barang dan perkhidmatan |
50 |
KDNK
hp |
500 |
- Perbelanjaan penggunaan swasta (C) adalah perbelanjaan isi rumah untuk membeli barang dan perkhidmatan.
- Perbelanjaan penggunaan awam (G) adalah perbelanjaan mengurus kerajaan.
- Pembentukan modal tetap kasar swasta (I) adalah pelaburan firma.
- Pembentukan modal tetap kasar awam (G) adalah perbelanjaan pembangunan kerajaan.
- Perubahan inventori adalah perbezaan nilai inventori akhir berbanding dengan nilai inventori awal.
- Eksport barang dan perkhidmatan (X) adalah perbelanjaan asing ke atas barang dan perkhidmatan tempatan.
- Import barang dan perkhidmatan (M) adalah perbelanjaan tempatan ke atas barang dan perkhidmatan asing.
KDNK hp = C + I + G + Perubahan inventori + (X - M)
KDNK hp = RM (100 + 100 + 200 + 100) juta + RM (100 - 100) juta
KDNK hp = RM 500 juta
SOALAN 3:
Dengan berbantukan gambar rajah AE-Y, jelaskan bagaimana pengaruh keadaan politik yang tidak stabil memberi kesan ke atas tingkat guna tenaga sesebuah negara. [10 markah]
- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila Y = AE0 dengan pendapatan negara Y0.
- Ketidakstabilan politik menyebabkan pelabur kurang yakin untuk melabur di negara tersebut.
- Pelaburan berkurang dan perbelanjaan agregat jatuh.
- Maka, keluk perbelanjaan agregat beralih ke bawah dari AE0 ke AE1.
- Pada Y0, ekonomi berlaku kurangan AE.
- Stok firma bernilai positif dan firma mengurangkan output.
- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila Y = AE1.
- Kesannya, pendapatan negara berkurang ke Y1 menunjukkan tingkat guna tenaga menurun.
SOALAN 4:
(a) Jelaskan jenis dasar kewangan yang sesuai dilaksanakan untuk:
(i) meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. [2 markah]
Dasar kewangan mengembang, iaitu menambahkan bekalan wang atau penawaran wang supaya kadar bunga jatuh untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
(ii) mengawal kenaikan tingkat harga umum yang berterusan. [2 markah]
Dasar kewangan menguncup, iaitu mengurangkan bekalan wang atau penawaran wang supaya kadar bunga meningkat untuk mengawal kenaikan tingkat harga umum yang berterusan.
(b) Huraikan secara ringkas tiga peranan bank pusat selain daripada pelaksanaan dasar kewangan. [6 markah]
Tiga peranan bank pusat selain pelaksanaan dasar kewangan:
- Mengeluarkan mata wang.
Bank pusat mencetak dan mengedarkan duit syiling dan wang kertas untuk mengawal penawaran wang selaras dengan keadaan ekonomi.
- Jurubank kepada kerajaan.
Bank pusat menguruskan akaun kerajaan dan hutang kerajaan, memberi khidmat nasihat kewangan kepada kerajaan dan sebagai sumber dana kepada kerajaan dan sebagai sumber dana kepada kerajaan.
- Jurubank kepada bank perdagangan dan institusi kewangan.
Bank pusat menyimpan rizab berkanun, menjelaskan cek dan hutang antara bank perdagangan dan menyediakan sumber pinjaman terakhir kepada bank perdagangan.
- Mengawal kestabilan kewangan negara.
Bank pusat memastikan nilai mata wang tempatan mempunyai sandaran emas dan rizab antarabangsa yang mencukupi untuk mengawal kestabilan kadar pertukaran di pasaran pertukaran asing.
SOALAN 5:
Malaysia sering menghadapi imbangan akaun perkhidmatan yang defisit. Jelaskan empat langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah tersebut. [10 markah]
- Memajukan industri pelancongan tempatan.
* Menggalakkan pelancong asing datang ke Malaysia melalui ekspo, kempen, dan sebagainya.
* Pada masa yang sama, mengurangkan pelancong keluar negara.
* Imbangan akaun perkhidmatan yang defisit dapat diperbaiki.
- Memajukan industri pendidikan tempatan.
* Menggalakkan pelajar asing ke Malaysia melalui peningkatan kualiti institusi pendidikan tempatan dan lain-lain.
* Pada masa yang sama, mengurangkan jumlah perbelanjaan pelajar Malaysia di luar negeri.
* Imbangan akaun perkhidmatan yang defisit dapat diperbaiki.
- Memajukan pengangkutan milik tempatan pada peringkat antarabangsa.
* Menggalakkan penggunaan pengangkutan tempatan untuk urus niaga antarabangsa.
* Mengurangkan penggunaan pengangkutan milik asing.
* Imbangan akaun perkhidmatan yang defisit dapat diperbaiki.
- Memajukan syarikat insurans Malaysia.
* Menggalakkan penggunaan perkhidmatan insurans dalam Malaysia.
* Mengurangkan penggunaan insurans asing atau Menggalakkan sektor kerajaan menggunakan perkhidmatan milik tempatan berbanding dengan milik asing.
* Imbangan akaun perkhidmatan yang defisit dapat diperbaiki.
SOALAN 6:
Dengan menggunakan gambar rajah kitaran perniagaan di atas:
(a) Nyatakan dan jelaskan keadaan ekonomi yang berlaku pada tahun
(i) T1. [2 markah]
Inflasi, iaitu keadaan ekonomi yang berlaku kenaikan harga umum secara berterusan atau lompang inflasi yang berlaku apabila keluaran negara sebenar melebihi keluaran negara potensi atau lebihan perbelanjaan agregat untuk mencapai keluaran negara potensi.
(ii) T2. [2 markah]
Kemelesetan ekonomi, iaitu keluaran negara potensi melebihi keluaran negara sebenar atau lompang deflasi yang berlaku apabila kurangan perbelanjaan agregat untuk mencapai keluaran negara potensi.
(b) Huraikan secara ringkas tiga sebab keadaan ekonomi pada tahun-tahun berkenaan perlu diatasi. [6 markah]
Inflasi perlu diatasi kerana inflasi:
- Menurunkan nilai wang.
- Merendahkan taraf hidup rakyat.
- Meningkatkan kos sara hidup rakyat.
Kemelesetan ekonomi perlu diatasi kerana kemelesetan ekonomi:
- Meningkatkan masalah sosial.
- Merendahkan taraf hidup rakyat.
- Meningkatkan kadar kemiskinan.
SOALAN 7:
Dengan berbantukan gambar rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana kenaikan kadar cukai keuntungan memberi kesan ke atas harga umum dan keluaran negara benar. [10 markah]
- Keseimbangan asal dicapai di titik E apabila keluk AD0 bersilang dengan keluk AS pada harga P0 dan keluaran negara benar Y0.
- Kenaikan kadar cukai keuntungan menyebabkan untung syarikat selepas cukai berkurang, pelaburan jatuh, dan AD menurun.
- Maka, keluk permintaan agregat beralih ke kiri dari AD0 ke AD1.
- Pada P0, ekonomi berlaku kurangan AD.
- Ini menyebabkan harga turun dan firma mengurangkan keluaran.
- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru tercapai apabila AD1 bersilang dengan AS di titik E1.
- Kesannya, harga menurun ke P1 dan pendapatan negara menurun ke Y1.
SOALAN 8:
Andaikan pengganda wang bernilai 5 dan bank perdagangan menerima wang tunai sebanyak RM 1,000 sebagai deposit semasa, jelaskan bagaimana penciptaan wang berlaku dalam sistem banyak bank. [10 markah]
Pengganda wang bernilai 5 menunjukkan nisbah rizab tunai adalah sebanyak 20%.
Apabila bank perdagangan menerima wang tunai sebanyak RM 1,000 sebagai deposit semasa, bank tersebut akan menyimpan RM 200 sebagai rizab dan lebihan rizab sebanyak RM 800 akan dipinjamkan.
Kunci Kira-Kira
Bank A |
|||
Harta / Aset |
RM |
Tanggungan / Liabiliti |
RM |
Wang
tunai |
200 |
Deposit
semasa |
1,000 |
Pinjaman |
800 |
|
|
Jumlah
|
1,000 |
Jumlah |
1,000 |
Wang sebanyak RM 800 yang dipinjam kemudian dimasukkan ke dalam deposit semasa Bank B. Bank B akan menyimpan RM 160 sebagai rizab tunai dan meminjamkan lebihan rizab sebanyak RM 640 kepada individu lain.
Kunci Kira-Kira
Bank B |
|||
Harta / Aset |
RM |
Tanggungan / Liabiliti |
RM |
Wang
tunai |
160 |
Deposit
semasa |
800 |
Pinjaman |
640 |
|
|
Jumlah |
800 |
Jumlah |
800 |
Proses pinjaman akan terus berlaku sehingga tiada lebihan rizab yang boleh dipinjamkan.
Selepas proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya,
Jumlah deposit = RM 1,000 x 5 = RM 5,000
Jumlah pinjaman = RM 800 x 5 = RM 4,000
Jumlah rizab = RM 200 x 5 = RM 1,000
SOALAN 9:
Berbantukan gambar rajah kadar pertukaran asing (RM/SGD), jelaskan bagaimana peningkatan pelaburan Singapura ke Malaysia mempengaruhi kadar pertukaran Ringgit Malaysia. [10 markah]
- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila D0D0 = S0S0 SGD dengan harga SGD1 = RM 3.00 dan kuantiti SGD Q0.
- Peningkatan pelaburan Singapura ke Malaysia menyebabkan keluk SS SGD naik.
- Keluk S0S0 beralih ke kanan menjadi S1S1.
- Pada SGD1 = RM 3.00, pasaran berlaku lebihan SS SGD dan mendorong harga SGD menurun.
- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila D0D0 = S1S1 dengan harga SGD1 = RM 2.00 dan kuantiti SGD Q1.
- Kesannya, SGD menurun dan kuantiti SGD meningkat.
- Maka, RM meningkat berbanding dengan SGD.
SOALAN 10:
Dengan berbantukan gambar rajah W-J, jelaskan kesan devaluasi RM terhadap keseimbangan pendapatan negara Malaysia. [10 markah]
- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila J0 = W0 dengan pendapatan negara keseimbangan asal Y0.
- Devaluasi menyebabkan harga eksport secara relatif lebih murah.
- Nilai eksport bertambah, suntikan bertambah.
- Keluk suntikan beralih ke atas dari J0 ke J1.
- Devaluasi menyebabkan harga import secara relatif lebih mahal.
- Nilai import berkurang, bocoran jatuh.
- Keluk bocoran beralih ke bawah dari W0 ke W1.
- Pada Y0, ekonomi berlaku lebihan suntikan.
- Stok bernilai negatif dan firma menambahkan output.
- Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila J1 = W1.
- Kesannya, pendapatan negara Malaysia bertambah ke Y1.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!
评论
发表评论