PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 11
大家好噢,我是 Tina 酱~
SOALAN 1:
Membangun
keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman pembangunan
Malaysia di bawah kerangka Kerjasama Selatan-Selatan. |
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Rancangan Colombo.
B. Warisan Bersama Dunia.
C. Dialog Antarabangsa Langkawi.
D. Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
SOALAN 2:
¥ Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan
urus tadbir yang baik dan hak milik semua. ¥ Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan. |
Pernyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam
A. Piagam ASEAN.
B. Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN.
C. Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN.
D. Memorandum Persefahaman Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN.
SOALAN 3:
Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah
I. menghormati kedaulatan setiap negara.
II. mengutamakan kestabilan ekonomi serantau.
III. mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi.
IV. meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 4:
Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik?
A. Berdaya saing.
B. Status ekonomi.
C. Sikap keterbukaan.
D. Pegangan ideologi.
SOALAN 5:
Yang manakah objektif dasar luar negara Malaysia?
A. Menjadi peneraju ekonomi serantau.
B. Mempertahankan keselamatan negara.
C. Menjadi pejuang politik bagi negara membangun.
D. Melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa.
SOALAN 6:
Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan ASEAN + 3?
I. Kerjasama ketenteraan.
II. Kerjasama saintifik dan teknikal.
III. Pembentukan blok perdagangan.
IV. Bantuan kewangan dan pakej pinjaman.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 7:
·
Pelaksanaan
Kerjasama Pelbagai Hala. ·
Pembentukan
Komuniti Ekonomi, Keselamatan Sosial, dan Kebudayaan. |
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Kerjasama Selatan-Selatan.
B. Pertubuhan Persidangan Islam.
C. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
D. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.
SOALAN 8:
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)?
I. Mengurangkan halangan perdagangan.
II. Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global.
III. Membangunkan sistem perdagangan multilateral.
IV. Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 9:
|
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
B. Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8).
C. Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).
D. Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM).
SOALAN 10:
Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?
A. Kerjasama pasaran komoditi negara.
B. Menggalakkan kemasukan sumber manusia.
C. Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal.
D. Menjadi jurucakap bagi negar-negara Selatan.
SOALAN 11:
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara sedang membangun?
A. Kemiskinan.
B. Tenaga kerja.
C. Kualiti alam sekitar.
D. Kawasan pembangunan yang terhad.
SOALAN 12:
A. Menyelesaikan masalah penduduk Palestin.
B. Memusnahkan tapak gerakan kegiatan keganasan.
C. Membenarkan Amerika Syarikat bertindak sebagai kuasa unipolar.
D. Menyokong penggunaan ketenteraan dalam menangani keganasan.
SOALAN 13:
Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dan rakan negara anggota ASEAN, seperti Filipina, Brunei, dan Vietnam ialah masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly. Pihak manakah yang dirujuki untuk menyelesaikan tuntutan bertindih ini?
A. Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
B. Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
C. Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut.
D. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
SOALAN 14:
Yang manakah penyelesaian yang diambil oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk mengekalkan semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota?
A. Menubuhkan pakatan ketenteraan.
B. Menganjurkan forum serantau ASEAN.
C. Memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota.
D. Menyelesaikan masalah domestik negara anggota secara aman.
SOALAN 15:
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh sektor ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa?
I. Globalisasi.
II. Kualiti barangan.
III. Keganasan antarabangsa.
IV. Perubahan cuaca yang drastik.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!