SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 2 / PENGGAL 2 - 5
今天分享的是 Sem 2 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
请看:
SOALAN 1:
Terangkan dua Teras Dasar Agromakanan (2011-2020).
- Teras Kedayasaingan.
* Penerokaan pertanian bernilai tinggi.
* Peningkatan pengeluaran dan produktiviti.
* Penglibatan pihak swasta sebagai pemacu pertumbuhan.
* Pengukuhan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.
- Teras Kemampanan.
* Penyediaan menghadapi impak perubahan iklim.
* Perluasan amalan mesra alam.
* Pengurusan bahan sampingan atau buangan.
* Pembangunan sumber manusia berkualiti.
* Pemakanan untuk kesihatan.
SOALAN 2:
Berikan tiga strategi yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat Dasar Pandang ke Timur.
- Perubahan sikap.
- Perubahan struktur.
- Latihan dan Kursus.
SOALAN 3:
Jelaskan empat strategi bagi mencapai matlamat Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara.
- Membaiki sistem dan organisasi.
Pembaikan dari segi objektif, strategi dann tatacara kerja, sistem maklumat, dan sistem yang menghapuskan kelemahan organisasi.
- Mengguna teknologi yang sesuai.
Penekanan terhadap pemindahan teknologi secara berkesan supaya negara kurang bergantung pada sumber-sumber teknologi dari luar.
- Menerap nilai-nilai baharu.
Penyemaian nilai-nilai dan etika kerja yang positif seperti dedikasi dalam seluruh peringkat organisasi.
- Menggubal dasar-dasar baharu.
Dasar-dasar yang dapat membantu pencapaian matlamat peningkatan daya pengeluaran. Misalnya, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian Berat, Dasar Penswastaan, dan Dasar Persyarikatan Malaysia.
SOALAN 4:
Jelaskan lapan kesan yang wujud jika strategi-strategi berkenaan berjaya dicapai.
- Meningkatkan daya saing.
- Meningkatkan produktiviti.
- Pemantapan tadbir urus kerajaan.
- Meningkatkan kecekapan tenaga kerja.
- Mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti.
- Mewujudkan persekitaran budaya kerja cemerlang.
- Mewujudkan masyarakat yang berintegriti atau nilai moral tinggi.
- Mewujudkan pemimpin yang berwawasan atau teladan yang baik.
SOALAN 5:
Nyatakan empat manfaat pelaksanaan Dasar Sukan Negara terhadap masyarakat.
- Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental, dan spiritual.
- Memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat dalam kalangan rakyat pelbagai kaum atau keturunan atau status sosial.
- Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan berdisiplin.
- Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah.
- Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi, dan pelancongan.
SOALAN 6:
Huraikan dua bidang yang diberi tumpuan dalam Program Transformasi Ekonomi.
- Bidang minyak gas dan tenaga.
Bidang minyak gas dan tenaga iaitu Malaysia mempunyai potensi untuk membangunkan sumber tenaga alternatif seperti nuklea, solar, dan hidro bagi mengatasi penyusutan dalam pengeluaran gas asli domestik.
- Bidang minyak sawit.
Bidang minyak sawit iaitu Malaysia perlu meningkatkan produktiviti huluan sambil mengguna sepenuh potensi serta peluang hiliran sedia ada bagi mengekalkan pertumbuhan mapan dalam sektor tersebut.
- Bidang perkhidmatan kewangan.
Bidang perkhidmatan kewangan iaitu kerajaan menyasar untuk mengembangkan sektor perkhidmatan kewangan Malaysia untuk memenuhi perniagaan dan pengguna dalam ekonomi berpendapatan tinggi.
- Bidang pelancongan.
Bidang pelancongan iaitu bagi meningkatkan sektor tersebut, sektor pelancongan perlu membangun dan menaikkan penawaran dan perkhidmatan serta mempertingkat kesalinghubungan ke pasaran dunia.
- Bidang perkhidmatan perniagaan.
Bidang perkhidmatan perniagaan iaitu menjelang tahun 2020, kerajaan berharap sektor perkhidmatan perniagaan menyumbang lebih kurang 20% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dan pekerjaan serta 14% kepada eksport.
- Bidang elektrik dan elektronik.
Bidang elektrik dan elektronik iaitu kerajaan menyasar untuk memperkukuh keupayaan sektor elektrik dan elektronik Malaysia.
- Bidang pemborongan dan penciptaan.
Bidang pemborongan dan penciptaan iaitu sektor tersebut akan menjadi pemacu utama penggunaan domestik yang seterusnya akan menerajui.
SOALAN 7:
Nyatakan lima objektif Dasar Perindustrian Berat.
- Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih canggih.
- Meningkatkan keupayaan industri kecil dan industri sokongan.
- Mempelbagaikan dan memperkukuh eksport barang-barang Malaysia.
- Mengelakkan pergantungan pada barang-barang dan teknologi asing secara berterusan.
- Mewujudkan peluang untuk para pekerja dilatih dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran.
SOALAN 8:
Senaraikan sepuluh strategi pelaksanaan bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
- Memperluas pendidikan vokasional.
- Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama.
- Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
- Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral, dan disiplin.
- Mengadakan peluang pendidikan asas selama sebelas tahun.
- Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama.
- Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
- Melicinkan mutu pendidikan dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang, dan bersepadu.
- Mempelbagai kemudahan pendidikan di peringkat universiti dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
- Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR berasaskan 3M dan KBSM yang diperkenalkan mulai tahun 1989.
- Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu pengagihan secara adil bagi kawasan bandar dan luar bandar.
SOALAN 9:
Berikan lima cara Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
- Saling menghormati kepelbagaian budaya.
- Mengamalkan nilai murni yang menjamin perpaduan.
- Mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.
- Berkongsi bersama satu gaya hidup atau Berkongsi satu gaya hidup.
- Sanggup menerima perbezaan pendapat atau pandangan atau buah fikiran.
SOALAN 10:
Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah untuk menangani kekurangan bekalan makanan yang salah satunya disebabkan bencana alam.
Nyatakan enam strategi untuk mencapai dasar ini.
- Mewujudkan stok penimbal bebas.
- Melaksanakan Program Bumi Hijau.
- Membangunkan tanah dan kolam terbiar.
- Mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil pertanian.
- Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman dan ternakan.
- Memberi insentif pengeluaran kepada pengusaha bahan-bahan asas pertanian.
SOALAN 11:
Berikan sembilan langkah strategik mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing berasaskan Model Ekonomi Baru.
-Mengukuhkan sektor awam.
- Meningkatkan sumber pertumbuhan.
- Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan.
- Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.
- Memastikan pertumbuhan berterusan atau mampan.
- Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
- Membangun tenaga kerja berkualiti atau tenaga mahir.
- Melaksanakan tindakan alternatif yang telus dan mesra pelanggan.
- Menyuburkan sektor swasta atau Menggalak atau membangun sektor swasta.
SOALAN 12:
Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang diperkenalkan di negara Jepun.
Senaraikan lima objektif Sogoshosha Malaysia.
- Menggalakkan eksport tradisional ke pasaran bukan tradisional.
* Mencari pasaran baru.
* Eksport barangan ke negara baru.
- Menggalakkan eksport bukan tradisional.
* Eksport barangan yang baru.
* Inovasi terhadap barangan lama.
- Mengembangkan peluang-peluang antarabangsa.
Menggalakkan pelaburan secara usaha sama untuk keperluan pasaran dalam dan luar negara.
- Menggalakkan pemindahan teknologi moden.
Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi moden atau baru dari luar negara.
- Menggalakkan eksport tak ketara Malaysia di luar negeri.
Menggalakkan eksport perkhidmatan ke luar negara seperti perbankan, insurans, dan perubatan.
SOALAN 13:
Nyatakan lima tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan.
- Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.
- Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja.
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara.
- Mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru.
- Mengagihkan sumber dan kecekapan atau Pembahagian sumber serta kecekapan.
SOALAN 14:
Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE).
Huraikan tujuh daripada lapan inisiatif tersebut.
- Menyuburkan kembali sektor swasta.
Bagi menerajui pertumbuhan ekonomi.
- Membangun tenaga kerja yang berkualiti.
Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
- Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.
Mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
- Memperkukuhkan sektor awam.
Melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (PTK).
- Melaksanakan tindakan alternatif yang telus dan mesra pasaran.
Berdasarkan merit dan keperluan.
- Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan.
- Meningkatkan sumber pertumbuhan.
Meneroka bidang baharu ekonomi.
SOALAN 15:
Nyatakan anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
- Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
- Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
- Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
- Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.
- Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
- Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas.
- Memastikan setiap murid menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti antarabangsa.
- Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
- Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Mengupaya JPN, PPD, dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
SOALAN 16:
Nyatakan empat objektif Dasar Sukan Negara.
- Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin, dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.
- Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi, dan fisiologi individu melalui sukan.
- Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang dalam kalangan orang awam.
- Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.
SOALAN 17:
Berikan lima matlamat Dasar Penswastaan.
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
- Meringankan beban kewangan kerajaan.
- Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap.
- Meningkatkan kecekapan, daya, dan mutu pengeluaran.
- Mempercepatkan pencapaian objektif mewujudkan golongan usahawan dan peniaga Bumiputera.
SOALAN 18:
Terangkan empat usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik, dan kompetitif.
- Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama.
Hasil pertanian dikomersialkan secara perladangan.
Herba ditanam secara komersial.
- Menghasilkan produk pertanian berasaskan keperluan.
Penanaman tongkat ali.
Hasil daripada susu kambing.
- Memajukan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian.
Bukti yang paling jelas adalah bioteknologi.
- Memberi nilai komersial kepada produk pertanian.
Pertanian sebagai satu perniagaan.
SOALAN 19:
Senaraikan lima objektif Dasar Perbandaran Negara.
- Membasmi kemiskinan bandar.
- Memantapkan institusi pentadbiran dan pengurusan bandar.
- Membangun dan memperkukuhkan ekonomi bandar yang berdaya saing.
- Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progresif, dan mampan.
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosial.
SOALAN 20:
Huraikan dua bidang yang diberi tumpuan dalam Dasar Sukan Negara.
- Sukan Massa (Sukan untuk semua).
Pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat.
- Sukan untuk Kecemerlangan.
Sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa untuk menjulang nama Malaysia.
SOALAN 21:
Nyatakan enam manfaat pelaksanaan Dasar Sukan Negara terhadap masyarakat.
- Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental, dan spiritual.
- Memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat dalam kalangan rakyat pelbagai.
- Kaum atau Keturunan atau Status sosial.
- Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan berdisiplin.
- Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah.
- Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi, dan pelancongan.
SOALAN 22:
Terangkan tiga dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
- Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Semua sekolah menggunakan sistem persekolahan yang sama, bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang sama, kurikulum yang sama, dan peperiksaan yang seragam.
- Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan kaum dengan memelihara keperibadian bangsa.
- Melalui Dasar Sukan Negara.
Memupuk dan mengeratkan perpaduan kaum melalui aktiviti sukan.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!