SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 2 / PENGGAL 2 - 4

 

今天分享的是 Sem 2 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

希望大家会喜欢吖!

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Jelaskan lapan pemboleh daya Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 untuk menjadikan Malaysia terus membangun secara mampan dan adil agihan kemakmuran ekonominya.

- Modal kewangan.

Pengembangan perniagaan melalui pembiayaan holistik serat mesra industri kecil dan sederhana (IKS).

- Keberkesanan penyampaian instruksi.

Penambaikan pelaksanaan inisiatif dan program.

- Kemampanan fiskal.

Pengurusan kewangan kerajaan yang mampan bagi mengukuhkan keyakinan pelabur dan pasaran.

- Tadbir urus baik dan integriti.

Pengukuhan tadbir urus baik melalui ketelusan dan akauntabiliti bagi meningkatkan kepercayaan rakyat.

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Peningkatan tenaga kerja berkemahiran dan berpendidikan tinggi.

- Data raya.

Menggubal dasar mengikut data dan fakta empirikal di bawah satu sistem data yang bersepadu.

- Kelestarian.

Pembangunan negara yang mesra alam serta menekankan pemulihan dan pemuliharaan sumber asli.

- Masyarakat berpengetahuan.

Masyarakat pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran berterusan.

SOALAN 2:

Berikan empat contoh dasar awam yang berkaitan dengan sosial dan budaya negara.

- Dasar Pendidikan Kebangsaan.

- Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah.

- Dasar Wanita Negara.

- Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran.

SOALAN 3:

Nyatakan empat objektif penggubalan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam.

- Untuk membetul sikap positif seperti rajin bekerja, tekun, bersih, cekap, amanah, dedikasi, berdisiplin, jujur, bertimbang rasa, dan adil.

- Untuk menghapuskan sikap negatif seperti tidak bertanggungjawab, rasuah, menyeleweng, dan menyalahgunakan kuasa.

Untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang bersih, cekap, dan amanah.

Untuk melahirkan satu masyarakat yang bermaruah tinggi.

SOALAN 4:

Huraikan lima objektif Dasar Sukan Negara diperkenalkan.

- Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin, dan bersatu padu.

Melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan bagi semua peringkat masyarakat.

- Menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan sukan.

Bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi, dan fisikologi individu melalui sukan.

- Membangunkan dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan.

Bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan nikmat masa senggang dalam kalangan masyarakat.

- Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Hal ini dengan harapan dapat meningkatkan muhibah dan imej negara.

- Melahirkan ahli sukan Malaysia yang bertaraf dunia dalam sukan berprestasi tinggi.

Hal ini dapat meningkatkan imej dan mempromosi negara ke peringkat dunia.

SOALAN 5:

Senaraikan empat kriteria yang perlu dipenuhi oleh produk peralatan dalam Dasar Teknologi Hijau.

- Menjimatkan tenaga dan sumber asli.

- Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.

- Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

- Mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar.

SOALAN 6:

Nyatakan lima pendekatan Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) mengekalkan kelangsungan semangat Dasar Ekonomi Baharu (1970-1990).

- Menyediakan latihan untuk melahirkan usahawan Bumiputera.

- Menekankan pembangunan sumber manusia yang berdaya saing.

- Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.

- Melibatkan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat.

- Memberi penekanan terhadap strategi pembasmian kemiskinan dalam kalangan golongan miskin tegar selain mengurangkan kemiskinan relatif.

SOALAN 7:

Huraikan lima aspirasi sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

- Akses.

100% enrolemen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

- Kualiti.

Negara dalam kelompok seperti tiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa dalam tempoh 15 tahun.

- Ekuiti.

50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar-bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020.

- Perpaduan.

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

- Kecekapan.

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

SOALAN 8:

Bagi memajukan negara, penekanan kepada perindustrian berat amat penting.

Kemukakan tiga ciri perindustrian berat.

- Teknologi canggih atau moden.

- Tenaga buruh mahir ramai.

- Kos yang tinggi.

SOALAN 9:

Nyatakan lima sasaran yang perlu dicapai dalam Pelan Integriti Nasional (PIN).

- Memantapkan institusi keluarga.

- Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.

- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

- Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewengan.

- Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan.

SOALAN 10:

Objektif umum Pelan Integriti Nasional adalah untuk merealisasikan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk masyarakat yang kukuh ciri moral dan etikanya.

Jelaskan enam nilai yang terkandung dalam Pelan Integriti Nasional.

- Amanah.

Setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.

- Benar.

Setiap amalan, tindakan, dan perilaku hendaklah berasaskan kebenaran, undang-undang, dan peraturan.

- Bijaksana.

Setiap tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan perlu dilaksanakan secara bijak berpandukan ilmu, kemahiran, dan tahap profesionalisme yang tinggi.

- Telus.

Setiap tindakan dan keputusan hendaklah dibuat melalui proses yang telus dan perlu dihebahkan kepada pihak yang berhak selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan.

- Adil.

Membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan, dan fakta yang tepat dan lengkap.

- Bersyukur.

Menunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian, dan anugerah yang diperoleh.

SOALAN 11:

Nyatakan lima strategi yang diambil oleh kerajaan di dalam Dasar Perbandaran Negara untuk mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020.

- Mempercepatkan proses perbandaran.

- Mewujudkan pusat bandar yang teratur.

- Mengadakan satu rangkaian pusat bandar yang lebih pada.

- Mengadakan rangkaian perhubungan bandar dan luar bandar.

- Menggalakkan lebih ramai penduduk menyertai pelbagai kegiatan ekonomi.

SOALAN 12:

Nyatakan sembilan dan jelaskan strategi teras-teras tersebut dalam Dasar Bioteknologi Negara.

- Pembangunan bioteknologi pertanian.

Memperluas nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi.

- Pembangunan teknologi dalam penjagaan kesihatan.

Menggunakan kelebihan biodiversiti negara untuk membangunkan produk kesihatan asli, termasuk membangunkan Malaysia menembusi pasaran biogenerik.

- Pembangunan teknologi dalam sektor perindustrian.

Memastikan pertumbuhan dalam aplikasi pemprosesan bio termaju dan teknologi bio pembuatan.

- Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta pengambilalihan teknologi.

Menubuhkan pusat kecemerlangan dalam institusi R&D sedia ada melalui kerjasama antara kumpulan penyelidik pelbagai bidang.

- Pembangunan sumber tenaga manusia atau modal insan

Membina kemampuan sumber tenaga dalam bidang bioteknologi melalui pelbagai skim khas, program, dan kursus latihan.

- Pembangunan prasarana kewangan.

Menawarkan dana 'makmal ke pasaran' dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta, dan syarikat berkaitan kerajaan dalam bidang bioteknologi.

- Pembangunan kerangka kerja prosedur dan perundangan.

Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan standard global.

- Membangunkan prosedur perlindungan harta intelek bagi menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.

- Kedudukan strategik.

Mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi Malaysia yang diiktiraf. 

SOALAN 13:

Berikan lima dimensi baru yang diperkenalkan dalam Dasar Wawasan Negara (DWN).

- Membangunkan masyarakat Malaysia berasaskan pengetahuan.

- Menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan.

- Menjadikan sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan lebih dinamik.

- Mencapai sasaran penyertaan Bumiputera dan pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30%.

- Membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup kelompok kecil miskin di bandar dan pedalaman.

SOALAN 14:

Terangkan empat faedah yang dinikmati oleh rakyat kesan daripada pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia.

- Menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti.

Amalan swasta diterapkan dalam sektor awam.

- Mendapat faedah daripada tanggungjawab sosial korporat.

Kemudahan pembiayaan dalam aktiviti sukan.

- Kedai buku menawarkan diskaun bagi pembelian buku.

Sekolah pengamahan.

Baucer tuisyen kepada pelajar.

- Meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Membantu menyediakan prasarana dan kemudahan.

Menyumbang kepada pembinaan dan kemudahan sekolah.

SOALAN 15:

Namakan dua Rancangan Malaysia yang terdapat dalam tempoh pelaksanaan Dasar Wawasan Negara (DWN).

- Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005.

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.

SOALAN 16:

Nyatakan empat kesan pelaksanaan Dasar Automatik Negara.

- Peningkatan kualiti kereta nasional.

- Peningkatan daya saing industri automatif negara.

- Peningkatan kemahiran keusahawanan industri kereta.

- Kewujudan Malaysia sebagai 'hab serantau' bagi industri kereta.

SOALAN 17:

Jelaskan tujuh tujuan pendekatan strategik Dasar Pertanian Negara Ketiga.

- Mengoptimumkan penggunaan sumber.

Memulihara dan menggunakan sumber asli secara mampan.

- Membangunkan secara bersama kegiatan perhutanan dan pertanian.

Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sesuai.

- Membentuk asas pengeluaran yang lebih luas.

Dapat memajukan teknologi dalam sektor pertanian dan sumber-sumber pertanian.

- Memenuhi keperluan atau cita rasa pengguna.

Penghasilan produk yang bermutu dan bernilai tinggi.

- Meluaskan pasaran pertanian ke seluruh dunia.

Meningkatkan promosi dan menjalankan perdagangan dengan negara lain.

- Menggubal strategi pengeluaran pertanian huluan.

Meningkatkan pengeluaran dan keupayaan pemasaran hasil pertanian huluan.

- Melengkapkan industri berasaskan pertanian.

Meningkatkan industri hiliran berpotensi menjadi tumpuan pasaran. 

SOALAN 18:

Dasar Pandang ke Timur bertujuan untuk meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan di Malaysia.

Berikan enam perubahan struktur yang dilaksanakan.

- Konsep Pejabat terbuka.

- Penggunaan tanda nama.

- Kad perakam waktu (Punch card).

- Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja.

- Penubuhan Pasukan meningkat mutu kerja.

- Perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil setempat.

SOALAN 19:

Huraikan dua pendekatan yang digunakan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).

- Pendekatan Perhutani.

Memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh, dan bahan mentah.

- Pendekatan Berasaskan Produk.

Memberi penekanan kepada keperluan atau kehendak atau cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia.

SOALAN 20:

Huraikan Dasar Kependudukan Negara.

- Disarankan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada September 1982.

- Untuk mencapai matlamat negara Malaysia mempunyai 70 juta penduduk pada tahun 2100. 

SOALAN 21:

Nyatakan dua implikasi positif dan implikasi negatif pelaksanaan Dasar Kependudukan Negara.

- Implikasi positif pelaksanaan Dasar Kependudukan Negara:

* Pasaran tempatan yang luas.

* Pertahanan negara yang kuat.

* Bekalan tenaga buruh tempatan yang mencukupi.

* Mengurangkan penggantungan terhadap buruh asing.

* Meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi.

* Pembangunan aktiviti pertanian, perindustrian, dan perkhidmatan.

- Implikasi negatif pelaksanaan Dasar Kependudukan Negara:

* Masalah perumahan.

* Peningkatan masalah sosial.

* Kepadatan penduduk terutamanya di kawasan bandar.

* Kekurangan kemudahan kesihatan, perubatan, dan pendidikan.

* Kekurangan peluang pekerjaan atau Pengangguran berlaku.

* Pertambahan beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas terhadap penduduk.

SOALAN 22:

Nyatakan tiga bidang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pengurangan jenayah yang telah dikenalpasti.

- Jenayah jalanan.

- Keselamatan awam.

- Peningkatan prestasi agensi penguatkuasaan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1