SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 2 / PENGGAL 2 - 3


今天分享的是 Sem 2 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

希望大家会喜欢吖!

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Pelan Pembangunan Pendidikan Negara,2013-2015 menggariskan enam ciri yang perlu ada pada setiap murid agar berupaya bersaing pada peringkat global. Huraikan dua ciri tersebut.

- Pengetahuan.

Murid perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi di samping subjek teras seperti Sains dan Matematik.

Murid perlu didedahkan tentang pengetahuan am mengenai Malaysia, Asia, dan dunia melalui subjek Sejarah, Kemanusiaan dan Geografi.

- Kemahiran berfikir.

Murid diterapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pelbagai disiplin ilmu.

Menguasai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penakulan, serta pemikiran kreatif dan inovatif.

- Kemahiran memimpin.

Kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang yang lain sangat penting.

Kepimpinan merangkumi empat dimensi iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran komunikasi berkesan.

- Kemahiran dwibahasa.

Sekurang-kurangnya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Kementerian menggalakkan murid mempelajari bahasa lain sebagai tambahan.

- Etika dan Kerohanian.

Membentuk individu penyayang yang menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian negara.

- Identiti nasional.

Terikat dengan prinsip Rukun Negara.

Setiap murid berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan status ekonomi.

SOALAN 2:

Nyatakan lima dasar yang berkaitan dengan tadbir urus negara.

- Dasar Pandang ke Timur. 

- Dasar Penswastaan.

- Dasar Kepimpinan Melalui Teladan.

- Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah.

- Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam.

SOALAN 3:

Nyatakan empat kepentingan Wawasan 2020 terhadap negara.

- Pernyataan visi dan misi nasional.

- Menetapkan hala tuju pembangunan negara.

- Konsensus nasional dalam kalangan rakyat.

- Menentukan agenda pembangunan nasional.

SOALAN 4:

Nyatakan enam cabaran negara akibat Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

- Menambahbaik infostruktur atau prasarana teknologi dan komunikasi.

- Penyediaan tenaga kerja mahir (khususnya berkaitan teknologi digital).

- Perlu menghadapi risiko perubahan pasaran kerja.

- Perlu menjadikan rakyat Malaysia celik IT.

- Perlu membudayakan rakyat Malaysia dengan gaya hidup baharu.

- Penambah baikkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan.

SOALAN 5:

Senaraikan empat dasar ekonomi bersifat alternatif untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.

- Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990).

- Dasar Pembangunan Nasional (1991 - 2000).

- Dasar Wawasan Negara (2001 - 2010).

- Model Ekonomi Baharu (2011 - 2020).

SOALAN 6:

Terangkan tiga dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

- Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Semua sekolah menggunakan sistem persekolahan yang sama, bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang sama, kurikulum yang sama, dan peperiksaan yang seragam.

- Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan kaum dengan memelihara keperibadian bangsa.

- Melalui Dasar Sukan Negara.

Memupuk dan mengeratkan perpaduan kaum melalui aktiviti sukan.

SOALAN 7:

Huraikan empat rasional kerajaan memperkenalkan konsep Sukan Untuk Semua di negara kita.

- Perpaduan rakyat semakin rapuh pada hari ini.

- Jati diri rakyat Malaysia semakin terhakis dewasa ini.

- Taraf kesihatan rakyat Malaysia semakin merosot sejak kebelakangan ini.

- Masalah gejala sosial semakin meningkat dalam kalangan golongan remaja kita.

SOALAN 8:

Berikan tiga objektif utama Dasar Pensyarikatan Malaysia.

- Menghapuskan salah faham antara sektor awam dengan sektor swasta.

- Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat antara sektor awam dengan sektor swasta.

- Mewujudkan kerjasama yang erat dan berkesan antara sektor awam dengan sektor swasta dalam usaha membangunkan negara untuk faedah bersama.

SOALAN 9:

Terangkan tiga sumbangan Dasar Wanita Negara dalam memajukan wanita di negara ini.

- Melibatkan wanita dalam semua aspek pembangunan negara.

Dari segi sumbangan dan faedah.

- Mengelakkan berlakunya diskriminasi dalam semua situasi.

Dari segi perjawatan dan gender tidak diambil kira.

- Meningkatkan sumbangan wanita dalam membuat keputusan.

Penglibatan dalam jawatan-jawatan strategik.

SOALAN 10:

Nyatakan lapan prinsip dalam Dasar Alam Sekitar Negara.

- Peranan sektor swasta.

- Pengawasan alam sekitar.

- Membuat keputusan bersepadu.

- Komitmen dan kebertanggungjawaban.

- Penggunaan mapan sumber-sumber asli.

- Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar.

- Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam.

- Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa.

SOALAN 11:

Jelaskan empat manfaat yang diperoleh oleh rakyat melalui pelaksanaan Dasar Sosial Negara.

- Mendapatkan keperluan asas.

Sebagai contoh, bekalan air, elektrik, dan rumah.

- Peluang untuk membangunkan potensi dan keperluan diri.

Seperti peluang latihan untuk pendidikan.

- Menikmati keperluan atau khidmat keperluan sosial.

Contohnya, rumah orang tua atau anak.

- Yatim.

Misalnya, Pusat Pemulihan Penagih Dadah.  

SOALAN 12:

Nyatakan amalan-amalan Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah dalam tugas harian.

- Jujur.

- Ikhlas.

- Bertelus.

- Berintegriti.

- Menepati masa.

- Sikap berkecuali.

- Menjaga kualiti kerja.

- Tidak pecah amanah.

- Mengelakkan pembaziran.

- Tidak cemburu atau dengki.

- Mengelak mengambil rasuah.

- Mempunyai nilai moral yang tinggi.

SOALAN 13:

Nyatakan tiga rasional penggubalan Dasar Pendidikan Negara.

- Perpaduan.

- Identiti kebangsaan.

- Keperluan pembangunan negara.

SOALAN 14:

Jelaskan tiga strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan Sogoshosha Malaysia.

- Melalui galakan kredit yang diberikan kepada syarikat tempatan yang menghadapi masalah kewangan untuk melaksanakan kegiatan eksport di luar negara.

- Melalui galakan cukai iaitu elaun galakan eksport dan lain-lain pengecualian cukai di bawah Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977, dan Akta Eksais 176.

- Melalui lain-lain galakan serta khidmat sokongan seperti penglibatan Pejabat Perusahaan Perdagangan Malaysia di luar negara dan sebagainya.

SOALAN 15:

Nyatakan lima strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

- Mensejahterakan hidup.

- Mentransformasikan ekonomi negara.

Mentransformasikan sistem penyampaian awam.

- Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf hidup.

- Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

SOALAN 16:

Terangkan empat usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik, dan kompetitif.

- Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama.

Hasil pertanian dikomersialkan secara perladangan.

Herba ditanam secara komersial.

- Menghasilkan produk pertanian berasaskan keperluan.

Penanaman tongkat ali.

Hasil daripada susu kambing.

- Memajukan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian.

Bukti yang paling jelas adalah bioteknologi.

- Memberi nilai komersial kepada produk pertanian.

Pertanian sebagai satu perniagaan.

SOALAN 17:

Nyatakan tiga jenis Rancangan Pembangunan Negara yang dilaksanakan di Malaysia.

- Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) atau Pelan Rangka Perspektif (OPP).

- Perancangan Jangka Sederhana atau Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

- Perancangan Jangka Pendek atau Bajet Tahunan.

SOALAN 18:

Jelaskan tiga prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

- Berteraskan kebudayaan rakyat asal.

Budaya penduduk asal rantau ini dijadikan sebagai panduan dalam kebudayaan kebangsaan.

- Menerima unsur kebudayaan lain.

Penerimaan dan penyerapan budaya lain yang sesuai dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

- Agama Islam sebagai unsur penting.

Agama Islam menjadi asas dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

SOALAN 19:

Nyatakan empat daripada enam teras bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

- Memerangi rasuah.

- Mengurangkan kadar jenayah.

- Menambah baik pengangkutan awam.

- Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.

- Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

- Mempertingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

SOALAN 20:

Berikan perbandingan antara Penswastaan dengan Pensyarikatan Malaysia.

- Persamaan:

* Kedua-dua melibatkan pihak kerajaan dan pihak swasta.

* Kedua-dua menubuhkan jawatankuasa atau panel sebagai jentera pelaksanaan.

- Perbezaan:

* Penswastaan melibatkan perpindahan pengurusan dari pihak kerajaan kepada pihak swasta manakala Pensyarikatan Malaysia melibatkan kerjasama antara kerajaan dan swasta.

Penswastaan untuk meringankan beban kerajaan manakala Pensyarikatan Malaysia bertujuan merapatkan hubungan antara sektor swasta dan awam untuk kerjasama yang lebih erat.

SOALAN 21:

Senaraikan empat bentuk Penswastaan di Malaysia.

- Secara kontrak.

- Secara pajakan.

- Secara perniagaan.

- Penglibatan bersama.

SOALAN 22:

Nyatakan tujuan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius wujud dalam kalangan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1