PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 5
大家好噢,我是 Tina 酱~
SOALAN 1:
Antara berikut yang manakah merupakan matlamat Zonn Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)?
I. Mengehadkan penggunaan tenaga nuklear.
II. Menjamin keselamatan perairan di rantau ini.
III. Mengelakkan perlumbaan senjata nuklear di rantau ini.
IV. Menggalakkan penggunaan tenaga nuklear dalam perindustrian.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 2:
Objektif Á Mengurangkan kemiskinan serta jurang pendapatan. Á Membaiki kualiti hidup di rantau negara ASEAN. |
Objektif di atas merujuk
A. Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
B. Komuniti Sosial Budaya ASEAN (ASCC).
C. Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
D. Pertumbuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia.
SOALAN 3:
Antara berikut yang manakah merupakan isu yang berjaya diselesaikan melalui persefahaman antara Malaysia dengan Singapura?
I. Bayaran Pampasan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).
II. Kontrak pembelian air mentah dari Malaysia.
III. Perebutan Pulau Batu Putih dan Middle Rock.
IV. Kemasukan pelajar elit ke universiti di Singapura.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 4:
Kebangkitan negara China sebagai satu kuasa baharu ekonomi dunia turut dipengaruhi oleh?
I. Rangkaian usahawan China yang ada di seluruh dunia.
II. Produktiviti yang tinggi oleh tenaga buruh di negara China.
III. Bekalan bahan mentah industri yang banyak di negara China.
IV. Perubahan dalam sistem ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan China.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 5:
Yang manakah termasuk dalam agenda kerjasama negara anggota ASEAN?
I. Membentuk kerjasama ketenteraan.
II. Melaksanakann kerjasama dalam pendidikan.
III. Mewujudkan keamanan dan kestabilan politik serantau.
IV. Menyelesaikan isu dalaman negara anggota secara rundingan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 6:
Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN (FTA) |
Yang manakah berkaitan maklumat di atas?
I. Mengadakan kerjasama ASEAN + 3.
II. Mengambil inisiatif ke arah pasaran tunggal.
III. Meningkatkan keamanan dan kestabilan negara.
IV. Mengadakan Skim Keutamaan Tarif Sama Rata (CEPT).
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 7:
Yang manakah merupakan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
A. Jurucakap Misi Pendamai.
B. Ketua Pasukan Pengaman.
C. Ahli Tetap Majlis Keselamatan.
D. Pengerusi Majlis Perhimpunan Agung.
SOALAN 8:
Yang manakah merupakan peranan Malaysia dalam Perundingan Ekonomi Asia Timur?
A. Menyatukan negara Asia Tenggara untuk kerjasama import-eksport.
B. Menyatukan negara ASEAN memajukan industri kecil dan sederhana.
C. Menyatukan negara Eropah dan Asia Timur untuk kerjasama teknikal ekonomi.
D. Menyatukan negara Asia Timur dengan negara Asia Pasifik sebagai penyatu ekonomi.
SOALAN 9:
Antara berikut yang manakah benar tentang Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)?
I. Menubuhkan INNOTECH di Filipina.
II. Meningkatkan pengurusan bencana alam.
III. Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura.
IV. Mengadakan hubungan persahabatan melalui Sukan SEA.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 10:
Yang manakah usaha yang dilakukan oleh Malaysia kearah mengukuhkan Kerjasama Selatan-Selatan?
I. Menganggotai Kumpulan 15 (G15).
II. Memulaukan barangan import dari negara-negara Utara.
III. Menjadi tuan rumah Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
IV. Menempatkan ibu pejabat SITTDEC di Kuala Lumpur.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 11:
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?
I. Mengadakan kerjasama dalam bidang ketenteraan.
II. Menumpukan kerjasama dalam bidang politik.
III. Mewujudkan peluang-peluang baharu dalam hubungan perdagangan.
IV. Menggerakkan kerjasama dalam bidang perbankan dan insurans Islam.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 12:
Yang manakah merupakan matlamat Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)?
I. Meningkatkan ekonomi negara Dunia Ketiga.
II. Menggalakkan hubungan dengan negara komunis.
III. Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama.
IV. Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara-negara Afrika.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 13:
Yang manakah merupakan usaha ASEAN bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan politik serantau?
I. Mewujudkan komuniti ASEAN.
II. Forum Serantau ASEAN (ARF).
III. Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN).
IV. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 14:
Yang manakah tujuan Malaysia menyokong Pergerakan Negara-Negara Berkecuali?
I. Memberi pengiktirafan kepada semua ras dan negara.
II. Membenarkan campur tangan isu dalaman sesebuah negara.
III. Mewujudkan kerjasama ekonomi antara negara maju dan negara membangun.
IV. Membantah campur tangan kuasa besar dalam menyelesaikan isu keselamatan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 15:
Yang manakah merupakan penglibatan antarabangsa Malaysia dalam menangani isu pemanasan global?
I. Mengambil bahagian dalam program antarabangsa Earth Hour.
II. Membincangkan isu pemanasan global di peringkat dalam negara.
III. Menghadiri Persidangan Kyoto anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
IV. Memutuskan hubungan dengan negara yang cuba meneroka benua Antartika.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!