PENGAJIAN AM - LATIHAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 2
这篇是 Sem 3 的 Latihan Alih Bentuk Komunikasi,希望大家喜欢这个系列哦!
请看:
SOALAN:
Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi di negara-negara Asia Tenggara terpilih dari tahun 2018 hingga jangkaan tahun 2020. Huraikan potensi Malaysia dalam meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi agar kekal berdaya saing pada peringkat global.
KADAR INFLASI DAN KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI DI
NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA TERPILIH DARI TAHUN 2018 HINGGA TAHUN JANGKAAN 2020
Negara |
Kadar inflasi dan
kadar pertumbuhan ekonomi (peratus) |
|||||
2018 |
2019 |
2020 (jangkaan) |
||||
Kadar Inflasi |
Kadar Pertumbuhan
Ekonomi |
Kadar Inflasi |
Kadar Pertumbuhan
Ekonomi |
Kadar Inflasi |
Kadar Pertumbuhan
Ekonomi |
|
(%) |
(%) |
(%) |
(%) |
(%) |
(%) |
|
Vietnam |
3.54 |
7.1 |
2.8 |
7.0 |
3.22 |
6.9 |
Filipina |
5.21 |
6.3 |
2.48 |
6.0 |
2.64 |
5.9 |
Malaysia |
0.97 |
4.8 |
0.66 |
4.3 |
0.43 |
4.5 |
Laos |
2.04 |
6.3 |
3.32 |
6.4 |
5.07 |
4.1 |
Indonesia |
3.29 |
5.2 |
2.82 |
5.0 |
2.03 |
5.5 |
Kemboja |
2.39 |
7.5 |
2.01 |
7.1 |
2.94 |
7.2 |
Brunei |
1.05 |
0.1 |
1.01 |
3.9 |
1.94 |
3.1 |
(Dipetik
dan disesuaikan daripada ASEAN Key Figures, 2020)
PENDAHULUAN 开头:
Jadual ini menunjukkan kadar inflasi dan kadar pertumbuhan ekonomi di negara-negara Asia Tenggara terpilih dari tahun 2018 hingga jangkaan tahun 2020.
SKEMA JAWAPAN:
Bil. |
Isi / Idea |
Huraian |
A. 1. |
Pola
Perubahan Kadar
inflasi turun naik dan kadar pertumbuhan ekonomi sentiasa menurun adalah
Vietnam dan Filipina. |
Kadar
inflasi bagi negara Vietnam pada tahun 2018 mencatat 3.54%, tahun 2019
mencatat 2.80%, dan tahun 2020 mencatat 3.22%. Manakala kadar pertumbuhan ekonomi
bagi negara Vietnam pada tahun 2018 mencatat 7.10% dan turun 2020 mencatat
6.90%. |
2. |
Kadar
inflasi meningkat dan kadar pertumbuhan ekonomi turun naik di negara-negara
Asia Tenggara terpilih dari tahun 2018 hingga tahun jangkaan 2020 adalah
negara Laos. |
Sebagai
contoh, kadar inflasi bagi negara Laos pada tahun 2018 adalah sebanyak 2.04%,
tahun 2019 sebanyak 3.32%, tahun 2020 sebanyak 5.07%. Manakala, kadar
pertumbuhan ekonomi bagi negara Laos pada tahun 2018 adalah sebanyak 6.30%,
tahun 2019 sebanyak 6.40%. dan tahun 2020 sebanyak 4.10%. |
B. 3. |
Potensi Potensi Malaysia dalam meningkatkan kadar pertumbuhan
ekonomi agar kekal berdaya saing pada peringkat global adalah hubungan
luar yang baik. |
Hubungan
dagangan yang erat dan menyakinkan peluang hubungan dagangan yang luas atau
mudah mendapatkan rakan dagangan baru. Keyakinan pelabur untuk melabur di
negara ini sangat tinggi. |
4. |
Potensi Malaysia dalam meningkatkan kadar pertumbuhan
ekonomi agar kekal berdaya saing pada peringkat global adalah sumber
bahan mentah yang banyak untuk dimajukan. |
Bahan
mentah mudah didapati dan mencukupi untuk dimajukan. Ini membolehkan wujudnya
pelbagai industri berasaskan bahan mentah sedia ada. Selain itu, kos operasi
atau kos pengeluaran yang lebih rendah. |
KESIMPULAN结尾:
Kesimpulannya, inflasi mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara. Setiap negara perlu berusaha untuk memajukan ekonomi masing-masing.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!