PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 12


大家好噢,我是 Tina 酱~

如标题所见,这篇文章是 Sem 3 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN 1:

Yang manakah tindakan yang menggambarkan prinsip hubungan luar Malaysia?

A. Menghantar bantuan ketenteraan ke negara yang bergolak.

B. Memberi pandangan terhadap sistem kerajaan sesebuah negara.

C. Menyelesaikan masalah dalaman sesebuah negara secara bersama.

D. Memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang ditimpa bencana.

SOALAN 2:

Dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh 

A. objektif antarabangsa.

B. wawasan pemimpinnya.

C. keadaan keselamatan serantau.

D. corak kepimpinan politik serantau.

SOALAN 3:

§  Masyarakat penyayang.

§  Jalinan perpaduan erat dalam kalangan penduduk rantau Asia Tenggara.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Projek Perindustrian ASEAN.

B. Komuniti Sosio-Budaya ASEAN.

C. Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN.

D. Memorandum Persefahaman Pembangunan ASEAN Timur.

SOALAN 4:

*        Mewujudkan kestabilan politik kawasan serantau.

*        Mewujudkan persekitaran yang selamat.

Pernyataan di atas merujuk kepada 

A. ASEAN + 3.

B. Forum Serantau ASEAN (ARF).

C. Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).

D. Dialog Antarabangsa Langkawai (LID).

SOALAN 5:

Yang manakah matlamat Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?

A. Memperjuangkan pasaran bebas.

B. Memperjuangkan hak asasi manusia.

C. Menyelesaikan pertikaian politik di Asia Barat.

D. Mewujudkan peluang baharu dalam hubungan perdagangan.

SOALAN 6:

( Meningkatkan kerjasama dalam isu alam sekitar.

( Menyertai misi kemanusiaan dan ketenteraan ke negara yang bergolak.

Pernyataan di atas merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam

A. Pertubuhan Negara Komanwel. 

B. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

C. Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

D. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

SOALAN 7:

  • Menolak dasar perlindungan dari segi perdagangan yang boleh merencatkan pemulihan ekonomi dunia.
  • Menggalakkan kerjasama multilateral. 

Pernyataan di atas dipersetujui oleh Malaysia semasa persidangan di

A. Forum Serantau ASEAN (ARF).

B. Dialog Antarabangsa Langkawi (LID).

C. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

D. Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8).

SOALAN 8:

Yang manakah sektor yang dipertanggungjawabkan kepada Malaysia oleh Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?

A. Pengangkutan.

B. Tenaga dan mineral.

C. Kewangan dan perbankan.

D. Pertanian dan keselamatan makanan.

SOALAN 9:

Yang manakah pendirian Malaysia dalam organisasi antarabangsa?

A. Menyetujui amalan perlindungan pasaran.

B. Memperjuangkan kepentingan negara membangun.

C. Memberi taraf pemastautin tetap kepada pelarian ekonomi.

D. Menyokong langkah ketenteraan dalam membanteras jenayah transnasional.

SOALAN 10:

˜ Menggalakkan pertukaran idea dan pendapat.

˜ Memperjelas kebudayaan antara benua.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Dialog Antarabangsa Langkawi (LID).

B. Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).

C. Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM).

D. Forum Serantau ASEAN (ARF).

SOALAN 11:

Yang manakah yang menjadi isu antara Malaysia dengan negara-negara jirannya?

A. Perairan negara.

B. Pelaburan asing.

C. Komoditi perladangan.

D. Pendatang asing tanpa izin.

SOALAN 12:

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)?

I.      Persaingan antara negara China dengan Jepun.

II.     Tuntutan bertindih, terutamanya di Laut China Selatan.

III.    Perubahan persekitaran antarabangsa yang mencabar.

IV.    Ketidakstabilan politik di beberapa buah negara ASEAN.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 13:

Membicarakan isu:

=  Pertikaian Pulau Batu Putih dengan Singapura.

=  Pertikaian Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan dengan Indonesia.

Pertikaian di atas telah diselesaikan melalui

A. Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

B. Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

C. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.

D. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

SOALAN 14:

Yang manakah pendirian Malaysia dalam menangani isu yang melibatkan anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara?

I.      Pertikaian hendaklah diselesaikan melalui perundingan.

II.     Masalah domestik hendaklah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri.

III.    Bantuan ketenteraan hendaklah diberi jika melibatkan keselamatan Malaysia.

IV.    Negara anggota diberi peluang terlibat sama menyelesaikan masalah negara jirannya.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 15:

Yang manakah rasional Malaysia menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia?

A. Memperluas dasar perlindungan.

B. Memperoleh pinjaman pembangunan. 

C. Memperjuangkan pertumbuhan ekonomi yang telus.

D. Mendapatkan khidmat nasihat pembangunan tenaga buruh.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1