PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 3


你好鸭,欢迎你们来观看~

这篇是 Sem 3 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!

请看:

SOALAN:

Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan migrasi buruh dari negara-negara terpilih ke Malaysia antara tahun 2016 dengan tahun 2017. Huraikan faktor tolakan yang mempengaruhi migrasi.

MIGRASI BURUH DARI NEGARA-NEGARA TERPILIH KE MALAYSIA ANTARA TAHUN 2016 DENGAN TAHUN 2017

Bil.

Negara

Tahun 2016 (orang)

Tahun 2017 (orang)

1.

Bangladesh

252,365

271,100

2.

Filipina

58,366

55,184

3.

India

119,984

117,314

4.

Indonesia

758,487

720,464

5.

Myanmar

138,492

114,507

6.

Nepal

405,336

388,836

7.

Pakistan

62,745

58,510

8.

Thailand

12,374

16,177

9.

Negara-negara lain

58,220

55,285

 

Jumlah

1,866,369

1,797,377

(Disesuaikan daripada: Asia Pasific Migration Network

dalam http://www.ilo.org/asia)

PENDAHULUAN 开头:

Jadual ini menunjukkan migrasi buruh dari negara-negara terpilih ke Malaysia antara tahun 2016 dengan tahun 2017. Migrasi buruh ke Malaysia telah berlaku secara besar-besaran kebelakangan ini.

SKEMA JAWAPAN:

Bil.

Isi / Idea

Huraian

A.

1.

Pola Perbandingan

Migrasi buruh dari negara-negara terpilih ke Malaysia dalam tahun 2016 lebih tinggi berbanding dengan tahun 2017.

 

Bilangan migrasi buruh di Malaysia tahun 2016 lebih tinggi daripada bilangan migrasi buruh tahun 2017 adalah Filipina, India, Indonesia, Myanmar, Nepal, Pakistan, dan negara-negara lain.

 

Jumlah keseluruhan bilangan migrasi tahun 2016 adalah sebanyak 1,866,369 orang menurun kepada 1,797,377 orang pada tahun 2017. Penurunan sebanyak 68,992 orang iaitu bersamaan 3.70%

Sebagai contoh, bilangan migrasi buruh dari negara Indonesia pada tahun 2016 iaitu bersamaan 40.64% dan menurun kepada 720,464 orang pada tahun 2017.

B.

2.

Faktor

Faktor tolakan yang mempengaruhi migrasi buruh ke Malaysia adalah peperangan atau perang saudara di negara asal mereka.

 

Maklamat satu pihak adalah bagi mengambil alih kuasa negara atau bagi menukar polisi kerajaan. Dengan sebab itu, mereka mencari peluang pekerjaan di Malaysia.

3.

Faktor kemiskinan di negara asal menyebabkan kemasukan buruh ke Malaysia secara besar-besaran.

Perkembangan ekonomi yang kurang pesat di negara asal menyebabkan buruh asing ini kurang peluang pekerjaan. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran dan kemiskinan yangg semakin tinggi. Peluang ini yang terhad juga memberikan kadar upah yang rendah dan memaksa mereka.

4.

Bencana alam yang terdapat di negara asal mereka menyebabkan migrasi buruh berhijrah ke Malaysia.

Bencana alam yang kerap berlaku menyebabkan krisis bekalan makanan berlaku sehingga terjadinya masalah kebuluran. Kejadian bencana alam juga menyebabkan penularan penyakit berjangkit. Hal ini menyebabkan mereka memasuki negara kita.

KESIMPULAN结尾:

Kesimpulannya, ekonomi negara Malaysia yang turut berkembang pesat dengan pembangunan yang berjalan lancar dan peluang pekerjaan melimpah luar terutama dalam sektor perdagangan dan sektor perkilangan menarik minat kehadiran buruh asing ke Malaysia.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1