PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 7


大家好噢,我是 Tina 酱~

如标题所见,这篇文章是 Sem 3 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN 1:

Kedudukan geostrategik negara menjadi satu daripada faktor yang mempengaruhi dasar Malaysia kerana Malaysia mahu

A. mengelakkan pergantungan kepada kuasa luar.

B. memastikan hubungan perdagangan antarabangsa berjalan lancar.

C. menjamin keselamatan negara di rantau Asia-Pasifik.

D. mengelakkan keadaan rantau Asia Tenggara yang bermasalah.

SOALAN 2:

Yang manakah tindakan yang menggambarkan prinsip hubungan luar Malaysia?

I.      Memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang ditimpa bencana.

II.     Menyelesaikan masalah dalaman sesebuah negara secara bersama.

III.    Menitikberatkan hubungan yang erat dengan negara-negara jiran.

IV.    Memberi pandangan terhadap sistem kerajaan sesebuah negara.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 3:

Yang manakah merupakan alasan utama kerjasama ASEAN dalam bidang ekonomi kurang membanggakan?

A. Pasaran domestik lebih penting daripada pasaran serantau.

B. Pembangunan ekonomi tidak seimbang.

C. Pendapatan per kapita yang seimbang.

D. Persaingan guna tenaga.

SOALAN 4:

Yang manakah berkaitan dengan hubungan ekonomi Malaysia dalam ASEAN?

I.      Menjalankan eksport di Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN.

II.     Mengadakan lawatan antara negara-negara anggota ASEAN.

III.    Menyokong Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali di Asia Tenggara.

IV.    Mengadakan Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN dua kali setahun.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 5:

6  Mengurangkan kemiskinan dan jurang pendapatan.

6  Membaiki kualiti hidup di rantau negara ASEAN.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Komuniti Sosial ASEAN.

B. Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

C. Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

D. Pertumbuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia.

SOALAN 6:

Bagi menjamin keamanan, Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara telah mewujudkan kesepakatan menangani keganasan antarabangsa dalam

I.      Dialog Antarabangsa Langkawi (LID).

II.     ASEAN + 3.

III.    Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).

IV.    Forum Serantau ASEAN (ARF).

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 7:

Dasar Pandang ke Timur menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi mencapai kemajuan dari segi pendidikan, teknologi, dan cara berfikir.

Yang manakah kesan pelaksanaan dasar di atas?

A. Pengalaman etika kerja yang produktif dan berdisiplin.

B. Pembinaan infrastruktur negara berasaskan kepakaran Jepun.

C. Penubuhan cawangan universiti dan kolej dari Jepun di Malaysia.

D. Pelaburan dari Jepun menggantikan pelaburan dari negara Barat.

SOALAN 8:

Yang manakah cabaran yang dihadapi dalam kalangan negara anggota ASEAN terhadap hubungan diplomatik?

I.      Singapura menambak pantai tanpa persetujuan Malaysia.

II.     Sekatan terhadap amalan demokrasi di Myanmar oleh junta tentera.

III.    Penyelesaian masalah dalaman sesebuah negara menjejaskan negara ahli.

IV.    Kerajaan Singapura mendesak Jakarta bertanggungjawab menanggung kerugian akibat jerebu di Sumatera.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 9:

¾    Syarat perdagangan yang merugikan.

¾    Beban hutang yang tinggi.

¾    Perdagangan yang menguntungkan negara maju sahaja.

Masalah-masalah di atas dialami oleh sekumpulan negara di dunia. Untuk mengatasi masalah di atas, negara-negara tersebut menubuhkan

A. Pertubuhan Komanwel.

B. Kumpulan Lima Belas (G-15).

C. Suruhanjaya Selatan-Selatan.

D. Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8).

SOALAN 10:

Matlamat utama Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) adalah menyokong pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang mampan di Asia Pasifik. Tunggak utama APEC adalah

A. Liberalisasi perdagangan dan pelaburan.

B. Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global.

C. Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa.

D. Membentuk pakatan ekonomi antara Dunia Ketiga.

SOALAN 11:

Yang manakah kes yang dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa?

A. Penipuan warga asing dalam jenayah siber.

B. Pemerdagangan manusia.

C. Penangkapan nelayan Thailand yang menceroboh perairan Malaysia.

D. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan untuk tujuan pembersihan etnik.

SOALAN 12:

Yang manakah padanan yang betul antara pertubuhan dan fungsinya?

 

P

Q

R

A.

I

II

III

B.

II

III

I

C.

II

I

III

D.

III

I

II

SOALAN 13:

Yang manakah yang benar tentang pendirian Malaysia dalam isu-isu antarabangsa?

A. Menyokong penggunaan nuklear untuk tujuan keselamatan.

B. Menyokong tindakan ketenteraan ke atas negara yang dianggap pengganas.

C. Memperjuang hak rakyat Palestin untuk memiliki negara mereka yang merdeka.

D. Menyokong sekatan perdagangan terhadap Iran.

SOALAN 14:

Yang manakah perkara yang menjadi kerisauan apabila Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA)?

A. Menjejaskan perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

B. Menjejaskan peluang pekerjaan penduduk tempatan.

C. Menjejaskan kemasukan pelabur asing.

D. Menjejaskan akses pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia.

SOALAN 15:

a Mengurangkan kemisikinan dunia.

a Memperkasakan wanita.

Pernyataan di atas merujuk kepada perisytiharan

A. Protokol Kyoto.

B. Protokol Montreal.

C. Persidangan Rio.

D. Persidangan Johannesburg.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1