SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 2 / PENGGAL 2 - 1
请看:
SOALAN 1:
Jelaskan dua isu utama yang harus dihadapi untuk Malaysia mencapai status negara maju.
- Pembentukan satu negara bangsa Malaysia.
Perkara ini merupakan satu prasyarat kemajuan negara kerana tanpanya sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.
- Mewujudkan sebuah negara perindustrian.
Negara yang berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian merupakan sebuah negara maju.
- Keadilan ekonomi dan sosial.
Negara maju perlu kepada masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial.
- Moral dan etika.
Negara maju haruslah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.
- Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan.
Keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara.
SOALAN 2:
Nyatakan usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
- Meningkatkan pelaburan.
- Membangun modal insan.
- Menyediakan infrastruktur.
- Mendapatkan penarafan global.
- Merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi baharu.
- Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
SOALAN 3:
Jelaskan isu yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.
- Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.
Rakyat yang tidak mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa akan menyebabkan sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.
- Negara Perindustrian.
Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian.
- Keadilan Ekonomi dan Sosial.
Satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial perlu bagi mewujudkan satu negara maju dan bersatu-satu seharusnya tiada golongan yang tercicir.
- Moral dan Etika.
Negara maju yang dicita-citakan seharusnya berpegang kepada falsafah dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama dan nilai-nilai murni.
- Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.
Keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara.
SOALAN 4:
Huraikan ciri masyarakat saintifik dan progresif yang hendak dicapai melalui Wawasan 2020.
- Pengguna teknologi.
Berkemahiran dalam penggunaan teknologi yang canggih dan terkini.
- Kreatif atau Inovatif.
Ini sentiasa menambah baik dalam sesuatu ciptaan atau pemikiran atau penghasilan produk.
- Agen perubahan atau Agen transformasi.
Ini mampu membuat perubahan positif atau penambahbaikan.
- Memandang ke hadapan atau Berwawasan.
Berpandangan jauh atau sentiasa mahu maju ke hadapan.
- Penyumbang kepada sains dan teknologi.
Ini mampu mencipta teknologi untuk digunakan oleh orang lain.
SOALAN 5:
Nyatakan lima cabaran getir yang menghalang pencapaian cabaran ke-7 Wawasan 2020.
- Sikap materialistik rakyat.
- Ketidakprihatinan masyarakat.
- Kepincangan sistem pendidikan.
- Pengabaian tanggungjawab korporat oleh pihak swasta.
- Sikap individualistik masyarakat atau Sikap rakyat yang mementingkan diri.
SOALAN 6:
Nyatakan kepentingan budaya ke arah pembentukan negara maju dan sejahtera.
- Membentuk jati diri.
- Memupuk perpaduan.
- Menjana ekonomi negara.
- Menonjolkan keunikan tersendiri.
- Menjadi panduan dan iktibar kehidupan.
- Budaya melambangkan identiti dan imej negara.
- Meluaskan pengetahuan dan menajamkan fikiran.
- Dapat mempamerkan kreativiti dan warisan bangsa.
- Memperkenal dan mewariskan kepada generasi akan datang.
SOALAN 7:
Berikan contoh amalan yang dapat dikaitkan dengan konsep Satu Negara Bangsa.
- Mempunyai sikap toleransi.
- Menjaga perpaduan negara.
- Taat setia kepada Raja dan Negara.
- Mengekalkan keharmonian antara kaum.
SOALAN 8:
Nyatakan cabaran yang harus diatasi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju?
- Mewujudkan negara Malaysia bersatu.
- Mewujud dan membangun masyarakat demokratik yang matang.
- Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas.
- Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
- Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.
- Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan menyayangi.
- Mewujudkan masyarakat yang saitifik dan progresif.
- Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
- Mewujudkan masyarakat yang makmur.
SOALAN 9:
Nyatakan petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
- Pendapatan per kapita meningkat.
- Kreativiti dan inovasi berkembang.
- Kadar produktiviti tenaga buruh tinggi.
- Saiz ekonomi berintensifkan pengetahuan.
- Keluaran dalam negara kasar yang tinggi.
- Kadar peratusan pelajar ke IPT meningkat.
SOALAN 10:
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk menjadi negara maju menjelung tahun 2020.
- Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan negara.
- Membina ekonomi berasaskan pengetahuan.
- Meningkatkan sumber daya manusia.
- Memperkukuhkan asas dan fundamental ekonomi negara serta mencipta bidang-bidang pertumbuhan baru.
- Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang rumit agar menjadi lebih baik dan cepat.
- Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat.
- Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi, dan sosial.
SOALAN 11:
Apakah yang dimaksudkan konsep Satu Negara Bangsa?
Konsep Satu Negara Bangsa merujuk kepada sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat dibezakan melalui kaum, keturunan, dan kepercayaan.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!