SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 2 / PENGGAL 2 - 2


今天分享的是 Sem 2 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

希望大家会喜欢吖!

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Nyatakan ciri-ciri masyarakat Malaysia yang perlu ada dalam diri setiap individu untuk mencapai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

- Penyayang.

- Adil dan saksama.

- Progresif dan makmur.

- Yakin pada diri sendiri.

- Liberal dan bertolak ansur.

- Hidup dalam masyarakat yang demokratik.

- Mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh.

- Ekonominya yang mampu bersaing dan berdaya maju.

SOALAN 2:

Huraikan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk menghadapi cabaran pertama dalam Wawasan 2020 di atas.

- Mewujudkan sekolah wawasan.

Pelajar belajar bersama-sama di bawah satu bumbung tanpa mengira kaum atau agama, sama-sama berkongsi kemudahan asas.

- Menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Semua remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digalakkan menyertai program ini dengan hasrat mewujudkan integrasi antara peserta.

- Mempelbagaikan komposisi kaum dalam sektor pekerjaan.

Dalam sesebuah jabatan, tidak hanya diberi tumpuan kepada kaum tertentu sahaja.

- Melaksanakan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan.

Kegiatan peringkat sekolah dan antara sekolah yang melibatkan semua kaum.

SOALAN 3:

Nyatakan isu-isu yang berjangkit dalam usaha mencapai taraf negara maju.

- Memantapkan moral dan etika.

- Membentuk satu negara bangsa.

- Memperkukuhkan perpaduan rakyat.

- Malaysia menjadikan negara perindustrian.

- Keupayaan membangunkan teknologi sendiri.

- Memastikan adanya keadilan ekonomi dan sosial.

- Membangunkan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan.

SOALAN 4:

Terangkan langkah-langkah untuk membangunkan modal insan ke arah Malaysia mencapai status negara maju.

- Meningkatkan pendidikan berkualiti.

Mentransformasikan sistem pendidikan. 

Menghasilkan modal insan yang berkualiti.

Merupakan asas kepada k-ekonomi.

- Meningkatkan kemahiran.

Menyediakan pusat-pusat latihan.

Memberi pendedahan kemahiran di luar negara.

- Meningkatkan kepakaran.

Membawa peluang pakar-pakar tempatan yang bertugas di luar negara.

Memberi peluang meningkatkan kepakaran.

- Meningkatkan nilai dan etika kerja.

Menerapkan nilai integriti.

Mengukuhkan jati diri.

SOALAN 5:

Nyatakan tujuh langkah oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan prasarana kesihatan ke arah sebuah negara maju.

- Meningkatkan teknologi perubatan.

- Menyediakan lebih banyak hospital atau klinik.

- Membina hospital baru atau Menaik taraf hospital lama.

- Menyediakan lebih ramai doktor atau pakar perunding kesihatan.

- Menggaitkan penyelidikan dan pembangunan prasarana kesihatan.

- Mutu atau Kualiti perkhidmatan kesihatan yang sentiasa ditingkatkan.

- Meningkatkan akses atau ketersampaian kepada perkhidmatan perubatan.

SOALAN 6:

Jelaskan tujuh keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat dan budaya penyayang.

- Kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan.

Luntur nilai bekerjasama, prihatin, dan hormat-menghormati dilupaskan.

Bersifat individualistik, materialistik, dan mementingkan diri.

- Wujudnya pelbagai gejala sosial.

Penagihan dadah, bohsia, merempit, dan jenayah remaja.

Mengamalkan budaya yang bertentangan dengan budaya timur.

- Kegiatan anti-sosial yang berleluasa.

Sentimen prasangka antara kaum, budaya, dan agama.

Sering mengungkit isu-isu perkauman yang memecahbelahkan masyarakat.

- Pengabaian warga emas dan golongan orang kelainan upaya.

Hidup tersisih daripada keluarga dan masyarakat.

Dianggap membebankan, dibiarkan hidup merempat dan dihantar ke rumah orang tua.

- Penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.

Hak kanak-kanak diabaikan, bayi dibuang, kanak-kanak didera, diculik, dan diperdagangkan.

- Peningkatan keganasan rumah tangga.

Penderaan dan kekerasan oleh pasangan secara fizikal dan mental.

- Pemusnahan alam sekitar dan harta benda awam.

Hutan dimusnahkan, udara, dan sumber air dicemari.

Vandalisme berleluasan terutamanya terhadap harta benda awam.

Mementingkan keuntungan, kepentingan, dan keselesaan sendiri.

SOALAN 7:

Nyatakan ciri-ciri masyarakat tahun 2020.

- Masyarakat yang makmur.

- Masyarakat yang penyayang.

- Masyarakat yang demokratik.

- Masyarakat yang saintifik dan progresif.

- Masyarakat yang bermoral dan beretika.

- Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.

- Masyarakat yang yang adil dalam bidang ekonomi.

- Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, dan maju.

SOALAN 8:

Wawasan 2020 menggariskan sembilan cabaran yang perlu diatasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Huraikan cabaran keempat dan kelima Wawasan 2020.

- Cabaran keempat: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

Warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Cabaran ini mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika didorong oleh tahap etika paling tinggi.

- Cabaran kelima: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.

Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur yang meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

SOALAN 9:

Nyatakan faedah hasil pengaplikasian ilmu Sains dan Teknologi untuk mentransformasikan negara ke arah negara maju.

- Meluaskan pasaran.

- Memperkasakan penggunaan robotik.

- Meningkatkan keselamatan atau keamanan.

- Memajukan aspek pembangunan dan penyelidikan.

Meningkatkan produktiviti atau hasil atau output atau pengeluaran.

- Meningkatkan perkembangan ekonomi atau ekonomi digital atau k-ekonomi.

- Meningkatkan kecekapan pentadbiran atau pengurusan atau pengurusan alam sekitar.

- Melahirkan individu yang kreatif atau inovatif atau rakyat atau masyarakat atau generasi.

- Mengembangkan penguasaan sains dan teknologi atau Meningkatkan ICT atau teknologi.

- Meningkatkan hasil baharu atau cpitaan baharu atau teknologi baharu atau produk baharu.

- Meningkatkan kualiti produk atau kualiti perkhidmatan atau kualiti barangan atau kualiti hasil.

- Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran atau berpengetahuan tinggi atau modal insan atau masyarakat atau rakyat.

SOALAN 10:

Senaraikan empat tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020.

-1 Malaysia: Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

- Program Transformasi Kerajaan.

- Program Transformasi Ekonomi.

- Rancangan Malaysia ke-10 dan Rancangan Malaysia ke-11.

SOALAN 11:

Senaraikan lapan langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju dan sejahtera menjelang tahun 2020.

- Meningkatkan sumber daya manusia.

- Membina ekonomi berasaskan pengetahuan.

- Mencipta bidang-bidang petumbuhan yang baru.

- Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi, dan sosial.

- Memperkukuh asas dan fundamental ekonomi negara.

- Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan negara.

- Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat.

- Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan birokrasi yang rumit terutamanya dalam bidang pelaburan agar menjadi lebih baik dan cepat.

SOALAN 12:

Jelaskan dua sebab mengapa aspek agama dan kepercayaan dilihat penting dalam usaha mencapai taraf negara maju.

- Berfungsi sebagai alat kawalan sosial.

Mencegah jenayah, konsep dosa, dan pahala, karma.

Berfungsi sebagai alat pendidikan.

Mengajar nilai baik, pembangunan modal insan atau disiplin atau bermoral dan beretika.

- Sumber ilmu.

Kitab-kitab agama mengandungi ilmu tentang cara hidup, alam semesta, dan metafizik.

- Melahirkan pemimpin yang berwibawa.

Didikan dan penghayatan agama menjamin pembangunan modal insan yang cemerlang.

- Mengeratkan perpaduan kaum.

Nilai kasih sayang dan hormat-menghormati sesama manusia dapat mengeratkan perpaduan, membolehkan negara aman dan berdaya maju.

- Menjelaskan ketidakpastian dalam kehidupan manusia.

Agama mengandungi penerangan tentang kewujudan dunia dan manusia.

SOALAN 13:

Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh rakyat Malaysia jika cabaran dalam Wawasan 2020 dapat dicapai.

- Rakyat Malaysia akan menikmati keadilan ekonomi.

- Rakyat Malaysia akan menjadi lebih bermoral dan beretika.

- Rakyat Malaysia akan bersikap dinamis dan berdaya saing.

- Rakyat Malaysia akan mempunyai sikap dan budaya penyayang.

- Rakyat Malaysia akan hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera.

- Rakyat Malaysia akan menjadi lebih bersefahaman dan bermuafakat.

- Rakyat Malaysia akan berani menghadapi cabaran dan tidak mudah putus asa.

- Rakyat Malaysia akan sentiasa menghormati adat resam dan kebudayaan kaum.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1