PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 1


你好鸭,我是 Tina,是个Blogger,欢迎你们来观看~

如你所见,这篇 Sem 3 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, perkembangan kedudukan negara anggota ASEAN dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah antara tahun 2019 dan tahun 2020. ASEAN sebagai sebuah pertubuhan penting serantau perlu memainkan peranan bagi memastikan kedudukan negara anggota dalam Indeks Persepsi Rasuah semakin baik dari tahun ke tahun. Bincangkan.

ASEAN: KEDUDUKAN NEGARA ANGGOTA ASEAN DALAM INDEKS PERSEPSI RASUAH ANTARA TAHUN 2019 DAN TAHUN 2020

Negara

Skor / Markah

Kedudukan / Ranking

Tahun 2019

Tahun 2020

Tahun 2019

Tahun 2020

Singapura

85

85

4

3

Brunei

60

60

35

35

Malaysia

53

51

51

57

Indonesia

40

37

85

102

Thailand

36

36

101

104

Filipina

34

34

113

115

Vietnam

37

36

96

104

Myanmar

29

28

130

137

Laos

29

29

130

134

Kemboja

20

21

162

160

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada

https://www.transparency.org, 30 Ogos 2021)

PENDAHULUAN 开头:

Jadual ini menunjukkan kedudukan negara anggota ASEAN dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah antara tahun 2019 dan tahun 2020. Oleh itu, terdapat beberapa peranan ASEAN dalam mengekang isu rasuah dalam kalangan negara anggota.

SKEMA JAWAPAN:

Bil.

Isi / Idea

Huraian

A.

1.

 

Pola Perubahan

Negara yang mencatat peningkatan kedudukan dari tahun 2019 ke tahun 2020 dalam indeks persepsi rasuah adalah Singapura dan Kemboja.

 

Buktinya, pada tahun 2019, Singapura mencatat peningkatan pada kedudukan yang keempat dalam indeks persepsi rasuah negara anggota ASEAN. Pada tahun 2020, Singapura berada di kedudukan ketiga iaitu meningkat sebanyak 1 kedudukan iaitu bersamaan 25%.

2.

Negara yang mencatat penurunan kedudukan dari tahun 2019 ke tahun 2020 dalam indeks persepsi rasuah adalah Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, dan Laos.

Contohnya, pada tahun 2019, Malaysia mencatat penurunan pada kedudukan yang ke-51 dalam indeks persepsi rasuah negara anggota ASEAN, pada tahun 2020, Malaysia berada di kedudukan ke-57 iaitu menurun sebanyak 6 kedudukan iaitu bersamaan 11.76%.

B.

3.

Peranan

Peranan ASEAN dalam mengekang isu rasuah dalam kalangan negara anggota ialah menandatangani deklarasi antara negara anggota.

 

Semua negara anggota melakukan persetujuan bersama semasa mesyuarat Menteri Luar ASEAN berkenaan komitmen negara anggota ASEAN bagi memerangi rasuah. Semasa mesyuarat, mereka telah bersetuju menggariskan beberapa ketetapan penting yang perlu dipatuhi oleh semua negara anggota.

4.

Peranan ASEAN dalam mengekang isu rasuah dalam kalangan negara anggota merupakan membuat penetapan bersama lagi menggubal undang-undang anti-rasuah.

Perbincangan mesyuarat Menteri Luar ASEAN telah menetapkan satu garis panduan yang boleh dijadikan rujukan negara anggota bagi menggubal undang-undang yang bersesuaian dengan negara anggota. Kandungan garis panduan dibincangkan dalam mesyuarat ketua-ketua negara ASEAN bagi mendapatkan solusi yang terbaik.

KESIMPULAN结尾:

Kesimpulannya, semua negara anggota ASEAN perlu bekerjasama dan berganding bahu untuk mengekang permasalahan dan isu rasuah dalam kalangan negara anggota.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1