PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 6
大家好噢,我是 Tina 酱~
SOALAN 1:
8 Malaysia mempunyai sempadan laut strategik seperti
Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. 8 Malaysia merupakan sebuah pulau yang terlindung
daripada tiupan angin monsoon Barat Daya atau angin monsoon Timur Laut. |
Pernyataan di atas merujuk faktor dalaman
A. Sejarah.
B. Kepimpinan.
C. Penduduk dan Saiz Negara.
D. Geopolitik dan Geostrategik.
SOALAN 2:
Yang manakah faktor sejarah dalam menentukan dasar luar negara kita?
I. Malaysia mengamalkan sikap anti komunis.
II. Malaysia mengamalkan pengalaman pahit apabila dijajah.
III. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
IV. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan tidak campur tangan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 3:
Yang manakah sumbangan Malaysia dalam ASEAN?
I. Mengetuai persidangan Afro-Asia.
II. Membentuk Skim Keutamaan Perdagangan Global.
III. Menyokong perdagangan dua hala antara rantau ASEAN.
IV. Menggalakkan kerjasama dalam bidang sains dan budaya.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 4:
Yang manakah merupakan fungsi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia?
A. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN.
B. Menyelaras sistem ejaan dan istilah Bahasa Melayu.
C. Mengkaji selidik sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu.
D. Memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa.
SOALAN 5:
Yang manakah merupakan strategi kerjasama ekonomi ASEAN?
I. Mengadakan projek automobile sesama negara-negara anggota.
II. Memperuntukkan projek-projek perindustrian dalam kalangan negara anggota.
III. Menyatakan pendirian bersama atas isu-isu ekonomi antarabangsa.
IV. Menggunakan mata wang bersama dalam kalangan negara ASEAN.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 6:
Yang manakah Komitmen Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
A. Menjadi wakil khas ke Myanmar.
B. Menjadi ahli tetap dalam Majlis Keselamatan.
C. Mempengerusikan Majlis Perhimpunan Agung.
D. Memelihara keamanan negara-negara anggota.
SOALAN 7:
Kombinasi yang manakah yang menunjukkan kepercayaan Malaysia terhadap Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
I. Malaysia menganggotai Pasukan Pendamai PBB di Namibia.
II. Malaysia menerima perlantikan sebagai pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
III. Malaysia bersetuju Amerika Syarikat menjatuhkan kerajaan Saddam Hussein di Iraq.
IV. Malaysia memaksa kerajaan Myanmar membebaskan aktivis demokrasinya.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 8:
Yang manakah strategi yang dilaksanakan untuk menjayakan usaha kerjasama Selatan-Selatan?
I. Meningkatkan produktiviti ekonomi.
II. Mengurangkan cukai bagi barangan tertentu.
III. Mengeratkan hubungan antara negara Selatan.
IV. Memberikan bantuan kewangan dan kemudahan pinjaman.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 9:
Z Berusaha untuk mengikis diskriminasi bangsa. Z Bertindak dalam mengembalikan ketenteraman dunia. Z Berusaha untuk memupuk persefahaman antara ahli dengan
bukan ahli. |
Pernyataan di atas menjadi matlamat
A. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
B. Pertubuhan Negara Komanwel.
C. Persatuan Negara Asia Tenggara.
D. Konferensi Negara Afro-Asia.
SOALAN 10:
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) diasaskan melalui Konferensi Bandung 1955. Matlamat-matlamat NAM ialah
I. Mengutamakan hak asasi manusia.
II. Mementingkan sikap berkecuali.
III. Menentukan pemimpin yang sesuai untuk sesebuah negara.
IV. Menuntut kemerdekaan untuk negara-negara ahli yang masih dijajah.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 11:
Yang manakah ciri yang menjadi pola dalam perhubungan Malaysia dengan negara-negara Komanwel?
A. Mengekalkan kedaulatan kerajaan Britain.
B. Mewujudkan institusi tersendiri dalam setiap bidang sosioekonomi.
C. Mempertingkatkan hubungan dan kerjasama dalam kalangan negara-negara anggota.
D. Mengadakan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara-negara anggota.
SOALAN 12:
u Kesatuan Eropah (EU). u Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). u Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA). |
Yang manakah ciri-ciri yang sama bagi pertubuhan-pertubuhan di atas?
I. Mewujudkan kerjasama ekonomi serantau.
II. Hanya melibatkan kerjasama ekonomi sahaja.
III. Diketuai oleh Amerika Syarikat.
IV. Menyuarakan pendapat bersama pada peringkat antarabangsa tentang isu ekonomi.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 13:
Yang manakah syarat yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia terhadap Malaysia dalam masalah pembantu rumah?
I. Pembantu rumah diberikan cuti pada hujung minggu.
II. Pembantu rumah diberikan tempat tinggal yang selesa.
III. Pembantu rumah dibenarkan berjumpa saudara-mara pada masa cuti.
IV. Pembantu rumah dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 14:
Perluasan kawasan cari gali perlombongan petroleum Malaysia di Laut China Selatan adalah hasil
A. Kerjasama dan persefahaman negara-negara di dunia terhadap Zon Ekonomi Eksklusif.
B. Kerjasama Malaysia dengan syarikat Esso dan Shell.
C. Kerjasama Malaysia dengan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
D. Kerjasama Jawatankuasa Sempadan antara negara-negara Asia Tenggara.
SOALAN 15:
Yang manakah merupakan masalah air yang berlaku antara Malaysia dengan Singapura?
A. Pembinaan loji air bersih tergendala.
B. Kos bekalan air yang dikenakan terlalu rendah.
C. Bekalan air yang disediakan semakin berkurangan.
D. Pembinaan empangan antara dua negara sukar dilaksanakan.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!