PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 9
大家好噢,我是 Tina 酱~
SOALAN 1:
Dasar Berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia membolehkannyaA. menyelesaikan masalah perebutan pulau dengan negara asing.
B. menjalin kerjasama ekonomi dan politik dengan semua negara.
C. menyelaraskan urusan cukai dengan negara serantau dan negara lain.
D. mencampuri hal-ehwal negara lain atas permintaan negara berkenaan.
SOALAN 2:
Yang manakah benar tentang matlamat ASEAN + 3 diutarakan?
A. Bersaing dengan blok perdagangan lain.
B. Rakan dialog ASEAN semakin berkurangan.
C. Kegagalan rundingan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.
D. Membentuk kerjasama perundingan ekonomi yang lebih kukuh.
SOALAN 3:
Yang manakah benar tentang isu yang dibincangkan dalam Perhimpunan Agung PBB?
A. Tuntutan Pulau Batu Putih oleh Singapura, Indonesia, dan Malaysia.
B. Mengiktiraf kemerdekaan negara Bosnia, Afghanistan, dan Afrika Selatan.
C. Melumpuhkan pengganas Islamic State (IS).
D. Isu pemanasan global dan alam sekitar termasuk pencemaran.
SOALAN 4:
Antara sebab Malaysia menyokong Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ialah
A. meningkatkan pasaran barangan industri.
B. memastikan kedaulatan sesebuah negara terjamin.
C. meningkatkan ekonomi negara anggota.
D. membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dunia.
SOALAN 5:
Yang manakah yang diperjuangkan oleh negara-negara Dunia Ketiga melalui NIEO?
I. Penentuan semula syarat perdagangan.
II. Rundingan semula kadar pertukaran mata wang.
III. Perluasan pasaran import dunia ketiga dari negara maju.
IV. Rundingan semula beban hutang luar negara.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 6:
Yang manakah benar mengenai matlamat utama Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik?
A. Menstabilkan harga getah antara negara-negara Asia dan Pasifik.
B. Merunding harga bahan mentah antara negara Asia dan Pasifik.
C. Memperjuangkan sistem perdagangan unilateral atau pelbagai hala.
D. Membetulkan aliran perdagangan negara Asia dan Pasifik.
SOALAN 7:
@ Keganasan terhadap kaum Rohingya di Myanmar. @ Pembakaran tempat beribadat di Selatan Thailand. @ Masalah jerebu yang disebabkan oleh Indonesia. |
Apakah pendirian Malaysia dalam isu-isu berikut?
I. Bertindak untuk menutup sempadan negara.
II. Menghantar wakil khas untuk menghulurkan bantuan.
III. Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara berkenaan.
IV. Sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan secara rundingan.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 8:
Kes-kes pembersihan etnik dan keganasan oleh seseorang pemimpin akan dibahaskan di
A. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
B. Mahkamah Jenayah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
C. Mahkamah Keadilan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
D. Majlis Amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
SOALAN 9:
" Meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kewangan,
sumber manusia, saintifik, dan teknikal serta infrastruktur. " Pembentukannya dimeterai di Malaysia. |
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Forum Serantau ASEAN.
B. Mesyuarat Asia-Eropah.
C. Dialog Utara-Selatan.
D. ASEAN + 3 (Jepun, Korea, dan China)
SOALAN 10:
Yang manakah padanan berikut benar?
I. Apartheid - Kerajaan Afrika Selatan menafikan hak kaum kulit hitam.
II. Antartika - Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa dalam kajian saintifik.
III. Dialog Utara-Selatan - Menyelesaikan pertelingkahan negara maju dan membangun.
IV. Kumpulan D8 - Memelihara hak manusia di negara-negara membangun Islam.
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
SOALAN 11:
Pertubuhan manakah yang berikut menunjukkan penyertaan negara-negara Islam secara aktif?
A. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
B. Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).
C. Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8).
D. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
SOALAN 12:
A. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN.
B. Skim Keutamaan Khas Tarif Sama Rata ASEAN.
C. Projek-Projek Usahasama Industri ASEAN.
D. Segi Tiga Pertumbuhan Dengan Indonesia, Singapura, dan Thailand.
SOALAN 13:
Malaysia ingin memperluas kawasan cari gali dan perlombongan petroleum di Laut China Selatan. Panduan yang perlu dirujuk oleh Malaysia ialah
A. Undang-Undang Maritim Malaysia.
B. Undang-Undang Laut Antarabangsa.
C. Kanun Laut Asia Pasifik.
D. Zon Ekonomi Eksklusif.
SOALAN 14:
Mengapakah Amerika Syarikat menolak cadangan penubuhan Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) pada peringkat permulaan?
A. EAEC tidak menggalakkan perdagangan dengan
B. EAEC lebih berminat untuk berdagang dengan negara-negara Eropah.
C. EAEC dilihat sebagai satu blok perdagangan oleh Amerika Syarikat.
D. EAEC menjadi sebuah badan penentu nilai mata wang Asia dan Dolar Amerika.
SOALAN 15:
Yang manakah padanan berikut benar?
A. Myanmar - isu dua ideologi iaitu Islam dan Buddha.
B. Palestin - isu pencerobohan oleh Rusia.
C. Bosnia - isu pembersihan etnik oleh Amerika.
D. Thailand - isu perbezaan dua fahaman iaitu Islam dan Yahudi.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!